:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Showing posts with label Ceritera Lalu. Show all posts
Showing posts with label Ceritera Lalu. Show all posts

Friday, 9 April 2010

Kawan Ke Nih?

Entahlah... Susah nak cerita. Saya ni selalu je tersilap pilih kawan. Saya ni selalu je cepat sangat percaya kawan. Saya ni selalu je dikenakan oleh kawan. Ke saya yang tak reti berkawan?

Seingat saya dari kecil, sampai la sekarang ini, ada je perkara-perkara yang saya tak sangka seorang bernama kawan, lakukan pada saya. Pertama kali saya dikhianati kawan sendiri, sewaktu berada di Tingkatan 6 Atas. Biasalah ketika sedang meningkat remaja tu, kita ni ada perasaan disukai ataupun menyukai. Kalau ada yang kata tak ada tu, tipulah...

Masa itu saya sedang berkawan dengan seseorang. Saya kenal 'F' dah lama dah. Sebelum masuk form 6 lagi. Bila dah lama-lama berkawan tu, timbul pula perasaan sayang. Saya ceritakan perasaan saya itu kepada kawan saya bernama 'N'. Kiranya 'N' taulah segala-galanya dalam hati saya. Tanpa saya sedari, dalam diam dia bercinta dengan 'F' di luar pengetahuan saya. Dalam waktu yang sama tetap melayan cerita-cerita saya. Sakit hati saya, dikhianati kawan sendiri.

Sewaktu di U pun pernah juga dikhianati kawan. Kawan ni, saya anggap dia sebagai kakak sebab dia ni macam ketua rumah la. Masa tu duduk menyewa beramai-ramai. Tak sangka, sebab bengang saya tak ikut cakap dia, dia kunci rumah tak bagi saya masuk. Yang paling saya tak boleh lupa, dia ajak kawan-kawan serumah yang lain pindah rumah, tinggalkan saya dan seorang lagi kawan. Mereka beritahu kami, seminggu sebelum nak pindah. Macam mana nak cari penyewa ganti dalam waktu yang singkat. Bila saya cakap, diorang tak boleh dapat deposit balik sebab bagi notis kurang sebulan. Diorang tak kisah. Rupa-rupanya, dalam diam pegi jumpa tuan rumah, minta balik semua deposit, dan bahagi-bahagikan sesama diorang je. Tak bagi pun kat saya dan kawan saya yang masih tinggal di rumah itu. Tiba-tiba pakcik tuan rumah minta kami bayar deposit semula.

Bila saya minta kakak tu pulangkan balik deposit kami berdua tu untuk saya bayar semula kepada tuan rumah. Dia cakap, duit tu untuk orang yang dah keluar je. Memang saya bengang! Ingat saya bodoh ke? Saya call Ayah, untuk setelkan hal tu, sebab duit deposit tu saya guna duit Ayah la. Bila Ayah masuk campur, baru nak pulangkan balik. Sampai sekarang saya terasa lagi kesakitan dikhinati kawan sendiri.

Mungkin juga sebab itu, saya sangat takut untuk berkawan rapat dengan sesiapa. Takut dikhianati. Tapi, saya tahu bukan semua orang macam tu. Saya pun punya kawan yang saya percayai.

Dalam berkawan ni, kita kena jaga adab berkawan kan? Jangan menyakiti hati kawan kita. Belajarlah bercakap secara berhemah. Bila dah masuk dalam dunia pekerjaan ni, lagi macam-macam jenis orang saya jumpa. Saya akui, saya jenis memendam rasa. Apatah lagi jika disakiti kawan sendiri. Jalan saya ambil, diam. Silence is Golden kan?

Kalau kita layan orang secara baik, insyaAllah, orang akan layan kita baik. Kalau kita hormat orang, insyaAllah, orang pasti akan hormat kita juga. Tapi, kalau kita sendiri bercakap kasar dengan orang, tak menghormati orang, tapi kita mahu orang layan kita dengan baik, hormati kita. Kalau tidak, kita akan rasa sakit hati. Rupanya dalam tak sedar, kita dah lukai hati orang.

