:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Friday, 26 February 2010

Salam Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Wednesday, 24 February 2010

Kenyataan Hidup Di Sebalik Permainan Ini

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.


Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan antara lelaki dan perempuan , berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi, tidak menutup aurat menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya
Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. ......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. .. Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."


Lirik Lagu : Puteriku Sayang

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica feat Munif
http://liriknasyid.com


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Monday, 22 February 2010

Jurnal 2 Hati : 066 - Penajaan Tudung Nikah~ALHAMDULILLAH

Macam tak percaya, tapi itulah yang terjadi. Saya dapat sponsor untuk tudung nikah nanti. Lega dan syukur sangat-sangat. Selesai satu perkara yang dok pening-pening dari minggu lepas.

Sebenarnya saya hampir terlupa contest yang saya sertai hujung tahun lalu. Mesti ramai juga yang lupa kan? Boleh tengok kat sini. Jadi memang dah tak ingat langsung. Lepas tu saya terbaca entri pasal ni kat blog YongNana. Dah berdebar-debar dah lepas tu. Dah ada pemenang la diumumkan. Takut ni, sebab berharap juga untuk menang kan? Ada ke orang masuk pertandingan, tak nak menang? Mestilah nak menang kan...

Dan Alhamdulillah, nama saya diumumkan sebagai pemenang untuk bulan April, since saya akan bernikah pada 30 April 2010. Terima Kasih Koleksi Vispera atas penajaan tudung nikah saya nanti. Tak sabar pula mahu bernikah. Hehehe...

Nak tengok entri pasal tudung nikah saya? Boleh klik sini, situ dan sana ye...

Sunday, 21 February 2010

Tips Pertama Kali Berjumpa Bakal Mertua (untuk anak gadis)

Pada tarikh ini, setahun yang lalu, saya telah berjaya melepasi salah satu ujian dalam hidup. Ujian bertemu bakal mertua. Sesiapa yang pernah melalui pengalaman ini, mesti terkenang-kenang kan? Apa taknya, macam-macam perasaan ada. Bercampur-campur. Kalau lepas, Alhamdulillah. Kalau tak lepas? Memang parahlah. Hehehe...

Bagi saya, apa yang sangat penting adalah first impression. Itulah penentu kepada kejayaan kita pada hari itu. Macam juga pergi interview untuk minta kerja. Tapi interview ni, lagi sangat-sangat penting ok!

Jadi hari ini, saya dengan baik hatinya, ingin berkongsi pengalaman semasa pertama kali bertemu dengan bakal mertua. Moga-moga dapat dijadikan panduan buat anda yang takut-takut untuk bertemu dengan bakal mertua. Takut kena reject kan? Hehe...

Yang pertama sekali tentulah, pakaian. Kalau boleh pakain yang bersopan dan sedap mata memandang. Janganlah pakai yang boleh menyakitkan mata. Kalau tak nak pakai baju kurung pun takpe, tapi janganlah pakai baju yang ketat-ketat sampai segala lurah bagai kan. Tapi kalau dapat pakai baju kurung, lagi baik. Kan manis jer...

Kalau boleh, datang tu, janganlah datang dengan tangan kosong je. Bawa la ole-ole sikit. Buah-buahan ke, kuih-muih ke... Kalau dapat bawa kuih yang kita buat sendiri lagi bagus kan. Bakal mertua rasa air tangan bakal menantu. Confirm lepas!

Sebelum nak datang tu, tanya-tanyalah kat BF tentang mak dia. Supaya boleh la bersiap sedia nak borak-borak apa dengan mak dia nanti. Sebelum nak pikat anak, kan penting dapat pikat mak dulu. Tapi, sebab anak kita dah pikat dulu, kenalah cari jalan supaya mak dia pun dapat kita pikat. Kalaupun anda ni seorang yang pendiam, cubalah untuk mencari topik untuk berborak-borak dengan mak dia. Orang tua ni suka kalau kita layan ni. Nak-nak lagi cerita yang memang dia suka. Kalau boleh, masa berborak-borak, janganlah anda sibuk nak menggedik dengan BF anda. Kang tak pasal-pasal kena reject pulak.

