:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Showing posts with label Ucapan Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Ucapan Istimewa. Show all posts

Monday, 5 September 2011

Lupakan Mood Raya. Kembali Bekerja!!!

Assalamualaikum warahmatullah...

Lama tak menulis, sejak entri saya yang terakhir bertarikh 18 Ogos 2011. Lama kan? Buat pembaca blog saya ni, pastinya tertanya-tanya, ke manakah menghilangnya penulis blog ni. Takkan sudah bermood raya awal-awal lagi kan? Hehe...

Ramadhan terakhir saya, betul-betul menguji apabila saya dan anak kesayangan diberi ujian kesihatan. Bersama-sama, pada waktu yang sama. Alhamdulillah, menjelang raya, semuanya semakin pulih. Cuma masih batuk & selsema sikit je. Lebih baik berbanding sebelumnya.

Hari ini dah mula bekerja, dengan membawa sekali mood raya. Haha! Bisnes pun, sejak kesihatan sedikit terganggu ni, dah ke laut. Ni nak kena bersemangat semula ni. Semoga DIA memudahkan segalanya.

Kepada para pelanggan saya yang mahu order vitamin, macam biasa, hubungi saya ya. Yang rasa-rasanya nak jadi pelanggan saya pun jangan lupa hubungi saya ya! Oh ya, bulan September ini ada beberapa tawaran istimewa untuk ada. Hubungi saya di mazzni_puteri@yahoo.com.my. =)

Rasanya tak terlambat lagi untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. InsyaAllah saya akan cuba update cerita-cerita raya kami sekeluarga. Tunggu ya!


Monday, 1 August 2011

SALAM RAMADHAN

Selamat berpuasa buat semua pembaca blog MaZNi PutERi. Semoga anda semua sentiasa ceria dan bertenaga!

Buat ibu-ibu yang menyusukan, jangan risau dan tertekan ye... InsyaAllah, pasti ada rezeki buat anak-anak kita. Ameen...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 12 June 2011

Impian & Harapan Sempena Ulangtahun

Hari ini genap usia saya 28 tahun. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berada di atas bumi Allah ini. Bersyukur kerana pada usia ke 28 ini, saya sudah pun menjadi isteri dan ibu. Alhamdulillah...

Semua orang punya impian dan harapan, demi merencanakan masa hadapan. Sempena ulangtahun ini, saya sangat berharap, impian dan harapan saya ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun, sebelum menginjak usia ke 30.
  • Saya sangat-sangat berharap agar saya dapat meluangkan lebih banyak masa buat keluarga. Membesarkan anak-anak dengan tangan saya sendiri. Mengenyangkan perut Suami dengan air tangan saya sendiri. Sangat berharap dapat menjadi WAHM, dan saya memang sedang berusaha ke arah itu.
  • Dapat membesarkan lagi keluarga, dengan menambah seorang lagi ahli, sekurang-kurangnya sebelum 30. Oh, memang Sakinah masih kecil, dan rancangan ini hanya dapat dilaksanakan setelah Sakinah berusia setahun setengah. Maknanya, bukan sekaranglah kan.
  • Mendiami kediaman sendiri, yang mana kami perlu decide mahu menandatangani 'kontrak mati' di mana. Masih lagi sedang dibincangkan sehingga kini. Namun, sangat berharap, kami dapat memiliki sebuah aset (selain kenderaan), kalaupun bukan untuk kediaman. Mungkin kedai atau ofis sendiri?

Itu semua impian jangka panjang. Impian jangka pendek, semoga saya terus tabah dan gembira melalui fasa kehidupan ini. Semoga saya dapat melaksanakan impian-impian tersebut secara berdikit-dikit. InsyaAllah, Ameen...

Sunday, 19 September 2010

Ucapan Hari Raya yang Terlewat Sikit

Assalamualaikum wbt...

Ok2, saya tau saya memang dah terlewat nak bagi ucapan Hari Raya. Sedangkan blogger lain semua dah selamat dah semua. Tapi rasanya belumlah terlambat sangat kan. Hehehe...

