Ini adalah rentetan kisah Pengalaman Menjadi Ibu Menyusukan Bhgn 1, Bhgn 2, Bhgn 3 dan Bhgn 4.Setelah bermacam-macam milk booster saya cuba, akhirnya saya terbaca mengenai Set Breastfeeding Shaklee dari Kump. Ibu2 Menyusukan yang saya sertai di Facebook. Entah macam mana, sedang blogwalking, bertemu dengan blog ini, yang banyak juga cerita mengenai breastfeeding. Teruja bila baca pengalaman ibu-ibu yang telah mencuba Set Breastfeeding Shaklee. Kebetulan Rin pun merupakan Shaklee Distributor. Jadi tergerak hati untuk beli Set B untuk breastfeeding.2 hari pertama saya consume set ni, walaupun kuantiti susu tak bertambah, namun kualiti susu bertambah baik. Macam masa mula-mula bersalin dulu. Pekat sangat! Apalagi, seronoklah kan... Bersyukur sangat-sangat!Asalnya memang bertujuan untuk bf semata-mata. Tapi, tak sangka pula, yang dia memberi banyak kebaikan lain. Badan terasa semakin sihat dan cergas. Dan yang paling best, kulit yang dulu kerap berminyak, dah tiada lagi! Parut-parut jerawat pun dah semakin berkurangan. Siapa sangka kan?
Oleh kerana terlalu banyak kebaikan yang saya peroleh ini, rasanya tak salah kalau saya kongsikan bersama-sama anda rakan pembaca blog saya ini. Dan Alhamdulillah, Dia menggerakkan hati saya untuk menjadi Shaklee Independant Distributor. Lepas ini, saya akan cerita banyak lagi tentang produk Shaklee. Jadi, tunggu ya!
Salah satu cabaran, dalam menjayakan penyusuan susu ibu ialah apabila pengeluaran susu merudum secara tiba-tiba, dan seterusnya menyebabkan stok susu EBM turut habis. Akhirnya, bekalan untuk anak esok di rumah BS, disediakan hari ini. Maksudnya, pam hari ini bekalan untuk esok. Dan begitulah seterusnya...Itulah yang saya alami, sejak awal bulan 4 yang lepas. Saya perasan, semuanya bermula bila kami sekeluarga sibuk berpindah ke kediaman baru. Jadi, jadual mengepam jadi tak tentu hala. Ditambah pula masa tu, beban kerja di pejabat bertambah-tambah. Jadi, semuanya mengakibatkan stress! Bila dah stress, susu pun malas nak keluar. Bila dah jadi macam tu, bertambah-tambahlah stressnya. Lagilah sikit susu yang keluar.Walaupun susu makin sikit, dan kadang-kadang tu susu yang dipam hari ni, tak cukup untuk bekalan esok, saya tak mengalah untuk bagi Sakinah FM. Tetap keraskan hati, untuk bagi BM je. Jadi apa yang saya buat? Kalau bekalan tak cukup, terpaksalah saya cuti. Kadang-kadang cuti satu hari, kadang-kadang separuh hari. Tengok keadaan... Tak apalah, demi anak kan.Lagi satu, saya perasan, makin lama susu saya makin cair. Cair secair-cairnya... Sebab itu juga, Sakinah macam tak puas menyusu. Asyik nak mengempeng je... Yelah, susu tu cair, jadi macam tak kenyang bila menyusu. Macam minum air sahaja.
