:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday, 27 May 2010

Buku Merah

Hari ini saya ke Klinik Kesihatan untuk membuka buku untuk permata hati saya ni. Tidak merancang pun. Tapi, bangun pagi tadi saya diserang demam, yang memang kejap ada, kejap tak ada tu. Tak larat mahu ke ofis.

Pukul 7.30 terbangun, kemudian terfikir, bagus juga kalau pegi buka buku hari ini. Kalau tak nanti, sibuk pula kena cuti kan... Pukul 8 lebih baru gerak. Sepatutnya belum pukul 8 saya dah kena terpacak kat sana.

Tak susah pun rupanya. Tapi bagi orang yang macam saya ni, yang belum punya tempat tinggal tetap, tinggal pula dengan parents. Jadi macam banyak sikitlah soalan yang ditanya. Yelah, sebab nanti ada jururawat yang akan datang melawat ibu mengandung di rumah. Sebab itu, mesti buka buku di tempat yang betul. Senang untuk mereka nanti.

Biasalah, kena isi borang yang banyak-banyak tu. Layanan pun ok. Bila disemak semula, saya beri tarikh period yang terakhir, tarikh jangkaan bersalin ada berubah sikit. Dia buat guna carta tu. Tapi, biasanya bila follow check up nanti, memang tarikh itu akan berubah-ubah.

Buat permulaan, dia ambil darah yang banyak, dan kemudian juga air kencing. Alhamdulillah, semua ok. Bila nurse tanya-tanya, lepas tu tengok inai kat jari pun tak abis lagi, malu pula saya. Saya rasa layanan semua ok, cuma nak tunggu turn tu memang lama la. Saya kena jumpa dengan Dr pula tu, lagi la lama. Dr buat ultrasound, tapi kan baru beberapa minggu, jadi belum nampak lagi.

Next appointment, sebulan lagi. Juga ada appointment untuk scan bulan 7 nanti. Tak sabar rasanya. Harap-harap, anak sihat-sihat selalu kan...

Wednesday, 26 May 2010

Tentang EDD

Untuk bakal ibu, pasti tahu EDD ni apa kan? EDD ialah tarikh jangkaan bersalin. Yang mana ramai orang akan tertanya-tanya bagaimanakah EDD dikira.

Pembaca blog saya pasti tahu, saya berkahwin belum pun sampai sebulan. Baru 3 minggu lebih. Tapi kalau tengok pregnancy ticker saya tu, usia kandungan sudah pun mencecah 5 minggu lebih. Macam mana boleh jadi macam tu.

Masa mula-mula dapat tau pun, confius juga kami suami isteri. Tapi, lepas diberi penerangan, dan saya dah pun buat carian di internet, akhirnya saya dapat jawapan. Dan moga-moga ianya menjadi panduan juga kepada bakal ibu dan bakal pengantin yang 'bunting pelamin' macam saya ni.

Ini yang saya dapat, hasil dari penerangan Dr. Faridah, dari sini.

"Memang kehamilan dikira berdasarkan hari pertama period terakhir dan bukan berdasarkan tarikh anda berkahwin. Anda perlu tahu bahawa minggu kehamilan ditentukan menerusi 2 cara. Satu ialah minggu gestasi yang dikira berdasarkan hari pertama haid terakhir, dan satu lagi ialah minggu kehamilan sebenar yang dikira sebaik persenyawaan berlaku di tiub Fallopio atau pun rahim. Oleh kerana minggu kehamilan sebenar sukar diketahui dengan tepat, maka ramai doktor di dunia memilih untuk melaporkan minggu gestasi kepada bakal ibu. Jadi, bagi anda, tarikh 20+7=27 dan bulan 5+9=bulan Februari 2009. Maka anda dijangka melahirkan bayi pada 27 Februari 2009. Sekarang anda berada dalam minggu 10 gestasi (dengan 2 minggu pertama itu anda tidak hamil walaupun perkiraan minggu kehamilan mengambil-kiranya sebagai "hamil"). Kadang-kala apabila buat skan ultrasound peringkat awal kehamilan, ukuran bayi lebih besar dan ini memberi usia gestasi yang lebih tinggi drp sepatutnya. Anda tidak perlu risau kerana akan ada skan tambahan dan usia bayi (minggu kehamilan) akan dibetulkan semula."

Ok, ini pengiraan saya ya!

Tarikh Nikah : 1 Mei 2010
Tarikh Haid Terakhir : 15 April - 20 April 2010 (2 minggu sebelum nikah)

Untuk kira tarikh jangkaan bersalin pula, seperti kata Dr. Faridah, ianya dikira dari hari pertama period terakhir. Untuk hari 15 + 7 = 22 (campur 7 hari), dan untuk bulan 4 + 9 = 13 = Januari (campur 9 bulan).

Tarikh Jangkaan Bersalin : 22 Januari 2011.

Jadi bila dibuat ticker, usia kandungan akan menjadi 5 minggu, yang mana lebih 2 minggu dari usia perkahwinan. Walaupun usia kandungan 5 minggu, tapi 2 minggu pertama saya belum lagi dikira hamil, cuma pengiraan secara klinikal memang begitu.

Saya harap penerangan ini membantu anda ya! Kalau tak faham lagi, boleh tengok sini ya!

