:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday, 31 October 2009

Inilah Ia...

Ingat tak lagi entri ini? Saya nak beritahu apa yang saya gunakan kan? Sebelum tu, biarlah saya tunjukkan dulu hasil yang saya peroleh setelah hampir 5 bulan menggunakannya.

~ini masa mula-mula guna~

Muka saya masa remaja dulu, memang berjerawat & berminyak. Dah cuba macam-macam produk, tapi memang tak berkesan sangat. Jadi, sekarang memang tinggal bekas-bekas jerawat yang ketara la. Macam gmbr kat atas ni.

Lepas tu, bila saya gunakan produk ni, lepas saya bertunang hari tu, memang terasa perbezaannya. Pertama, muka saya dah tak berminyak-minyak. Lepas tu, parut-parut tu macam dah makin pudar. Tak lupa, ia juga telah mencerahkan kulit muka saya. Nak tengok hasilnya? Ini dia...

~lepas beberapa bulan~

Memanglah belum pulih sangat, sebab parut ni pun dah lama kan. Saya pun tak harap ia akan berubah secepat-cepatnya. Yang penting, semakin baik daripada dulu.

Nak tahu apa yang saya gunakan? Inilah dia...

~ini sabun~

~ini krim jeragat~

Iya, saya gunakan produk TIA AMELIA. Saya cuma gunakan dua produk ini je. Alhamdulillah, memang berkesan. Yang paling best, sabun dia tu. Krim jeragat pula, saya cuma pakai malam je. Krim jeragat ni, kegunaannya selain menghilangkan jeragat, ia juga memudarkan kesan-kesan parut.

Saya dah try google, cari testimoni yang gunakan produk ni. Kebanyakannya, semakin baik. Tapi, kalau nak kesan lebih elok, kenalah guna dalam jangka panjang kan. Tak percaya? Baca ini. Beliau dah guna dalam 2 tahun rasanya.

Ini macam promosi pulak ye. Free lak tu. Hehehe.. Takpelah, saya cuma tolong kawan-kawan. Kalau ada yang ada masalah macam saya. Ok, sekian daripada saya...

Cukup, Cukuplah Tu...

Saya tak nak ingat tarikh hari ini. Kalau boleh, saya nak skip hari ini. Saya tak nak, sebab ianya terlalu melukakan, terlalu menyakitkan, terlalu memedihkan. Kalau boleh kan, kalau boleh...

Tapi, saya tahu tak boleh, dan saya akan melalui hari ini sepanjang hidup saya, setahun sekali. Walaupun setahun sekali, saya tak sanggup sebenarnya. Semoga masa nanti akan melupakan saya pada detik pahit ini.

Apa yang terjadi pada tarikh hari ini, tahun lepas? Saya mula rasa tak sedap hati daripada pagi, sampai ke petang, saya nyatakan apa yang saya rasa itu pada 'seseorang'. Saya merasa seperti akan dikecewakan. Saya nyatakan kepada dia, dan saya bertanya mungkin dia telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya di belakang saya. Sebaliknya, saya dimarahi pula.

Tapi tidak berapa lama selepas itu, dia menghantar SMS yang sangat menghancurkan hati saya. Sangat-sangat menghancurkan hati saya. SMS berbunyi : 'Saya minta maaf sebab terpaksa mengecewakan awak. Sebenarnya, saya bakal bernikah dengan janda anak dua, tidak lama lagi. Saya minta maaf..'. Mudah kan?

Sudahlah, saya tak mahu ingat lagi. Lagi pula saya sudah bertemu dengan orang yang menjaga hati saya. Orang yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya suri hidupnya. Walaupun tempoh perkenalan cukup singkat, tapi saya yakin dengan janji-NYA.

Friday, 30 October 2009

Tercipta Untukku : Ianya Bermula Di Sini

Pertemuan kami sebenarnya bermula di sini. Kami ditemukan di sini. Di alam maya atau lebih tepat, di alam blog. Ya, bermula dengan blogwalking, dan akhirnya insyaAllah, kami akan melangkah ke alam rumahtangga. Saya malu untuk bercerita mengenai ini, kerana ianya berlaku terlalu cepat. Tapi, kalau dah jodoh kan. Semuanya dipermudahkan-Nya. Alhamdulillah...

Seingat saya pada awal Februari tahun ini, En. Tunang meninggalkan jejak di blog saya. Masa itu, saya baru mahu mula untuk berblogging semula selepas kecewa pada akhir tahun lepas. Kiranya, entri saya lebih menjurus ke arah kekecewaan. Saya terkejut bila beliau meninggalkan komen di entri saya ini. Sebab, saya berblogging untuk diri sendiri. Jadi bila ada orang yang tidak dikenali meninggalkan komen, sungguhlah saya terkejut. 2 hari lepas itu, beliau tinggalkan lagi komen di sini.

Untuk menghilangkan rasa musykil, pada 10 Feb saya pergi ke profile beliau dan ambil ID YM beliau. Terus saya add. Mulalah sesi soal jawab. Dari soal jawab, terus berborak-borak, dan saya rasa seronok sangat! Mahu tahu cerita seterusnya? Nanti saya sambung k...

Restu... Sangat Penting Kan?

Perkara pertama yang saya mahu sebelum meneruskan sesuatu hubungan ialah RESTU KEDUA ORANG TUA saya. Sebab, saya pernah bercinta tanpa restu. Nak berdating pun sorok-sorok. Masa tu saya rasa orang tua saya, kolot sangat sebab tak dapt terima pilihan saya tu. Ye, sangat muda saya masa tu, yang hanya tahu memikirkan perasaan sendiri. Akhirnya, hubungan tu tak sampai ke mana pun. Bukan sebab restu tu. Tapi sebab, dia sudah punya calon lain..