Lepas tu, kalau mak dia ke dapur, kalau anda tak tahu nak buat apa, mesti rasa macam nak ke dapur juga kan? Yang ni, tanya dulu dengan BF anda, boleh tak nak ke dapur. Takut mak dia tak suka orang kacau dia kat dapur. Kalau dah duduk kat dapur tu, janganlah duduk saja. Kalau mak dia tengah menggoreng-goreng ke, anda tolong-tolonglah. Walaupun sebenarnya skill tu tak berapa nak ada.

Kalau adik-beradik dia ada kat rumah tu juga, cubalah bermesra-mesra dengan mereka ni. Kalau ada yang sekolah lagi, tanyalah pasal sekolah ke. Kalau yang dah kawin pula, tanyalah pasal famili ke. Pandai-pandailah anda nak borak apa. Tapi ingat, cakap jangan main lepas je. Fikir dulu. Nak bergurau pun berpada-pada. Takut mereka ni tak biasa dengan cara gurauan anda.

Ada orang kata kita kena berlakon masa pertama kali berjumpa ni. Terpulanglah... Tapi janganlah berlakon banyak sangat. Melampaulah pulak. Kalau anda ni jenis gelak kuat-kuat, kawal la sikit. Kalau nak gelak tu, ingat-ingat sikit. Jangan main belasah je. Kang tak jadi pulak kang, kempunan lak...

Ni jelah kot. Berdasarkan pengalaman saya ye. Lain orang, lain caranya. Yang penting, saya dah lepas dah ujian ni. Lepas ni ujian nak menjadi menantu kesayangan pula. Yang dah kahwin, boleh bagi tips? Hehehe...

Saturday, 20 February 2010

Jurnal 2 Hati : 065 - 10 Minggu Lagi

Dalam tempoh 10 minggu menjelang Hari Besar kami. Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar. Banyak yang perlukan kerahan tenaga, dah siap. Antaranya :

1 - Jahit Manik
Yang ini Ahad baru ni, dah siap. Tu untungnya cuti panjang. Dah lega dah. Ingat nanti nak hantar dobi, cuci & iron sekali.

2 - TQ Tag
Yang ini pun masa cuti panjang hari tu disiapkan. Saya ngan adik berjaya siapkan 2,500 keping. Sebelum tu, sepupu-sepupu saya dah datang, tolong buat juga.

3 - Set Katil
Jika tiada apa-apa halangan, ikut plan hari ini sampailah set tu. Tak sabar nak cari idea untuk hias bilik tu nanti. Bila dah ada perabot, senang sket nak plan buat apa kan...

4 - Kad Jemputan
Kad jemputan baru siap, sekarang tengah bz nak melipat-lipat kad tu. Sambil ingat nak tulis je alamat kawan-kawan yang dah ada tu. Yang tak ada, sekarang dah nak kena start cari.

Ikutkan plan, hari ini ada macam-macam nak buat. Yang penting, pagi-pagi dah nak kena pegi buat facial. Lepas tu ingat nak pegi beli bahan-bahan untuk buat Buku Tetamu. Sambil-sambil cari idea dari B2B yang lain, camne nak hias buku tu nanti. So, lepas ni akan dimulakan 'Operasi Buku Tetamu' pula la...

Itu je dulu. Yang lain-lain, nanti kita update lagi yer. Gambar? Memang tak ada sebab yang itu memang kena simpan sampai hari majlis ye. Nanti tak suprise pula. Jadi, tunggu...

Friday, 19 February 2010

Nikah Koboi Di Asrama (Apa Kes??)

KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.

Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.


Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.

Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.

Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.

Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.

“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.

“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.

“Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.

Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.

“Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.

“Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.

Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.

“Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.

Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.

“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Pinjaman Untuk Perkahwinan

Ingat tak pada entri mengenai 'Susah Mahu Kahwin?'? Kalau tak ingat, klik sini. Ada seorang kawan saya bertanyakan soalan di bawah :

" maz nk tannye skit soklan peribadi..
mz wat loan tak utk kawen nti? sbb skang nie byk org..n sy ade tanye kt member2 yg laki..deme buat personal loan utk kawen...tp x la byk...hmmm.. "

Hari ini baru saya berkesempatan untuk bagi sedikit komen mengenai hal ini. Ingat ye, ini adalah pandangan peribadi saya, yang menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi kalau ada antara anda rasa tak setuju dengan pendapat saya, jangan hentam saya, tapi boleh ulas komen saya ni. Saya mengalu-alukan.

