Macam yang saya beritahu kat entri ini, saya mula bercuti pada 28 April 2010. Kiranya 3 hari sebelum Hari Besar. Tapi, kalau ikutkan cuma 2 hari je, sebab majlis dah mula dari hari Jumaat lagi.
28 April 2010 (Rabu)
Aktiviti pada hari ini, sangat sibuk. Dari pagi hinggalah ke malam. Pada pukul 10 pagi saya ada appointment dengan Seputeh Kapas, untuk sesi bermanja-manja. Detail tentang pakej boleh ke websitenya atau klik kat entri saya ini. Ini kali kedualah saya ambil pakej untuk pengantin. Bila lagi nak buat, kalau bukan masa nak jadi pengantin ni kan?
Habis sesi tu dalam pukul 2.30 petang, laju saya ke Masjid Hijau, sebab ada janji dengan En. Tunang (masa tu la). Selesai solat Zuhur, En. Tunang tersayang tu pun sampai. Memang saya tahu tak boleh jumpa dah nak dekat majlis. Tapi nak buat macam mana kan. Ada hal yang belum selesai lagi.
Tempat pertama kami tuju, ke Bangi Utama Shopping Complex untuk ke S.Wan Jewels. Kalau dah pegi kedai emas tu, mesti faham kan nak beli apa. Hahaha! Memang kami baru nak pegi beli emas untuk batal air sembahyang. Lambat? Taklah... Belum majlis lagi kan... Hehehe... Kedai ini memang favorite saya dan Mama, sebab biasanya harga emas yang ditawarkan murah dalam RM5 hingga RM8 berbanding harga pasaran. Banyak kan?
Kemudian, perkara kedua yang diselesaikan ialah fitting yang terakhir dan untuk ambil semua pakaian dan segala macam mak nenek untuk majlis kami itu nanti. Kat mana lagi kalau tidak di Pesona Asmara. Lama jugalah kat sini. Sebab mereka belum siapkan lagi barang-barang kami itu.
Hampir Maghrib baru selesai semuanya. En. Tunang memang tak datang rumahlah. Tak elok kan dah nak dekat-dekat majlis tu. Sampai rumah, tengok dah penuh dah khemah. Macam tak percaya pun ada gak. Hehehe... Semuanya dipasang oleh Ube Catering Services.
29 April 2010 (Khamis)
Asalnya saya ingat, tak mahu keluar dah la. Nak berehat-rehat sambil menyiapkan hantaran yang belum siap lagi. Tapi, angan-angan jelah. Keluar juga akhirnya. Ingatkan nak jumpa Pn. Vispera nak ambil tudung nikah. Tapi beliau tak jadi datang. Keluar pegi shopping barang-barang yang tak cukup lagi.
Hari ini, orang yang pasang pelamin dan siapkan bilik tidur datang. Pakej sekali datang dengan pakaian dan aksesori dari Pesona Asmara. Menambahkan lagi keterujaan saya. Hahaha!
Malamnya pula, saya dikerjakan oleh sepupu-sepupu saya, Imah, Yuz dan Anis untuk sesi berinai. Seksa jugalah. Nasib baiklah mereka bungkus jari saya dengan plastik dan ikatkan dengan benang. Jadi tidaklah seksa sangat. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk inai itu sentiasa basah di jari. Jadi hasilnya pasti merah.
Untuk petua hasil inai yang merah, nanti saya buat entri lain yer...
1 comment:
hee~ qah seminggu sebelum dah settle semua dah.. so memang minggu nak nikah tak jumpa langsung dengan rafiqy.. jumpa masa jumaat lepas selamat..masa tu nikmatnye rasa..
bestnye berinai ramai yang tolong.. qah ni berinai sendiri.. huhu~
Post a Comment