:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Showing posts with label Jurnal 2 Hati. Show all posts
Showing posts with label Jurnal 2 Hati. Show all posts

Saturday, 1 May 2010

Jurnal 2 Hati : Semoga Semuanya Berjalan Lancar

Doakan segalanya berjalan lancar. Takut pun ada.

Pada kawan-kawan yang nak datang, boleh tengok entri bawah ni yer...

Jumpe nanti!

Friday, 30 April 2010

Jurnal 2 Hati : 096 - Kami Jemput Anda Semua!

Anda yang tak pasti mahu datang atau tidak,
atau mungkin terlintas untuk datang pada hari majlis, tapi kad tiada...
Boleh print kad di bawah ya!
Kami berdua sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua, ke Majlis Bersejarah kami.
Terima Kasih.

Majlis Walimah pada 1 Mei 2010
di Bandar Baru Bangi, Selangor

Majlis Walimah pada 2 Mei 2010
di Bukit Katil, Melaka

Peta buat rujukan

Jurnal 2 Hati : 095 - Sehari Sebelum & Pada Hari Majlis

Sehari Sebelum Majlis
  1. Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah, sudah diterima
  2. Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan
  3. Pakai inai di jari
  4. Rehat & tidur awal

Pada Hari Majlis
  1. Bangun awal & mandi sunat
  2. Pastikan ada banyak masa untuk bersiap
  3. Pastikan anda makan & rehat dengan cukup
  4. Lalui majlis dengan penuh gembira!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau
Tak Buat Lagi - MERAH

Tuesday, 27 April 2010

Jurnal 2 Hati : 094 : Dah Mula Bercuti

Hari ini, hari terakhir bekerja dengan status Cik Mazni. Nanti masuk ofis dah naik pangkat dah. Hehehe... Esok mula bercuti, dan saya ada macam hal yang perlu diuruskan.

Tak tahulah kenapa, nak dekat-dekat majlis ni, sakit kepala suka datang. Kawan-kawan ofis cakap saya stress. Tapi, saya rasa, saya relax je... Bila fikir-fikir balik, saya rasa, saya terlalu banyak memikirkan tentang majlis. Kadang-kadang rasa, entah apa-apa pun iye juga...

Saya tak tahu saya sempat atau tidak nak upadate blog, dan status kat FB tu. Tak janji ye, tapi saya cuba. Kalau tak ada update tu, anda semua faham kan...

Oklah, nak bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Daa...

Sunday, 25 April 2010

Jurnal 2 Hati : 093 - Doa & Ucapan

Sampaikan doa & ucapan kalian buat Bakal Mempelai ini.

~klik gambar ya!~

Semuanya didahului dengan ucapan Terima Kasih


~ Alhamdulillah ~

Jurnal 2 Hati : 092 - Dah Habis Minggu Dah... Tinggal Hari Je...

Mula-mula dulu, kalau kira guna bulan... Bila dah kurang sebulan je, kira guna minggu... Dah abis dah minggu, tinggal hari je... Lepas tu, bila orang tanya, "bila majlis?", sedap je jawab, "minggu depan...". Wah, macam tak percaya je... Ni stat arini orang tanya, kena jawab, "hujung minggu ni...".

Macam tak percaya jer, kalau berborak-borak dengan En. Tunang pun, kitorang gelak-gelak je... Kalau tanya perasaan, takut pasti ada. Gembira, tentu sekali. Tak sabar? Mmm, kadang-kadang la... Ke mostly? Hahaha!

Saya akan mula bercuti pada hari Rabu nanti. macam-macam nak kena buat tu. Nak bermanja-manja la, nak gi fitting la. Nasib baik hantaran dah buat. Tak adalah pening lagi dah. Hari ni, nak kemas bilik. Barang-barang yang tak sepatutnya, nak tumpang kat bilik adik-adik. Semalam pun dah start kemas pakaian untuk ke sana. Pening juga nak pikir pakai baju apa. Takut juga ada. Nak dok agak lama juga la kan...

Macam tak percaya je, saya akan menjadi isteri orang akhirnya. Cinta sekejap, tapi itulah jodoh saya kan... Doakan yang baik-baik. Yang penting, semoga saya diberi kesihatan yang baik, menjelang hari majlis. Ameen...

