:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday 3 October 2009

Jurnal 2 Hati : 008 - Persediaan Mental, Fizikal & Rohani

Asyik cerita pasal persiapan material sahaja. Sebenarnya persiapan yang paling penting dalam menuju gerbang rumahtangga, ialah persiapan mental, fizikal & rohani. Sebenarnya ini yang paling susah. Tapi kalau tak betul-betul bersedia daripada segi ini, memang agak susah. Tak percaya? Tanyalah orang yang lebih berpengalaman.

Daripada segi mental, bersediakah kita untuk menjadi suami/isteri, yang sudah tentu berlaku pertambahan tanggungjawab. Daripada selepas bertunang, perlu set mind yang kita bakal menjadi suami/isteri. Bertanya pada orang yang lebih berpengalaman. Paling dekat adalah orang tua kita. Tapi, kebanyakan kita pasti malu untuk bertanyakan hal-hal rumahtangga kepada kedua orang tua kan?

Daripada segi fizikal, bersediakah untuk bekerja lebih kuat, buat lelaki. Yelah, nak jadi ketua keluarga kan? Bagi perempuan pula, daripada segi fizikal, yang paling penting, bagi semua orang yang berkahwin, bersediakah untuk mengandung zuriat buah cinta bersama suami. Ingat mengandung tu senang? Nak jadikan diri mengandung pun susah kan? Hehehe... Saya macam berpengalaman saja kan?

Daripada segi rohani pula, ini adalah daripada segi dalaman mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama. Bersediakah lelaki untuk membimbing isteri & anak-anak. Ilmu perlu ditambah hari demi hari. Sebab anda bakal menjadi rujukan kepada zuriat anda berdua. Betul kan?

Kalau ditanya kepada saya, selain 3 perkara di atas, ada lagi perkara yang membelenggu fikiran saya, yang kadang-kadang membuatkan saya risau juga. Untuk menyatukan 2 keluarga yang tentu sekali berbeza cara hidup, sebenarnya memang susah. Betul tak? Apatah lagi kita sendiri perlu masuk ke sebuah keluarga & menyesuaikan diri dengan cara mereka. Kalau dengan keluarga sendiri, buat perangai negatif pun, pusing-pusing diterima juga kan? Yelah, kita memang ahli keluarga dari sejak lahir lagi. Tapi kalau buat perangai negatif dengan keluarga mertua, bolehkah mereka menerima dengan hati terbuka? Paling tidak, nanti pasti jadi bahan kan? Itulah sebabnya kita kenalah berlakon dengan keluarga mertua. Hehehe! Ini saya belajar dari pengalaman blogger-blogger.

Kadang-kadang hubungan memang baik dah dengan ibu bapa mertua. Tapi bermasalah pula dengan ipar duai. Aduhai, inilah yang saya taknak sangat-sangat. Saya paling risau, hanya disebabkan perkara kecil, hubungan jadi berantakan. Dan akhirnya nanti, melibatkan pula ibu bapa mertua. Harap-harap, saya mampu menghadapi situasi begini dengan baik. Mama saya, awal-awal lagi sudah berpesan, jadilah menantu yang baik macam menantu jiran sebelah rumah saya ini. Bersopan-santun & penuh budi bahasa. InsyaAllah. Semoga semuanya baik-baik belaka. Ameen...

No comments: