Hari ini genap 3 minggu berkahwin. Rasa macam baru je semalam dengar akad dilafazkan. Alhamdulillah syukur sangat-sangat!
Saya ada beritahu dalam entri sebelum ni, ada berita gembira yang bakal dikongsikan. Mungkin ada antara pembaca blog saya ni, dah dapat agak kot, apa berita gembira tersebut kan. Ya, memang betul! Saya disahkan hamil. Alhamdulillah. Kandungan kini berusia 5 minggu. Macam mana boleh jadi 5 minggu, sedangkan saya baru berkahwin 3 minggu. Ini ceritanya...
Saya sepatutnya datang bulan pada minggu lepas. Tapi, period saya memang kadang-kadang lewat. Jadi saya tak kisah sangat. Minggu lepas, saya mulai perasan pada perubahan mood pemakanan saya. Saya sangat kuat makan, dan keinginan saya macam-macam. Letih dan lesu pun, sangat-sangat terasa. Saya cuma beranggapan, mungkin nak period kot.
Hari Selasa minggu lepas, saya tergerak hati untuk masuk ke website ini. Saja suka-suka. Buat calender ovulation dan jawab kuiz pregnancy test. Jawapan pada apa yang saya buat, membuatkan saya teruja untuk mengetahui adakah saya hamil. Petang, balik dari ofis, terus ke Guardian untuk membeli pregnancy test. Balik rumah, terus buat. Sangat tak sabar ok! Hehehe... Hasilnya, negatif. Lagipun, memang belum time saya datang bulan pun lagi. Kiranya test ni, macam ala-ala tak sabar la. Kecewa juga sedikit.
Awal minggu ini, saya diserang sakit perut di bahagian ari-ari. Itu biasanya tanda untuk datang bulan. Tapi sakitnya lain macam sikit. Kadang-kadang tak boleh tahan. Mood makan, memang membuak-buak. Kemudian, saya mula rasa mual-mual. Mula-mula saya tahan je lagi. Tapi hari ketiga, memang saya keluarkan semua. Tak tahan sangat! Memang kawan-kawan ofis ada tegur, mungkin saya hamil. Tapi, saya taknak terlalu berharap, takut kecewa. Lagipun, saya baru lewat beberapa hari. Belum seminggu pun.
Hari Khamis, saya ditegur oleh kawan saya, untuk buat pregnancy test sendiri. Kata beliau, sekurang-kurangnya saya tahu awal-awal. Kalau ada, jaga elok-elok. Kalau tak ada, tak apalah, boleh cuba lagi. Sebab fikir, suami akan pulang malam ni, pulang ofis, saya ke Guardian sekali lagi. Kali ini, bukan satu saya beli, tapi dua. Takut tak percaya pada test yang pertama kan. Saya beli yang mahal sedikit.
Balik rumah, saya rehat-rehat sambil tunggu turn nak mandi. Tak excited macam masa first time buat pregnancy test dulu. Masuk bilik air, terus buat. Saya mandi, sambil tunggu benda tu proses keputusan dalam masa 5 minit. Bila saya tengok keputusan, masa tu belum cukup 5 minit. Macam ada 2 line, tapi masih kabur. Saya macam, Eh, biar betul... Cukup 5 minit, memang line tu sangat clear. Saya macam tak sabar nak berlari masuk bilik. Betul ke 2 line tu tanda pregnant.
Memang betul, saya hamil. Ya Allah, memang tak percaya sangat! Saya menangis, sambil dail no Suami. Terus beritahu Suami. Beliau pun macam tak percaya. Tapi, inilah rezeki. ada juga timbul keraguan pada ketepatan tester tu.
Pagi Jumaat, bangun tidur, bawak tester yang kedua. Untuk buat lagi sekali. Supaya diri ini percaya. Dan test yang kedua juga, 2 line. Alhamdulillah...
Asalnya kami tak plan pun nak ke klinik secepat mungkin. Tapi, sebab saya sakit perut yang tersangat-sangat, takut something happen pada kandungan. Pergi juga. Jumpa Dr. untuk mengetahui adakah itu perkara biasa.
Dr. Lily bagi penerangan yang cukup jelas. Rupanya itu perkara biasa. Mungkin rahim mahu berkembang. Dr. Lily yang beritahu usia kandungan 5 minggu. Ianya dikira dari hari pertama saya period yang terakhir, yang mana saya period 2 minggu sebelum nikah. Secara biologinya, kandungan bermula pada minggu pertama perkahwinan la. Ya! Saya kahwin pada minggu subur saya. Inilah namanya rezeki. Alhamdulillah...
Doakan saya dan kandungan sihat-sihat sahaja ya! InsyaAllah, 'dia' bakal lahir pada Januari 2011...
8 comments:
tahniah mazni!!
bunting pelamin yer..sonoknyee=)
take care yourself oke..
tahniah2 sgt..syukurlah..rezeki cepat dtg..jaga diri okeh..
doakan ryna pulak..huhu..
Ya Allah! Seronoknya dengar berita neh. Tahniah mazni. Jaga diri baik2 taw!!
alhamdulillah, syukur.. take care..
tahniah mazni! =) jage diri elok2 ye..
tahniah..smoga selamat semuanya..jaga diri and kandungan baik2..
congrats my dear.. take care..
tahniahhh maz!..seronok sy dengar berita ni..sy tumpang gembira!!! tahniahhh sekali lagiiiii!
jage diri bebaikkkkkk tau..
Post a Comment