Percaya atau tidak, apabila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, insyaALLAH, kita akan dapat balik. Jangan kita terlalu mengharap, tetapi yakinlah, selagi kita redha akan ketentuan-Nya, hati kita akan sentiasa tenang. Semalam, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, idea untuk menulis mengenai ini, tercetus. Biarlah saya ceritakan semuanya, agar ianya boleh dijadikan pengajaran buat semua & biarlah ini menjadi sejarah hidup saya untuk saya selalu beringat-ingat.
Suatu ketika dulu, saya selalu mengharapkan agar diketemukan dengan seorang insan yang ikhlas mnyayangi saya, yang sanggup berkorban untuk saya & menerima saya seadanya saya. Menerima bukan sahaja yang baik-baik dari diri saya, malah kesemua kelemahan saya. Saya mahu dia bisa membimbing saya, agar dia menjadi pemimpin kepada saya & anak-anak. Bukan rupa paras yang saya pandang. Biarlah agama yang menjadi benteng kekuatan iman dalam menempuhi dunia penuh pancaroba ini.
Namun, saya ikhlas menerima dia seadanya dia. Saya rela menerima segala kelemahannya, & sentiasa berdoa agar dia berusaha untuk berubah menjadi yang terbaik. Lumrah manusia, takkan dapat lari dari semua itu. Saya tahu. Sebab itu, saya seikhlasnya menerima. Tapi, saya diketemukan dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Selalu begitu.
Saya tahu, ini semua ujian dari-Nya buat saya. Mungkin Dia mahu saya belajar sesuatu dari setiap yang berlaku. Mungkin Dia mahu saya jadi lebih kuat & tabah. Kerana ini baru ujian-Nya yang sedikit. Dan akhirnya, saya pasrah. Saya redha menerima sesiapa sahaja, asalkan dia punya pegangan agama.
Namun, hadiah kesabaran itu, cukup besar buat saya. Jika selama ini, saya sering ikhlas memberikan kasih sayang, sehinggakan kasih sayang saya diambil kesempatan. Saya mendapat semula apa yang sering saya berikan. Benar, apa yang kita beri, pasti kita akan dapat semula. Kalau baik, baik lah ganjarannya. Kalau jahat, jahat juga balasannya. Cuma cepat atau lambat, kita tidak tahu.
Redhalah menerima. Percayalah setiap yang berlaku, ada sebabnya. Takkan dia menjadikan sesuatu untuk yang sia-sia. Hikmahnya pasti ada. Bersangka baik pada-Nya. Apa pun yang dilakukan, ikhlaslah...
No comments:
Post a Comment