Semua orang pun ada perasaan. Bukan kita sahaja punya perasaan. Kalaupun mungkin orang tak balas balik apa yang kita buat, lama-lama jadi karang juga di hati kan? Menjejaskan hubungan pula akhirnya...

Susah kita nak faham orang. Tapi saya tahu, cara membalas balik orang yang berbuat jahat kepada kita ialah dengan berbuat baik kepadanya. Ya, saya akan cuba!

Wednesday, 24 March 2010

Kenapa Saya Cakap Dia Pendengki?

Ingat saya saja-saja ke cakap dia tu pendengki? Saya ada sebab yang perlakuan dia tu menjurus kepada arah kedengkian. Ceritanya panjang, dan mungkin akan membuka sejarah silam. Bukan saya saja-saja nak ingat ye... Dah namanya pun sejarah, boleh lupa ke? Tidak semudahnya, tambahan lagi dengan apa yang dia buat kini.

******************************

Saya tahu kamu baca blog saya. Dan saya tak kisah pun, kalau kamu rasa cerita ini memang cerita kamu. Bacalah, biar kamu sedar apa yang kamu dah buat tu. Tak payah nak berlagak baik & seolah-olah kamu yang paling baik. Tak payah nak cover line, sebab sudah terang lagi bersuluh apa yang kamu buat.

******************************

Sebenarnya kisah ini bermula dari sejak saya putus cinta pada hujung tahun 2008. Dia dapat tahu saya sedang kecewa, mencuba nasib untuk bersama saya semula. Siapa dia ni? Dia adalah bekas kekasih saya sewaktu di universiti dulu. Dah lama dah putus, tahun 2006 kot. Entah, saya pun tak ingat sangat.

Ketika dia mencuba itu, saya tahu dia benar-benar mahukan. Tapi, saya lebih tahu dia, dan saya tak mahu kisah lama berulang kembali. Walaupun dia cakap dia dah banyak berubah, tapi hati saya tetap tidak mahu menerima, walaupun saya tahu ibu bapa saya pasti dapat menerima dia. Banyak perkara yang dia lakukan yang saya tahu dia memang mahukan saya. Tapi saya tak tahu kalau dia sebenarnya hanya mahu test market. Kadang-kadang dia sengaja mencari alasan untuk bertemu dengan saya. Tapi, cukup-cukuplah kisah lalu. Saya cuma mahu berkawan biasa-biasa sahaja. Dengan harapan, semoga saya tidak ada lagi perasaan negatif padanya. Saya tak suka!

Apabila saya bertemu dengan En. Tunang (waktu itu BF saya), memang saya tak pernah ceritakan sedikit pun pada dia. Untuk apa saya cerita padanya kan? Dalam waktu itu, dia masih meneruskan usaha untuk menawan hati saya. Dan pada awal bulan Jun tahun lepas, saya dan beberapa orang rakan, termasuk dia, pergi ke kenduri rakan kami di Melaka. Pada masa itu, saya ajak En. Tunang datang, sebab ada benda yang saya mahu bagi pada En. Tunang, kerana kami bakal bertunang dalam tempoh 2 minggu je lagi.

Saya memang tidak mahu bawa En. Tunang bertemu dengan dia, tapi memang ditakdirkan pertemuan itu. Saya memperkenalkan kepada dia dan semua rakan-rakan saya, bakal tunang saya pada waktu itu. Dan selepas itu, saya nampak perubahan pada riak wajahnya. Rakan-rakan yang lain juga perasan pada perubahan itu. Terkejut dengan keputusan saya mahu bertunang?

Kejadian yang paling saya tidak boleh lupa. Selepas majlis pada siang itu, sedang kami berehat-rehat sebelum memulakan perjalanan pulang, dia mula bertanya macam-macam mengenai bakal tunang saya. Di depan rakan-rakan saya juga ya! Dia katakan pada saya, bakal tunang saya kelihatan lebih tua dari usia. Dan ada lagi beberapa soalan, yang tak boleh saya taipkan di sini, demi menjaga hati En. Tunang. Apa tujuan dia memperkatakan sesuatu yang seolah-olah memburuk-burukkan bakal tunang saya? Mungkin kerana dia rasa dia lebih baik dari bakal tunang saya, dan tak dapat menerima kenyataan saya memilih En. Tunang sebagai teman hidup saya. Mungkin...

