:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday, 5 November 2009

Blog - Sebahagian Hidup

Sejak akhir-akhir ini, saya rasa makin seronok untuk blog-ing. Satu hari kalau tak mengadap blog, macam tak best je. Walaupun kadang-kadang tak ada nak buat entri baru. Saya baca entri blogger lain. Saya rasa keseronokan ini datang bila saya tau, rupenya ramai gak yang baca blog saya ni. Lepas tu ada pulak yang bagi komen kat entri-entri saya. Tu yang lagi seronok tu...

Banyak faedah berblog ni. Antaranya, kita akan dapat jumpe kawan baru. Walaupun tak pernah bersua muka, tapi rasa macam dah lama kenal. Sebab apa? Sebab bila kita baca blog mereka ni, kita rasa macam kenal mereka sedikit. Begitu juga mereka ni. Sama-sama saling kenal-mengenali di blog.

Lagi-lagi orang yang sedang membuat persediaan untuk menuju ke alam rumahtangga. Bila baca blog orang-orang dah berumahtangga, sekurang-kurangnya adalah persediaan sedikit. Kalau perasan, bakal pengantin pun ramai yang buat blog, untuk buat catatan persediaan majlis perkahwinan mereka. Jadi, masin-masing boleh bertukar-tukar info. Pasal butik pengantin yang bagus, katerer yang bagus & macam-macam lagilah. Memudahkan juga nanti kan?

Selain tu, saya juga baca blog bakal-bakal ibu. Rasa seronok sangat bila baca. Yelah, terasa kebahagiaan mereka itu, sama-sama dirasai. Boleh juga baca pengalaman mereka, sebagai persediaan juga. Info pasal baby semua kan.

Pendek kata, saya tak menyesal menceburi bidang blog-ing ni. Hehehe... Malah rasa seronok sangat! Saya harap saya dapat kumpul lebih ramai kawan daripada sini, yang punya minat yang serupa...

4 comments:

Yanie said...

agree wif u...saye pn rase blog ni dh jd sebahagian hidup saye...sehari klo xde keje, mmg dok bace blog2 org...sye suke bce blog org yg nk kawin...bley tukar2 info... :)

-yani- said...

ha sama nama ni..
:)
hi yanie..
blog ni boleh tambah ramai kenalan..:P

fikaryna79 said...

sy setuju jugak..huhu..

_Gnie_ said...

See... Saya dapat ramai kawan baru di sini. Alhamdulillah. TQ sbb sudi jln2 ke blog ini.