Cerita Hari Raya memanglah banyak. Cuma gambarnya sahaja yang tiada. Tak apalah kan. Seronok pertama kali beraya bersama Suami, dan bb yang sangat gembira bila ibu dia makan banyak. Ke ibu yang gembira dapat makan banyak. Hehe...

Tak tahu nak citer apa sangat, sebab rasanya lagi seronok citer pasal bb dari citer pasal Hari Raya. Boleh?

Apa-apa pun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua blogger. Ampun dan maaf saya pohon andai ada entri yang saya keluarkan mengguriskan hati sesiapa. Semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan rezekinya selalu. Ameen...

Thursday, 17 June 2010

Untuk Budak Ini...

Sebelum saya terlupa, hari ni harijadi budak kat bawah ni...

Yang tengah angkat periuk tu. Yang konon-konon rajin tu. Hehehe...

Adik saya yang kedua, anak ketiga la maknanya. Ulangtahun yang ke-21. Minggu depan dia akan berangkat ke Ipoh, sambung belajar lagi setahun.

Ok, selamat la ye... Malam ni sapa nak belanja makan besar ni? Hmmm...

Thursday, 13 May 2010

Saya Tau, Dah Lambat. Tapi Tak Terlewat kan?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hari Ahad lepas merupakan Hari Ibu kan? Saya tau, saya tak buat lagi entri mengenai itu. Bukan lupa, cuma tak ada idea kot.

Hari Ibu yang istimewa tahun ini, kerana saya sudah punya 2 ibu. Mama dan Mak Mertua sayalah kan. Syukur sangat-sangat.

Hadiah untuk Mama, saya dah bagi masa 1 Mei hari tu. Bagi Menantu la untuk Mama. Hahaha! Boleh? Bolehlah kan...

Bagi saya, hari-hari pun Hari Ibu. Hadiah bukan pengukur kasih sayang. Cuma ianya sebagai penghargaan buat ibu tercinta kan?

Mana tahu, tahun depan ada rezeki saya meraikan Hari Ibu sebagai ibu pula kan. Ameen...

Friday, 26 March 2010

Syukri Naeem, Belajar Rajin-rajin!

~ sangat poyo! ~

Hari ini merupakan hari jadi budak poyo kat atas ni. Yang ke 16 tahun, tapi poyomacam dah 26 tahun. Hehehe...

Ini adik saya yang no 3, anak ke-4 la. Sekarang tingkatan 4 di SM Teknik Juasseh, Kuala Pilah. Hari ini dia tiada la. Tapi ayah saya cakap nak pegi amik dia ni. Macam dapat balik je. last week baru balik.

Malas nak citer banyak, pesanan saya buat budak poyo ni, "Sila Belajar Rajin-rajin!'. Semoga memang dia sangat rajin, sejak masuk asrama ni...


Saturday, 13 March 2010

Tahniah Atiqah Adnan!

Hari ini sangat letih. Banyak juga misi yang dirancang. Banyak juga yang berjalan lancar. Selain misi bertemu En. Tunang yang pasti berjalan lancar (hehehe...), misi mahu bertemu Atiqah di Majlis Kahwin beliau. Sangat berdebar-debar ok.

Bergerak ke Alai, bersama En. Tunang. Senang je, tak payah tengok kad pun. Hehehe, berlagak pulak... Sampai dengan selamat. Dari jauh nampak cam best je. Color sangat nice! Perkara pertama yang dituju tentulah, ke bilik pengantin. Berdebar-debar nak jumpe Atiqah. Masuk bilik pengantin, terus saya bagi salam, panggil Atiqah. Atiqah tanya, "Sapa ey?". Takpelah, kata pun first time jumpe kan. Bila saya sebut nama je, Atiqah macam terkejut. Sangat seronok jumpa dengan beliau. Beliau sangat cantik! Sampai sekarang terbayang-bayang je, betapa cantiknya Atiqah. Tak sempat jumpa Rafiqy beliau tu, sempat kitorang terus balik, lepas makan, sebab ada hal lain. Sorry ye Atiqah... Yang penting, saya tau awak sangat happy. Nanti jumpe lagi ye. Mungkin di majlis saya pula nanti.