Selesai majlis pertunangan saya, hubungan saya dengan dia, kurang sedikit dari sebelumnya. Tapi pada saya, dia tetap kawan saya. Beberapa kali saya bertanya, bila dia mahu menamatkan zaman bujang, kerana usia pun makin meningkat. Dan jawapan biasa dia, tak mahu fikir kerana mahu menumpukan pada kerjaya.

Tup-tup, selepas Aidilfitri saya dapt tahu dia sudah bertunang. Bukan dari mulut dia, tapi dari orang lain. Biasalah, takkan mahu beritahu saya kan? Tunang dia adalah ibu tunggal, yang lebih tua dari dia hampir sepuluh tahun kot (yang ini saya tak pasti). Bagi saya, ini sudah bagus sebab saya tak perlu risau tentang gangguan dari dia lagi. Saya bertanya tentang majlis dia yang bakal dilangsungkan...

Ini fakta pertama ya... Pada waktu itu, dia memberitahu saya akan melangsungkan pernikahan pada hujung Disember 2009. Dan majlis resepsi akan dilangsungkan pada Mac 2010. Saya tanya, kenapa tak jalan sekali je, pada Mac 2010 kan. Alasannya, mahu menjalankan yang wajib dulu. Ok, boleh terima. Saya dengan nada bergurau katakan padanya, agaknya dia sudah tidak sabar kot. Saya ulangi, saya bergurau saja ya! Dan dia menjawab dengan jawapan yang bagi saya merendahkan bakal isterinya ketika itu. Walaupun dia cakap dalam nada perlahan, tapi saya dengar. Bila saya minta ulangi semula, dia cakap tiada apa-apa. Apa yang dia katakan pada waktu itu, lebih kurang maksudnya begini, tak sabar untuk apa? Sah-sah bakal isteri dia ibu tunggal kan... Faham tak?

Sedih dan kecewa sangat dengan apa yang dia cakap. Sedangkan bakal isterinya itu dia sendiri yang pilih. Sehingga sanggup melukakan hati bapanya sendiri. Tiba-tiba dia boleh cakap macam tu... Kenapa nak diungkit benda-benda itu semua, sedangkan dia bukan terpaksa pilih bakal isterinya itu pun.

Hujung bulan Disember 2009, saya tunggu khabar gembira dari dia. Namun tiada. Rupa-rupanya tarikh nikah telah ditukar pada awal Januari 2010. Saya tanya bila pula majlis resepsi bakal dilangsungkan? Sebelah perempuan, pada Februari dan sebelah dia pada Jun.

Dan semalam saya dapat tahu, dia mahu melangsungkan majlis resepsi di sebelah dia, sama dengan tarikh saya. Bila saya SMS, minta penjelasan, boleh tak dia cakap, dah plan awal-awal. Kalau saya cakap dia penipu, macam mana? Dah baca cerita saya dari awal kan? Kalau dia cakap dah plan awal-awal, saya lagi awal. Saya dah tahu majlis saya akan diadakan pada 1 Mei sejak dari sebelum bertunang lagi. Dan selepas bertunang, terus saya publish di blog, tarikh majlis saya itu. Saya tahu, dia tahu, sebab dia memang baca blog saya. Lagipun, masa saya tanya mula-mula, dia cakap majlis bulan Mac, lepas tu, selepas bernikah, dia cakap majlis bulan Jun. tak pernah keluar pun cakap bulan Mei.

Saya tahu, ini decision keluarga, tapi bagi saya dia boleh bincang kan. Kalau mahu bulan Mei, kenapa tarikh yang sama juga. Saya tak kisah kalau beza satu hari pun tak apa. Cuti ada Sabtu dan Ahad, tapi kenapa mesti sama dengan saya. Dan boleh dia cakap, masa saya bagitau majlis saya 1 Mei, dia terkejut. Eh, ini memang tipu sangat. Dah dia baca blog saya. Takkan terkejut pula bila saya cakap majlis saya 1 Mei? Saya dah bagitau awal-awal ya...

