:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Showing posts with label Perkembangan Anak. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Anak. Show all posts

Sunday, 8 January 2012

Perkembangan Bayi - 12 bulan @ Setahun

Perkembangan Tubuh Badan
Berjalan mengiring atau kehadapan dengan memegang seseorang atau perabot. Mungkin pandai bertatih dan berjalan jatuh.

Kemahiran Belajar
Anak anda akan membuat apa saja supaya anda ketawa dan mengulanginya beberapa kali. Mungkin mengetahui beberapa patah perkataan yang mudah.

Kemahiran Bertutur

Menyebut dan menggunakan perkataan pertamanya. Perkataan pilihannya adalah nama benda yang penting baginya, contohnya orang(mama, abah) objek(bola, jam).


Kemahiran Sosial

Memahami dan patuh pada arahan mudah seperti "jangan". Memahami keadaan yang berbeza, berupaya meluahkan perasaannya dengan lebih baik. Mungkin pada peringkat ini, tidak boleh berenggang dengan anda.


Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Thursday, 8 December 2011

Perkembangan Bayi - 11 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Berjalan mengiring atau kehadapan dengan memegang seseorang atau perabot. Mungkin pandai bertatih dan berjalan jatuh.

Kemahiran Belajar
Bayi anda akan suka membuat bunyi bising, ingin menggoyang, mengetuk, memukul apa saja yang boleh mengeluarkan bunyi. Suka melemparkan atau menjatuhkan barang dengan sengaja dan menyuruh anda mengutipnya semula.

Kemahiran Bertutur
Menyebut dan menggunakan perkataan pertamanya. Perkataan pilihannya adalah nama benda yang penting baginya, contohnya orang(mama, abah) objek(bola, jam).

Kemahiran Sosial
Memahami dan patuh pada arahan mudah seperti "jangan". Memahami keadaan yang berbeza, berupaya meluahkan perasaannya dengan lebih baik. Mungkin pada peringkat ini, tidak boleh berenggang dengan anda.

Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum


Tuesday, 8 November 2011

Perkembangan Bayi - 10 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Merangkak dengan tangan dan kaki yang lebih tegak. Mungkin akan mengundur buat seketika. Menarik sesuatu benda sebagai sokongan untuk berdiri. Sesetengah bayi akan terus berdiri tegak dan berjalan tanpa peringkat merangkak.

Kemahiran Belajar

Memahami perkataan pendek dan ayat-ayat mudah.


Kemahiran Bertutur

Pertuturan menjadi lebih baik kerana bayi akan cuba menyambung beberapa patah perkataan dan menyebutnya seperti sepotong ayat. Anda aka tahu bila bayi anda akan mula hendak bercakap.


Kemahiran Sosial

Bergaul dengan mengajuk bunyi percakapan dan tindak-tanduk orang lain. Memahami perkataan mudah contohnya jangan, "bye-bye".


Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

a href="http://www.mylivesignature.com/" target="_blank">

Saturday, 8 October 2011

Perkembangan Bayi - 9 bulan

Perkembangan Tubuh Badan

Berusaha untuk merangkak dan menyokong berat badannya dengan menggunakan tangan dan lutut. Boleh menukar kedudukannya daripada berbaring kepada duduk.

Kemahiran Belajar
Mula memperlihatkan "kuasanya", misalnya akan menghalang anda dari melakukan sesuatu, cuba mengelak daripada anda membasuh mukanya. Memberi sepenuh perhatian terhadap barang permainannya dan membelek-beleknya seolah-olah ingin memeriksanya dengan teliti. Mencari objek yang tersembunyi.

Kemahiran Bertutur

Pertuturan menjadi lebih baik kerana bayi akan cuba menyambung beberapa patah perkataan dan menyebutnya seperti sepotong ayat. Anda akan tahu bila bayi anda akan mula hendak bercakap.


Kemahiran Sosial

Bergaul dengan mengajuk bunyi percakapan dan tindak-tanduk orang lain. Memahami perkataan mudah contohnya jangan, "bye-bye".


Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Thursday, 8 September 2011

Perkembangan Bayi - 8 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Dapat duduk dengan baik tanpa perlu disokong jika dia tidak bergerak. Mungkin badannya akan bergoyang ke hadapan atau ke belakang.

Kemahiran Belajar

Mengenali namanya sendiri apabila dipanggil. Pandai membuat pelbagai jenis bunyi untuk menarik perhatian.


Kemahiran Bertutur

Bermain dengan bibirnya dengan menyebut perkataan yang mudah berulang kali seperti abababa. Belajar untuk menarik perhatian orang ramai. Berminat dalam perbualan orang dewasa.


Kemahiran Sosial
Bergaul dengan mengajuk bunyi percakapan dan tindak-tanduk orang lain. Memahami perkataan mudah contohnya jangan, "bye-bye".

Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Monday, 8 August 2011

Perkembangan Bayi - 7 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Keupayaan untuk duduk menjadi lebih baik, mungkin akan cuba mengimbangi badannya.

Kemahiran Belajar
Mula pandai untuk memilih makanan. Amat berminat melihat dirinya di cermin.

Kemahiran Bertutur
Bertindakbalas dengan lebih baik ke arah bunyi, sama ada suara manusia atau bunyi muzik. Dapat menyebut 2 patah perkataan hujung kepada perkataan penuh contohnya Maama, Aabaah.