Saturday, 24 April 2010

Jurnal 2 Hati : 091 - Seminggu Sebelum Majlis ~ SELESAI

  1. Pastikan anda sudah bercuti
  2. Pastikan pakaian pengantin sudah diambil/diterima
  3. Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang sudah ditempah
  4. Sahkan semua perincian dengan katerer
  5. Siapkan hantaran & cenderahati (dalam bentuk makanan)
  6. Mulakan kerja-kerja menghias pelamin & bilik tidur
  7. Buat rawatan muka & badan yang terakhir
  8. Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga
  9. Sediakan & pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis)
  10. Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu
  11. Semak berulang kali senarai semak keperluan & senarai ini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau
Tak Buat Lagi - MERAH

Friday, 23 April 2010

Jurnal 2 Hati : 090 - Jom Deko-deko

Ingat tak, hari tu saya cakap, nak abiskan hujung minggu ni dengan mendeko-deko hantaran. Bila kena serang dengan demam, lepas tu saya bercuti-cuti pula semalam kan... Dah mulalah mendeko-deko hantaran. Tengok tu, cakap je demam kan... Hehehe...

Sebenarnya bukan apa, saya ingat, saya dah kena mula berehat-rehat la. Kang demam balik kang, susah pula kan. Jadi semalam, saya sempat menyiapkan dua dulang hantaran. Yang 100% saya yang buat ye. Lepas tu, malamnya, saya ajak sepupu-sepupu saya, Imah & Yuz, untuk sama-sama bekerjasama dengan saya, mendeko-deko 3 lagi dulang. Dan Alhamdulillah, misi tercapai! Lega sangat-sangat!

Hantaran saya tak banyak pun. 7 berbalas 5. Kalau ada lebih pun, nasib la yer... Yang penting, officially nye itu sahaja. Senarai boleh tengok di sini. Sangat simple, yang penting, cantik di mata kami pereka-pereka neh. Hehehe...

Nak tengok? Macam biasa la, TUNGGUUUUU....

Monday, 19 April 2010

Jurnal 2 Hati : 089 - Kek Tingkat-tingkat

Sebab majlis dah tinggal seminggu lebih je lagi, minggu lepas, saya dah pergi tempah kek kat kedai ke yang biasa saya pegi beli tu. Kek dia memang sedap & murahlah. Saya cuma nak kek 3 tingkat je. Ingat tak entri ini?

Saya cuma tempah kek guna fresh cream je. Bukan kek fondant macam kat atas ni, walaupun kek itu cantik, tapi tak berapa sedap la kan. Kek saya macam kat bawah ni. Lebih kurang la. Taklah sama 100% yer..

Oklah kan? Tauke kedai nak tolong hantar ke rumah. Lega, sebab tak payah nak pegi amik sendiri.

Jurnal 2 Hati : 088 - Untuk Bakal Pengantin

44 Pantang Larang untuk Bakal Pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
  3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
  4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
  6. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
  7. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
  10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
  12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
  15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
  16. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
  17. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  18. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
  20. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
  23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  25. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  26. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  27. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  28. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
  29. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
  30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
  31. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
  32. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
  33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  35. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
  37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
  38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
  39. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  40. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
  41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  42. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
  43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
P/S : Ada yang boleh pakai, ada yang tak boleh. Jadi, pandai-pandailah yer...

Sunday, 18 April 2010

Jurnal 2 Hati : 087 - Pencarian Barang Hantaran III (Episod Akhir)

Hari ini saya dan En. Tunang, menyelesaikan pencarian barang hantaran. Dah nak dekat majlis, tak setel lagi? Hehehe... Tinggal nak beli jam tangan je...

Alhamdulillah, setel juga akhirnya. Semuanya di dalam bajet. Kira dah lega la ni. InsyaAllah, hujung minggu ini, nak mula buat dekorasi hantaran pula. Dengan sepupu-sepupu saya la.

Sekarang ni, tinggal nak beli cincin untuk akad nikah. Ya! Memang beli lambat, sebab saya ni, kalau beli awal, mula la teringat-ingat. Pastu gedik lak nak pakai. Boleh? Hehehe...