Saya sangat geram bila dia bagi alasan yang nak cover line diri sendiri. Lepas tu, kantoi pula menipu. Cakap dah plan awal-awal, memang tipu! Cakap lagi terkejut bila dapat tau majlis saya sama tarikh dengan dia, tipu lagi?

Saya tanya, apa perasaan dia dekat saya. Kenapa dia buat saya macam ni? Tak puas hati sangat ke dengan saya? Sebab saya tolak dia, dan saya sound dia, jangan bawa famili dia datang masuk meminang saya... Bengang dengan saya ke?

Kenapa saya sangat sedih. Saya tak mahu hidup saya ada kaitan lagi dengan dia. Saya tak suka ada persamaan antara saya dan dia. Dan saya tak suka, bila masa majlis saya nanti, ada orang datang dekat saya, cakap lepas ni nak pegi ke majlis dia. Atau orang tu cakap, baru balik dari majlis dia. Faham tak? Saya tak mahu ada orang sebut nama dia, pada hari bahagia saya nanti. Saya tak suka!

Sebenarnya, ada banyak lagi. Tapi cukuplah saya bagitau itu je, untuk menjelaskan perkara sebenar. Memang bagi orang lain, ini perkara biasa je. Nak kahwin, kahwin jelah. Apa ada hal? Tapi, saya punya alasan kenapa saya tidak suka... Sedih la...

Tuesday, 23 March 2010

Hikayat Si Pendengki

Tersebutlah kisah di dalam sebuah negeri, sepasang kekasih yang begitu hangat berkasihan. Sangat indah dirasakan dunia saat itu. Namun sayangnya jodoh mereka tidak kesampaian, kerana cinta terputus di tengah jalan, kerana si jejaka menemui gadis yang lebih baik lagi. Lagi pula katanya, dia pasti tidak akan bahagia seandainya bersama dengan si gadis.

Masa berlalu, mereka berdua melalui perjalanan hidup yang berbeza, dan menemui cinta yang lain, namun hubungan itu juga tiada pengakhiran. Mungkin sudah tersurat, mereka dipertemukan semula dalam keadaan yang berbeza. Dalam keadaan masing-masing saling memerlukan cinta.

Lantas si jejaka mengambil kesempatan, untuk melamar si gadis, sedang dia tahu si gadis tersangatlah kecewa tika itu. Dia seolah-olah lupa, bahawa dia pernah melukai hati si gadis itu, dengan kata-kata yang begitu memedihkan. Dia tetap berusaha untuk mendapatkan si gadis, dengan keyakinan itulah jodohnya.

Namun sudah takdirnya, si gadis dipertemukan dengan jejaka yang tersangat mulia hatinya. Keputusan diambil untuk mengikat tali pertunangan, dan takdir Tuhan mereka bertiga dipertemukan dalam keadaan yang tidak terduga. Si jejaka yang begitu mengharapkan kepulangan si gadis ke pangkuan hatinya, begitu kecewa dengan tindakan si gadis memilih jejaka, yang baginya dia lebih baik dari jejaka pilihan si gadis. Dia tidak dapat menerima kenyataan, bahawa dia kalah pada seorang yang pada anggapannya lebih lemah darinya.

Bagi si gadis pula, tiada gunanya punya rupa paras yang menawan andai tidak punya hati budi. Kerana itu, dia rasa tiada gunanya dia menerima lamaran jejaka itu buat kali kedua, walaupun si jejaka beria-ia meyakinkannya yang dia sudah benar-benar berubah.

Si gadis sudahpun mahu mendirikan rumahtangga, dan tarikh sudahpun ditetapkan. Berita itu sudahpun dikhabarkan kepada seluruh rakan taulan, dengan mengalu-alukan kedatangan mereka semua ke majlisnya nanti.

Ada khabar sampai ke telinganya, mengatakan si jejaka yang beria-ia mahukannya dulu, juga mahu menamatkan zaman bujang. Si gadis sangat lega dengan khabar itu. Sekurang-kurangnya, tiada lagi gangguan dari si jejaka. Namun, khabar yang tidak sedap didengar, si jejaka memilih tarikh yang sama dengan si gadis.......