~ yg kanan - hindmilk, yg kiri - foremilk ~
Macam-macam saya buat untuk kembalikan stok EBM, dan yang penting, saya nak susu saya jadi pekat supaya, Sakinah mudah kenyang. Semua petua milk booster yang saya jumpa, saya cuba buat. Ada yang kata minum horliks, minum soya, makan tempe, sampailah minum air longan kering. Semuanya tak memberangsangkan.Kecewa? Memang sangat-sangat! Sedih sangat rasanya... Orang keliling, dah bising-bising. Lagilah stress. Keluarga sendiri pun tak bagi sokongan, lagi memperkecilkan hasrat saya lagi.Kemudian, pada awal bulan 5 yang lepas, saya diserang demam yang teruk. Masa tu, memang tak larat nak mengepam. Nak susukan anak pun tak larat dah rasanya. Sampai lembik-lembik la. Orang ingat saya 'mabuk'. Oh, tidak! Anak saya baru 4 bulan masa tu.Sehinggalah saya bertemu dengan rakan maya, yang membantu kembalikan susu saya menjadi lebih berkualiti seperti awal-awal dulu. Walaupun kuantiti susu tak bertambah, tapi kualitinya membuatkan saya tersenyum setiap kali selesai sesi mengepam. Dan yang tak disangka-sangka, badan yang selalu lesu setiap petang hingga malam, kembali segar. Alhamdulillah...Syukur ke hadrat-NYA... Saya akan kongsikan dengan anda semua, apakah produk tersebut, supaya dapat kita sama-sama memperoleh manfaatnya. InsyaAllah...
Ok, sambungan lagi.Masa mula-mula bekerja tu, susah juga nak manage masa untuk keluar pegi mengepam. Pastu nak cari tempat lagi. Memang pening la mula-mula. Yelah, takkan nak pam kat workplace ni. Pejabat Admin ni dahlah sentiasa penuh dengan orang.Saya kat keje kat universiti. Bukan tak boleh pam kat surau. Time pagi dan petang, boleh la. Time tengahari la masalah sket, sebab surau penuh dengan student. Kalau kena time cuti, legalah sket. Kebetulan kat ofis ni, ada satu bilik bos yang kosong. Apa lagi, gunalah bilik tu, sementara tak ada orang lagi. Sampai sekarang pun, masih lagi guna bilik tu. Dah jadi macam nursing room dah.Ni cerita macam mana saya uruskan EBM pulak. Mula-mula dulu saya akan bekalkan 5 botol untuk Sakinah. Itupun saya make sure, sebelum hantar kena DF Sakinah. Setiap botol 2.5 oz. Botol-botol tu saya letakkan no 1 hingga 5. Botol 1 dan 5, adalah fresh milk, yang saya pam semalam. Botol 2 hingga 4 pulak adalah EBM. Jadi setiap hari saya simpan 2 botol 2.5 oz fresh milk kat bawah, yang balance tu letak kat atas jadikan EBM. Macam tulah saya buat setiap hari. Jadi, saya pastikan takkan ada stok expired la.Mula-mula macam pening-pening juga. Tapi dah lama-lama dah ok dah. Makin seronok pulak bila setiap hari dapat bawak balik susu untuk anak. Rasa bahagia sangat!Ok, bahagian seterusnya adalah cerita pasal cabaran dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Tunggu ya!
Lama kan nak sambung citer ni kan. Dekat sebulan dah. Ok saya cuba sehabis baik, untuk habiskan citer pasal pengalaman saya ni. Nak habis betul-betul tu, susahlah kot sebab hari-hari pun ada pengalaman baru kan...
Saya mula buat stok EBM untuk masa kerja, 3 minggu sebelum mula kerja. Kenapa lambat? Sebab dah balik rumah sendiri baru mula buat. Sebelum tu ada juga pam, tapi tak simpan, terus je bagi Sakinah minum. Sebab nak ajar dia menyusu guna botol.Mula-mula pam, hasil memang kureng sangat. Yelah, baby dengan kita kan... Jadi susah nak buat stok banyak-banyak. Mula-mula saya guna pam biasa je, macam saya cerita kat bhgn 1. Lepas tu, masa awal bulan Mac, saya beli Spectra 3 secara online dari Lunatots, sebab masa tu ada promosi, lagipun saya memang cari pam yang boleh buat double pumping. Nanti bila mula kerja, tak perlulah ambil masa yang lama untuk pergi 'buat projek'.Alhamdulillah, sejak tu saya bolehlah kumpul stok banyak sket. Seingat saya, sebelum mula kerja, saya dapat buat EBM hampir 40 oz jugalah. Legalah juga... Walaupun sebenarnya saya target untuk dapatkan 60 oz.Saya paling suka pam time pagi-pagi buta, dalam pukul 1 atau 2 pagi. Sebab masa tu, hasil memang memberangsangkan. Itupun, macam-maca petua saya buat untuk pastikan hasil susu saya tak berkurangan. Antaranya minum air longan kering. Petua tu saya dapat dari kakak sepupu saya. Gigihlah pegi Kedai Ubat Cina, untuk cari bendalah tu...Ok, lepas ni saya cerita bila saya mula kerja, macam mana saya uruskan EBM, dan simpan stok...