Oh, ya! Kalau saya masukkan tarikh jangkaan bersalin saya di sini pun, ia akan tunjuk pregnancy progress bermula selepas usia kandungan 2 minggu.

Monday, 24 May 2010

Tentang Asid Folik

Mengenai entri saya sebelum ini, pasal pil Asid Folik. Perlu diingatkan ye, Asid Folik bukan menyebabkan anda hamil, tapi sebagai bekalan dan persediaan untuk bayi. Sebelum hamil, perlu untuk ibu-ibu sediakan tempat yang baik untuk anak tinggal selama 9 bulan 10 hari.

Ini sedikit info mengenai Asid Folik :

FUNGSI

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER


Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.


KEKURANGAN


Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Anemia.

Ini Namanya Rezeki. Alhamdulillah...

Memang ramai terkejut, apabila diberitahu saya sudah berbadan dua sekarang. Kalau anda semua terkejut, saya apatah lagi. Kalau anda seperti tidak percaya, saya lagilah. Tapi, ini kan rezeki. Syukur sangat-sangat!

Saya tidak merancang. Tapi kalau DIA bagi secepatnya, saya terima. Saya memang sukakan anak-anak. Apatah lagi Suami. Bunting pelamin? Yelah kot. Sekarang baru saya faham maksud istilah itu. Kalau ada yang kata, 'power', atau mungkin fikir yang 'macam-macam'. Rasanya kami biasa saja. Sama juga seperti pasangan yang baru berkahwin yang lain. Tapi mungkin semuanya berlaku pada 'waktu yang tepat', maka jadilah ia. Tapi tanpa DIA, tiada juga kan? Kita hanya berusaha, DIA jua yang menentukan segalanya...

Saya akui, memang saya mahu segera punya anak, kerana saya mahu punya keluarga yang besar. Umur pun sudah hampir ke 30-an. Jadi, kalau bukan sekarang, bila lagi kan? Saya ada baca sumber dari blog ibu-ibu mengandung, untuk yang merancang untuk hamil, boleh amalkan memakan Asid Folik, 3 bulan sebelum mahu anak. Saya cari pil itu di farmasi, dan mula makan sebulan sebelum nikah. Tak mahal pun pil tu, 1 papan ada 10 biji cuma berharga 60 sen. Sampai sekarang pun pil itu masih ada.

Untuk para suami, digalakkan untuk memakan kurma. Tips ini saya dapat daripada pakcik Suami, masa perkahwinan baru berusia 1 hari. Semalam saya baru dapat tahu, rupanya Suami memang suka makan kurma sejak sebelum nikah lagi. Tapi, yang mengenai tips itu, beliau pun baru tahu.

Tapi, apa-apa pun semuanya datang dari DIA. Kita hanya merancang, DIA yang menentukan. Usaha dan tawakal ya!

Sunday, 23 May 2010

Perkembangan Bayi Dari Minggu Pertama Hingga Kelima

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Saturday, 22 May 2010

Ini Ceritanya...

Hari ini genap 3 minggu berkahwin. Rasa macam baru je semalam dengar akad dilafazkan. Alhamdulillah syukur sangat-sangat!

Saya ada beritahu dalam entri sebelum ni, ada berita gembira yang bakal dikongsikan. Mungkin ada antara pembaca blog saya ni, dah dapat agak kot, apa berita gembira tersebut kan. Ya, memang betul! Saya disahkan hamil. Alhamdulillah. Kandungan kini berusia 5 minggu. Macam mana boleh jadi 5 minggu, sedangkan saya baru berkahwin 3 minggu. Ini ceritanya...

Saya sepatutnya datang bulan pada minggu lepas. Tapi, period saya memang kadang-kadang lewat. Jadi saya tak kisah sangat. Minggu lepas, saya mulai perasan pada perubahan mood pemakanan saya. Saya sangat kuat makan, dan keinginan saya macam-macam. Letih dan lesu pun, sangat-sangat terasa. Saya cuma beranggapan, mungkin nak period kot.

Hari Selasa minggu lepas, saya tergerak hati untuk masuk ke website ini. Saja suka-suka. Buat calender ovulation dan jawab kuiz pregnancy test. Jawapan pada apa yang saya buat, membuatkan saya teruja untuk mengetahui adakah saya hamil. Petang, balik dari ofis, terus ke Guardian untuk membeli pregnancy test. Balik rumah, terus buat. Sangat tak sabar ok! Hehehe... Hasilnya, negatif. Lagipun, memang belum time saya datang bulan pun lagi. Kiranya test ni, macam ala-ala tak sabar la. Kecewa juga sedikit.

Awal minggu ini, saya diserang sakit perut di bahagian ari-ari. Itu biasanya tanda untuk datang bulan. Tapi sakitnya lain macam sikit. Kadang-kadang tak boleh tahan. Mood makan, memang membuak-buak. Kemudian, saya mula rasa mual-mual. Mula-mula saya tahan je lagi. Tapi hari ketiga, memang saya keluarkan semua. Tak tahan sangat! Memang kawan-kawan ofis ada tegur, mungkin saya hamil. Tapi, saya taknak terlalu berharap, takut kecewa. Lagipun, saya baru lewat beberapa hari. Belum seminggu pun.