***



***



***



***



***



***



***



***



***



***


WTH? Banyak lagi tarikh lain, tarikh yang sama dia pilih? Saja nak sabotaj majlis aku? Memang tak boleh blah. Pastu menipu lagi tu... Nyesal aku kawan dengan kau!


Wednesday, 13 January 2010

Pengalaman Paling Berharga

Apa yang akan saya ceritakan ini, bukan untuk memburukkan atau menjatuhkan sesiapa. Tetapi hanya sebagai ingatan, dan pedoman bersama. Semoga saya juga dapat membantu anda semua di luar sana. Bagi saya, inilah pengalaman paling berharga, buat saya untuk tahun 2009. Memang tak pernah sedikit pun saya ceritakan di sini, sebab saya belum punya kekuatan sepenuhnya. Inipun baru sedikit...

Awal tahun lepas, saya ada mengenali seseorang, lelaki, yang saya anggap sebagai kawan. Memang saya tahu dia mahukan hubungan yang lebih, tapi saya belum boleh terima, lagipun saya tak tahu, hati saya sangat berat untuk menerima. Ini cerita sebelum saya mengenali En. Tunang ya! Masa itu saya masih single, dan saya memang punya ramai kawan lelaki.

Walaupun, saya tidak boleh menerima beliau lebih daripada seorang kawan, tetapi saya tetap anggap dia sebagai kawan yang baik dengan saya. Kiranya masa itu, kami agak rapatlah. Sehinggalah dia mengalami masalah kewangan, dan meminta bantuan saya. Saya memang tak boleh tengok kawan-kawan saya susah. Sedangkan masa saya study dulu, ada kawan rumah saya tak ada duit nak makan pun, saya sanggup bagi duit untuk dia beli makanan. Sebab bagi saya, hari ini hari mereka, esok lusa entah tak tahu saya ni bagaimana kan?

Mula-mula sedikit je yang dia pinjam, lama-lama, tanpa saya sedar, dia hampir mengikis harta saya. Bukit kalau kita tarah, lama-lama jadi kondominium juga. Kalau jadi kondominium tak pe lagi, dibuatnya jadi tanah runtuh? Memang merana la. Untung saya cepat tersedar. Cepat pun, banyak juga yang dah habis. Rupa-rupanya dia ini, memang kasanova. Bukan duit saya je dia kikis. Malah, ada ramai lagi. Taktik yang sama juga digunakan. Bagaimana saya dapat jumpa ramai mangsa-mangsa dia ni, akan saya ceritakan nanti. Senang cerita, kalau benda tak elok, DIA memang akan bantu kita. Semuanya hasil petunjuk DIA.

Apa yang dah jadi tu, memanglah tak boleh tak patah balik. Tapi, sebagai wanita, saya punya tanggungjawab agar ramai lagi tidak jadi mangsa lelaki durjana ini. Alhamdulillah, saya dapat cari beberapa orang, yang dapat saya selamatkan dari terus menjadi mangsa penipuan dia. Buat pengetahuan anda, saya dan salah seorang mangsa telahpun membuat laporan polis, mengenai perkara ini. Sebab ia melibatkan duit, dan dia adalah seorang yang bermasalah. Jika terjadi apa-apa pada dia, kami tak mahu dikaitkan pula nanti.

Jadi, nasihat saya buat wanita-wanita di luar sana terutamanya, tolonglah berhati-hati. Ini kesilapan saya. Dan janganlah ada yang buat kesilapan seperti saya dan mangsa-mangsa lain terkena. Nanti akan saya tuliskan nama, dan gambar dia akan saya upload. Saya sedang cari lagi ini.

Nota Hati: Saya tak harapkan kritikan yang menjatuhkan saya. Perkara ini sudah cukup buat saya jatuh. Tolonglah faham...

Saturday, 31 October 2009

Cukup, Cukuplah Tu...