Semua ibu mahu memberikan yang terbaik buat anaknya. Sebab itu, saya memilih untuk memberikan Sakinah dengan susu badan sepenuhnya, untuk sekurang-kurangnya sehingga dia berusia 6 bulan. Jika murah rezeki Sakinah, akan saya teruskan sehingga usia setahun, dan mungkin hingga 2 tahun.Setelah keputusan ini diambil, saya tahu banyak yang perlu dikorbankan. Tapi, tak apalah... Bukan untuk orang lain pun, untuk anak sendiri. Yang penting, semuanya demi kebaikan. Demi kesihatan, dan masa depannya. Malah juga untukdiri saya sendiri.Sebagai ibu yang bekerjaya, bukan mudah sebenarnya untuk melaksanakan misi ini, dan seterusnya mencapai matlamat. Sebab itu, saya hormati dan tumpang bangga dengan ibu-ibu yang bekerja, tetapi tetap mampu untuk memberikan susu ibu sebagai makanan yang utama buat anak masing-masing. Bukan mudah ye... Dengan jadual sebagai pekerja kepada majikan sewaktu di tempat kerja. Kemudian pulang ke rumah melaksanakan pula tugas sebagai isteri kepada suami, dan ibu kepada anak-anak. Penat? Memang sangat-sangat terasa. Tapi, semuanya untuk insan yang tercinta kan...Pengalaman menjadi ibu yang menyusukan, belumlah terlalu lama buat saya. Hampir 4 bulan, belum apa-apa kalau nak dibandingkan dengan ibu-ibu lain. Tapi, itulah pengalaman yang paling berharga, dan tentulah yang paling manis buat saya. Segala-galanya bermula sejak melahirkan Annaurah Sakinah.Semasa mengandungkan Sakinah, saya langsung tak rancang untuk menyusukan Sakinah dengan susu badan sepenuhnya. Tapi, tidak pula terfikir untuk berikan Sakinah susu formula. Senang cerita, tak fikir apa-apa pun tentang hal ini. Entahlah... Mungkin sebab pengalaman pertama. Jadi banya yang tak tahu. Tapi, masa tu dah mula baca blog ibu-ibu yang menyusukan anak masing-masing dengan susu badan sepenuhnya. Teruja sangat! Rasa seronok pun ada.Ada juga terfikir untuk beli breast pump yang bagus-bagus untuk anak nanti. Macam Medela Freestyle tu. Lagi pula ada blog yang jual Medela FS secara kutu. Rasa macam best je. Lagipun, mestilah tak terasa sangat nak kuar duit banyak-banyak kan. Tapi, bila saya tanyakan kepada kawan-kawan ofis yang sudah berpengalaman menjadi ibu, masing-masing kata, tak payah beli yang mahal-mahal, sebab nanti tak tahu susu badan kita tu banyak ke tak. Saya percaya bulat-bulat, sebab memang tak tahu langsung fakta mengenai susu ibu. Masa mengandung cuma explore pasal breast pump je. Jahil sungguh rasanya...Lepas tu, bila dah bersalin, saya cuba bagi Sakinah susu badan, tapi, tak ada susu yang keluar. Sakinah mahu hisap, dan dia memang pandai hisap sejak dari awal lagi. Tapi, sebab susu langsung tak keluar, kesian pula dia kelaparan. Bagi juga susu formula masa mula-mula tu. Saya kan bersalin kat private, jadi doktor dan jururawat kat situ tak paksa sangat untuk bagi susu badan. Tapi, nurse tetap hantar anak kat saya untuk bagi hisap breast tu. Supaya ada