Memang saya akui, untuk berkahwin memrlukan belanja yang besar, macam saya dah tulis kat entri inilah kan. Dan ada antara kita yang tidak mampu untuk mengeluarkan belanja yang sebanyak itu. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, dan supaya perkara yang baik dapat disegerakan, jalan singkatnya adalah dengan membuat pinjaman peribadi. Saya rasa sekarang, banyak bank yang menawarkan kemudahan ini. Terpulanglah kepada diri masing-masing.

Persoalan ini terlalu subjektif. Tapi, jika saya ditanya soalan ini, saya rasa tidak perlu. Sebab, apabila pinjaman dibuat, tempoh pembayaran mengambil masa bertahun-tahun, kadang-kadang sehingga 15 tahun. Kalau 15 tahun, anak pun dah 5 agaknya. Tapi hutang belanja perkahwinan, masih belum habis bayar lagi. Lagipun, itu juga akan menambahkan lagi perbelanjaan bulanan kita, yang mana perbelanjaan selepas berkahwin adalah lagi besar daripada sebelumnya. Takut-takut sampai satu masa, kita tak mampu untuk menanggungnya lagi.

Seperti saya nyatakan sebelum ini, yang paling banyak menanggung kesannya adalah lelaki. Sebab itu sebagai lelaki saya rasa, perlu ada inisiatid untuk membuat simpanan, walaupun mungkin masa itu belum punya calon. Sebab semua orang pasti ingin berumahtangga kan? Tapi, wanita pun tidak terkecuali ye. Perlu juga untuk membuat simpanan. Takkan nak bergantung sepenuhnya kepada bakal suami. Tak banyak pun, sikitlah. Kecualilah kalau bakal suami tu, memang jutawan atau anak jutawan, yang kita hanya perlu goyang kaki.

Tapi, saya akui bukan semua orang punya jalan yang sama. Jika memang tiada pilihan, dan pinjaman perlu juga dibuat, ada sedikit nasihat buat anda. Kalau boleh buatlah pinjaman untuk amaun yang tidak cukup sahaja. Jangan meminta berlebih-lebih, kerana anda rasa anda layak untuk membuat pinjaman sebanyak itu. Sebab, bila anda dapat pinjaman itu, dan anda rasa pinjaman itu sudah lebih dari cukup, takut anda menggunakan pinjaman itu bukan untuk belanja perkahwinan semata-mata, malah mungkin juga untuk belanja peribadi. Itu yang bahaya.

Kalau boleh pinjaman itu jika dikhaskan untuk belanja perkahwinan, maka gunakanlah hanya untuk belanja perkahwinan. Dan jika ada lebih, gunakan wang itu untuk membayar balik pinjaman tersebut. Ingat ye, wang itu bukan wang anda, tetapi wang yang dipinjamkan oleh bank untuk anda. Jika ada lebih, bayar balik. Jadi ianya dapat mengurangkan hutang pinjaman anda.

Walau apapun, sama ada membuat pinjaman atau tidak, majlis walimah perlulah dibuat dengan sederhana. Takut lari pula dari tujuan asalnya. Kalau masih ingat, Walimatul-Urus ialah kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan, yang mana hukumnya adalah Sunat Muakkad. Adab mengadakan walimatul urus :
  • diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai.
  • tidak menimbulkan sifat ri'ak dan bangga diri.
  • tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara menepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas.

Jadi, semuanya terpulang kepada individu masing-masing, sama ada mahu membuat pinjaman atau tidak. Cuma perlu difikirkan baik dan buruknya. Sekadar pendapat daripada saya.

Thursday, 18 February 2010

Tanggungjawab Seorang Isteri

TAAT

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: "Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya" - HR Abu Daud dan al-Hakim.

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak boleh mentaati mahkluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT" - HR Ahmad.

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, dia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu" - HR al-Bukhari, Muslim dan Ahmad Ibn Hanbal.

