:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Showing posts with label Novel Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Novel Bacaan. Show all posts

Tuesday, 24 November 2009

Tak Boleh Lepaskan Ini!

9 Nyawa
RAMLEE AWANG MURSHID

Sinopsis:

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.


HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Dipetik dari sini.
Lebih lagi? Di sini dan di sini.


Saturday, 25 April 2009

Janji Yang Belum Ditepati

Sudah lama saya berjanji dengan anda semua untuk membuat sinopsis mengenai novel-novel RAM yang menjadi milik saya. Tapi saya masih belum bekesempatan. Saya bercadang untuk membuat sinopsis itu dari sudut pandangan saya sendiri. Maka saya perlu membaca semula novel-novel beliau. Ia pastinya akan mengambil masa. Jadi hari ini, saya akan keluarkan sinopsis novel-novel beliau dari pandangan kaca mata beliau (yang ada kat kulit belakang novel).

Saya akan berusaha untuk membuat sinopsis saya itu, untuk anda semua. Namun berilah saya sedikit masa ye! Terima Kasih...


Saturday, 18 April 2009

Bagaimana Saya Mula Meminati Beliau? ~~ Ramlee Awang Murshid

Seperti yang telah saya janjikan tempoh hari, saya akan menceritakan mengenai novel-novel R.A.M yang saya miliki. Tapi sebelum itu, adalah lebih baik saya menceritakan mengenai tuan punya hakcipta novel-novel tersebut, yang saya ketahui serba sedikit. Kredit saya berikan kepada WIKIPEDIA (Bahasa Melayu), yang memudahkan saya untuk mencari info mengenai beliau.


" Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram."



Sejarah saya bersama beliau bermula apabila saya telah terlihat rakan serumah membaca novel beliau bertajuk 'Tombirou'. Saya bukanlah seorang kaki novel, dan pada awalnya saya langsung tidak berminat untuk membaca novel itu. Tetapi saya tertarik dengan tajuk novel itu yang pada saya lain daripada yang lain, yang menyebabkan saya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Tombirou. Apabila saya bertanya kepada rakan saya itu, beliau hanya berkata, "Baca dulu, baru tau". Saya mengambil masa yang begitu lama untuk saya menghabiskan pembacaan novel itu. Dan akhirnya saya akui, jalan ceritanya sangat menarik!

Novel pertama beliau yang saya miliki bertajuk, 'Rahsia Perindu'. Sejak itu saya mula mencari kesemua novel-novel beliau untuk dijadikan koleksi & setiap kali keluar hasil tangan beliau yang terbaru, pasti saya akan terus ke kedai buku untuk mendapatkannya. Ringkas saya katakan, nukilan beliau sekiranya dibaca dari awal, apa yang kita teka akan terjadi pada akhirnya, pasti terpesong sama sekali. Itu yang menyebabkan saya benar-benar jatuh hati dengan tulisan beliau. Jalan ceritanya menyebabkan kita tertanya-tanya apakah yang akan terjadi akhirnya. Tambahan pula, beliau banyak menggunakan fakta, walaupun jalan ceritanya adalah rekaan. Sebagai contoh, walaupun saya tidak pernah ke Sabah, tapi saya dapat merasai bagaimana keada di sana dengan membaca novel beliau.

Ada beberapa lagi novel beliau yang masih belum ada di dalam koleksi saya, dan saya masih lagi mencarinya. Jika ada sahabat-sahabat di luar sana yang tahu di mana boleh saya dapatkan novel-novel beliau tersebut, tolong beritahu ya!




Monday, 6 April 2009

Aku Peminat R.A.M~~




Ni la koleksi buku2 beliau, yg aku ada... Nnt aku try tuk wat sinopsis setiap novel tu ye... Slowly k...

Tuesday, 14 October 2008

Filem & Novel : Ayat-ayat Cinta


Citer ni aritu disiarkan kat TV3…
Korg tgk x citer ni…
Mmg best n bagus la…
Mmg la citer dh kuar kat wayang…
Tp aku xtgk pun…
Aku dh brenti jd kaki wayang sejak putus dulu tu…
Yelah aku slalu g tgk wayang dulu…
So skrg ni cm dh insaf la…
Hehehe… poyo!

Sbnrnyer aku dh baca novel nyer dulu sblm tgk citer ni…
So kiranya aku dh tau jln citer nyer la…
Cuma aku nk tgk cmne citer ni diadaptasi ke filem…
Lagi best ke x?
Sbnrnyer bg aku, lg best baca novel nyer…
Sbb of course la lebih detail kan…
Dan lebih seronok…
Sbb boleh rasa setiap part yd dia pergi…
Cam terbayang-bayang je keadaan bumi Mesir tu…
Wlaupun xprnh pergi pun…

Aku ni memang kaki novel…
So mgkn sbb tu aku ckp cmni kot…
Tp kl korg kaki wayang, mgkn lain lak pdpt nyer kan…

Wednesday, 3 September 2008

Novel : Bulan Berbisik

Kawan2..
Arini nk citer pasal novel yg aku baru baca ni...
Mmg best!
Sedih giler2!

Novel ni citer pasal seorg wanita, Khadijah merupakan isteri kepada Khalid Irfan.
Khadijah ni kira cam wanita melayu terakhir...
Penuh dgn ciri2 kemelayuan...
Memang isteri yg baik & taat kepada suami la...
Wlaupun mak mertua dia cam xbrape suka gn dia ni...
Sampai la satu hari dia terjumpa emel cinta sang suami kepada pelajar dia...
Suami dia lecturer, dia lak suri rumah...
Dia simpan beberapa lama...
Smpi la dia dpt kekuatan lepas blk dr umrah...
Dia jumpe that girl gn suami dia & beri kebenaran kat suami dia utk kawen lagi...
Suami dia blum mtak lagi tu...
Tabah betul hati Khadijah, wlaupn sbnrnye hati dia mmg dh hancur...
Hancur sgt2!
That girl mualaf, dh malu kat Khadijah xnk trima tawaran tu...
Wlaupn si khalid ni beria2 mengajak...
Xmalu kan...
Tulah dia...
Nk tau selanjutnye, pegilah beli novel ni ye...

Tp mmg sedih teramt2 la...
Aku nangis byk kali tau!
Hehehe...