:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 26 May 2010

Tentang EDD

Untuk bakal ibu, pasti tahu EDD ni apa kan? EDD ialah tarikh jangkaan bersalin. Yang mana ramai orang akan tertanya-tanya bagaimanakah EDD dikira.

Pembaca blog saya pasti tahu, saya berkahwin belum pun sampai sebulan. Baru 3 minggu lebih. Tapi kalau tengok pregnancy ticker saya tu, usia kandungan sudah pun mencecah 5 minggu lebih. Macam mana boleh jadi macam tu.

Masa mula-mula dapat tau pun, confius juga kami suami isteri. Tapi, lepas diberi penerangan, dan saya dah pun buat carian di internet, akhirnya saya dapat jawapan. Dan moga-moga ianya menjadi panduan juga kepada bakal ibu dan bakal pengantin yang 'bunting pelamin' macam saya ni.

Ini yang saya dapat, hasil dari penerangan Dr. Faridah, dari sini.

"Memang kehamilan dikira berdasarkan hari pertama period terakhir dan bukan berdasarkan tarikh anda berkahwin. Anda perlu tahu bahawa minggu kehamilan ditentukan menerusi 2 cara. Satu ialah minggu gestasi yang dikira berdasarkan hari pertama haid terakhir, dan satu lagi ialah minggu kehamilan sebenar yang dikira sebaik persenyawaan berlaku di tiub Fallopio atau pun rahim. Oleh kerana minggu kehamilan sebenar sukar diketahui dengan tepat, maka ramai doktor di dunia memilih untuk melaporkan minggu gestasi kepada bakal ibu. Jadi, bagi anda, tarikh 20+7=27 dan bulan 5+9=bulan Februari 2009. Maka anda dijangka melahirkan bayi pada 27 Februari 2009. Sekarang anda berada dalam minggu 10 gestasi (dengan 2 minggu pertama itu anda tidak hamil walaupun perkiraan minggu kehamilan mengambil-kiranya sebagai "hamil"). Kadang-kala apabila buat skan ultrasound peringkat awal kehamilan, ukuran bayi lebih besar dan ini memberi usia gestasi yang lebih tinggi drp sepatutnya. Anda tidak perlu risau kerana akan ada skan tambahan dan usia bayi (minggu kehamilan) akan dibetulkan semula."

Ok, ini pengiraan saya ya!

Tarikh Nikah : 1 Mei 2010
Tarikh Haid Terakhir : 15 April - 20 April 2010 (2 minggu sebelum nikah)

Untuk kira tarikh jangkaan bersalin pula, seperti kata Dr. Faridah, ianya dikira dari hari pertama period terakhir. Untuk hari 15 + 7 = 22 (campur 7 hari), dan untuk bulan 4 + 9 = 13 = Januari (campur 9 bulan).

Tarikh Jangkaan Bersalin : 22 Januari 2011.

Jadi bila dibuat ticker, usia kandungan akan menjadi 5 minggu, yang mana lebih 2 minggu dari usia perkahwinan. Walaupun usia kandungan 5 minggu, tapi 2 minggu pertama saya belum lagi dikira hamil, cuma pengiraan secara klinikal memang begitu.

Saya harap penerangan ini membantu anda ya! Kalau tak faham lagi, boleh tengok sini ya!

Oh, ya! Kalau saya masukkan tarikh jangkaan bersalin saya di sini pun, ia akan tunjuk pregnancy progress bermula selepas usia kandungan 2 minggu.

2 comments:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Ibu Najla said...

mazni, bunting pelamin yer...tahniah!!! happy for u ;) take care okey...