~ gambar saya curi dari sini ~

Tak sabar tunggu Atiqah upload gambar dalam blog & FB. Tahniah ya Atiqah! Sangat gembira bertemu awak...

Monday, 8 March 2010

Wanita Itu Cantik



Allah s.w.t berfirman :
  • Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.
  • Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakkan yang sering kali datang dari anak-anak.
  • Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan, dan kelelahan tanpa mengeluh.
  • Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
  • Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
  • Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.
  • Dan akhirnya Aku memberinya airmata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.


" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat pada matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada. "


~ SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ~

Friday, 26 February 2010

Salam Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Friday, 12 February 2010

Cuti TBC Yang Panjang

Wah, seronok dapat cuti panjang. Ada macam-macam nak dibuatnya nih. Lagi-lagi bakal pengantin macam saya nih. B2B yang lain pun mesti sama kan. Pulun ok, jangan tak pulun. Hehehe...

Apa-apa pun, Selamat Tahun Baru Cina. Marilah sama-sama kita bercuti panjang. Yeh!

Nota Hati : Saya cuti sampai hari Rabu. Hari Khamis baru masuk balik. Hehehe...

Monday, 1 February 2010

Hari Ini, Hari Wilayah Persekutuan


Saya bukan orang KL. Saya tidak dilahirkan di sini, tidak pun dibesarkan di sini, dan tidak pernah pun belajar di sini. Tapi, memang rezeki saya sejak daripada tamat belajar hingga kini, saya dapat bekerja di sini. Di kotaraya Kuala Lumpur.

Rasanya ini tahun ketiga saya sapat meraikan Hari Wilayah. Oh, sudah tiga tahun saya mencari rezeki di sini. Sedar tak sedar je... Adakah tahun depan saya masih di sini? Adakah sememangnya sudah ditetapkan rezeki saya di sini? Mmm, tunggu jelah.

Bekerja di Kuala Lumpur, menghadapi keadaan kesesakan jalan raya hampir setiap pagi dan petang, kecuali cuti sekolah la, membuatkan saya rasa muak untuk datang ke sini pada hujung minggu. Walaupun banyak shopping complex yang best-best, terutamanya SOGO, tapi saya memang tak sanggup. Kalau ada yang ajak, tolonglah drive untuk saya, sebab saya memang tak sanggup!

Apa-apa pun, Selamat Hari Wilayah buat warga Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Tak kira sama ada anda memang rakyat Wilayah Persekutuan ataupun anda warga kerja di sini, Selamat Bercuti!

Nota Hati : Semalam nak muntah + nak menangis sebab kena masuk KL bersama En. Tunang.

Sunday, 10 January 2010

Ayah, Nilai Kasihmu

10 Januari 2010

Ayah menginjak usia ke-57.
Alhamdulillah, dalam usia begini, beliau masih lagi sihat.
Masih lagi diberikan kesempatan buat kami, anak-anak.
Untuk membalas segala jasa & bakti Ayah selama ini.
Semoga saya diberi kesempatan untuk terus berbakti sehingga ke akhir hayatnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ayah Nilai Kasihmu
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty


Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri

Hari - hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu

Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua

Nota Hati : Nak pegi beli KFC petang ni...

Thursday, 17 December 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas kayakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teringat saya, masa saya menasyidkan lagu di atas bersama rakan-rakan. Pada usia 11 tahun, mewakili sekolah lagi. Pakai baju putih, dengan berkain batik & bertudung hitam. Kalau anda semua lahir sezaman dengan saya, pasti dapat bayangkan macam mana rupa kumpulan nasyid saya itu. Tegak berdiri dengan tangan tergenggam sambil bernasyid. Comel kan?