Saturday, 17 April 2010

Jurnal 2 Hati : 086 - 2 Minggu Sebelum Majlis ~ SELESAI

  1. Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan
  2. Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai
  3. Serahkan permohonan cuti kepada majikan
  4. Selesaikan semua urusan kerja sebelum cuti
  5. Sahkan jumlah tetamu & maklumkan kepada katerer
  6. Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan
  7. Sediakan pembayaran untuk jurunikah, saksi & perkhidmatan profesional perkahwinan dalam sampul surat
  8. Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau
Tak Buat Lagi - MERAH

Tuesday, 13 April 2010

Jurnal 2 Hati : 085 - Cuba Try Test!

Saya terlupa nak cerita sesuatu. Hari Rabu minggu lepas, orang butik call. Minta saya datang, untuk discuss pasal pelamin & lain-lain la. So, saya ni dengan semangat, kebetulan pula saya ambil time off 2 jam, sebab sakit perut, pergilah ke butik. Masa tu dengan plan hanya mahu discuss sahaja.

Habis bincang semua, tak sangka pula diorang ajak buat fitting. Saya ni macam percaya tak percaya jelah. Siap cakap, 'Eh, bukan cakap seminggu sebelum ke?'. Dorang cakap, date saya tu, ramai gak mempelai lain. Takut tak sempat pula. Mula-mula tu, macam tak nak juga. Konon-konon mahu bersama En. Tunang la. Gedik kan? Hehehe...

Tapi, lepas tu fikir semula, saya dah la sayangkan cuti saya. Lepas tu dah dapat kuar awal pun, cukup bagus kan? Jadi, saya pun buatlah fitting, tanpa En. Tunang. Nak jugak tu... Hehehe... Lama juga, sebab bukan sepasang je kena fitting. Tapi, berpasang-pasang. Ha, banyak kan? Saja bikin suspen kamu semua. Hehehe...

En. Tunang kemudianlah, sebab cuma sepasang je. Kalau tiada apa-apa, insyaAllah hujung minggu ini. Sebab beliau mahu datang, setelkan sikit je lagi hal kerja kahwin neh...

Monday, 12 April 2010

Jurnal 2 Hati : 084 - Mimpi Macam-macam

Lagi nak dekat ni, lagi macam-macam perasaan yang timbul. Takut & gementar tu, usah cakaplah. Kadang-kadang akan terasa. Sebenarnya perasaan risau lagi banyak kot. Sampai lupa pada ketakutan perubahan title tu nanti. Risaukan keadaan majlis. Entahlah, macam-macam saya fikir. Moga-moga majlis nanti berjalan lancar hendaknya.

Ni nak cerita pasal mimpi pulak. Agaknya sebab terlalu memikirkan pasal majlis, mula-mula mimpi macam-macam. Yang paling best, malam tadi mimpi dah nikah. Boleh? Bangun pagi-pagi, call En. Tunang. Terus la cerita. Betapa rindunya saya pada beliau... Haiii, sabar, sabar...

Itu belum masuk lagi mimpi benda-benda yang saya nak buat. Saya ni tengah sibuk nak buat buku tetamu. Belum buat pun lagi. Tengah develop idea. Tau-tau dalam mimpi, dah siap pun. Alangkah indahnya, kalau bila bangun je, memang betul-betul dah siap. Hehehe...

Mimpi, mimpi... Semoga kenyataannya, indah-indah belaka ya! Ameen...

Sunday, 11 April 2010

Jurnal 2 Hati : 083 - Banyak Nak Cerita

Saya sebenarnya memang ada banyak nak kongsi dengan pembaca semua tentang persiapan majlis saya. Tapi tak tau nak mula dari mana. Nak kata banyak sangat, macam tak. Tapi lately, memang sangat sibuk. Lagi-lagi time hujung minggu.

Hari ini sahaja saya menghabiskan satu hari mengemaskan bilik pengantin tu. Bukan kemas-kemas je, siap dengan mengecat sekali. Hahaha! Memang tak plan pun. Ikutkan, saya tak perlu pun nak cat bilik tu, sebab bilik tu, memang baru buat untuk saya. Tentulah sudah siap dicat semua semasa proses renovation tu. Tapi, memang ada sikit masalah yang mencacatkan dinding bilik tu. Ada banyak retak. Jadi, Ayah dah tampal dengan plaster, awal minggu aritu. Siap cat semua yang dah tampal plaster tu. Tapi, entah mana silapnya, warna baru tu tak kena dengan warna lama. Hari ini, saya memang plan nak alihkan katil tu dan meja mekap tu. Jadi, ambil keputusan untuk cat je satu bilik. Nasib baik cat cukup, tak payahlah pegi beli lagi. Lega sangat!