Saya tak nak ingat tarikh hari ini. Kalau boleh, saya nak skip hari ini. Saya tak nak, sebab ianya terlalu melukakan, terlalu menyakitkan, terlalu memedihkan. Kalau boleh kan, kalau boleh...

Tapi, saya tahu tak boleh, dan saya akan melalui hari ini sepanjang hidup saya, setahun sekali. Walaupun setahun sekali, saya tak sanggup sebenarnya. Semoga masa nanti akan melupakan saya pada detik pahit ini.

Apa yang terjadi pada tarikh hari ini, tahun lepas? Saya mula rasa tak sedap hati daripada pagi, sampai ke petang, saya nyatakan apa yang saya rasa itu pada 'seseorang'. Saya merasa seperti akan dikecewakan. Saya nyatakan kepada dia, dan saya bertanya mungkin dia telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya di belakang saya. Sebaliknya, saya dimarahi pula.

Tapi tidak berapa lama selepas itu, dia menghantar SMS yang sangat menghancurkan hati saya. Sangat-sangat menghancurkan hati saya. SMS berbunyi : 'Saya minta maaf sebab terpaksa mengecewakan awak. Sebenarnya, saya bakal bernikah dengan janda anak dua, tidak lama lagi. Saya minta maaf..'. Mudah kan?

Sudahlah, saya tak mahu ingat lagi. Lagi pula saya sudah bertemu dengan orang yang menjaga hati saya. Orang yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya suri hidupnya. Walaupun tempoh perkenalan cukup singkat, tapi saya yakin dengan janji-NYA.

Saturday, 1 August 2009

Sejarah Lalu

Saya membaca kembali blog lama saya di Friendster, terimbau kembali sejarah-sejarah lalu. Bila dibaca kembali, tergelak pun ada. Tak sangka, saya ini sangat sentimental rupanya. Hahaha!

Bila Dia Datang Kembali (030807)

di saat kita menyayanginya dengan sepenuh hati…
kita dibiar ibarat pengemis…
di saat kita merinduinya…
dia pergi mencari kasih lain…
di saat kita teramat2 memerlukannya…
dia menghilangkan diri entah ke mana…
di saat kita terlalu cinta…
dia meninggalkan kita terkapai-kapai sendirian…
dia pergi kerana dia pasti tidak akan bahagia bersama kita…
dia menyakiti, melukai malah menghancurkan seluruh hati ini…
dia berlalu membawa bersama harapan & janji2 yang pernah terlafaz dulu…

aku sedari betapa aku sangat2 tidak diperlukan…
aku tahu betapa pengorbananku langsung tidak dihargai…
aku kecewa betapa dengan mudah dia membuang aku dari hidupnya…
aku sedih kerana dia turut menghancurkan harapan orang tua ku…
aku terluka dengan kata2nya saat itu…

namun,
aku bangkit dari segala kelukaan kerana aku tahu DIA ada bersamaku…
aku teruskan hidup, kerana sokongan orang tua & keluargaku…
aku melupakan semua itu berkat doa sahabat2 ku…
aku bersyukur kepada-Nya…

aku bahagia dengan apa yang aku ada…
aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmah…
aku yakin dengan ketentuan-Nya…
aku pasti inilah yang terbaik buatku…

di saat ini…
di saat dia tiada lagi…
di saat aku tidak lagi mengingati apa yang berlaku…
di saat aku telah redha atas segalanya…
dia datang kembali dengan kekesalan…
dia datang kembali dengan pengharapan…
dia datang kembali dengan rayuan…

maafkan aku kerana aku belum memaafkanmu…
maafkan aku kerana aku tidak mampu menerimamu kembali…
maafkan aku kerana tiada lagi ruang untukmu di hati ini…
maafkan aku kerana tiada apa lagi yang mampu kita bicarakan…

untukmu yang pernah aku sayangi…
untukmu yang pernah aku kasihi…
untukmu yang pernah aku cintai…
dan untukmu yang pernah aku rindui…
I’M SORRY, GOOD BYE…

## ini saya cipta saat si dia, datang kembali. tapi, saya tak naklah. tak nak sejarah lama berulang kembali.





glitter-graphics.com