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYAN SUAMI

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan agar dia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi dia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh" - HR sebahagian Ahli Sunnah.

Untuk mengelakkan daripada digolongkan ke dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya dengan hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah untuk keluarganya.

Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat-cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja. Tanggungjawab Bersama.

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI & KELUARGA

Sebagai seorang isteri, dia hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah: (Hai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah maha Pengampun lagi maha Penyayang.") - Al-Ahzab; 59.

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlu dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

MENYENANGKAN HATI SUAMI

Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut: "Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis" - (Imam al-Ghazali).

Untuk menyenangkan hati si suami melihat isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya: "Oo my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words" - (Imam al-Ghazzali).

PENDORONG & MEMBERI MOTIVASI

Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi 'teman hidup'. ika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.

Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

Nota Hati : Semoga saya mampu menjadi isteri yang baik buat suami saya nanti. Ameen...


Jurnal 2 Hati : 064 - Kad Jemputan~SELESAI

Semalam orang dari Kadkahwinku call, suruh datang amik kad yang dah siap. Terkejut jugaklah. Sebab kalau ikutkan janji siap dalam 8 Mac nanti. Siap 2 minggu awal. Macam tak percaya jer.

Ikut plan Operasi Penghantaran Kad akan bermula Mac nanti. Dah siap awal ni, oklah. Yg mana jauh2 tu dah boleh start. Kan?

Kad belum ambil lagi. Kalau sempat hari Sabtu ni. Kalau tak minta tolong Mama je, sebab memang dekat je dengan ofis Mama. Mmm, tak sabar nak tengok hasilnya....

Tuesday, 16 February 2010

Lirik Lagu : Cinta Sempurna

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu untuk memnaggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu untuk menanggung
Sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Monday, 15 February 2010

Hasil Perlakuan Siapakah Ini?

Selepas satu, satu lagi kes yang sama berulang-ulang. Sepanjang minggu lalu sahaja, kita dihidangkan dengan kes-kes pembuangan bayi yang dibuat oleh hamba Allah, yang terlupa bahawa ada kuasa yang lebih besar dari mereka ini. Adakah dengan membuang anak yang tidak berdosa itu, dapat menutup keaiban yang telah mereka lakukan. Aib di dunia mungkin tertutup, tetapi aib di 'sana'. Hanya DIA yang tahu.

~ sumber : Berita Harian ~

Perasaan? Haruskah ada lagi perasaan sedih? Atau sebenarnya sangat marah dengan kekejaman demi kekejaman yang berlaku? Sukar untuk ditafsirkan. Menatap gambar sahaja, sudah cukup membuatkan hati ini terbakar. Ke mana perginya akal yang dikurniakan-Nya buat Khalifah di muka bumi ini? Bukankah kita diangkat darjat oleh-Nya untuk mengepalai dunia ini, tanpa melupakan kekuasaan-Nya.

~ sumber : Berita Harian ~

Selepas dihidangkan dengan berita-berita begini sepanjang minggu lalu, hari ini kita dihidangkan pula dengan berita yang lebih menyayat hati. Berita yang menjadi punca kepada kes-kes 'pembunuhan' bayi tanpa perikemanusiaan. Mereka inilah puncanya. Tidak serikkah mereka dengan paparan sepanjang minggu ini. Tidak tahukah mereka akan kesan dan akibatnya?

~ sumber : Kosmo ~

Anak-anak gadis sekalian, sedarlah... Bukan si lelaki yang akan menanggung kesannya nanti. Tapi, kamu yang akan membawa kesannya sepanjang hayat kamu. Percayalah, jika benar mereka ikhlas mahu memperisterikan kamu, tidak akan mereka lakukan begitu. Lelaki yang baik, akan menjaga kamu, bukan malah merosakkan kamu. Fikirkanlah ibu dan ayah yang melahirkan dan membesarkan kamu.



Saya terpana, kerana mereka yang tertangkap itu kebanyakannya anak gadis yang bertudung, malah yang paling dikesalkan adalah mereka ini pelajar IPT. Kalau belum nikah, sudah diberi, mahukah lelaki itu mengahwini kamu? Fikirkanlah...

Semoga kita semua dilindungi dari bala dan malapetaka-Nya. Ameen...