Kesannya, saya sangat penat sekarang ni. Saya dah alih-alihkan barang-barang juga. Dan tak lupa, pasang langsr baru. Wah, semangat kan? Hehehe... Takut sebenarnya. Sebab tak lama dah sangat. Dalam kepala saya ni, ada macam-macam yang nak dibuat. Harap-harap sempatlah.

Oh, ya! Minggu lepas, Mama dan Ayah ke Klang untuk berjumpa dengan vendor cenderahati. Rupa-rupanya ada banyak sangat pilihan berbanding yang dalam katalog tu. Lepas bincang-bincang, tukar cenderahati lain. Sebenarnya, sebelum ini plan untuk bagi kek bahulu gulung. Tapi sebab kek itu tak tahan lama, kami tukar pilihan la. Apa dia? Tunggu...

Itu jelah dulu. Tak larat sebenarnya. tapi bilik tu tak habis hias lagi. Nanti-nanti saya sambung lagi ya!

Saturday, 10 April 2010

Jurnal 2 Hati : 082 - Debaran 3 Minggu Lagi

Dulu kalau kira, berapa lama lagi, cakap ada __ bulan lagi. Sekarang, bulan pun dah tak nampak dah. Kena sebut tinggal __ minggu je lagi. Lepas tu cakap dengan rasa cuak ok. Tipulah kalau tak cuak. Walaupun bukan saya pun yang akan lafazkan akad tu nanti. Hehehe...

Persiapan, Alhamdulillah berjalan lancar. Tapi, itulah, selagi belum selesai, ada je benda yang nak buat. Betul tak? Saya rasa, dalam masa 3 minggu lagi ini, blog saya ini akan dipenuhi dengan cerita persiapan majlis saya. Jadi, sila jangan bosan ok. Saya dah ingatkan awal-awal neh...

Sekarang ini pun, setiap hujung minggu, ada sahaja perkara yang hendak dilakukan. Yelah, itu jelah masa yang betul-betul saya ada. Hari lain, belum pukul 7 dah kuar rumah. Pukul 7 lebih baru sampai rumah. Sudah tentulah, penat yang amat!

Sekarang ini, tunggu butik call untuk fitting baju je. Sebab saya sewa baju yang dah siap, seminggu sebelum majlis baru nak pergi fitting. Fitting sekali je pun. Tak payah banyak-banyak kali. Bagus juga tu, takdelah saya pening-pening nak kena ambil cuti. Yelah, saya guna banyak cuti masa majlis nanti...

Itu jelah dulu, update untuk setakat hari ini. Biasalah, saya tak boleh nak tulis banyak-banyak sangat, nanti tak surprise pula majlis saya kan. Jadi, sabar jelah tunggu hari majlis ya!

Monday, 5 April 2010

Jurnal 2 Hati : 081 - Kad Mula Diedarkan

Dah tinggal kurang sebulan je lagi. Saya dah mula mengedarkan kad jemputan kepada rakan-rakan. Yang perlu diposkan, sudah saya hantar ke Pejabat Pos. Ala, bagi kat Mama je pun. Yang mana yang dekat-dekat, saya dah start hantar dah. Sikit-sikitlah. Jadi, diharap sabar menanti ye...

Memang saya dah kumpul alamat dah lama dah. Memang nak buat kerja ini mengambil masa. Kad itu, saya tak nak bagi terlalu cepat, sebab takut orang lupa, juga tak nak bagi terlalu lambat, sebab takut orang ada plan lain. Jadi, sekarang ini masanya sedang-sedang eloklah kan. Lagipun saya dah start announce kat blog ni, lebih sebuland ah rasanya. Dekat Facebook pun, saya dah save dalam kalender. Jadi kawan-kawan dah boleh save the date.

Kalau ada lagi yang mahu datang, dan perlukan kad, sila klik sini ya!

Friday, 2 April 2010

Jurnal 2 Hati : 080 - Dah Kena Kuarantin?

