:: Detik Dinanti ::

Khamis, 2009 Disember 31

PROMOSI : Tudung Nikah & Tunang Koleksi Vispera

>> INI STICKY MODE SEHINGGA 31 DIS 2009 <<

Salam,
Jika anda ingin mendapatkan tudung nikah atau tudung tunang secara percuma, kami akan menaja satu bulan satu pengantin bermula Januari 2010. Promosi besar - besaran ini adalah untuk merealisasikan impian anda menggayakan tudung pilihan dihari bahagia dan juga ini adalah tanda terima kasih di atas sokongan anda terhadap pihak Koleksi Vispera.

Selain dari itu, jika anda terlepas peluang untuk menerima tajaan, kami juga akan memilih secara rawak pemilik blog yang bertuah untuk menerima voucer diskaun 50%.

Andai kedua-duanya terlepas, anda masih memilik kupon voucer diskaun 10% kepada semua pelanggan yang berdaftar sebagai Ahli Rangkaian Vispera mengikut terma dan syarat.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja..
  1. Daftar sebagai Ahli Rangkaian kelab Vispera.

  2. Jadikan entry ini sebagai entry pertama (sticky mode/post) anda di dalam blog dan link terus ke alamat ini http://koleksivispera.blogspot.com/

    • Untuk majlis bulan Januari tarikh entry anda adalah pada 30 November 2009
    • Untuk majlis bulan Februari dan Mac tarikh entry anda adalah pada 10 Disember 2009.
    • Untuk majlis bulan April, May dan Jun tarikh entry anda adalah pada 31 Disember 2009.

  3. Buat satu entry mengenai TUDUNG/SELENDANG/VEIL IDAMAN SAYA berserta gambar tudung/selendang/veil pilihan anda. Anda juga dikehendaki meletakkan logo Koleksi Vispera sebagai penaja pilihan dan link terus ke alamat http://koleksivispera.blogspot.com/
  4. Anda dikehendaki meninggalkan alamat blog anda diruang komen bagi memudahkan kami menjejaki anda.

Apakah syaratnya??
  1. Emailkan butiran berikut ke koleksivispera@gmail.com

    • Nama Peserta :
    • Nama Pasangan :
    • Tarikh Perkahwinan/Pertunangan :
    • Lokasi Majlis :
    • Warna Tema :
    • Jenis Baju : (termasuk material & design)

  2. Terbuka kepada semua bakal pengantin di serata tempat dan tarikh di antara Dis 2009 - Jun 2010. Kos penghantaran ditanggung oleh pemenang.

  3. Anda dikehendaki menghantar 5 keping gambar majlis bagi tujuan promosi di blog kami. *Gambar akan menjadi hak milik kami bagi tujuan promosi sahaja.

  4. Segala keputusan adalah muktamad.

Bila pengumuman pemenang?

Ia akan diumumkan secara berperingkat seperti berikut :
  • Penajaan bulan Januari akan diumukan pada minggu pertama bulan Disember, maka pengadilan akan dibuat sehingga 30 November 2009.
  • Penajaan bulan Februari dan Mac akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Disember, maka pengadilan akan dibuat sehingga 10 Disember 2009.
  • Penajaan bulan April, May dan Jun akan diumumkan pada minggu pertama bulan Januari, maka pengadilan akan dibuat sehingga 31 Disember 2009.

Rabu, 2009 Disember 02

Jurnal 2 Hati : 035 - 150 Hari Lagi

Maaf, saya tak sempat tak update, disebabkan sangat-sangat sibuk sekarang ini. Nanti saya dah free sikit, saya akan update ok.

Yang penting hari ini, ada 150 hari lagi menjelang hari bahagia saya. Saya mula rasakan kehangatannya. Apatah lagi ticker dah bertukar dari 5 bulan ke 4 bulan. Kupu-kupu banyak dalam perut. Uhuuu...