rangsangan.Bila balik rumah pun, nurse bekalkan lagi susu tepung. Sebab susu tetap tak keluar walaupun dah masuk hari kedua, saya bagi juga Sakinah susu tepung yang hospital bekalkan. Lama juga susu tak keluar, sampai bengkaklah cik b* ni. Dah urut pun tak nak keluar. Sebab jahil sangat pasal susu ibu masa mengandung, langsung tak beli breast pump. Yang manual pun tak ada. Sebab dah bengkak sangat, susu pula tak nak keluar, paksa Suami pegi beli breast pump. Dapatlah Pureen Battery Operated Breast Pump. Boleh tengok sini. Cuba pam pun susu tak keluar. Kalau keluar pun, sikit sangat.Sebab takut kena demam bengkak susu, saya tuam cik b* dengan tuala panas. Nak bagi surut sikit bengkak tu. Tu pun mak bidan yang urut saya tu yang pesan. Alhamdulillah, selamatlah saya dari kena demam. Masuk hari ketiga pun, susu still tak keluar. Tak tahulah kenapa. Ke niat saya yang tak betul. Langsung tak berniat nak bf baby kan.Masuk hari keempat, nurse KK datang rumah untuk check up. Sebelum dia balik tu, dia tengok cara saya susukan anak. Haha! Kantoi, rupanya salah! Patutlah susu tak keluar-keluar. Ha, lepas tu, barulah susu keluar. Sakinah minum pun ok je. Saya jadi seronok sangat! Dan sejak tu juga, Sakinah minum susu ibu je. Alhamdulillah...Mmm, kalau nak cerita semua, memang panjang lagi. Tapi, nantilah saya sambung lagi...
Mmm, tak mudah sebenarnya nak ubahkan fahaman orang. Lagi pula untuk sesuatu yang sudah diterap sejak berzaman. Nak fahamkan pun bukan mudah ye...Saya masih lagi fully BF anak saya, walaupun sudah mula bekerja. Memang ada yang pandang sinis tentang keinginan saya untuk fully BF Sakinah, sekurang-kurangnya 6 bulan pertama ni. Kalau boleh mahu lebih dari setahun. Tapi untuk jangka pendek ni, saya target 6 bulan dulu.Tak susah pun sebenarnya. Lagi bila dah mula kerja ni, senang pula nak dapat lebih dari 3oz setiap kali sesi. Alhamdulillah. Rezeki Sakinah. Memang pada awalnya, aga payah sikit. Lagi pula, Sakinah bila ada Bubu, sibuk nak mengempeng je. Tunggu dia tidur, barulah dapat nak pam. Itu pun, hasilnya kurang memberangsangkan. Saya ada cerita kat entri ni kan.Sekarang, sejak dah bertukar kepada breast pump yang lebih baik. Hasilnya, Alhamdulillah... Tapi kalau breast pump canggih pun, tak guna cara yang betul, tak guna juga. Saya pun dah try macam-macam milk booster yang ibu-ibu lain cadangkan. Tak ada yang menjadi sangat pun. Mungkin belum jumpa lagi kot. Setiap orang punya milk booster yang berbeza-beza.Sebenarnya saya lebih percayakan pada konsep 'demand & supply'. Kalau banyak permintaan untuk susu, pasti ia akan keluar banyak. Makin banyak Sakinah menyusu direct, di samping teruskan pam setiap 2 ke 3 jam, makin banyak susu tu. Yang itu memang betul-betul berhasil.Tapi, biasa la, bukan semua boleh terima. Mak saudara saya sendiri, memperlekehkan usaha saya untuk menyusukan anak dengan susu badan sebenarnya. Masih ingat