:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Showing posts with label Nota Anak 2. Show all posts
Showing posts with label Nota Anak 2. Show all posts

Wednesday, 25 April 2012

Bergelodak Perutku

Hari ini genap usia kandungan 27 minggu. Macam sekejapan je masa berlalu. Tahu-tahu je, banyak baju kurung yang dah tak boleh sarung dah. Dah nak kena tukar uniform ni...

Serius, mengandung kali ni lain macam sikit. Rasa keletihan melampau, dan sakit bawah perut yang kerap sangat! Rasa tegang semacam je. Mungkin juga sebab jarak kandungan pertama dengan yang kedua ni, tak jauh sangat kot. Atau mungkin juga faktor umur? Aduii, saya dah terfikir, kalau dah masuk 30-an nanti, macam manalah pulak agaknya kan. Harap-harap kuatlah nak melalui saat itu nanti. Tengok tu, yang ini pun belum selesai lagi, dah fikir pasal mengandung yang seterusnya. Teruk betul saya ni. Hehehe...

Saya juga perasan, mengandung kali ni, perut saya macam bergelodak semacam. Sekali baby kat dalam bergerak, bergegar saya rasa. Boleh tahan lasaknya. Berbanding dengan Sakinah dulu, saya rasa taklah selasak kali ni. Pastu, kadang-kadang kalau terbangun tengah malam pun saya boleh rasa perut bergelodak semacam. Terfikir saya, apa tak tidur ke budak kat dalam ni. Atau tidur secara lasak? Huish, tak dapat saya bayangkan...

Apa lagi perbezaan? Nantilah saya cerita. Sekarang ni saya ingat yang tu je, sebab sekarang pun perut tengah boleh tahan bergelodaknya. Hehehe...

Tuesday, 17 April 2012

Oh, Kurang Dari 100 hari lagi...

Hari ni check ticker adik baby, tinggal kurang dari 100 hari je lagi. Perasaan? Berdebar-debar. Walaupun dah kali kedua, perasaan tetap sama. Sebab lain anak, lain caranya kan? Kina hari tu, lahir masa 38 minggu secara induce. Yang ini, harap dapat normal betul2. Macamlah hari tu, tak normal kan. Hehehe...

Alhamdulillah, dah selamat jumpa dengan pakar O & G, yang juga bakal sambut kelahiran adik baby nanti, insyaAllah. Di hospital yang sama, dan Dr yang sama juga. Dr. Fazlina Hanum di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi. Saya senang dan selesa di sana. Harganya juga berpatutan. Masih di dalam bajetlah.

Kiranya Sabtu minggu lepas, pertama kali check up dan scan dengan O & G. Kat klinik kerajaan, tak pernah scan pun :(, sebab mesin scan rosak. Patutnya kena scan masa 12 minggu kan? Kat sini memang tak ada. Dia suruh pegi buat sendiri je...

Alhamdulillah, dah tau pun jantina adik baby. Seperti yang dijangka, dan seperti yang kami inginkan. Mesti anda dapat teka kan. Hehehe... Yang penting adik baby sentiasa sihat dan aktif. InsyaAllah, minggu ke 34 ada check up lagi. Masa ni baru dapat tau keadaa baby yang sebenar. Kina dapat tau kurang membesar dalam perut masa usia ni la... Sebab tulah decide untuk induce sebab takut jadi apa-apa kat 'dalam' kita tak tahu kan. Kalau dah kat luar, kita dapatlah tengok dan nampak apa yang jadi kat dia.

InsyaAllah, ada masa saya akan ceritakan perbezaan masa mengandungkan Kina dengan adik baby. Memang ketara perbezaannya. Tunggu ya!

Wednesday, 11 April 2012

Tak Salah Rasanya...

Seperti yang diketahui, saya menyusukan anak saya dengan susu badan sepenuhnya sehingga berusia 6 bulan. Alhamdulillah, masih punya rezeki, sampai sekarang pun Sakinah masih menyusu badan, walaupun tidak lagi secara eksklusif. Selagi ada permintaan, selagi itu saya akan berikan yang terbaik untuknya.

Walaupun sekarang sudah genap usia kandungan 25 minggu, dia masih lagi mahu menyusu, dan sekarang sudah pandai minta pula. Tak sampai hati mahu menolak, lagi pula belum pun cukup usianya 2 tahun. Masa awal-awal mengandung dulu, dia macam sudah kurang mahu menyusu badan. Kadang-kadang satu hari tak minta langsung. Saya fikir dia sudah mahu 'wean-off'. Tapi sekarang, permintaan semakin tinggi pula.

Saya ingat lagi, masa mula-mula saya pergi buka 'buku merah' yang kedua ini, Sakinah baru berusia 11 bulan. Jururawat yang ambil details ibu tu, terkejut sebab saya masih menyusukan anak, setelah tahu mengandung. Siap suruh saya berhentikan cepat-cepat, sebab takut memudaratkan baby dalam kandungan katanya. Hampir terpengaruh dengan kata-katanya, walaupun saya dah banyak membaca di internet mengenai hal ini, waktu itu. Kemudian, bila jumpa jururawat di dalam yang membuat pemeriksaan menyeluruh, beritahu saya 'Jangan berhentikan penyusuan susu ibu kepada anak saya, sebab anak saya masih kecil'. Lega sangat dengar... Dia cuma berikan saya beberapa nasihat penting, bila saya PERLU memberhentikan penyusuan, dalam keadaan mendesak. Alhamdulillah, sehingga hari ini, tiada yang perlu dirisau, InsyaAllah...

