:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 11 May 2010

Indahnya Bercinta Selepas Nikah...

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai Hari Besar saya, saya kongsi sedikit pengalaman saya sebagai isteri dulu la yer... Sebenarnya, tak seronok nak cerita tanpa gambar. Hehehe... Ala, anda semua boleh tunggu kan? Saja je kan...

Hari ini hari ke-10 bergelar isteri. Alhamdulillah, seronok sangat-sangat! Hari ini, hari ke-2 berjauhan dengan suami. Semalam balik umah je, saya dah rasa sedih sangat-sangat. Lagi-lagi bila masuk bilik. Selalu ada je kawan nak berborak-borak. Bangun pagi tadi pun, dah tak ada orang kejut saya. Uh, sedih sangat la...

Ok-ok... Kita taknak citer yang sedih-sedih je ye... Banyak lagi yang indah, dari yang sedih tu... Selama seminggu lebih, pergi ke mana-mana pun berdua, rasa seronok sangatlah. Yelah, sebelum berkahwin, manalah nak buat semua tu. Lagi pula kami kan PJJ. Tapi, bila difikir-fikirkan semula. Bagus juga semua tu. Kami simpan semuanya untuk selepas akad nikah. Dan perasaannya, pastilah lebih seronok. Apa yang paling penting, apa sahaja yang dibuat, insyaAllah pahala ganjarannya. Berbanding masa bercinta dulu, belum punya ikatan yang sah, sudah tentu menambahkan lagi dosa kan?

Kalau ditanya pada saya, apakah aktiviti yang paling seronok? Sudah tentu apabila dapat bersolat jemaah bersama-sama, dan jika berkesempatan, mengaji sambil disemak oleh suami. Rasa bahagia sangat. Selain daripada itu, dapat keluar ke mana-mana tanpa halangan dan tanpa rasa takut. Pernah satu malam tu, saya teringin sangat mahu keluar berjalan-jalan. Ajak suami untuk berkaraoke. Mulanya suami macam tak mahu, cuma mahu layankan saya. Sebelum keluar, Mak Mertua terdengar kami mahu keluar, tanya suami mahu ke mana. Selamba je suami jawab, mahu dating. Hahaha! Memang dating pun kan?

Detik perkenalan dengan kedua-dua keluarga besar kami, sangat mencabar. Mahu ingat nama ke semua saudara-mara tu dalam masa yang singkat agak sukar jugalah. Takut kalau tersalah sebut nanti, ada pula yang terasa kan. Tapi syukur, semuanya berjalan lancar. Ini pun, belum habis berjalan lagi.

Soalan untuk semua pengantin baru, yang pastinya wajib adalah tentang honeymoon. Bukan tak mahu ber'honeymoon'. Cuma rasanya, masa belum sesuai kan. Saya sedang menanti untuk ditukarkan ke Melaka. Jadi buat masa sekarang ni, kami tinggal di rumah keluarga masing-masing. Saya di Bangi, suami di Melaka. Kalau saya dapat tukar dalam waktu terdekat ini, macam-macam perlu disediakan. Jadi saya buat simpanan sebanyak mungkin kan...

Tak sabar mahu tunggu suami pulang ke Bangi esok. Lagi tak sabar menanti jawapan dari HR bila pertukaran akan berlaku. Moga-moga dalam waktu terdekat ini. Rasa tak sanggup berlama-lama begini. Doakan saya ya!

5 comments:

Atiqah Adnan said...

Mazni pun sedang mohon bertukar di melaka juga ea..? hihi hope dapatlah sama-sama kita balik melaka k darl..

seronoknye baca pengalaman new bride n groom nie.. tak dinafikan bercinta lepas kawen sangat best!!

Queen said...

amiiin...saya dah kahwin setengah tahun pun terasa baru semalam kahwin..so much thing to share

Quiyah & Hasrul said...

dok bangi kat mane dear?
my house kat tmn universiti jer, belakang komuter ukm tuh..

~ thalhazlin ~ said...

huhu. samalah. tengah menanti permohonan balik jb juga...

cikteratai said...

eemm..pengalaman isteri pjj kan??sama ler kita...anyway saya pun tak honeymoon lagi...sbb duit dah banyak dihabiskan untuk persiapan rumah baru...bagi saya itu yg paling penting....tapi sampai bila mahu kawen pjj...waaaaaaaaa:(