Selasa, 2009 Disember 01

Jurnal 2 Hati : 034 - 5 Bulan Sebelum Majlis

  1. Himpunkan senarai tetamu
  2. Tempah baju majlis pernikahan & resepsi (termasuk aksesori)
  3. Tempah juruandam
  4. Tempah penggubah bunga & penghias lokasi majlis
  5. Tempah pengacara majlis (termasuk PA system)
  6. Tempah katerer
  7. Tempah jurufoto & juruvideo
  8. Tempah cincin perkahwinan
  9. Tempah kek pengantin
  10. Tempah kumpulan persembahan
  11. Tempah penginapan untuk tetamu
  12. Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan & majlis bertandang
  13. Tempah penggubah hantaran
  14. Beli barang hantaran
  15. Hadiri kursus perkahwinan
  16. Buat pemeriksaan kesihatan
  17. Buat rawatan muka
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau
Tak Buat Lagi - MERAH
Tak Payah - Purple


Sabtu, 2009 November 28

Aidil Adha Bersama Keluarga

Alhamdulillah, tahun ini dapat sekali lagi kami sekeluarga berkumpul, untuk sama-sama meraikan Aidil Adha dengan penuh kesyukuran. Berhari raya di Bandar Baru Bangi sejak bertahun-tahun, adalah sesuatu yang biasa bagi saya. Siapa yang cakap berhari raya di bandar tidak seronok? Bukankah kita yang tentukan, sama ada seronok atau tidak sesuatu itu?

Seronok, kerana bersama-sama adik-adik, bergurau senda. Membuat saya terfikir, dapatkah saya melaluinya lagi seperti ini, tahun depan? Tahun depan di sinikah saya atau mungkin di sana bersama keluarga mertua? Tak dapat saya gambarkan betapa mungkin sedihnya saya melalui hari-hari menjelang hari raya tanpa Mama di sisi. Siapakah yang akan membantu beliau membuat manisan, yang pastinya menjadi tugas saya. Mahukah adik-adik saya membantu beliau? Dengan siapa akan beliau berborak-borak di dapur?

Itulah, betapa bagaimanapun perangai ibu kita, tetap ibu kan. Betapa mungkin baiknya ibu mertua, tetap ibu kandung di hati. Betapa syurga isteri itu nanti di telapak kaki suami, tetap ibu diingati. Ya! Saya akui hubungan saya dengan Mama memang ada pasang surutnya. Ada sahaja yang tidak kena, dan saya tidak tahu kenapa. Tetapi, semakin hampir detik menjadi milik orang lain, semakin saya cuba untuk menjadi yang terbaik buat Mama, satu-satunya puteri beliau. Tabahkah saya untuk melalui hari-hari tanpa beliau di sisi saya...

Saya bukan anak yang baik, bukan juga anak yang sempurna untuk beliau. Tapi, saya tahu beliau amat menyayangi saya. Seboleh mungkin akan saya menyayangi beliau seumur hayat. Setiap tunjuk ajar beliau, walau kadang dalam bentuk bebelan, saya tahu, banyak gunanya. Tanpa bebelan beliau, akan pandaikah saya memasak, akan bijakkah saya menguruskan rumahtangga?

Maaf, teremosi pula saya. Sedangkan mahu bercerita mengenai Aidil Adha. Hehehe.. InsyaAllah, bersama adik-adik akan kami berBBQ di halaman rumah malam ini. Wah, sangat tidak sabarlah! Ayam telah dimarinated oleh 'Chef' kami, siapa lagi kalau bukan adik saya, Ja'a. Tiba-tiba lapar pula. Hahaha!

Lirik Lagu : Debu-debu Dosa


Debu-debu Dosa - Hijjaz


Artist: Hijjaz
Album: Damai

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Ulasan Saya Tentang 'Nur Kasih'

Saya sudah mula menonton drama ini sejak daripada episod pertama (29 Mei 2009) lagi. Pada saya tarikan utamanya ialah pengarah yang memang saya gemari, Kabir Bhatia. Dan saya rasa, saya tak pernah kesal pun, sanggup menonton perjalanan kisah ini, sehingga ke penghujungnya.

Disebabkan saya telah pun menonton daripada awal, dan yang bestnya, En. Tunang, daripada tidak suka, menjadi penonton juga. Jadi, janganlah pertikaikan apa yang saya sukai itu. Saya akan mengulas sedikit (mungkin juga banyak), mengenai kisah ini. Cuma mengenai jalan cerita & watak-watak di dalamnya sahaja ye. Yang lain-lain seperti lighting ke, pergerakan kamera ke, atau apa-apa yang berkaitan teknikal, saya tidak pandai. Tapi, ini ulasan peribadi saya ye...

Bagi saya, watak yang benar-benar meninggalkan kesan adalah SITI SARAH, lakonan Ummi Nazeera. Sejujurnya, walaupun bukan beliau watak utama, tapi beliau berjaya membuatkan saya sangat membencinya dengan perangai gedik & kebudak-budakan itu. Mulut jahatnya yang memecahbelahkan keluarga sendiri semata-mata mahu memenuhi keinginan & impian cintanya terhadap Aidil. Satu yang saya kagum, walaupun beliau gedik, tapi beliau setia pada cinta pertamanya, & pilihannya terhadap cintanya kerana pegangan agama yang dimiliki Aidil. Cuma, caranya tidak betul la kan.