Hari Khamis, saya ditegur oleh kawan saya, untuk buat pregnancy test sendiri. Kata beliau, sekurang-kurangnya saya tahu awal-awal. Kalau ada, jaga elok-elok. Kalau tak ada, tak apalah, boleh cuba lagi. Sebab fikir, suami akan pulang malam ni, pulang ofis, saya ke Guardian sekali lagi. Kali ini, bukan satu saya beli, tapi dua. Takut tak percaya pada test yang pertama kan. Saya beli yang mahal sedikit.

Balik rumah, saya rehat-rehat sambil tunggu turn nak mandi. Tak excited macam masa first time buat pregnancy test dulu. Masuk bilik air, terus buat. Saya mandi, sambil tunggu benda tu proses keputusan dalam masa 5 minit. Bila saya tengok keputusan, masa tu belum cukup 5 minit. Macam ada 2 line, tapi masih kabur. Saya macam, Eh, biar betul... Cukup 5 minit, memang line tu sangat clear. Saya macam tak sabar nak berlari masuk bilik. Betul ke 2 line tu tanda pregnant.

Memang betul, saya hamil. Ya Allah, memang tak percaya sangat! Saya menangis, sambil dail no Suami. Terus beritahu Suami. Beliau pun macam tak percaya. Tapi, inilah rezeki. ada juga timbul keraguan pada ketepatan tester tu.

Pagi Jumaat, bangun tidur, bawak tester yang kedua. Untuk buat lagi sekali. Supaya diri ini percaya. Dan test yang kedua juga, 2 line. Alhamdulillah...

Asalnya kami tak plan pun nak ke klinik secepat mungkin. Tapi, sebab saya sakit perut yang tersangat-sangat, takut something happen pada kandungan. Pergi juga. Jumpa Dr. untuk mengetahui adakah itu perkara biasa.

Dr. Lily bagi penerangan yang cukup jelas. Rupanya itu perkara biasa. Mungkin rahim mahu berkembang. Dr. Lily yang beritahu usia kandungan 5 minggu. Ianya dikira dari hari pertama saya period yang terakhir, yang mana saya period 2 minggu sebelum nikah. Secara biologinya, kandungan bermula pada minggu pertama perkahwinan la. Ya! Saya kahwin pada minggu subur saya. Inilah namanya rezeki. Alhamdulillah...

Doakan saya dan kandungan sihat-sihat sahaja ya! InsyaAllah, 'dia' bakal lahir pada Januari 2011...

Friday, 21 May 2010

Ada Sesuatu...

Ada berita gembira bakal dikongsikan. Tapi, tunggu...

Thursday, 20 May 2010

Biar Saya Berterus-Terang...

Ini entri luahan rasa. Yang dah lama dah saya simpan. Malas la nak fikir-fikir sangat. Sebab banyak lagi benda-benda lain yang kena saya fikir. Tapi saya rasa, hari ini titiknya. Tak sanggup dah simpan dalam hati, sambil tengok je apa yang dia buat...

Semalam, saya ada buat status kat FB, "Ada orang, suka bercakap sampai buat orang sentap. Pastu gelakkan orang tu. Tapi bila orang bercakap sampai buat dia sentap, tahu pulak sakit hati. Terus nak bergaduh dengan orang tu. Kelakar kan? Ingatkan bila selalu buat orang sentap, jiwa tu dah kental sangat dah. Rupanya dia lagi sensitif...". Sebelum tu, saya ada buat status yang ni, " Semua nak kena ikut dia. Kalau susah, cari kita. Bila senang? Buat tak endah. Ingat kalau tak ada dia, kita tak boleh hidup ke? Lagi aman lagi ada la...". Saya nak cerita pasal dia ni la...

Saya kenal dia dah lama dah. 2 tahun lebih dah. Mula-mula boleh tahan lagi dengan perangai dia yang perasan bagus, pastu suka marah-marah orang. Dia ingat, dia sorang banyak keje kat sini. Keje dia je yang susah, jadi semua orang pun nak kena ikut cakap dia. Memanglah ada kalanya, apa yang dia cakap dan buat tu, ada benarnya. Tapi, tak boleh ke cakap dengan penuh berhemah. Semua orang pun ada perasaan, dan yang penting, semua orang pun ada maruah diri. Kalau pun, orang tu buat salah, tak payahlah maki-maki orang tu, sampai semua orang dengar. Nanti orang akan pendang serong kat dia, bukan kat orang yang buat salah tu.

Dulu memang saya baik dengan dia. Tapi mula berubah, sejak saya perasan yang dia mempergunakan saya. Nak kena ikut cakap dia. Ingat dia tu siapa? Bos saya pun, kalau nak arahkan saya, cakap elok-elok. Dia cakap macam S***! Mentang-mentang tak ada orang pernah lawan dia, jadi dia besar kepala, konon-konon dialah paling berkuasa. Orang semua diam, sebab malas nak kecoh! Kang jadi gaduh besar pulak...

Dia ingat orang diam, orang suka dengan apa yang dia buat. Dia tak sedar, ramai yang tak suka. Cuma yang betul-betul tunjukkan rasa protes pada dia, cuma saya! Saya kalau tak suka, saya buat betul-betul tak suka. Tak adalah saya nak cover-cover line. Kalau ada benda penting, baru saya cakap dengan dia. Kalau tak memang malas!

