Hari ni 20 Mei. Dah 15 hari terlepas dah. Bila dapat surat tadi, baru teringat. Dah cukup 2 tahun rupanya saya di sini. Sedar tak sedar je...
Tamat tempoh 2 tahun kontrak bersama MARA untuk pengecualian bayaran pinjaman pelajaran. 5 Mei 2010 tempoh hari, selesai sudah hutang tersebut, yang berjumlah kira-kira RM 40k ++.
Rezeki ni, memang datang tak disangka. Saya pun tak tahu, bila bekerja di sini, saya boleh minta pengecualian bayaran pinjaman pelajaran tu. Niat di hati cuma nak mintak pengurangan. Itu pun dah kira bersyukur sangat-sangat! Tapi, saya dapat lebih dari tu. Alhamdulillah...
Terima Kasih pada UniKL kerana menerima saya bekerja di sini, dan juga Terima Kasih pada MARA atas jasa baik, mengecualikan saya dari membayar pinjaman pelajaran.
2 comments:
alhamdulillah, takyah pening2 pk psl hutang lg pasni.rezeki kahwin tu.
hehe..mazni keje kat unikl mana?=)
huiyo! 40 k dapat pengecualian? bestnya. rezeki kawen. alhamdulillah :)
Post a Comment