Saya tahu, kalau ikutkan kata orang tua-tua, tak elok meneruskan penyusuan kononnya akan 'memudaratkan bayi di dalam kandungan'. Selagi, ia tidak memudaratkan saya, baby mahupun Sakinah, tak salah rasanya... Tiada fakta mengatakan yang si kakak akan mengambil khasiat yang sepatutnya untuk si adik di dalam kandungan. Saya rasa sekarang kalau waktu saya menyusukan Sakinah, adik kat dalam meloncat-loncat gembira je. Lagi-lagi bila saya dekatkan badan Sakinah ke perut saya. Makin rancak dia bermain. :)


Ini adalah saat yang sangat indah. Sakinah 8 bulan.

Apa yang perlu saya lakukan, hanyalah memastikan saya dan anak-anak (yang di dalam & luar kandungan) mendapat khasiat yang secukupnya untuk keperluan kami bertiga. Saya perlukan vitamin tambahan yang insyaAllah, membantu saya lebih cergas dan sihat. Nak tau apa yang saya amalkan? Boleh hubungi saya ya!

Thursday, 29 March 2012

Betul Ke Ni?

Sebenarnya, ramai macam tak perasan yang saya sedang mengandung. Dah nak masuk 6 bulan pun. Masing-masing cakap, tak nampak pun perut. Lagi pulak, saya masih boleh berbaju kurung. Sama macam masa mengandungkan Sakinah dulu. Dah masuk 8 bulan, baru tak usik semua baju kurung. Tapi kali ni, saya rasa macam perut besar sikit dari sebelum ini. Sampai bila agaknya boleh terus berbaju kurung, tunggu...

Memanglah berbeza masa mengandung sulung, dengan mengandung kali kedua ni. Lagi pula, Sakinah masih kecil, dan belum nak faham, jadi kadang-kadang dia lasakkan je Ibu dia ni. Juga sama macam dulu, tak ada mabuk atau muntah-muntah. Cuma badan sangat cepat letih. masa awal-awal mengandung dulu. Sekarang, dah kurang sikitlah. Alhamdulillah...

Bercerita pasal Sakinah, dia memang sangat-sangat manja. Manja dengan sesiapa je pulak tu. Kalau dia bandingkan saya dengan Suami, dia lebih manja dengan Babah dia kot... Tapi, kalau tidur, tetap sepak Babah suruh tidur kat bawah. Hehe... Kadang-kadang macam tak percaya je dia dah nak jadi 'Kakak'. :)


Ini budak manja tengah tunggu Babah balik keje. Sanggup tunggu sampai Babah balik. Pantang dengar saya call Babah dia, cepat-cepat ambil telefon nak cakap dengan Babah...

Tuesday, 20 March 2012

Ini Namanya Rezeki

Aritu bagitau nak cerita pasal perkembangan terkini kan. Oppss, saya lupa, saya off blog ni kepada public beberapa minggu yang lepas, sebab ada buat sedikit renovation. Semoga dengan wajah baru ni, memberikan saya semangat lebih sikit untuk menulis. Bajet ramai sangatlah yang baca blog ni. Hehehe...


Header baru tu, rekaan sendiri je. Tu pun rasa macam perlu edit lagi. Tapi, xpelah pakai apa yang ada dulu. Nanti kalau ada idea lebih sikit, insyaAllah kita tukar yang lebih baik. Oh ye, kalau perasan, description blog pun saya dah tukar. Kalau dulu, 'Langkah Demi Langkah : Bila Minda Berfikir, Hati Berbicara'. Yang baru ni saya tukar jadi, 'Bertemu Cinta Di Dalam Restu. Moga Kasih Kekal Bersatu. Hanya Syurga Tempat Dituju.' Ok x? Hehehe...

Ok, dah habis cerita pasal perkembangan blog, yang insyaAllah akan menjadi lebih berkembang lagi. Sekarang cerita pasal perkembangan diri dan keluarga pula ye... Anak dara saya tu akan berusia 15 bulan pada 8 April nanti. Dah semakin bijak, Alhamdulillah... Ini gambar yang agak terbarulah juga. Dah boleh buat tocang pokok kelapa 2 batang. Hehehe...


Yang lebih menggembirakan dan menyeronokkan, insyaAllah anak saya akan bergelar 'Kakak' dalam masa 4 bulan lagi. Hehehe... Terkejut kan? Ini memang betul-betul rezeki. Sebab saya memang mahu menjadi ibu 2 anak sebelum menjelang usia 30 tahun. Alhamdulillah, Syukur sangat-sangat!


Maknanya, Hari Raya Aidilfitri tahun ini, sekali lagi akan disambut bersama-sama dengan ahli keluarga baru. Seronok sangat rasanya! InsyaAllah, esok genap usia kandungan 22 minggu. Dalam masa 18 minggu lagi, naiklah pangkat Annaurah Sakinah. :)

Itu jelah untuk hari ni ye... Nanti kita sambung cerita-cerita lagi, ok....