Saya tak nak beranggapan macam apa yang saya beranggapan pada dia sekarang ni. Kadang-kadang saya kesian kat dia. Pada usia macam dia sekarang ni, orang lain dah ada pasangan, dah ada anak-anak. Dia masih macam tu. Kadang-kadang bercerita benda-benda yang saya rasa orang yang berumur macam dia, tak patut bercerita. Yang paling saya tak tahan, kalau hal dalam kelambu suami isteri, sibuk pula nak tahu. Pastu bercakap macam pernah melaluinya pula. Padahal dia belum kahwin! Macam saya baru lepas kahwin, tanya kat saya benda pelik. Orang yang dah kahwin pun, tak tanya macam tu. Saya jawab senang je, "Nak tau, kahwin!".

Dahlah, kang lagi banyak lak saya kutuk dia. Kalau ikut rasa sakit hati ni, memang banyak nak cerita. Tapi malas! Bila saya cerita kat suami, selalu suami tanya, "Kenapa ek dia tak kahwin lagi? Mesti ada sesuatu yang lelaki tak boleh terima tentang dia...". Manalah saya tahu kan? Kalau betul BF dia serius nak kahwin dengan dia, mesti dah lama dah dia buat. Tapi, bagi saya, kalau lelaki banyak bagi alasan, terutamanya tentang duit, tak payahlah tunggu lama-lama. Ramai lagi yang lebih baik. Semoga dia tak kena tipu...

Alhamdulillah, Syukur...

Hari ni 20 Mei. Dah 15 hari terlepas dah. Bila dapat surat tadi, baru teringat. Dah cukup 2 tahun rupanya saya di sini. Sedar tak sedar je...

Tamat tempoh 2 tahun kontrak bersama MARA untuk pengecualian bayaran pinjaman pelajaran. 5 Mei 2010 tempoh hari, selesai sudah hutang tersebut, yang berjumlah kira-kira RM 40k ++.

Rezeki ni, memang datang tak disangka. Saya pun tak tahu, bila bekerja di sini, saya boleh minta pengecualian bayaran pinjaman pelajaran tu. Niat di hati cuma nak mintak pengurangan. Itu pun dah kira bersyukur sangat-sangat! Tapi, saya dapat lebih dari tu. Alhamdulillah...

Terima Kasih pada UniKL kerana menerima saya bekerja di sini, dan juga Terima Kasih pada MARA atas jasa baik, mengecualikan saya dari membayar pinjaman pelajaran.

Friday, 14 May 2010

Raikan Cinta : Detik Di Nanti

~ dengan pengapit tersayang ~

Akhirnya detik yang dinanti-nantikan, tiba jua. Saya pun tak sangka, macam tiba-tiba je 1 Mei. Boleh? Hehehe...

Pagi-pagi dah bangun untuk solat Subuh. Sebenarnya, tak boleh tidur pun. Kalau tidur pun terjaga-jaga. En. Tunang (masa tu) pun menghadapi masalah yang sama. Kejap-kejap call. Hehe...

Dah solat, siap-siap mandi semua, saya kemas-kemas apa yang patut. Sementara tunggu MUA saya sampai. SMS En. Tunang dengan soalan sengal, "Takut tak?". Nak tau apa jawapannya? "Jangan tanya...". Oh, takutlah tu. Hahaha...

Pukul 8 Kak Emi sampai, saya baru sudah makan. Makan kenyang-kenyang tu, takut lapar pulak nanti kan. Tapi minum sikit je. Takut kang tiba-tiba nak kencing, satu hal la pulak. Hehehe... Tadah muka kat Kak Emi, sambil borak-borak dengannya. Tunggu sepupu-sepupu saya datang untuk siapkan hantaran buah dengan tepak sireh.

Mula-mula relax je.. Sampai pukul 10, saya dah mula rasa kecut perut. Pulak tu, orang sebelah sana dah sampai. Mereka bertanggak di rumah Mak Long En. Tunang di Seksyen 4. Berapa kali saya cakap dengan Kak Emi, "Saya takut ni Kak...". Biasalah, kalau ada orang dengar mesti dorang cakap, "Alah, bukan ko yang nak lafaz pun. Ko duduk je dengar...". Tapi, tipulah kalau tak cuak kan?

En. Tunang dan keluarga sampai tak lama lepas tu. Terus masuk dalam rumah. Lagi la gelabah. Pastu datang pulak sepupu-sepupu saya datang menyakat, cakap dah nampak bakal suami saya yang hensem tu. Oh, mana boleh tahan. Dorang dah tengok dulu. Saya tak dapat lagi neh. Dah la rindu... Hehehe...

Mereka bersarapan di ruang tamu. Sambil berlaku sesi penyerahan hantaran. Kiranya terus tukar-tukar hantaran kat rumahlah. Tak payah bawak naik ke surau. Walaupun surau sebelah rumah je... Bawak naik untuk akad nikah, cuma duit mas kahwin dan emas batal air sembahyang.

Dalam pukul 10.30 pagi, gerak ke surau. Saya lepaskan mereka semua pergi dulu. Baru saya gerak. Masa berjalan tu, rasa menggigil la kaki. Ingat Allah je... Takut+segan sebenarnya. Hehehe...

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Macam saya cerita dalam entri ini. Saya hidangkan anda dengan sedikit gambar dari jurufoto amatur. Hari tu dari jurufoto pro kan. Boleh kan? Jom, layan...