Tinggal kurang dari sebulan je. Kalau ikut kata orang tua-tua, time ni memang dah kena start kuarantin dah. Yelah, dah dekat-dekat ni, lagi banyak dugaan. Kata orang la.

Bagi saya dan En. Tunang pula, kalau tak kena kuarantin pun, dah memang kami jarang jumpa. Kuarantin ke, tak ke, sama saja. Hehehe... Lagi nak dekat hari nye nanti, beliau kena ke sini. Ada fitting & setelkan hal yang tak setel lagi. Tinggal sikit je lagi nih...

Saya memang plan, kalau kami kena berjumpa pun masa dah nak dekat-dekat nanti, saya cuba untuk tidak berjumpa dalam tempoh seminggu. Harap-harap, berjayalah. Semoga tidak ada projek mengejut...

Kalau ditanya perasaan saya sekarang ni, memang dah mula rasa debarannya. Dalam hati ni, Tuhan je yang tahu betapa lajunya degupan jantung ni. Perut pula, meamng kupu-kupu dah beranak-pinak dah rasanya. Hehehe... Tapi, kalau time tak sabar tu, memang tak sabar la sangat. Hehehe...

Sekarang ni dalam tempoh bersabar la ni. Sabar, Sabar...

Thursday, 1 April 2010

Jurnal 2 Hati : 079 - Rezeki Bakal Pengantin, Siapa Tahu?

Saya pernah cerita, betapa risaunya saya tentang bajet majlis perkahwinan kami nanti. Saya masih belum punya simpanan yang banyak untuk majlis ini. Tapi kalau sudah waktu jodoh saya itu sampai, ia akan tetap sampai kan? Kun Fa Yakun...

Saya mungkin tidak berapa pening, sebab saya perempuan. Untuk kenduri, pasti akan disponsor Mama dan Ayah. Tapi, takkanlah saya nak pejam mata je tengok dorang kuar duit kan? Nak tak nak, sedikit-sedikit mahu juga cuba menyumbang. Lagipun, saya juga punya keinginan saya sendiri. Kalau mereka keluar bajet semua, pastilah kena ikut apa yang mereka mahukan...

Alhamdulillah, gaji bulan lepas adalah gaji baru saya dengan increment. Wah, sangat seronok, kenaikan itu di luar jangkaan saya. Syukur sangat-sangat! Bukan itu sahaja, increment tersebut termasuk, bad debt untuk increment, setelah cukup setahun saya bekerja. Faham tak? Macam ni, sepatutnya increment pertama saya berlaku tahun lepas. Tapi disebabkan, semasa increment tahun lepas diberi, saya belum pun cukup setahun bekerja, jadi tak dapatlah. Kiranya tahun ini adalah tahun pertama increment saya, yang mana sepatutnya bermula setelah cukup setahun saya bekerja. Agak-agak berapa? Alhamdulillah, syukur, syukur...

Bagi En. Tunang pula, yang akan mensponsor 100% duit majlis di sana, banyak juga yang perlu dikeluarkan. Yang ini paling saya risau. Sebab itu, saya minta beliau asingkan dulu duit hantaran saya, sebab duit itu akan diberi pada hari nikah, takut terguna pula nanti kan... Memang beliau bekerja sangat kuat untuk semua ini. Bukan saya seorang yang dapat rezeki terpijak, beliau juga. Alhamdulillah... Tidak disangka sangat-sangat!

Memang ini rezeki bakal pengantin. Saya dah cakap, kalau kita niat baik, segalanya akan dipermudahkan. Kawan-kawan yang risau tak cukup duit nak kahwin, jangan risau ya! Ada, insyaAllah... Doa banyak-banyak...

Jurnal 2 Hati : 078 - Sebulan Sebelum Majlis ~ SELESAI

  1. Mengirim undangan untuk rakan & keluarga yang tinggal berdekatan
  2. Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto & juruvideo
  3. Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga
  4. Buat rawatan muka & badan
  5. Mencuba pakaian termasuk aksesori & mengambilnya daripada pereka
  6. Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli/dipinjam/disewa
  7. Sediakan hiasan meja
  8. Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  9. Cuba kasut kahwin & latih menggayakannya
  10. Berlatih senyum setiap hari
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau
Tak Buat Lagi - MERAH