Jurnal 2 Hati : 063 - Kek Pengantin

Asalnya saya minta tolong kepada sepupu saya, Kak Ain untuk tempahkan dengan kawan beliau. Sebab saya pernah rasa kek tu, masa Majlis Pertunangan saya hari tu. Kek yang ini...


Sedap sangat kek ini tau! Coklat Moist yang terasa-rasa sampai sekarang ni.

Jadi saya dah berangan-angan untuk dapatkan kek ni. Tak banyak, 3 tingkat je. Lepas tu, saya cadang nak buat perasa yang berbeza-beza untuk setiap kek. Yang penting yang bawah sekali mesti macam kat atas ni.

Tapi, tak dapat la pulak, sebab orang tu tak ambil pun tempahan untuk kek pengantin. Maknanya, dia tak biasa la...

Takpelah, kalau sempat, esok saya akan ke kedai kek yang biasa saya pergi tu. Kat situ pun sedap juga. Yang penting halal...

Sunday, 14 February 2010

Meraikan Ulangtahun Pertama

Dating? Mmm, tidak... Masing-masing dengan hal masing-masing. Kebetulan pula jatuh pada hari minggu dengan cuti yang panjang pula, maka kenduri kahwin banyaklah kan...

Saya di Bangi, beliau ke Johor, emngiringi sahabt untuk bernikah. Tapi, detik itu tetap tak dilupa. Biar tanpa sambutan, tapi cukup bermakna buat saya. Kerana bukan mudah untuk sampai ke tahap ini dengan tempaoh masa begini. Alhamdulillah...

Sekadar ucapan yang bagi saya, cukup bermakna. Biar kerinduan ini menjadi saksi kepada tulusnya cinta kami. Ameen...

"Abang, SELAMAT ULANGTAHUN PERCINTAAN YANG PERTAMA. Semoga kasih sayang kita kekal hingga ke syurga. Ameen. Sayang cintakan Abang sepenuh hati ini."

"Selamat Ulangtahun Sayang. I will love & protect youat all cost dear."

Tercipta Untukku : Setahun Bersama

Inilah detik yang dinanti...

Sekelip mata, sudah pun genap setahun...



Genap setahun bersama. Alhamdulillah, syukur...

Lagi 2 bulan 2 minggu 1 hari je..

Sabar ye, sabar...

~ SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA SAYANG ~

Friday, 12 February 2010

Cuti TBC Yang Panjang

Wah, seronok dapat cuti panjang. Ada macam-macam nak dibuatnya nih. Lagi-lagi bakal pengantin macam saya nih. B2B yang lain pun mesti sama kan. Pulun ok, jangan tak pulun. Hehehe...

Apa-apa pun, Selamat Tahun Baru Cina. Marilah sama-sama kita bercuti panjang. Yeh!

Nota Hati : Saya cuti sampai hari Rabu. Hari Khamis baru masuk balik. Hehehe...

Thursday, 11 February 2010

Erti Persahabatan Ini

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

Tuesday, 9 February 2010

Jurnal 2 Hati : 062 - Harga Emas Turun!

Perhatian untuk B2B yang sibuk nak beli emas untuk upacara batal air sembahyang, harga emas mulai turun la kawan-kawan. Jom serbu kedai emas ramai-ramai. Harga semalam ialah

1 gram = RM 118.00

Info kat sini.

Monday, 8 February 2010

Menjelang Detik Itu...

Memang rasa macam tak sabar sangat, sebab sangat tak sangka dengan status sekarang. Rasa macam sekelip mata je. Tapi tulah, DIA yang tahu mana yang terbaik kan...

Bukan tak sabar mahu kahwin yer... Tapi, tak sabar menjelang detik itu. Detik apa? Tunggu je yer...

Nota Hati : Sabar yer...

Jurnal 2 Hati : 061 - Cuci Jangan Tak Cuci

Bukan nak citer pasal cuci kereta ke, cuci rumah ke. Tapi cerita pasal cuci-cuci muka supaya tampak cantik dan berseri pada hari bahagia nanti. Wah, ayat...