~ sesi penyerahan hantaran ~

~ one shot.. tahniah! ~

~ penyerahan mas kahwin ~

~ sarung cincin pulak ~

~ kucup tangan 'suami' ok. wah, cam tak caye jer... ~

~ suami pula ya! ~

~ comel tak? hehehe ~

Thursday, 13 May 2010

Saya Tau, Dah Lambat. Tapi Tak Terlewat kan?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hari Ahad lepas merupakan Hari Ibu kan? Saya tau, saya tak buat lagi entri mengenai itu. Bukan lupa, cuma tak ada idea kot.

Hari Ibu yang istimewa tahun ini, kerana saya sudah punya 2 ibu. Mama dan Mak Mertua sayalah kan. Syukur sangat-sangat.

Hadiah untuk Mama, saya dah bagi masa 1 Mei hari tu. Bagi Menantu la untuk Mama. Hahaha! Boleh? Bolehlah kan...

Bagi saya, hari-hari pun Hari Ibu. Hadiah bukan pengukur kasih sayang. Cuma ianya sebagai penghargaan buat ibu tercinta kan?

Mana tahu, tahun depan ada rezeki saya meraikan Hari Ibu sebagai ibu pula kan. Ameen...

Pengalaman Pertama di Rumah Mertua

Biasala, bagi mana-mana pengantin baru. Pengalaman pertama berada serumah dengan Mertua, pasti akan diingati. Selesai Majlis Bertandang pada 2 Mei 2010 (nanti saya citer yer...), saya ditinggalkan oleh semua ahli keluarga saya di rumah mertua. Yelah, takkan nak ikut dorang balik lak kan. Hehehe! Tapi, memang macam tak percaya. Rasa nak nangis pun ada gak. Lagi sedih, sebab tak dapat jumpa Ayah. Mesti beliau pun sedih kan. Sebab tu tak nak jumpa anak dia ni. Tapi, macam la tak balik dah. Bukan kena amik terus pun. Feeling2 touching la konon. Hahaha!

Lepas habis majlis, saya memang dah tak larat sangat. Yelah, majlis kan berderet terus kan. lagi pula, sampai Melaka, saya rasa panas sangat. Sampaikan masa berarak tu pun, saya dah tak larat nak senyum dah. Akibatnya, saya tinggalkan suami basuh periuk sorang-sorang. Saya diserang migrain! Agak tergugatlah reputasi saya selepas itu. Hahaha!

Lepas Maghrib, baru boleh bangun. Itu pun ala-ala je... Sebab mengenangkan semua saudara-mara suami dah mula bertanyakan tentang pengantin, maka keluarlah saya dari penginapan. Hehehe! Biasalah kan, mula-mula agak segan lah. Tapi, saya kan peramah, ingat saya boleh jadi pendiam macam tu je. Oh, tidaklah saya...

Yang paling saya tak boleh lupakan, pertama kali memasak di rumah Mertua. Memasak secara cincai jer. Hahaha! Asalnya saya ke dapur, tengok Mak Mertua tengah memasak. Saya tanyalah nak masak apa. Pastu beliau cakap nak masak telur masak kicap. Saya tanya nak masak berapa biji telur ni. Beliau suruh masak 4 biji untuk saya, Suami dan adik ipar saya serta isteri. Mak dan Abah Mertua saya tak mau makan. Bila saya dengar macam tu, takkan nak biarkan Mak masak untuk orang makan. Saya pun masaklah, sambil suruh Mak Mertua saya rehat je. Tapi saya siap cakap, saya masak je ikut saya punya cara. Nasib baik Mak Mertua tak kisah. Hehehe...

Hasilnya... Adik ipar saya dan isteri yang makan bertambah. Suami saya? Tak pun. Diet la konon. Tak taulah kalau sebenarnya tak sedap. Hehehe...

Saya balik ke Bangi dalam hari Rabu camtu. Kiranya duduk di rumah Mertua selama 4 hari je. Tapi, pengalaman yang berharga untuk sayalah kan. Esok nak balik sana lagi. Tak sabar... Mahu jumpa Suami la... Hehehe...

Wednesday, 12 May 2010

Raikan Cinta : Jumaat, Sehari Sebelum Majlis

30 April 2010 (Jumaat)

Sambungan daripada entri mengenai
Aktiviti Sebelum Majlis. Yang ini cerita pada hari Jumaat. Hari ni, memang saya duduk diam-diam jelah kat rumah. Masa ni memang banyak sangat kerja kena buat. Malam tu, ada sedikit Majlis Berzanji dan Doa Selamat. Jamuan malam ni, semua masak sendiri, dan semuanya adalah masakan Jawa. I'm totally Javanese kan...

Ikutkan tak banyak yang saya dapat tolong. Konon-konon sayang kat inai yang dah pakai tu. Masa ni, saudara-mara dah ramai memenuhi rumah. Walaupun ramai yang masih bekerja hari ni kan..