Selepas itu, saya sangat serik. Kalau mahu mencari calon suami, haruslah hubungan itu direstui kedua orang tua saya dulu. Juga, haruslah direstui oleh kedua orang tuanya juga. Saya sangat takut, melakukan tanpa restu. Saya dah serik. Saya tak nak saya menyesal lagi dengan tindakan bodoh saya. Kalau mereka tidak suka, pasti ada sebab. Yakinlah, bahawa pasti akan ada yang lebih baik untuk kita.

Jadi kawan-kawan yang masih mencari jodoh, pastikan calon kita itu direstui oleh kedua orang tua kita. Bukankah redha Allah terletak pada redha kedua orang tua.

Oh, Memang Fenomena Terhangat Tahun Ini!

Betul kan?


Jurnal 2 Hati : 016 - 6 Bulan Sebelum Majlis ~ SELESAI

  1. Pilih tarikh & waktu bernikah
  2. Pilih tarikh & waktu majlis resepsi
  3. Pilih tarikh & waktu majlis bertandang
  4. Pilih lokasi majlis
  5. Tetapkan tema
  6. Anggarkan jumlah tetamu & kumpulkan nama
  7. Rancang aturcara
  8. Uruskan bajet
  9. Hubungi kadi & pejabat agama
  10. Hubungi saksi pernikahan
  11. Pilih juruandam & jurusolek
  12. Pilih pengapit & pengiring
  13. Pilih katerer
  14. Pilih jurufoto & juruvideo
  15. Pilih emas batal air sembahyang
  16. Pilih kek pengantin
  17. Bincang rekaan baju
  18. Bincang barang hantaran
  19. Rancang destinasi bulan madu
  20. Rancang tempat tinggal selepas berkahwin

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau
Tak Buat Apa2 Lagi - MERAH

Thursday, 29 October 2009

Meeting?? Memang Bosan!

Pagi-pagi dah kena panggil masuk meeting. Pasti bosan. Nasib baik ada laptop, boleh la blogwalking. Sekarang ni pun masih meeting. Selamba je kan. Hahaha!

Wednesday, 28 October 2009

Mood Retro

Disebabkan kerja yang sangat banyak di ofis, sejak akhir-akhir ini. Mana taknya, ada auditor kan. Banyak la report yang kena disiapkan. So, saya menjadi jiwa retro. Sebab sebenarnya, sangat tensi ok. Mahu dengaor muzik rancak sangat, kang kucar-kacir lak report ni. Bila dengar lagu retro ni, cam leh wat report dengan tenang la. So, layan....



Monday, 26 October 2009

Lirik Lagu : Hati Bentuk Cinta

Berlegar Burung Di Awan Tinggi
Pulang Ke Sangkar
Berlegar Rindu Di Lautan Kasih
Pulang Ke Pangku
Pangku Mana Satu
Tentulah Tempatnya Asalmu
Mengenal Kasihku

*Hati Bentuk Cinta
Ku Menunggumu
Hati Bentuk Cinta
Hanya Untukmu
Kau Pernah Tinggal Sini
Kau Pernah Buat Janji
Kerana Itulah Ku menanti

Berlegar Kata Di Bibir Yang Manis
Pulang Ke Budi
Berlegar Tangis Di Gelanggang Hiba
Pulang Ke Pangku
Pangku Mana Satu
Tentulah Tempatnya Sisiku
Kau Kenal Dirimu

Hanya Kau Saja Ku cinta
Hanya Kau Yang ku Damba
Selama-lama dan Selalunya

Friday, 23 October 2009

Jurnal 2 Hati : 015 - Buku Perancangan

~~ Ini muka depan ~~

Disebabkan sejak akhir-akhir ini, saya ber'mood' pengantin. Yelah, majlis kami dalam 6bulan je lagi. Jadi anda semua akan disajikan dengan entri-entri mengenai bakal pengantin ini. Muntah la korang ye... Layankan aje, ok?

Sebenarnya saya telah menyediakan satu buku khas untuk saya mencatatkan segala macam perkara mengenai 'Majlis Besar' kami nanti ni. Buku ni, buku cam buku sekolah tu. Isi kat dalam tu, letak la apa sahaja mengenai perkahwinan. Daripada perancangan, bajet & yang realitinya la. Buku ni dah saya bina daripada sebelum bertunang lagi. Asalnya untuk majlis pertunangan tulah. Dah abis majlis, buku tebal lagi. Sayang la pulak kan? Sambunglah terus untuk majlis yang lagi grand.

Dalam buku ni, saya juga tampal segala macam brochure mengenai majlis ni la. Buat rujukan & perbandingan harga. Di samping tu, resit pembayaran semua saya tampalkan juga. Boleh tau, berapa dah habis kan.

Bagi saya, buku ni sangat penting, selain daripada blog la. Sebab dalam blog pun saya update kan? Tak percaya, tanyalah bekas-bekas pengantin. Kebanyakannya mesti dah buat. Lagipun buku ni nanti boleh jadi sejarah untuk anak cucu. Betul x? Hehehe...

~~ Ini isi kandung ~~

~~ Ini brochure2 yang ditampal ~~

Betapa Pentingnya Menetapkan Tarikh...

Baru-baru ini, saya dihubungi oelh seseorang yang memang sangat rapat dengan saya. Walaupun jarak menjadi pemisah, tapi kami tidak pernah terputus hubungan. Beliau banyak membantu saya suatu ketika dahulu.

Beliau meminta pendapat mengenai sesuatu. Ok, saya ceritakan di sini. Sebab saya ada terbaca beberapa blogger yang keliru mengenai perkara ini. Apa yang akan saya perkatakan nanti, adalah daipada pengalaman saya sendiri.

