
~gmbr ni mmg xbrape nk best... bolehlah buat ilang rasa teringin korang kan?~
Alhamdulillah, detik yang di nanti tiba jua... Jam 3:05 petang 21hb Jun 2009, cincin itu tersarung di jari manisku yang comel. Hehehe... Sempat lagi... Cincin disarungkan oleh nenek Encik Tunang = Encik Usul ye... Mak? Malu kot... Hehehe...
Ok2... Mau gmbr byk2? Nanti saya upload yer... Saya mau letakn gmbr cantik dari cameraman yg bertauliah itu. Jadi, tunggu yer...

glitter-graphics.com
Saat entry ini dibaca, saya sedang sangat sibuk membuat persiapan terakhir sebelum ketibaan 'Sang Arjuna Hatiku'. Ececeh, tetiba kan... Orang yang akan meng'make-up'kan saya, insyaAllah akan tiba jam 11 nanti. Jurugambar saya akan tiba jam 12 nanti. Dan orang yang sangat-sangat penting untuk majlis hari ini, insyaAllah akan tiba selepas Zohor nanti.Saya memang sangat takut, sebab saya rasa, kupu-kupu dah penuh dah dalam perut ni. Beranak-pinak dah dia. Adoiyai, pe nak buat ni?Ok-ok... Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye kawan-kawan! Inilah harinya, hari yang saya tunggu sekian lama. Doakan jalan jodoh kami tu, dipermudahkan... Ameen...

glitter-graphics.com
Tinggal satu hari saja lagi. Dan hari ini merupakan hari yang bakal sibuk. Adik-adik semua ke dapur chef, membuat persediaan untuk memasak hidangan esok. InsyaAllah, saudara mara terdekat akan datang malam ini.Perasaan ketika ini, bercampur-campur. Ada rasa cam x sabar. Tapi dalam waktu yang sama, risau gak! Satu yang ditakuti, janganlah perut ni buat hal. Dah dua hari buat hal. Masuk angin. Padahal bukan xmakan pun. Mungkin sebab stress kot. Persiapan yang tinggal, untuk hantaran, cuma tinggal sireh junjung, dan buah-buahan je yang belum dibeli lagi. Oh, satu lagi, coklat. Malam ni akan bekerja keras la kan. Yang lain, cuma tinggal untuk mengemas rumah. Petang sket la kot...

glitter-graphics.com
Apa? 2 hari lagi? Saje buat2 terkejut... Padahal dalam hati, xsabar2 nak sarung cincin... Gediks kan? Layankan aje...Saya sudah mula bercuti dari semalam lagi. Walaupun kerja banyak, tapi, cuti tetap cuti. Cuti i kn banyak. Sukahati la kan...Relax & bertenang... Tema saya sekarang ni... Haha!

glitter-graphics.com
Nampaknya, wajah saya dah naik seri. Dan semua orang mula menegur saya. Saya pun tak pasti sebab apa. Ada 3 kemungkinan: 1) Sebab saya guna krim LumiGlow 2) Sebab saya buat full body treatment 3) Sebab saya nak bertunang Kenapa yer... Mama cakap yang no 3. Tapi saya rasa mungkin gak sebab yang no 2. Hehehe... Apa-apa jelah. Yang penting, harinya makin tiba. Di sebelah bakal tunang saya yang sangat relax-relax membuat persiapan. Atau sebenarnya, saya yang terlalu poyo? Bukanlah, saya excited je... Salah ke? Tak kan? Hehehe...Ok2... Cerita pasal persiapan, sebenarnya, dah lama x update kan. Sebab sudah saya beritahu, saya sangat-sangat sibuk sepanjang Jun ni. Tapi saya akan mula bercuti hari Khamis sehingga Isnin minggu depan. Walaupun bos cakap saya bercuti mengalahkan orang mau bernikah, suka hati sayalah. Cuti saya kan banyak... Hahaha!Balik daripada cuti pun, keje berlambak-lambak. Dan mereka dengan selambanya menyuruh saya membawa balik kerja. Eh, eh, hello! Saya cuti ok! Tak kuasa nak bawak balik keje. Sorry...