Sebenarnya saya pun ada plan lain untuk hari ini. Saya buat majlis bersalin baju. Tapi, sempoi je. Untuk amik-amik gambar je. Nak kata berinai kecil pun, macam tak. Entah la. Janji saya happy, ye tak? Mula-mula plan nak start lepas Majlis Berzanji, which means after Isyak sangat-sangat la. Agak-agak dekat kul 10 malam cenggitu. Nasib baik saya ada call Apai masa hari Rabu untuk discuss tentang ini, dan beliau bagi cadangan untuk diawalkan sedikit, sebab tak nak saya penat sangat untuk majlis esoknya. Majlis esok lagi penting kan. Saya pun fikir-fikir balik, pastu discuss pula dengan Kak Emy, my MUA, beliau pun cakap perkara yang sama.

Jadi, tentatif majlis diubah bermula selepas Asar dalam pukul 5 petang gitu la. Bersiap-siap mencantikkan diri pun, sampai pukul 6 petang baru start bergambar. Ada tiga pasang baju yang saya gayakan. Mula-mula kebaya songket dengan sanggul lintang, kemudian Puteri Perak, dan akhir sekali Baju Jawa. Dalam pukul 10 malam dah habis dah. Sekali habis dengan Majlis Berzanji.

Saya tahu, anda mahu gambar kan? Macam entri sebelum ni, gambar dalam kamera sepupu saya telah didelete oleh anak buah saya yang comel, bernama Khalisah Sofia. Budaknya yang kat bawah ni baju dan tudung pink.

Gambar yang ada pun, yang Apai dah upload dalam blog dia. Layan jelah dulu, sementara tunggu gambar yang lain-lain. Ok kan?


Lirik Lagu : You Took My Heart Away

Staring at the moon so blue
Turning all my thoughts to you
I was without hope or dream
Try to dull an inner scream
But you . . . saw me through . . .

Walking on a path of air
See your faces everywhere
As you melt this heart of stone
You take my hand to guide me home and now I`m in love

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it`s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .

Living in a world so cold
You were there to warm my soul
You came to mend a broken heart
You gave my life a brand new start
And now . . . I`m in love

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it`s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .

Holding your hands
I won`t fear tomorrow
Here where we stand
We never be alone

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it`s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning
You become the meaning of my life . . .

Tuesday, 11 May 2010

Inai Oh Inai

Ok, seperti yang dijanjikan, saya akan bagi sedikit tips untuk mendapat inai yang merah, untuk B2B sekalian ya! Ini pun saya tahu sehari sebelum saya pakai inai tu.
  1. Guna inai daun, kalau tak pun inai serbuk. Tapi bukan inai tiub yer...
  2. Campurkan inai dengan gambir yang ditumbuk bersama daun inai tadi, serbuk teh yang sudah digunakan, dan air basuhan beras. Kalau guna inai serbuk, tumbuk je bahan-bahan itu secara berasingan, kemudian campurkan. Kalau tak dapat semua, salah satu pun jadilah kan...
  3. Bancuh semua bahan-bahan tersebut dengan air, jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
  4. Kalau boleh, sebelum pakai, lekatkan selotep di jari, setakat yang kita mahukan.
  5. Kemudian, pakai inai.
  6. Bungkuskan jari yang telah dipakaikan inai dengan plastik, dan ikat dengan benang. Jangan terlalu ketat yer, kang jadi lain pulak. Bukan ikat di bahagian hujung sahaja, tetapi di sekeliling plastik.
  7. Dah selesai.

Bila dah bungkus dengan plastik, dapatlah tidur dengan aman sikit kan... Sikit jelah... Oh ya, saya syorkan untuk pakai inai tu 2-3 hari sebelum majlis, sebab semakin lama, inai tu semakin cantik dan merah menyala warnanya.

Ada yang tanya, kenapa saya tak lukis inai di tangan. Banyak sebab. Selain ramai yang tidak menggalakkan, saya pun rasa macam tak cantik bila saya pakai. Ini pendapat saya la yer... Sedikit info untuk dikongsi...

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

  1. Dari Ibnu Umar ra katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu" (Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).
  2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" (Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz :" inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariat-Nya..

Wallahu'alam...

*Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur.

P/S : Gambar ada ambil, tapi telah di'delete' oleh anak-anak buah saya yang comel tu. Boleh? Sabar jelah...

Raikan Cinta : Aktiviti Sebelum Hari Besar

Macam yang saya beritahu kat entri ini, saya mula bercuti pada 28 April 2010. Kiranya 3 hari sebelum Hari Besar. Tapi, kalau ikutkan cuma 2 hari je, sebab majlis dah mula dari hari Jumaat lagi.

28 April 2010 (Rabu)

Aktiviti pada hari ini, sangat sibuk. Dari pagi hinggalah ke malam. Pada pukul 10 pagi saya ada appointment dengan Seputeh Kapas, untuk sesi bermanja-manja. Detail tentang pakej boleh ke websitenya atau klik kat entri saya ini. Ini kali kedualah saya ambil pakej untuk pengantin. Bila lagi nak buat, kalau bukan masa nak jadi pengantin ni kan?

Habis sesi tu dalam pukul 2.30 petang, laju saya ke Masjid Hijau, sebab ada janji dengan En. Tunang (masa tu la). Selesai solat Zuhur, En. Tunang tersayang tu pun sampai. Memang saya tahu tak boleh jumpa dah nak dekat majlis. Tapi nak buat macam mana kan. Ada hal yang belum selesai lagi.