Beliau telah dirisik oelh teman lelaki beliau pada hari raya yang lepas. Kemudian, beliau meminta pendapat saya apa yang perlu dibuat, sementelah saya sendiri sedang membuat persediaan menuju ke arah itu. Pada pendapat saya, untuk memulakan sesuatu kerja, apatah lagi kerja kahwin, perkara yang paling utama ada mengenai tempoh masa dan tarikh penyatuan. Sebab bagi saya, apabila dua benda ini sudah ditetapkan, insyaAllah, segala kerja pasti akan dipermudahkan.

Apabila sudah ada tarikh, kita punya target dan segala perkara yang perlu dibuat penempahan, boleh dibuat awal-awal. Kalau mahu menempah katerer, sedangkan tarikhnya tiada, susah kan? Susah kepada katerer, sebab mereka ini orang berniaga. Jadi kita kenalah faham mereka kan. Bukan itu sahaja, mungkin kita ada saudara mara yang jauh, bila sudah ada tarikh, mungkin mereka sudah boleh menmpah tiket kapal terbang. Kan mudah begitu?

Saya pernah rasa masa sebelum mahu bertunang. Saya menempah jurumekap, tapi tarikhnya asyik bertukar-tukar, sebab saya sendiri tak pasti bila. Saya tahu, untuk menetapkan tarikh pun, bukan sesuatu yang mudah. Bukan sahaja melibatkan kita berdua dengan bakal suami. Tapi juga melibatkan keluarga besar kedua-dua belah pihak. Banyak juga hati yang perlu dijaga kan?

Saya juga akui, kadang-kadang bila tarikh sudah ditetapkan, berlaku perkara yang memerlukan tarikh diubah. Saya juga pernah melaluinya, masa sebulan selepas bertunang. Memang stress, sebab saya memang tidak mahu bertunang lama-lama. Kalau memerlukan sampai setahun lebih, saya memang tak sanggup. Tapi, hasil perbincangan semula, akhirnya, tarikh yang kami berdua pilih, diterima juga. Tidak terlalu singkat, tidak juga terlalu lama.

Jadi, buat bakal-bakal pengantin yang masih tercari-cari tarikh yang sesuai, cepat-cepatlah ye. Bila dah ada tarikh tu, bolehlah mulakan langkah seterusnya. Mudah kan?

Thursday, 22 October 2009

Kenapa Ye?

Kenapa ye, saya jarang update blog sejak akhir-akhir ini?
Mmm...
Satu, tak ada idea.
Dua, sangat sibuk.
Tiga, SAAAAANGAT MALAS!!!

Boleh? Boleh la...

Monday, 19 October 2009

Seri Pengantin??

Tadi kawan-kawan ofis tanya, apa rahsia, kulit wajah saya yang semakin berseri hari demi hari. Selamba je saya jawab, seri pengantin la!! Hahaha! Macam dah nak kawen sangat dah. Padahal ada 6bulan lagi.

Sebenarnya, baru-baru ini pun, En. Tunang tegur, yang wajah saya nampak lebih elok, daripada dulu-dulu. Dan of course la, beliau suka kan. Hehehe...

Memang saya ada gunakan sesuatu. Tapi, nantilah saya bagitau k. Nanti saya tunjukkan skali wajah sebelum & selepas. Sabar ye...

Tuesday, 13 October 2009

Buat Lagi???

Ingat tak hari tu, saya ada buat entri pasal orang yang mungkir janji? Baca kat sini. Saya benci+menyampah sangat pada orang yang tak reti nak berpegang pada janji. Sedangkan lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Kalau manusia boleh dipegang pada tali, takdelah rasa sangat sakit hati macam ni...

Kisahnya mengenai seseorang yang telah meminjam sesuatu daripada saya. Apakah sesuatu itu? Ok, taknak pusing-pusing, direct to the point, saya telah meminjamkan dia duit. Duit ok. Sebab dia kawan saya. Salahkah saya membantu kawan saya sendiri. Saya dengan sangat baik hati, membenarkan dia membayar secara bulanan. Wah, macam bank pulak saya kan?

Nak dijadikan cerita, bulan lepas dia tidak dapat membayar kepada saya, dengan sebab masalah kesihatan, yang mana dia tidak bekerja dan tidak mempunyai gaji. Dan dia meminta untuk membayar bulan ini dengan amaun 'double'. Tapi bila ditanya tadi, lain pula dia punya alasan. Katanya masih tidak bekerja, dan tidak punya wang. Aduh, apa dia ingat saya ini senang-lenang? Sekali dah bagi muka, naik lemak pula dia. Tak boleh jadilah ni kan...

Saya mula mengingatkan dia janji dia pada bulan Ramadhan yang lepas. Saya ulangi, 'bulan Ramadhan' ye. Dia pula marah-marah saya, cakap bukan dia pernah tak bayar. Dia bayar je selalu. Aik, dia marah saya, macam saya pulak yang hutang dengan dia. Saya la yang sepatutnya marah kan? Saya cakap pada dia, bukan masalah bayar atau tidak je. Tapi, kalau dah berjanji, tolonglah tepati. Janganlah ambil kesempatan atas kebaikan yang saya buat. Dia cuma nak saya faham keadaan, terutama kesusahan dia. Tapi, dia tau ke tak saya ni kadang-kadang ada gak susahnya. Walaupun, duit tu tak banyak, tetap namanya duit kan...

Akhirnya, saya cuma cakap, kalau dia rasa nak bayar, bayarlah. Tak nak, sudah. Esok, jumpalah kat 'sana'. Malas saya nak bising-bising, macam saya ni mengemis. Kalau tak ada rezeki saya kat situ, adalah rezeki saya kat tempat lain. Yang penting, saya ikhlas membantu dia. Ini memang pengajaran paling besar buat saya.