Selain itu, watak lain yang terkesan terhadap saya ialah watak AIDIL, lakonan Fizz Fairuz. Beliau berjaya menjadi seorang abang & anak yang taat kepada keluarga. Sanggup mengetepikan impian & perasaan sendiri semata-mata buat keluarga terutama buat adiknya, walaupun beliau sangat tahu yang adiknya sangat jahat! Tapi, hikmah yang diperoleh, berjaya menemukan jodoh dengan seseorang yang hampir sama dengan beliau.

Babak yang benar-benar menyentuh hati saya, saat ADAM, lakonan Remy Ishak, mahu meninggalkan NUR AMINA, lakonan Tiz Zaqyah, di KL Sentral, beberapa hari selepas bernikah. Beliau sanggup meninggalkan isteri beliau yang sangat naif di Kuala Lumpur, tanpa sebarang tunjuk ajar. Memang sangat kejam, sebab langsung tiada perasaan belas kasihan sekalipun tidak punya cinta. Saya akui, airmata saya meleleh & saya menangis teresak-esak ye untuk babak ini sahaja, terutamanya saat Nur mahu memulangkan cincin pernikahan mereka. Syahdu woo...

Penamat cerita untuk babak Aidil & Adam yang bertemu dengan Arwah Ustaz Hassan, bagi saya membawa banyak maksud tersirat. Ustaz Hassan menanti kedua-dua anaknya, dan kalau anda perasan, saat kaki Adam tenggelam di dalam pasir, Aidil masih lagi sanggup menunggu adiknya sehingga kakinya berjaya dikeluarkan. Nampak tak, kasih sayang Aidil terhadap Adam sehingga beliau sanggup berkorban apa sahaja. Kenapa Aidil berbaju putih, & Adam berbaju hitam? Adakah kerana Aidil lebih suci berbanding Adam? Yang ini saya tak tahu nak ulas macam mana.

Memang sejak minggu lepas, peminat-peminat siri ini ada menerima emel 'Full Version Drama Nur Kasih'. Tapi ending yang dibaca dengan yang dipaparkan berbeza. Semalam waktu menonton, memang kebanyakan kita sudah tahu yang Adam pasti akan bersatu juga dengan Nur akhirnya. Saya pada awalnya, ingatkan Adam berjaya keluar bersama-sama dengan kawan baru beliau itu. Ingat tak entri saya ni? Tapi, bila yang dipaparkan Adam ditangkap oleh penyerang-penyerang itu, dan kawan beliau itu berjaya keluar secara sendirian, membuatkan saya terfikir, mungkinkah Adam akan terbunuh. Mungkin Adam tidak dibunuh di bangunan hotel itu, sebab kalau beliau dibunuh di situ, mestilah mayatnya telah dijumpai kan.

Tekaan saya mengenai mungkin Adam membaca emel yang dihantar oleh Nur setiap hari, dan kenapa beliau tidak mahu pulang ke tanahair, kerana ingin memberi kebahagiaan buat Aidil, ternyata meleset. Beliau tidak pulang ke tanahair, kerana beliau dijadikan tahanan oleh penyerang-penyerang itu. Selepas dibebaskan, beliau terus pulang ke tanahair, tetapi kecewa sebab dapat tahu yang Nur bakal berkahwin dengan Aidil. Nasib baik bertemu semula di dalam kereta api. Jodoh mereka bersatu kembali. Alhamdulillah...

Keseluruhannya, tak sia-sialah saya menonton dari awal, kerana saya berpuar hati dengan jalan ceritanya. Saya dengar-dengar sekuel ini akan dijadikan filem pula. Tapi kan, drama tu dah habis dengan happy ending, nape nak sambung lagi. Tak nampak pula untuk apa...

Jumaat, 2009 November 27

Nur Kasih Malam Ini!!

Sangat tak sabarlah... Walaupun ramai dah tahu camne endingnya. Dan walaupun En. Tunang berkata, 3 juta rakyat Malaysia kena tipu (Abang pun dah tersuka kan? Hahaha!). Yang penting citer ni memang superb! I like...

Salam Aidiladha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah, dipanjangkan usia untuk bersama merayakan hari ini. Aidiladha sebagai tunangan orang lagi.