Hari sabtu yang lepas, saya telah selamat melakukan facial untuk yang pertama sebelum kenduri-kendara nanti. dan saya plan untuk melakukannya sebanyak 5 kali, dengan range time setiap 2 minggu. Tapi saya akan pastikan stop buat sebulan sebelum majlis. Ini pesanan Mak Andam yang saya jumpa. Tujuan supaya masa pakai asas foundation nanti tidaklah nampak bercapuk-capuk, sebab kulit mungkin mengalami pengelupasan.

Untuk sesi bermanja-manja, insyaAllah akan dimulakan bulan depan, sebanyak 2 kali sahaja. Yang ini susah sikit nak set time sebab kena pastikan waktu itu tidak dijajah. So, apa-apa progress, tunggu jelah nanti yer...

Saturday, 6 February 2010

Saya Muhammad Danish Haikal

Assalamualaikum. Nama saya Muhammad Danish Haikal. Saya sekarang ni tengah tido sebenarnya. Tapi, ibu saya bawak saya pegi jalan-jalan ke pejabat ibu. Saya rasa sangat seronok sebab, kawan-kawan ibu semua kerumun saya. Nak tengok saya. Macam saya ni artis pulak. Tapi, saya ngantuk sangat. Jadi, tak larat nak bangun. Yelah, tiap-tiap malam saya main-main dengan ibu dan ayah sampai diorang penat. Jadi bila siang saya tido la.

Kalau nak tau, ibu saya panggil saya baby bertuah. Masa saya duduk dalam perut ibu, ibu saya telah dapat naik pangkat. Bila naik pangkat, gaji pun naiklah kan. Lepas tu, beberapa hari lepas saya dilahirkan, hospital tempat saya tu ada buat cabutan hamper bertuah, dan sayalah yang sangat bertuah itu!

Sekarang ibu saya dah berhenti kerja di tempat lama sebab ibu saya dah dapat kerja kat tempat lain yang lagi best. Kerja gomen tau! Gaji ibu pun dah naik. Ayah pun sama juga. Hari tu, ayah baru je dinaikkan pangkat. Saya sangat seronok sebab membawa tuah buat kedua orang tua saya.


Ini gambar saya dengan Makcik Mazni. Nampak tak saya tengah tido. Tadi ibu saya sibuk berjalan-jalan satu ofis, jadi dia tinggalkan saya kepada Makcik Mazni ni. Saya tau mesti Makcik Mazni penat pegang saya, sebab saya sangat comel.

Kepada siapa-siapa yang nak berkahwin, jangan takut untuk dapat baby macam saya. Sebab kami ini pasti akan membawa tuah. Tak percaya? Cubalah...

Friday, 5 February 2010

Istikharah - Jawapan Untuk Kekeliruan

SOALAN

SAYA mempunyai masalah membuat keputusan atau pilihan. Semuanya tidak meyakinkan.

Selepas membuat sesuatu keputusan, saya akan memikirkan kembali keputusan yang sudah dibuat itu.

Kadangkala, keputusan saya akan berubah kepada satu keputusan lain.

Tolonglah saya Dr bagaimana untuk membuat keputusan dengan penuh keyakinan? Bagaimana kaedah diguna pakai Islam dalam membuat keputusan?


Ingin tahu
Kuala Lumpur


JAWAPAN

KESUKARAN membuat keputusan yang baik boleh memberi masalah kepada adik.
Dalam Islam, sebelum membuat sebarang keputusan, kita dicadangkan menunaikan solat Istikharah.

Solat ini bagi memohon petunjuk dari Allah dalam membuat sesuatu keputusan.

Istikharah bermaksud 'meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan' adalah senjata terbaik untuk membuat pilihan yang tepat.

Adik bukan sahaja boleh melakukan solat Istikharah yang membabitkan pemilihan bakal pasangan, tetapi memohon petunjuk Allah dalam perkara lain.

Solat Istikharah membantu adik memohon petunjuk mesngenai perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.

Apabila adik melakukan solat dan doa Istikharah, ia bererti adik memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik.

Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.


'Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"

Melakukan solat istikharah memberi faedah besar kerana Allah berfirman: "...dan berbincanglah dengan mereka (sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dan lain-lain). Apabila kamu sudah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah..." (AQ Ali Imran 3:159) (HR Bukhari 7/162)

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Pertama, waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.