Tempat pertama kami tuju, ke Bangi Utama Shopping Complex untuk ke S.Wan Jewels. Kalau dah pegi kedai emas tu, mesti faham kan nak beli apa. Hahaha! Memang kami baru nak pegi beli emas untuk batal air sembahyang. Lambat? Taklah... Belum majlis lagi kan... Hehehe... Kedai ini memang favorite saya dan Mama, sebab biasanya harga emas yang ditawarkan murah dalam RM5 hingga RM8 berbanding harga pasaran. Banyak kan?

Kemudian, perkara kedua yang diselesaikan ialah fitting yang terakhir dan untuk ambil semua pakaian dan segala macam mak nenek untuk majlis kami itu nanti. Kat mana lagi kalau tidak di Pesona Asmara. Lama jugalah kat sini. Sebab mereka belum siapkan lagi barang-barang kami itu.

Hampir Maghrib baru selesai semuanya. En. Tunang memang tak datang rumahlah. Tak elok kan dah nak dekat-dekat majlis tu. Sampai rumah, tengok dah penuh dah khemah. Macam tak percaya pun ada gak. Hehehe... Semuanya dipasang oleh Ube Catering Services.

29 April 2010 (Khamis)

Asalnya saya ingat, tak mahu keluar dah la. Nak berehat-rehat sambil menyiapkan hantaran yang belum siap lagi. Tapi, angan-angan jelah. Keluar juga akhirnya. Ingatkan nak jumpa Pn. Vispera nak ambil tudung nikah. Tapi beliau tak jadi datang. Keluar pegi shopping barang-barang yang tak cukup lagi.

Hari ini, orang yang pasang pelamin dan siapkan bilik tidur datang. Pakej sekali datang dengan pakaian dan aksesori dari Pesona Asmara. Menambahkan lagi keterujaan saya. Hahaha!

Malamnya pula, saya dikerjakan oleh sepupu-sepupu saya, Imah, Yuz dan Anis untuk sesi berinai. Seksa jugalah. Nasib baiklah mereka bungkus jari saya dengan plastik dan ikatkan dengan benang. Jadi tidaklah seksa sangat. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk inai itu sentiasa basah di jari. Jadi hasilnya pasti merah.

Untuk petua hasil inai yang merah, nanti saya buat entri lain yer...

Indahnya Bercinta Selepas Nikah...

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai Hari Besar saya, saya kongsi sedikit pengalaman saya sebagai isteri dulu la yer... Sebenarnya, tak seronok nak cerita tanpa gambar. Hehehe... Ala, anda semua boleh tunggu kan? Saja je kan...

Hari ini hari ke-10 bergelar isteri. Alhamdulillah, seronok sangat-sangat! Hari ini, hari ke-2 berjauhan dengan suami. Semalam balik umah je, saya dah rasa sedih sangat-sangat. Lagi-lagi bila masuk bilik. Selalu ada je kawan nak berborak-borak. Bangun pagi tadi pun, dah tak ada orang kejut saya. Uh, sedih sangat la...

Ok-ok... Kita taknak citer yang sedih-sedih je ye... Banyak lagi yang indah, dari yang sedih tu... Selama seminggu lebih, pergi ke mana-mana pun berdua, rasa seronok sangatlah. Yelah, sebelum berkahwin, manalah nak buat semua tu. Lagi pula kami kan PJJ. Tapi, bila difikir-fikirkan semula. Bagus juga semua tu. Kami simpan semuanya untuk selepas akad nikah. Dan perasaannya, pastilah lebih seronok. Apa yang paling penting, apa sahaja yang dibuat, insyaAllah pahala ganjarannya. Berbanding masa bercinta dulu, belum punya ikatan yang sah, sudah tentu menambahkan lagi dosa kan?

Kalau ditanya pada saya, apakah aktiviti yang paling seronok? Sudah tentu apabila dapat bersolat jemaah bersama-sama, dan jika berkesempatan, mengaji sambil disemak oleh suami. Rasa bahagia sangat. Selain daripada itu, dapat keluar ke mana-mana tanpa halangan dan tanpa rasa takut. Pernah satu malam tu, saya teringin sangat mahu keluar berjalan-jalan. Ajak suami untuk berkaraoke. Mulanya suami macam tak mahu, cuma mahu layankan saya. Sebelum keluar, Mak Mertua terdengar kami mahu keluar, tanya suami mahu ke mana. Selamba je suami jawab, mahu dating. Hahaha! Memang dating pun kan?

Detik perkenalan dengan kedua-dua keluarga besar kami, sangat mencabar. Mahu ingat nama ke semua saudara-mara tu dalam masa yang singkat agak sukar jugalah. Takut kalau tersalah sebut nanti, ada pula yang terasa kan. Tapi syukur, semuanya berjalan lancar. Ini pun, belum habis berjalan lagi.

Soalan untuk semua pengantin baru, yang pastinya wajib adalah tentang honeymoon. Bukan tak mahu ber'honeymoon'. Cuma rasanya, masa belum sesuai kan. Saya sedang menanti untuk ditukarkan ke Melaka. Jadi buat masa sekarang ni, kami tinggal di rumah keluarga masing-masing. Saya di Bangi, suami di Melaka. Kalau saya dapat tukar dalam waktu terdekat ini, macam-macam perlu disediakan. Jadi saya buat simpanan sebanyak mungkin kan...