Kemahiran Sosial
Lebih aktif dan lebih bijak berinteraktif. Suka bermain "cak-cak".

Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Friday, 8 July 2011

Perkembangan Bayi - 6 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Mungkin dapat duduk tanpa sokongan tanpa untuk beberapa saat. Dapat mengangkat kepalanya ketika baring. Giginya yang pertama mungkin akan tumbuh pada usia 6 bulan, namun setiap bayi adalah berbeza.

Kemahiran Belajar
Mula pandai untuk memilih makanan. Amat berminat melihat dirinya di cermin.

Kemahiran Bertutur

Terus berkomunikasi dengan orang dewasa, membuat pelbagai bunyi dan menunggu sehingga seseorang membalas kelakuannya semula.


Kemahiran Sosial

Pandai buat mimik muka.


Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Wednesday, 8 June 2011

Perkembangan Bayi - 5 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Apabila diletakkan dalam keadaan meniarap, dapat mengangkat kepalanya. Dapat berpusing dari posisi meniarap dan kemudian menelentang.

Kemahiran Belajar

Mula menyedari keadaan yang asing bagi dirinya, dapat meluahkan perasaan takut, tidak suka dan marah.

Kemahiran Bertutur

Terus berkomunikasi dengan orang dewasa, membuat pelbagai bunyi dan menunggu sehingga seseorang membalas kelakuannya sebelum dia melakukannya semula.


Kemahiran Sosial

Pandai membuat mimik muka.


Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Sunday, 8 May 2011

Perkembangan Bayi - 4 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Dapat berpusing dari posisi menelentang kemudian meniarap, menyokong berat badan dengan lengannya.

Kemahiran Belajar
Akan ketawa kecil apabila anda bermain dengannya. Akan menoleh ke arah sebarang bunyi dan suka jika diletakkan dalam keadaan duduk.

Kemahiran Bertutur
Suka membuat bunyi-bunyi bising dan menyebut beberapa perkataan seperti bunyi Bah, Mah, Paa, Moo, Dah.

Kemahiran Sosial

Suka diberi perhatian.


Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Friday, 8 April 2011

Perkembangan Bayi - 3 bulan

Perkembangan Tubuh Badan Badannya tidak mengerekot. Bayi boleh mendepangkan lengan dan kakinya. Dapat menendang dengan kuat. Apabila di dukung dalam keadaaan menegak, dapat mengawal pergerakkan kepalanya.

Kemahiran Belajar Akan membalas percakapan anda dengan senyumannya dan mengagah dengan kuat. Menunjukkan minat ingin tahu dengan keadaan di sekelilingnya.

Kemahiran Bertutur Dapat membezakan bunyi percakapan dan bunyi-bunyi yang lain. Menoleh ke arah bunyi.

Kemahiran Sosial

Mengenali wajah ibunya dan orang-orang yang biasa berada di sekelilingnya. Kelihatan takut jika ternampak orang asing dengan memalingkan mukanya ataupun mungkin akan menangis.


Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum


Tuesday, 8 March 2011

Perkembangan Bayi - 2 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Pandai menggeliat. Boleh mengangkat kepala 45 darjah selama beberapa minit.

Kemahiran Belajar
Matanya akan mengekori objek bergerak.

Kemahiran Bertutur

Mula membalas senyuman anda dan pandai mengagah. Walaupun bayi masih tidak tahu untuk bercakap, ini merupakan salah satu isyarat yang bayi sedang belajar untuk berkomunikasi dengan anda.

Kemahiran Sosial
Mengenali wajah ibunya dan orang-orang yang biasa berada di sekelilingnya. Kelihatan takut jika ternampak orang asing dengan memalingkan mukanya ataupun mungkin akan menangis.

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Tuesday, 8 February 2011

Perkembangan Bayi - Sebulan

Perkembangan Tubuh Badan
Sejak lahir, bayi akan sentiasa berada dalam kedudukan mengerekot. Rangka kepalanya sangat lembut(otot leher masih tidak kuat untuk menyokong kepalanya). Kakinya lebih cenderung dalam posisi membengkok dan hanya berupaya untuk mengangkat sedikit kepalanya untuk menoleh ke arah kiri dan kanan.

Kemahiran Belajar
Dapat mengenali wajah anda jika anda merapatkan muka ke arah bayi kurang daripada 12 inci (30cm). Apabila bayi berusia sebulan, dia dapat mengajuk mimik muka anda.

Kemahiran Bertutur
Bayi anda akan menangis sebaik saja dia dilahirkan. Pada peringkat permulaan, bayi anda hanya tahu menangis sahaja, lambat laun dia akan pandai mengagah sebagai tanda dia berasa seronok dan gembira.

Kemahiran Sosial
Beberapa minggu pertama, tidak berupaya bertindakbalas pada dunia luar.

Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Saturday, 25 December 2010

Perkembangan Bayi Dari Minggu Ketiga Puluh Enam Hingga Keempat Puluh

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.

Saturday, 20 November 2010

Perkembangan Bayi Dari Minggu Ketiga Puluh Satu Hingga Ketiga Puluh Lima

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Saturday, 23 October 2010

Perkembangan Bayi Dari Minggu Kedua Puluh Tujuh Hingga Ketiga Puluh

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Saturday, 11 September 2010

Perkembangan Bayi Dari Minggu Kedua Puluh Satu Hingga Kedua Puluh Enam

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.