Jurnal 2 Hati : 014 - Persiapan Sebelum Majlis

Jemputan
  1. Senarai tetamu
  2. Tempah kad
  3. Tengok artwork
  4. Ambil kad
  5. Hantar @ pos kad

Bilik Pengantin
  1. Set katil
  2. Cadar
  3. Langsir bilik
  4. Hiasan bilik

Rumah
  1. Ubahsuai rumah
  2. Hiasan rumah
  3. Cat rumah
  4. Langsir rumah

Keluarga
  1. Pakaian pengapit
  2. Pakaian keluarga

Diri sendiri
  1. Facial (4 kali)
  2. Spa (1 kali / 1 kali)
  3. Dentist (1 kali)
  4. Henna

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau

Kemaskini : 180410


Jurnal 2 Hati : 013 - Majlis Resepsi ~ SELESAI

  1. Sewa baju sanding
  2. Baju persalinan
  3. Mak andam
  4. Set pelamin lengkap
  5. Katering
  6. Set khemah lengkap
  7. PA system
  8. Jurugambar
  9. Juruvideo
  10. Kompang
  11. Bunga pahar
  12. Bunga manggar
  13. Bunga rozek
  14. Tag ’Terima Kasih’
  15. Penanda arah
  16. Kek kahwin
  17. Cenderahati tetamu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau

Kemaskini : 140310


Jurnal 2 Hati : 012 - Majlis Akad Nikah ~ SELESAI

TUGASAN BELIAU :
  1. Tempah baju nikah
  2. Ambil baju nikah
  3. Beli sampin
  4. Beli songkok + kerongsang
  5. Beli butang baju melayu
  6. Beli kasut + stoking

TUGASAN SAYA :

  1. Tempah baju nikah
  2. Ambil baju nikah
  3. Jahit manik
  4. Beli tudung + aksesori - TAJAAN : Koleksi Vispera
  5. Beli kasut
  6. Pilih mak andam
TUGASAN BELIAU & SAYA :
  1. Jurugambar
  2. Juruvideo
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau

Kemaskini : 240410



Jurnal 2 Hati : 011 - Prosedur Perkahwinan ~ SELESAI

TUGASAN BELIAU :
  1. Daftar kursus perkahwinan di Jabatan Agama
  2. Mengikuti kursus perkahwinan
  3. Dapatkan sijil tamat kursus daripada Pengendali Kursus
  4. Isi borang permohonan berkahwin
  5. Sertakan bersama Surat Akuan Bujang (dengan cop syarikat bekerja)
  6. Tandatangan jurunikah/wakil/ketua kariah tempat anda
  7. Bawa 2 orang saksi semasa mengambil tandatangan
  8. Menjalani ujian HIV
  9. Serahkan borang yang lengkap kepada pengantin perempuan

TUGASAN SAYA :
  1. Daftar kursus perkahwinan di Jabatan Agama
  2. Mengikuti kursus perkahwinan
  3. Dapatkan sijil tamat kursus daripada Pengendali Kursus
  4. Dapatkan borang yang lengkap diisi daripada pihak lelaki
  5. Menjalani ujian HIV
  6. Isi borang permohonan berkahwin
  7. Lampirkan surat akuan bujang & borang permohonan pihak lelaki
  8. Bawa wali & 2 orang saksi ketika penyerahan borang

TUGASAN BELIAU & SAYA
==> Tetapkan tarikh akad nikah selepas mendapat kelulusan Jabatan Agama - 1 MEI 2010 11 pagi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau

Kemaskini : 250310

Jurnal 2 Hati : 010 - Senarai Semak Hantaran ~ SELESAI

TUGASAN BELIAU :
  1. Sireh junjung
  2. Beg tangan + kasut
  3. Sepersalinan (Baju + tudung + kerongsang)
  4. Jam tangan
  5. Kek
==> Dekorasi?

TUGASAN SAYA :

  1. Tepak Sireh
  2. Kasut + stoking
  3. Jam tangan
  4. Sepersalinan (Kemeja + seluar)
  5. Buku-buku ilmiah
  6. Kek
  7. Buah-buahan
==> Dekorasi?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau

Kemaskini : 180410


Apabila Kita Ikhlas...

Percaya atau tidak, apabila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, insyaALLAH, kita akan dapat balik. Jangan kita terlalu mengharap, tetapi yakinlah, selagi kita redha akan ketentuan-Nya, hati kita akan sentiasa tenang. Semalam, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, idea untuk menulis mengenai ini, tercetus. Biarlah saya ceritakan semuanya, agar ianya boleh dijadikan pengajaran buat semua & biarlah ini menjadi sejarah hidup saya untuk saya selalu beringat-ingat.

Suatu ketika dulu, saya selalu mengharapkan agar diketemukan dengan seorang insan yang ikhlas mnyayangi saya, yang sanggup berkorban untuk saya & menerima saya seadanya saya. Menerima bukan sahaja yang baik-baik dari diri saya, malah kesemua kelemahan saya. Saya mahu dia bisa membimbing saya, agar dia menjadi pemimpin kepada saya & anak-anak. Bukan rupa paras yang saya pandang. Biarlah agama yang menjadi benteng kekuatan iman dalam menempuhi dunia penuh pancaroba ini.

Namun, saya ikhlas menerima dia seadanya dia. Saya rela menerima segala kelemahannya, & sentiasa berdoa agar dia berusaha untuk berubah menjadi yang terbaik. Lumrah manusia, takkan dapat lari dari semua itu. Saya tahu. Sebab itu, saya seikhlasnya menerima. Tapi, saya diketemukan dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Selalu begitu.

Saya tahu, ini semua ujian dari-Nya buat saya. Mungkin Dia mahu saya belajar sesuatu dari setiap yang berlaku. Mungkin Dia mahu saya jadi lebih kuat & tabah. Kerana ini baru ujian-Nya yang sedikit. Dan akhirnya, saya pasrah. Saya redha menerima sesiapa sahaja, asalkan dia punya pegangan agama.