Tahun ini, sama seperti tahun lepas, kita melalui akhir tahun hijrah hampir sama dengan akhir tahun masihi. Jadi tahun baru disambut hampir serentak. Sebenarnya tahun hijrah lebih singkat berbanding dengan tahun masihi, kerana tahun hijrah dikira berdasarkan kepada putaran bulan mengelilingi bumi, manakala tahun masihi dikira berdasarkan putaran bumi mengelilingi matahari.

Friday, 11 December 2009

Selamat Bercuti Rakyat Selangor




Hari ini mereka di rumah, semua bercuti. Saya? Saya rakyat Selangor, tapi tak dapat bercuti. Saya nak cuti!!!


Ok, ok... Sedar diri. Saya bekerja di Kuala Lumpur. Bandar yang penuh kesesakan, tetapi meberi rezeki buat saya. Redhalah, kerana tidak dapat bersenang-lenang di rumah. Di ofis, menaip entri baru buat kalian. Boleh?


Selamat Ulangtahun keputeraan buat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Semoga dipanjangkan usia Baginda.



Saturday, 5 December 2009

Selamat Pengantin Baru!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


5 DISEMBER 2009

Tahniah buat 2 pasang pengantin. Pertamanya buat, SUHAILAH MOHAMMAD & MOHD SHAHIZUDDIN. Sue ni, kira macam kawan yang baru dikenali. Kat mana & macam mana kenal, susah nak cerita. Ada peristiwa yang menyebabkan kami jadi rapat. Kisah cinta beliau bersama bakal suami, hampir sama dengan saya. Bertemu dalam waktu yang singkat, terus ambil keputusan untuk berumahtangga. Keduanya buat, KHAIRUN NIFA JAMALLUDIN & FAIZAL ARIFF ABU. Nifa ni kawan di ofis lama saya, CIG di Jalan TAR.

Majlis Sue di Batu Pahat. Manakala, Nifa di Keramat. Yang mana satu akan saya pergi, tunggu jelah laporannya esok atau lusa.

Apa-apa pun. TAHNIAH!

Friday, 4 December 2009

Yang Teristimewa

4 DISEMBER 2009

UCAPAN ISTIMEWA BUAT YANG TERISTIMEWA

Ku bersyukur dipertemukan denganmu
Dalam keadaan yang penuh direstui
Dan insyaAllah, penuh diredhai

Ku tidak mengharapkan harta berjuta
Untuk kamu berikan padaku
Cukup sekadar kasih sayang penuh keikhlasan

Semoga kasih sayang yang dibina
Semakin kukuh hari demi hari
Walau mungkin ku tidak sempurna buatmu
Ku kan cuba menjadi yang terbaik
Dan kan ku jadikanmu yang terbaik buatku

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, 27 November 2009

Salam Aidiladha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah, dipanjangkan usia untuk bersama merayakan hari ini. Aidiladha sebagai tunangan orang lagi.

InsyaAllah, minggu hadapan bakal ibu mertua saya, akan pulang ke tanahair. 45 hari di sana, yang saya tahu, En. Tunang memang merindui beliau. Tapi taknak cakap. Hahaha!

Semoga saya juga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana sekali lagi. Ameen...

Thursday, 26 November 2009

Istimewa Buat Acik


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hari ini 26 November 2009. Dah tau, lagi mahu tanya. Ucapan istimewa, buat seseorang yang istimewa tempatnya di hati saya (Abang, jangan jeles tau! Tak ada maknanye). Saja bikin suspen. Untuk adik angkat saya, Noorhidayah Abd Ghani. Ucapan selamat untuk ulangtahun yang ke 25. Alhamdulillah. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki selalu. Jaga baby elok2 tau! Tak sabar nak dengar baby panggil Mak Lang. Hehehe.


Saya pernah cerita pasal Acik, masa beliau nak kawin, bulan 6 hari tu. Baca ni ye...