Tak sabar mahu tunggu suami pulang ke Bangi esok. Lagi tak sabar menanti jawapan dari HR bila pertukaran akan berlaku. Moga-moga dalam waktu terdekat ini. Rasa tak sanggup berlama-lama begini. Doakan saya ya!

Monday, 10 May 2010

Raikan Cinta : Terima Kasih Blogger!

Disebabkan saya tak tahu nak mulakan citer mengenai Hari Besar saya tu dari mana. Kebetulan, blogger yang datang ke majlis saya, ada cerita serba sedikit. Anda yang rindukan tulisan blog saya ini, baca di blog kawan-kawan lain dulu la yer...
  1. Xora
  2. Thalhazlin
  3. Mrs. Engineer
Tunggu update dari saya dalam beberapa hari ni yer...

Raikan Cinta : Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Ilahi, atas nikmat yang tidak terhitung. Akhirnya saya bertemu dengan jodoh saya, pada usia hampir mencecah 27 tahun. Saya selamat dinikahkan oleh Ayah saya sendiri, dengan sekali lafaz oleh suami saya, pada 1 Mei 2010 tepat jam 11.10 pagi di Surau Al-Ehsan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.

Sedikit gambar Akad Nikah, semuanya dari jurufoto kami, Apai Pictures (TQ ya!). Juga Terima Kasih atas tudung nikah yang cantik tajaan Koleksi Vispera. Enjoy!







Thursday, 6 May 2010

Raikan Cinta : Banyak Cerita...

Hari ke-5 bergelar isteri. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat atas kurniaan yang tak terhingga ni. Banyak nak cerita, tapi satu-satu la yer... Sibuk bawa suami berkenal-kenalan dengan keluarga besar saya.

Mahu gambar, jurufoto kami, Apai, dah upload dalam blog beliau. Boleh tengok kat sini. Gambar meriah, semeriah, majlis kami. Alhamdulillah...

Terima kasih pada kawan-kawan blog yang datang, Cik Belle, Xora, Thalha dan lain-lain la... Sapa yang datang , saya tak tau, leh gtau ye... Tak perasan kot...

Apa-apa pun, update, menyusul next week yer... Tunggu...

Saturday, 1 May 2010

Raikan Cinta : Selamat Pengantin Baru!!!

Ini adalah entri schedule. Apa korang ingat, dalam saat-saat genting begini, sempat lagi saya nak buat entri? Oh, tidak. Sangat kecut perut ok.. Doakan majlis berjalan lancar ye. Yang penting En. Bakal Suami dapat melafazkan akad dengan tenang. Selesai akad, saya pun lega. Yang lain-lain, belakang cerita ok.

InsyaAllah, saya akan dinikahkan oleh ayah saya sendiri pada pagi ini jam 10.30 pagi. Lepas tu, majlis resepsi bermula jam 12. Jadi saya jemput sekali lagi ye. Datang.. Kalau saya tak perasan, sebutlah nama & cakap kawan blog ok. Takut kelam-kabut sangat, apa pun tak sempat nak fikir.

Ok, DOAKAN KAMI...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PENGANTIN BARU - DEHEARTY

Gembira bersama menanti hari,
Dua hati saling diikat berjanji,
Melayar bahtera mahligai impian,
Keluarga bahgia itulah harapan.

Berjanji setia menempuh bersama,
Susah dan senang ditempuhi jua,
Suami membimbing isteri dia membantu,
Barulah hidup kan kekal bahagia.

Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama,
Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama.

Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa ,
Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa.

Tuhanku berikan bahagia padanya sehingga ke akhirnya

Gembira bersama menanti hari,
Dua hati saling diikat berjanji,
Melayar bahtera mahligai impian,
Keluarga bahgia itulah harapan.

Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama,
Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama.

Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa,
Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa.

Hormat menghormati itulah seharusnya,
Bertolak ansur biarlah bersama,
Hormat menghormati itulah seharusnya,
Bertolak ansur biarlah bersama.

Maaf bermaafan saling menyanyangi,
Doa dipinta kasih diberi,
Maaf bermaafan saling menyanyangi,
Doa dipinta kasih diberi.

Bila dua hati terjalin bersama,
Selamat Pengantin Baru kami ucapkan,
Moga kekal bahgia bersama selamanya,
Anak yang soleh itulah harapan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SELAMAT PENGANTIN BARU - HIJJAZ

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SELAMAT PENGANTIN BARU - MESTICA

kami ucapkan selamat pengantin baru
kekal abadi buat selamanya
berbahagialah suri di dalam rumah tangga
kasih yang bersemi mula mekar berbunga

pernikahan adalah diperintahkan
sunnah baginda yang dimuliakan
bahtera dikemudi bersama sehaluan
keimanan di hati dijadikan pedoman

pabila dua hati bercantum menjadi satu
kata disepakati tanda telah setuju
majlis diraikan pengantin tersimpuh malu
santapan dihidangkan buat para tetamu

rasul berbangga dengan ummat yang ramai
kerana itulah kita digalakkannya
tanda agama indah berkembang
ummat islam maju gemilang
terbina ummat yang terbilang
persaudaraan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Jurnal 2 Hati : Semoga Semuanya Berjalan Lancar

Doakan segalanya berjalan lancar. Takut pun ada.

Pada kawan-kawan yang nak datang, boleh tengok entri bawah ni yer...

Jumpe nanti!