InsyaAllah, minggu hadapan bakal ibu mertua saya, akan pulang ke tanahair. 45 hari di sana, yang saya tahu, En. Tunang memang merindui beliau. Tapi taknak cakap. Hahaha!

Semoga saya juga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana sekali lagi. Ameen...

Khamis, 2009 November 26

Tercipta Untukku : Sukar Dipercayai

Bila kita fikir, sesuatu itu yang terbaik buat kita, belum tentu itu memang yang terbaik buat kita. Kadang-kadang, petunjuk itu sudah pun diberi, tapi kita sebagai hamba-Nya selalu alpa. Rezeki & kurniaan-Nya, kita tidak nampak atau kadang-kadang buat-buat tidak nampak. Tapi, bila dia tarik sesuatu yang kita rasakan sangat indah buat kita, sebenarnya ada sebab yang kita tak nampak. Dia yang menciptakan kita, sudah tentu Dia lebih tahu.

Saya dan beliau, sama-sama meminati dunia blog. Saya bukan menulis sebab kecewa ye. Saya memang suka menulis. Kan dulu saya bercita-cita untuk jadi penulis. Tapi sekarang, jadi 'Penulis Akaun'. Hari-hari pun buat 'recon' je. Hahaha! Bolehlah kan...

Tapi, mungkin sudah tertulis kan, saat beliau 'blogwalking' dan terjumpa pula blog saya, dengan entri-entri sedih & menyayat hati. Bukan untuk menarik simpati ye. Sekadar luahan rasa. Sebab, bukan semua orang yang berada di sekeliling dengan kita, faham apa yang kita rasakan. Lagi pula, tujuan saya cuma untuk beri ketenangan kepada diri sendiri. Kiranya cara untuk bermuhasabah dirilah. Beliau meninggalkan jejak, hingga menyebabkan saya menuju ke blog beliau.

Jatuh cinta dengan falsafah dan cara penulisan yang lain dari yang lain, yang beliau tampilkan dalam blog beliau. Menyebabkan saya ingin tahu, siapakah beliau. Lagi pula, saya macam tertanya-tanya adakah beliau seseorang yang saya kenali. Perbualan di YM, berlanjutan ke perbualan telefon. Itulah canggihnya dunia. Dulu, saya tak percaya pada cinta siber. Saya pernah hampir terkena. Tapi, saya tahu, bila kita ikhlas, keikhlasan juga yang akan kita peroleh semula. Jangan takut dengan janji-Nya.

Dari situ, saya dapat rasakan, beliau ada sesuatu yang saya perlukan sebagai pemimpin keluarga saya nanti. Sesuatu yang sukar untuk dijumpai. Dan rupanya, dalam diam beliau menyelidik tentang saya, dan beliau juga terkejut dengan apa yang diperoleh. Pertemuan pertama, yang sangat mengejutkan. Seperti dalam entri saya sebelum ini. Seterusnya, bertemu dengan ibu beliau, menambahkan keyakinan saya. Saya bukan anak remaja yang punya masa untuk bermain dengan cinta. Saya mahukan sesuatu yang pasti, yang bukan hanya manis kata di bibir sahaja.

Pertemuan kedua-dua buah keluarga, akhirnya benar-benar meyakinkan saya. Saya perlukan restu semua dalam menjalani kehidupan akan datang. Saya tidak mahu hati ibu bapa saya terluka, dan saya juga tidak mahu ibu bapa beliau terluka, dengan penyatuan kami ini. Biar semuanya berlaku dalam restu dan redha Ilahi. Itu yang saya cari, dan akhirnya Dia menemukan jawapan itu.

Redha dan bersyukurlah dengan apa sahaja yang berlaku. Inilah jawapan kepada kekecewaan saya sebelum ini. Saya tahu, Dia lebih tahu...

Istimewa Buat Acik


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hari ini 26 November 2009. Dah tau, lagi mahu tanya. Ucapan istimewa, buat seseorang yang istimewa tempatnya di hati saya (Abang, jangan jeles tau! Tak ada maknanye). Saja bikin suspen. Untuk adik angkat saya, Noorhidayah Abd Ghani. Ucapan selamat untuk ulangtahun yang ke 25. Alhamdulillah. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki selalu. Jaga baby elok2 tau! Tak sabar nak dengar baby panggil Mak Lang. Hehehe.


Saya pernah cerita pasal Acik, masa beliau nak kawin, bulan 6 hari tu. Baca ni ye...

 
Setting Up Blog Using Blogger | Re-Design By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox or IE7 or Higher