Namun, hadiah kesabaran itu, cukup besar buat saya. Jika selama ini, saya sering ikhlas memberikan kasih sayang, sehinggakan kasih sayang saya diambil kesempatan. Saya mendapat semula apa yang sering saya berikan. Benar, apa yang kita beri, pasti kita akan dapat semula. Kalau baik, baik lah ganjarannya. Kalau jahat, jahat juga balasannya. Cuma cepat atau lambat, kita tidak tahu.

Redhalah menerima. Percayalah setiap yang berlaku, ada sebabnya. Takkan dia menjadikan sesuatu untuk yang sia-sia. Hikmahnya pasti ada. Bersangka baik pada-Nya. Apa pun yang dilakukan, ikhlaslah...

Monday, 12 October 2009

Jurnal 2 Hati : 009 - 200 Hari Lagi

Hari ini, tepat lagi 200 hari je lagi. Perkembangan? Tak banyak... Saya masih bersenang-senang je. Macam lama lagi kan. Padahal, pejam celik, tak lama pun lagi kan...

Yang best, baju nikah sudah pun dihantar kepada tukang jahit. InsyaAllah siap sebelum Aidil Adha. Nape awal sangat? Sebab lepas tu, saya nak jahit manik pula. Ya! Saya cuma beli kain biasa sahaja. Bukan kain lace. Jadi baju yang sudah siap nanti, akan saya jahitkan manik pula. Simple-simple sudah. Sebab lepas nikah pun nanti, insyaAllah, baju itu boleh dipakai lagi. Tidaklah hanya sekali seumur hidup. Sayanglah kan. Kain saya & En. Tunang, sama sahaja. Kain itu kami letak di dalam dulang hantaran masa bertunang hari itu.

Mungkin dalam bulan ini atau bulan depan, kami akan pergi confirmkan photographer. Kawan kepada En. Tunang. InsyaAllah, untuk ketiga-tiga majlis, orang yang sama. Yang lain-lain, tunggu kemaskini akan datang k... Itu je..

Saturday, 10 October 2009

Lirik Lagu : Aku Rindu Sayang Kamu

Siang & malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiadamu
Apakah ini dinamakan cinta
Menjadi aku yang punya

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hari mu tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Aku rindu
Sayang kamu
Padamu
Aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Thursday, 8 October 2009

Tercipta Untukku : Memasak Untuk FMIL (utk FH juga)

Semalam, saya kan bercuti. En. Tunang bersama ibunya ke KL untuk urusan haji di bangunan Tabung Haji. Lepas tu, secara tiba-tiba mereka decide untuk ke rumah saya. Ye, saya di rumah. Masa itu pukul 2, dan mereka belum lagi makan tengahari.

Jadi, saya tanpa mama di sisi, memasak untuk tetamu yang datang. Hahaha! Nasib baik tak ramai. Kalau ramai, mesti berpeluh saya. Nak tau saya masak apa? Very simple k... Sambal udang, sayur campur dan ayam goreng. See, very the simple kan. Saya tengok apa yang ada dalam peti ais, pastu saya belasah jelah.

Nasib baik mereka cakap sedap. Tak taulah kalau sebenar sebab lapar kot. Hahaha! Yang penting En. Tunang dan adik beliau makan bertambah ye. Seronok sangat!

Malam tadi tanya betul-betul pada beliau, betul ke sedap. Beliau cumu cakap, ' Mak cakap lulus'. Hehehe. Lulus je ke? Ingatkan cemerlang. Tak, tak... Saya masak cincai-cincai je. Pun boleh lulus. Kalau masak betul-betul, agak-agak cemerlang x? Ada contoh bakal menantu kesayangan tak? Ekeke...

Wednesday, 7 October 2009

Wah, Ada Yang Dengki Laa...

>>INI ENTRI AGAK PANAS, SEBAB TENGAH PANAS HATI!!<<
Entri ini ditujukan pada insan yang tak puas hati kat saya.

Sebab tak puas hati? Sebab aku dah bertunang. Camtu? Sian kau kan. Ada tunang pun olok-olok. Konon dah bertunang. Hidup pun sengkek, berangan konon-konon dah bertunang. Then pompuan, kau pun mengiyakan je... Hakikatnya dia masuk minang kau pun tak kan. Sian kau! Best la lelaki tu, tak payah susah-susah dah boleh mengaku tunang. Kang esok-esok, takyah nikah, trus ngaku dah kahwin, buat hal cam laki bini, boleh?

Aku tak kisah la laki, kalau kau nak dengki ngan aku. Sebab takde kesan pun kat aku. Yang aku tau, kau memang kaki penipu kan? Kalau aku ada buat salah pun, aku mohon ampun banyak-banyak kat DIA. Pintu taubat tu sentiasa terbuka. Tapi, aku tak taulah kau ni. DIA dah bagi petunjuk, kau tu dah macam separuh mati, tak sedar-sedar lagi?

Tak apalah, aku doakan kau tu dapat hidayah dari-NYA. Yang penting aku tak hutang apa-apa ngan kau, dan kau jangan nak sesuka hati nak bahasakan aku...



Kesayanganku Buat Hal ~~ Putih.. Putih..

Semalam, dalam pukul 6 baru sibuk-sibuk mahu pulang. Saya bergegas la sebab mahu berbuka puasa di rumah. Tak mahu la di dalam kereta lagi. Sampai di B3, masuk kereta, time nak start enjin, tak boleh pulak. Cuba sekali lagi, pun tak boleh. Takleh jadi ni. Ofismate ramai dah balik. Tengok kat sebelah ada lagi kereta Iwan. Bolehla diminta tolong. Kalau nak call dari B3 tu, mintak maaf la. Nama pun bawah tanah kan... Cepat-cepat saya naik blk ke ofis, nk mtak tlg sapa2 yg ada.

