Baru-baru ini, saya dihubungi oelh seseorang yang memang sangat rapat dengan saya. Walaupun jarak menjadi pemisah, tapi kami tidak pernah terputus hubungan. Beliau banyak membantu saya suatu ketika dahulu.
Beliau meminta pendapat mengenai sesuatu. Ok, saya ceritakan di sini. Sebab saya ada terbaca beberapa blogger yang keliru mengenai perkara ini. Apa yang akan saya perkatakan nanti, adalah daipada pengalaman saya sendiri.
Beliau telah dirisik oelh teman lelaki beliau pada hari raya yang lepas. Kemudian, beliau meminta pendapat saya apa yang perlu dibuat, sementelah saya sendiri sedang membuat persediaan menuju ke arah itu. Pada pendapat saya, untuk memulakan sesuatu kerja, apatah lagi kerja kahwin, perkara yang paling utama ada mengenai tempoh masa dan tarikh penyatuan. Sebab bagi saya, apabila dua benda ini sudah ditetapkan, insyaAllah, segala kerja pasti akan dipermudahkan.
Apabila sudah ada tarikh, kita punya target dan segala perkara yang perlu dibuat penempahan, boleh dibuat awal-awal. Kalau mahu menempah katerer, sedangkan tarikhnya tiada, susah kan? Susah kepada katerer, sebab mereka ini orang berniaga. Jadi kita kenalah faham mereka kan. Bukan itu sahaja, mungkin kita ada saudara mara yang jauh, bila sudah ada tarikh, mungkin mereka sudah boleh menmpah tiket kapal terbang. Kan mudah begitu?
Saya pernah rasa masa sebelum mahu bertunang. Saya menempah jurumekap, tapi tarikhnya asyik bertukar-tukar, sebab saya sendiri tak pasti bila. Saya tahu, untuk menetapkan tarikh pun, bukan sesuatu yang mudah. Bukan sahaja melibatkan kita berdua dengan bakal suami. Tapi juga melibatkan keluarga besar kedua-dua belah pihak. Banyak juga hati yang perlu dijaga kan?
Saya juga akui, kadang-kadang bila tarikh sudah ditetapkan, berlaku perkara yang memerlukan tarikh diubah. Saya juga pernah melaluinya, masa sebulan selepas bertunang. Memang stress, sebab saya memang tidak mahu bertunang lama-lama. Kalau memerlukan sampai setahun lebih, saya memang tak sanggup. Tapi, hasil perbincangan semula, akhirnya, tarikh yang kami berdua pilih, diterima juga. Tidak terlalu singkat, tidak juga terlalu lama.
Jadi, buat bakal-bakal pengantin yang masih tercari-cari tarikh yang sesuai, cepat-cepatlah ye. Bila dah ada tarikh tu, bolehlah mulakan langkah seterusnya. Mudah kan?
No comments:
Post a Comment