lagi kata-kata beliau. "Boleh ke?". Mama pun selalu suruh bagi Sakinah dengan susu tepung. Kebetulan pula, lepas bersalin hari tu, klinik bekalkan susu formula percuma. Susu badan pula keluar lepas hari ketiga. Memang mula-mula Sakinah minum FM. Jadi susu masih ada lebih di rumah Mama. Dan saya tak ambil pun bawa balik. Tu yang Mama bising-bising tu. Selalunya kalau saya malas nak jawab, saya diam je. Saya balik tunjukkan usaha saya untuk pam susu banyak-banyak untuk Sakinah. Biar Mama tengok sendiri.Sejak join 'Kump. Ibu2 Menyusukan di FB, makin bertambah kuat semangat saya. Tambahan pula, ramai juga blogger-blogger yang seperti saya. Ibu bekerjaya, namun masih mampu untuk fully BF anak masing-masing.Saya cuma berharap, rezeki Sakinah tak putus. Walaupun, stok EBM saya tak sebanyak orang lain, tapi saya tahu, insyaAllah pasti ada rezeki Sakinah. Ameen...# Mood : Rindu Sakinah. Oh!
Semalam hari pertama bekerja setelah 2 bulan bercuti. Hari pertama juga tinggalkan Sakinah setelah bermanja sambil mengempeng habis-habisan. Sehari sebelum, saya dibelenggu kerisauan. Takut Sakinah menangis saja nanti. Ke saya yang menangis? Hehe...Hari pertama, semuanya bagai percubaan. Trial & error. Lagi pula Sakinah fully BF. Tak tau nak bekalkan EBM berapa banyak. Apa yang nak dibekalkan untuk Sakinah sepanjang di sana. Yelah, saya kan baru menjadi ibu. Jadi, apa yang saya buat. Kena bertanya pada yang sudah berpengalaman la...Menguruskan EBM pada BS Sakinah, tak susah mana. Sebab beliau dah biasa. Jadi, tak perlu saya terangkan banyak-banyak. Cuma ingatkan sikit-sikit mana yang perlu je. Hasil pertanyaan pada orang yang berpengalaman, saya bekalkan Sakinah dengan 5 botol EBM, dengan isian 2oz setiap satu. Rasa-rasanya cukup, sebab anak saya kecil lagi kan.Pagi Suami yang hantar Sakinah ke rumah BS. Saya dah siap-siapkan EBM tu, dalam cooler bag, siap dengan nombor turutan sekali. Jadi, senangkan BS. Lagi pun, saya nak EBM yang dari freezer digunakan dulu.Petang, saya yang jemput Sakinah. Sampai-sampai je, Sakinah ada dalam buai. Oh, Sakinah dah pandai berbuai ye... Tak apalah, kalau itu akan memudahkan kerja BS. Saya ingatkan Sakinah tidur. Rupanya tidak. Bulat je mata duduk dalam buai. Rupa-rupanya, susu yang dibekalkan tak cukup. Pukul 4 dah habis, dan anak saya masih lapar lagi. Oh, kesian dia...Ambil Sakinah, terus susukan dulu. Takut masa dalam kereta dia melalak, saya lak yang gelabah. Tak sangka anak saya minum banyak. Yelah, dia nak membesarkan. Lagi pun, hari pertama kan hari percubaan. Jadi, saya dah tahu berapa yang diperlukan.Hari ini, saya bekalkan 5 botol x 3oz. Harap-harap bekalan cukup, sampai pukul 6 saya jemput Sakinah nanti. Sakinah pun macam tahu je nak kena tinggal, pagi tadi menyusu, langsung tak nak lepaskan. Nak tarik, tak sampai hati. Lagi pula, nak tinggalkan dia lama nanti. Hasilnya... Saya lambat masuk ofis. Hehe...