Saya call driver nak pinjam jumper. ap-apa hal pun, saya nak jugak bwk balk kereta ke rumah. Tak nak la tinggalkan di ofis. Kat B3 lak tu. Dibuatnya hujan lebat sampai banjir, abislah... KL kan, bkn leh agak-agak. Saya taknak menanggung risiko. Nasib baik jumpa jumper, pinjam daripada Maintenance.

1st jumping dengan kereta Iwan, ok lepas... Saya pun teruslah bergerak untuk pulang ke rumah. Iwan di depan saya ye. Lepas je kaunter tiket, Iwan ke kanan, saya ke kiri, dan putih buat hal balik. Berhenti di simpang lak tu. Dah la kereta auto. Mana la boleh nak tolak. Saya keluar, minta tolong penjaga tiket tu. Nasib baik ada lagi driver bangunan sebelah tu. Jadi mereka beramai-ramai mengerumuni Putih. Jumping dengan kereta Kelisa. Haha! Tak lepas ye... Kelisa nak tolong MyVi? Tak dapek la... Kemudian lalu kawan ofis saya, naik kereta Proton Saga lama. Kami try guna kereta dia, dan Alhamdulillah lepas...

Saya memang dah cuak. Saya nak balik Bangi ni. Perjalanan dalam 30km. Kalau enjin mati lagi tengah jalan. Famili saya kat Bangi. Kesin pulak dorang nak kena datang KL. En. Tunang? Takkan nak suh datang dari Melaka semata-mata sebab ini. Cam manja sangat la pulak kan. Nasib baik akak tu sehala dengan saya. Beliau nak balik ke Kajang. Maka beliau dengan sukarelanya, mengikut saya dari belakang.

Sampai di tol Kajang, kami berpisah. Beliau ke kiri saya ke kanan. Lama sangat nak tunggu lampu merah tukar hijau, Putih buat lagi. Ye, berhenti di tengah jalan. Laju saya call ayah minta beliau datang cepat. Sikit lagi nak sampai umah ok. Putih, putih... Napelah tak sabar sangat ni.

Ayah sampai dengan adik saya. Kami buat jumping kali ketiga, dan laju saya terus balik umah. Memang nak cepat sampai umah sebab saya sangat lapar plus terlupa nak buka puasa.

Pagi ni start enjin, ok pulak. Putih, kau memang sengaja menguji aku kan? Tapi sebab saya dah msg bos ambik EL, maka saya di rumah la ni. Ingatkan nak kena tukar bateri. Tapi faham-faham jelah, lepas-lepas raya ni. Kang ada lak yang tak makan sampai hujung bulan. Haha!

Selamat Menjawab, Adik-adik...

Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan PMR. Pelik kan? Selalunya bermula pada hari isnin. Tapi tahun ini bermula pada hari Rabu sehingga ke hari Selasa minggu depan. Adik saya yang no 4, Naeem, bakal menduduki peperiksaan ini.

Jadi, buat semua adik-adik tingkatan 3, SELAMAT MENJAWAB SOALAN ye... Jangan menggelabah okie!


Tuesday, 6 October 2009

Angin Tension

Masuk je Oktober, mula la kami di sini menggelebah. Mana tak nye, mulanya Oktober, bermakna mulanya Audit. Interim Audit as at 30 September. Januari tahun depan, fully Audit. Jadi bila bermulanya Audit, masing-masing mengamuk jelah. Tapi faham-faham la ye. Masing-masing dok kejar deadline. Kalau Auditor masuk, lagi tak senang duduk dibuatnya.

Maka dengan ini saya mengisytiharkan, saya akan balik tak tentu masa ye. Tapi sekarang ni, selagi boleh balik on time, kita pulun la kan. Kang esok-esok kena balik kul 2-3 pagi? Hahaha! Jangan terkejut ye... Rasa la kau!

Ok, ok... Sambung wat keje...

Monday, 5 October 2009

Pemandu Malaysia, Tolonglah...

Hari Jumaat lepas, saya keluar agak lewat dari ofis, dalam pukul 6.30 petang. Kalau jammed di Kuala Lumpur tu, biasa la. Saya pun tak kisah sangat. Biasanya lepas je tol Sg. Besi, jalan dah clear dah. Tapi hari itu, dari jauh, sebelum masuk tol, saya dah nampak macam jammed je lepas tol. Saya peliklah. Sebab sepanjang saya menggunakan lebuhraya PLUS, tak pernah jadi macam tu. Jadi, saya call ayah saya, nak tau mungkin ada sesuatu terjadi. Dahlah saya puasa. Jangan tanya saya berbuka apa...

Memanglah saya jangka yang ada kemalangan berlaku. Tapi, yang menjadikan saya sangat geram, kemalangan itu berlaku di lorong sebelah arah ke Kuala Lumpur. Bukan di lorong arah ke selatan. Aduh, bikin saya panas neh! Yelah, perjalanan balik yang biasanya mengambil masa hanya sejam lebih, jadi 2jam setengah. Dari pukul 6.30 ptg, sampai rumah pukul 9.00 mlm.

Wahai pemandu Malaysia sekelian, saya tahu anda semua prihatin. Tapi janganlah terlalu prihatin sampai menyusahkan ramai orang. Tolonglah...

Saturday, 3 October 2009

Adik, Semoga Panjang Umur!

Hari ini 3 Oktober 2009, hari ulangtahun yang ke-13 budak kat atas ini.
Namanya - Ilham Yasin. Adik saya yang bongsu sekali. Nak hadiah apa adik?Xyah la ey...


Jurnal 2 Hati : 008 - Persediaan Mental, Fizikal & Rohani

Asyik cerita pasal persiapan material sahaja. Sebenarnya persiapan yang paling penting dalam menuju gerbang rumahtangga, ialah persiapan mental, fizikal & rohani. Sebenarnya ini yang paling susah. Tapi kalau tak betul-betul bersedia daripada segi ini, memang agak susah. Tak percaya? Tanyalah orang yang lebih berpengalaman.

