:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday, 31 October 2009

Cukup, Cukuplah Tu...

Saya tak nak ingat tarikh hari ini. Kalau boleh, saya nak skip hari ini. Saya tak nak, sebab ianya terlalu melukakan, terlalu menyakitkan, terlalu memedihkan. Kalau boleh kan, kalau boleh...

Tapi, saya tahu tak boleh, dan saya akan melalui hari ini sepanjang hidup saya, setahun sekali. Walaupun setahun sekali, saya tak sanggup sebenarnya. Semoga masa nanti akan melupakan saya pada detik pahit ini.

Apa yang terjadi pada tarikh hari ini, tahun lepas? Saya mula rasa tak sedap hati daripada pagi, sampai ke petang, saya nyatakan apa yang saya rasa itu pada 'seseorang'. Saya merasa seperti akan dikecewakan. Saya nyatakan kepada dia, dan saya bertanya mungkin dia telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya di belakang saya. Sebaliknya, saya dimarahi pula.

Tapi tidak berapa lama selepas itu, dia menghantar SMS yang sangat menghancurkan hati saya. Sangat-sangat menghancurkan hati saya. SMS berbunyi : 'Saya minta maaf sebab terpaksa mengecewakan awak. Sebenarnya, saya bakal bernikah dengan janda anak dua, tidak lama lagi. Saya minta maaf..'. Mudah kan?

Sudahlah, saya tak mahu ingat lagi. Lagi pula saya sudah bertemu dengan orang yang menjaga hati saya. Orang yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya suri hidupnya. Walaupun tempoh perkenalan cukup singkat, tapi saya yakin dengan janji-NYA.

No comments: