Memang ramai terkejut, apabila diberitahu saya sudah berbadan dua sekarang. Kalau anda semua terkejut, saya apatah lagi. Kalau anda seperti tidak percaya, saya lagilah. Tapi, ini kan rezeki. Syukur sangat-sangat!
Saya tidak merancang. Tapi kalau DIA bagi secepatnya, saya terima. Saya memang sukakan anak-anak. Apatah lagi Suami. Bunting pelamin? Yelah kot. Sekarang baru saya faham maksud istilah itu. Kalau ada yang kata, 'power', atau mungkin fikir yang 'macam-macam'. Rasanya kami biasa saja. Sama juga seperti pasangan yang baru berkahwin yang lain. Tapi mungkin semuanya berlaku pada 'waktu yang tepat', maka jadilah ia. Tapi tanpa DIA, tiada juga kan? Kita hanya berusaha, DIA jua yang menentukan segalanya...
Saya akui, memang saya mahu segera punya anak, kerana saya mahu punya keluarga yang besar. Umur pun sudah hampir ke 30-an. Jadi, kalau bukan sekarang, bila lagi kan? Saya ada baca sumber dari blog ibu-ibu mengandung, untuk yang merancang untuk hamil, boleh amalkan memakan Asid Folik, 3 bulan sebelum mahu anak. Saya cari pil itu di farmasi, dan mula makan sebulan sebelum nikah. Tak mahal pun pil tu, 1 papan ada 10 biji cuma berharga 60 sen. Sampai sekarang pun pil itu masih ada.
Untuk para suami, digalakkan untuk memakan kurma. Tips ini saya dapat daripada pakcik Suami, masa perkahwinan baru berusia 1 hari. Semalam saya baru dapat tahu, rupanya Suami memang suka makan kurma sejak sebelum nikah lagi. Tapi, yang mengenai tips itu, beliau pun baru tahu.
Tapi, apa-apa pun semuanya datang dari DIA. Kita hanya merancang, DIA yang menentukan. Usaha dan tawakal ya!
4 comments:
errrr ader kesan tak makan pil tue??
mungkin saya pun patut makan itu pil..dan hubby makan banyak2 kurma... =)
tahniah...semoga baby sehat2 hendaknya...same goes to mama baby :)
tips yg bagus....thanx mazni...
mahu ikut jejak kamu...hehe
Post a Comment