Daripada segi mental, bersediakah kita untuk menjadi suami/isteri, yang sudah tentu berlaku pertambahan tanggungjawab. Daripada selepas bertunang, perlu set mind yang kita bakal menjadi suami/isteri. Bertanya pada orang yang lebih berpengalaman. Paling dekat adalah orang tua kita. Tapi, kebanyakan kita pasti malu untuk bertanyakan hal-hal rumahtangga kepada kedua orang tua kan?

Daripada segi fizikal, bersediakah untuk bekerja lebih kuat, buat lelaki. Yelah, nak jadi ketua keluarga kan? Bagi perempuan pula, daripada segi fizikal, yang paling penting, bagi semua orang yang berkahwin, bersediakah untuk mengandung zuriat buah cinta bersama suami. Ingat mengandung tu senang? Nak jadikan diri mengandung pun susah kan? Hehehe... Saya macam berpengalaman saja kan?

Daripada segi rohani pula, ini adalah daripada segi dalaman mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama. Bersediakah lelaki untuk membimbing isteri & anak-anak. Ilmu perlu ditambah hari demi hari. Sebab anda bakal menjadi rujukan kepada zuriat anda berdua. Betul kan?

Kalau ditanya kepada saya, selain 3 perkara di atas, ada lagi perkara yang membelenggu fikiran saya, yang kadang-kadang membuatkan saya risau juga. Untuk menyatukan 2 keluarga yang tentu sekali berbeza cara hidup, sebenarnya memang susah. Betul tak? Apatah lagi kita sendiri perlu masuk ke sebuah keluarga & menyesuaikan diri dengan cara mereka. Kalau dengan keluarga sendiri, buat perangai negatif pun, pusing-pusing diterima juga kan? Yelah, kita memang ahli keluarga dari sejak lahir lagi. Tapi kalau buat perangai negatif dengan keluarga mertua, bolehkah mereka menerima dengan hati terbuka? Paling tidak, nanti pasti jadi bahan kan? Itulah sebabnya kita kenalah berlakon dengan keluarga mertua. Hehehe! Ini saya belajar dari pengalaman blogger-blogger.

Kadang-kadang hubungan memang baik dah dengan ibu bapa mertua. Tapi bermasalah pula dengan ipar duai. Aduhai, inilah yang saya taknak sangat-sangat. Saya paling risau, hanya disebabkan perkara kecil, hubungan jadi berantakan. Dan akhirnya nanti, melibatkan pula ibu bapa mertua. Harap-harap, saya mampu menghadapi situasi begini dengan baik. Mama saya, awal-awal lagi sudah berpesan, jadilah menantu yang baik macam menantu jiran sebelah rumah saya ini. Bersopan-santun & penuh budi bahasa. InsyaAllah. Semoga semuanya baik-baik belaka. Ameen...

Friday, 2 October 2009

Jangan Lambat Sangat, Boleh?

Pernah tak jadi kat korang, korang berkawan dengan seorang lelaki ini, rapat sangat-sangat. Korang suka dengan dia, dan korang tau, dia pun suka dengan korang. Tapi hubungan itu, tak tahu hendak diklasifikasikan bagaimana. Maksudnya, nak katakan kawan, macam terlebih mesra. Nak kata kekasih, tak ada pulak dijelaskan. Itu yang agaknya jadi klasifikasi 'Teman Tapi Mesra'.

Lepas itu, yang lagi best, kadang-kadang dia akan menghilangkan diri secara tiba-tiba. Dan secara tiba-tiba juga dia akan datang kembali. Bila ditanya, konon-kononnya ada masalah. Jadi tengah concentrate nak settlekan masalah. Tak boleh nak berhubungan seperti biasa. Kalau sekali dua tu, mungkin boleh lagi la kan. Kalau banyak kali sangat, sendiri mahu ingatlah kan...

Dia dah layan korang macam kekasih dia. Tapi tak pernah pulak nak cakap yang korang ni kekasih dia. Kita ni memanglah berharap, cepat-cepatlah cakap. Nak kita yang mulakan dulu ke? Memang tak salah. Tapi dah dia layan korang macam kekasih, masih lagi tidak mahu menyatakannya?

Dan sekarang, bila korang dah punya calon lain, sudah mahu menuju ke gerbang impian, dia datang balik. Dan bila diberitahu perkara sebenar, baru nak menyesal tak sudah. Yang dia menghilangkan diri secara tiba-tiba mahu menyelesaikan masalah itu, sudah lupa? Mengambil masa berbulan-bulan pulak tu. Korang dibiarkan terkontang-kanting tanpa pesanan. Sekarang datang balik, mengharapkan korang masih macam dulu...

Bukan salah orang perempuan mencari calon lain. Bukan salah korang ye. Dia pun tak pernah bercerita mahu membina masa depan dengan korang kan? Kalau sudah menemui calon yang bersungguh-sungguh mahu bersama ke akhir hayat, kenapa harus dilepaskan hanya semata-mata menunggu calon yang tak pasti bila tibanya, walau ada di depan mata.

Buat lelaki, kalau kau sudah suka akan seseorang itu, dan kau yakin dia adalah orang yang mampu bersama kau hingga ke akhir hayat, jangan ditunggu-tunggu lagi. Kerana jika kau lambat bertindak, perempuan akan menemui calon-calon lain di sepanjang perjalanan hidupnya. Kalau sudah kau suka, luahkan secepat & bertindaklah sepantasnya. Tak punya wang? Rezeki ada di mana-mana. Bila sudah mahu membina masjid, insyaAllah jalan itu pasti dipermudahkan. Berdoalah banyak-banyak...