glitter-graphics.com
Anda mahu tahu siapa 'dia' di hati saya?? Rakan-rakan di pejabat ni, sibuk mahu melihat, orangnya itu. Dan jawapan saya, biarlah rahsia... Hahaha!Tapi bukan saya mahu terus-terusan berahsia ya! InsyaAllah, selesai majlis, yang mana ianya memang benar-benar sudah pasti, saya akan beritahu. Yang sudah tahu, cumalah keluarga saya. Oh ya, juga keluarga Acik, yang kebetulan 'my to be' datang jua. Sudah pastilah harus diperkenalkan kepada mereka, dan mereka kan.Persiapan? Tinggal sedikit sahaja lagi... Nanti saya semak semula ye... Sudah saya katakan, Jun ini sangat sibuk buat saya, hingga terlupa seketika perkara penting ini. Namun, debaran pastilah kian kencang. Kurang dua minggu sahaja lagi...

glitter-graphics.com
Ok, update persiapan saya menjelang 'Hari Pertunangan' saya nanti. Hantaran semua, Alhamdulillah, sudah siap, menjelan Jun yang sangat sibuk nanti. Cuma sekejap lagi saya mahu cari kedai yang boleh bekalkan saya 'fresh flowers' untuk dibuat sireh junjung nanti. Kalau letak bunga plastik, macam tak sesuai kan? Sekarang ni, saya tengah fikir-fikir siapa kawan-kawan saya yang akan dijemput nanti...- Kawan-kawan ofis - kl x jemput semua, takut ada yang kecik ati
- My best fren - yg ni officially dorg dh tau
- My classmate kat MSU - dah bgtau 3 org
- My colleague kat MSU - mostly dh tau. cuma belum jemput officially.
- My housemate kat MSU - belum lagi
- My new chatting fren - dah jemput
Itu je kot. Ramai ke? Saya rasa, memang ramai pun. Camne nak cut off? Kang xjemput, ada lak yang kecik ati. Tapi xpelah. Risau, sebab saya buat majlis kecil-kecil saja.Bloggers, saya jemput masa 'Majlis Besar' saya nanti ye. Cuma saya pinta doa kalian, mendoakan kelancaran untuk majlis saya nanti. Saya minta maaf sangat-sangat, tak dapat nak ajak anda semua...

glitter-graphics.com
Petang tadi saya ke butik tempat saya menyewa pakaian untuk 'my big day' nanti. Hari itu, saya bayar RM 100 je untuk deposit. Ingatkan mahu habiskan bayar. Tapi Lissa xmahu pula. Katanya, masa majlis, sebelum 'make-up', baru bayar. Duit tu buat semangat katanya. Boleh? Saya takut, nanti saya yang terlupa. Camne tu? Meroyan la dia karang. Hahaha!Baru sekejap tadi, sambil menonton Cerekarama, saya selesaikan membuat reben-reben kecil untuk diselitkan pada cenderahati nanti. Lepas maghrib tadi, tiba-tiba datang lak idea. Bahan-bahan pun dah ada, so trus la buat kan. Bukan susah sangat pun...Kira-kira hantaran tu ada satu je lagi tak siap. -->Senarai Semak:- Sireh junjung - 1 hari sblm majlis baru buat
- Aksesori wangian - done!
- Tuala mandi - done!
- Sejadah - done!
- Kain baju melayu - esok baru nk buat (hehehe)
- Kain pelikat & kain ela (untuk bakal mertua) - done!
- Kek - sponsor by Ja'a
- Coklat - sponsor by Kak Ain
- Buah-buahan - sehari sblm majlis baru buat
Tinggal sket je lagi kan. Tapi saya rasa hantaran tu macam cincai2 je. Segan pulak nak bagi orang tengok. Saya tgk2 dalam internet, orang buat cantik-cantik je. Saya punya, macam entahlah. Hehehe...