Pengalaman Gempa Bumi & Tsunami

Semalam semua orang kecoh-kecoh pasal gempa bumi di Padang, yang sama-sama sedikit kita di sini rasai. Hari ini pun, berita mengenai perkara itu masih lagi menjadi tajuk muka depan akhbar-akhbar utama. Kalau ikutkan, sewaktu kejadian, saya tak terlibat untuk merasainya pun. Seingat saya, sewaktu itu saya masih lagi di dalam perjalanan pulang ke rumah dari ois. Menghadap jammed, sudah tentu tidak merasai apa-apa pun. Haha!

Kalau nak saya cerita pasal gempa 2 hari lepas itu, memang saya tiada pengalaman langsung ok. Tapi saya pernah melalui saat-saat cemas sewaktu kejadian beberapa tahun yang lepas. Kalau tidak salah, sekitar tahun 2004. Masu itu saya sedang menuntut lagi, dan saya menetap di Shah Alam. Saya melalui sebanyak 2 kali.

Kejadian pertama pada bulan Mac 2004. Masa itu saya berada di rumah rakan saya. Kami tinggal di satu kawasan. Cuma saya di Blok 3 & kawan saya ini di Blok 4. Tujuan saya ke rumah kawan saya ini adalah untuk meraikan harijadi kawan kami berdua. Masa kejadian, kami baru je nak makan. Dam pukul 12 lebih la. Saya baru nak makan ayam KFC tu. Tapi tiba-tiba saya rasa
pening kepala sangat-sangat. Tapi saya diam je. Sebab saya ingatkan saya letih kot. Sebab sehari suntuk saya keluar berjalan-jalan. Kemudian kawan saya bangun menjenguk ke luar beranda. Oh, lupa saya nak beritahu. Kami berada di Tingkat 4. Semasa dia menjenguk ke luar tu, dia nampak yang keadaan di luar bergoyang-goyang. Terus dia menjerit mengatakan yang bangunan tempat kami berada itu turut bergoyang. Dalam waktu yang sama ada orang mengetuk-ngetuk pintu rumah sambil menjerit minta kami semua segera keluar dari rumah. Teruslah kami keluar dan berlari turun ke bawah. Masa itu, ramai orang sudah berkumpul. Lama jugak la kami berada di situ. Masing-masing tak berani untuk naik ke rumah. Kami kemudian bergerak beramai-ramai ke kedai mamak berdekatan. Hahaha! Macamlah kat kedai mamak tu, tak bergegar jugak kan? Hahaha!

Esoknya tengok berita, rupanya da gmepa bumi dekat Pulau Nias. Kalau tak salah saya la. Dah lama kan kejadian itu. Jadi macam ingat-ingat lupa la. Kalau salah, tolong betulkan saya ye. Memang penduduk sekitar Shah Alam merasai gegaran kesan daripada gempa bumi tu.

Kejadian kedua pula berlaku sekitar Disember 2004. Yang ini kejadian yang besar & menakutkan jugaklah. Kalau masih ingat pada kejadian Tsunami yang melanda negara beberapa tahun lepas. Kejadi berlaku pada pukul 12 lebih hampir pukul 1 kan? Tapi sebenarnya, kami di sekitar Shah Alam pada masa itu merasai gegaran pada pukul 8 lebih. Saya masih ingat lagi, masa tu, saya sedang mandi dan raka-rakan serumah yang lain, masih lagi tidur. Selesai mandi, saya menerima SMS daripada adik angkat saya yang tinggal di Blok 1. Rumah beliau di tingkat 9. Gegaran sangat dirasai. Berbanding saya yang berada di tingkat 3. Beliau minta saya keluar daripada bangunan. Tapi sebab rakan-rakan yang lain masih lagi tidur, saya malasla pulak. Lagipun saya masa tu, fikir nak studi je sebab nak exam kan.

Tengahari dengar berita berlaku tsunami kat utara. Terkejut jugak la. Memang teruk sangat kan masa tu?

Sebab itu sekarang, saya sangat alert pada gegaran terutamanya bila berada di bangunan tinggi. Lagi pula saya bekerja di bangunan berketinggian 31 tingkat dan saya berada di tingkat 28. Tapi saya selalu fikirr, kalau jadi kejadian yang sama waktu saya berada di tingkat 28 ni, larat ke saya nak turun guna tangga. Lagi pula ramai yang akan turun berpusu-pusu kan. Tapi harap-harap, tidaklah berlaku kejadian seperti itu sewaktu saya di sini.

Semalam saya ada baca tips kalau berlaku kejadian seperti itu, apa yang perlu kita lakukan ialah:
1- Jangan lari
2- Cari hanfon, sebotol air & selimut
3- Kemudian duduk di bawah meja.

Ini kerana, jika berlaku gempa bumi, pasti ianya akan memusnahkan bangunan. Kalau kita sempat lari, Alhamdulillah. Banyak kes yang berlaku, mangsa mati di tangga sewaktu mahu turun keluar dari bangunan. Tujuan melakukan seperti di atas itu, kalau bangunan itu musnah, bila kita berada di bawah meja, insyaAllah, risiko tu mungkin kurang sikit kot. Kemudian, kalau kita tertimbus dan terperangkap selama beberapa hari, kita ada air untuk diminum dan meneruskan hayat. Hanfon tu, manalah tau boleh digunakan untuk mencari bantuan.

Tapi sebenarnya, kalau memang dah ajal kan, memanglah saat itu juga, nyawa diambil. Tapi kalau belum ajal, macam mana teruk cedera pun, kalau belum sampai, panjang la lagi itu umur itu kan. Tapi, kita ikutlah kalau memang betul untuk kebaikan. Setuju tak?

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk mangsa-mangsa kejadia di Padang, Indonesia. Dengar-dengarnya kerajaan Malaysia sedang berusaha membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang berada di sana. Semoga semuanya baik-baik belaka la kan. Ameen...