glitter-graphics.com
Ok, nota ini saya mulakan sempena menjelang 'Hari Besar' saya dalam masa sebulan je lagi. Dan anda semua tentu tertanya-tanya, 'Hari Besar' apakah? Bukan hari pernikahan saya. Tapi 'Hari Pertunangan' saya, yang akan menjelang pada 21hb June 2009.Alhamdulillah, setakat ini, sudah banyak yang siap. Saya kira-kira sudah lebih 50%. Lagipun untuk majlis pertunangan ini, saya rasa tiada yang besar-besar. Bajet pun kecil sahaja. Ok, di bawah ni saya senarai apa yang saya untuk majlis saya ini:- Hantaran --> Barangan & dekorasi - done! (by me & mama)
- Andaman --> Pakaian & solekan - done! (by lissa glam stylista)
- Treatment --> Facial & body spa - checked! (by fatin asmaradana on 14th june)
- Jamuan --> Makanan & cenderahati - done! (makanan by ja'a & cenderahati by me)
- Jurugambar - done! (sponsored by ali -thanx!)
- Pelamin - checked (by mama)
Kalau mengikut rekod, semuanya hampir siap. Saya perlu siapkan awal-awal kerana awal Jun nanti kami sekeluarga amat sibuk, kerana sepupu saya bakal melangsungkan perkahwinan. So, sementara banyak masa free, kami gunakan sebaik-baiknya untuk persiapan majlis itu nanti...

glitter-graphics.com
Lihat di atas... Tinggal lagi sebulan je lagi. Ianya sangat menakutkan la. Takut ke, happy ke? Hahaha! Saya sendiri tidak tahu mahu klasifikasikan ianya sebagai apa ya?Semuanya terjadi tanpa diduga. Dan semua orang di sekeliling saya sangat terkejut & terkesima. Lantas menyebabkan mereka semua sangat teruja. Merekakah, atau sayakah? Hahaha! Ianya terlalu laju, atau kerana saya yang tidak mengheboh-hebohkan tentang percintaan saya ini? Iya! Itu yang saya mahu. Semuanya dilakukan secara senyap-senyap, tiada siapa yang tahu, kecuali saya & mama ayah saya. Begitu mudah begini, kerana tidak akan ada orang yang akan kerap bertanya bila saya mahu mengakhirinya ke acara 'gilang-gemilang'(ya! umpama makna nama saya pula...). Tapi bila mereka semua dijemput secara tiba-tiba untuk ke majlis sebulan akan datang, mereka jadi tidak sabar-sabar mengetahui siapakah yang bertuah dapat bertakhta di hati saya (see? u very bertuah la my dear...).Soalan paling best yg saya terima saat dirisik tempoh hari, 'Cinta Kilat' kah ini? Bercinta dengan orang lain, tahu-tahu mahu bertunang dengan orang lain. Eh, eh... Jangan anda fikir bukan-bukan ya! Saya bukan playgirl. Tapi memang saya punya ramai kawan. Sewaktu berlakunya 'keputusan' beberapa bulan yang lalu, tidak ramai yang tahu saya menangis. Ya! kenapa harus diberitahu semua orang? Saya yang cari pasal, biarlah saya yang tanggung sendiri! Ok, saya tahu, saya tidak bercerita sedikit pun mengenai itu. Saya tidak mahu menceritakan keburukan orang ye! Saya tahu, cerita saya pasti akan membela diri sendiri, dan akan mengutuk serta menyalahkan 'orang itu'. Past is past! Ok?Apa yang pasti, saya gembira dan sangat-sangat bersyukur dengan apa yang saya ada kini. Seseorang yang menyayangi saya, dan juga berorang-orang juga yang menyayangi saya dan dia! Keluarga kamilah, tentunya kan?. Syukur atas kurniaan-MU.
Tiba-tiba rasa seperti tidak sabar. Hahaha!


glitter-graphics.com