2. Niatnya 'Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala.'

3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Semoga sedikit penerangan Dr mengenai solat Istikharah ini dapat membantu adik menjawab persoalan diri serta membantu adik dalam membuat keputusan yang baik.

Adik boleh mengetahui lebih lanjut mengenai solat istikharah ini dengan bertanya orang yang arif seperti ustaz atau membaca buku yang berkaitan.

Jurnal 2 Hati : 060 - Warna Tema Hari Besar Kami

Kurang dari 3 bulan je menjelang Hari Besar ssaya nanti. Jadi hari ini saya bagitau warna tema untuk majlis-majlis kami nanti yer. Sebelum ini dah decide, tapi belum finalised lagi. Bila baju pun dah pilih, so dah tahu la warna apa yang bakal menjadi pada majlis kami nanti. Ini pun tertakluk jika berlaku sebarang perubahan di akhir-akahir nanti. Biasalah... Selagi majlis belum langsung kan?

Untuk MAJLIS NIKAH

Putih + Fuschia

Untuk MAJLIS RESEPSI di BANDAR BARU BANGI

Hijau + Krim + Gold + Merah

Untuk MAJLIS BERTANDANG di BUKIT KATIL

Biru + Putih

Jurnal 2 Hati : 059 - Buku Tetamu

Saya rasa sekarang macam jadi trend pulak pengantin buat buku tetamu. Sebenarnya bagi saya benda ni macam salah satu benda yang akan menjadi sentalmental value kat kita bila dah beranak-pinak nanti. Macam salah satu cara untuk para tetamu menyampaikan ucapan buat mempelai. Yelah nak pergi cakap, of course mempelai pun tak ingat. Kalau dah siap-siap tulis, mesti ucapan tua akan dikenang, dana kalau dibaca berulang-ulang kalai menjadi macam satu doa pula kan...

Saya pun rasa macam mahu juga membina satu buku tetamu untuk para tetamu yang datang ke majlis saya nanti. Terutamanya buat kawan-kawan saya la... Idea yang biasa kita jumpa, buku tetamu berbentuk scrap book seperti ini :


Pastu saya google jumpe buku tetamu sperti kat bawah ni. Cantik juga...


Pastu ada jugak yang amik gamabr tetamu yang nak buat ucapan. Tapi cam remeh la kan...


Tapi saya suka idea yang seperti kat bawah ni. Nampak sangat nice!

Kalau ada kerajinan dan punya masa lebih, saya akan merealisasikan yang ini. Tapi jika tidak, saya akan buat yang ala-ala scrap book jelah. Jimat masa dan mudah.


Thursday, 4 February 2010

Kenapa Buat Macam Ni?

Cerita mengenai seseorang yang sepatutnya mengambil berat mengenai saya. Siapakah dia? Agen takaful saya. Ya! sepatutnya mengambil tahu mengenai diri saya. Tapi sebaliknya yang berlaku. Saya sangat sakit hati dengan kamu. Sangat-sangat marah! Sangat tak suka perkara begini berlaku.

Selama ini, saya tak pernah pun, culas bayar. Setiap bulan pun saya bayar secara auto debit. Cuma menjelang perkahwinan saya ini, saya minta untuk tangguh bayaran, dan bayaran itu semua akan saya bayar semula selepas selesai majlis. Tolonglah faham... Kenapa sekarang kamu melayan saya seperti mahu marah-marah? Sebab saya telah mengurangkan pendapatan bulanan kamukah? Oh, jadi selama ini kamu berbaik-baik dengan saya cuma kerana saya menyumbang kepada pendapatan bulanan kamulah?

Tak bolehkah hubungi saya, cakap secara baik-baik. Tak bolehkah terangkan secara elok-elok apa yang patut saya lakukan. Ini tidak, kamu hanya tahu marah-marah. Kamu ingat dengan marah-marah, saya akan bayarlah semula. Lagi buat saya mahu surrender lagi adalah. Saya menyampah! Kalau begini layanan kamu, baik saya berhenti. Tak adalah sakit hati begini.

Kamu bekerja di bahagia customer service, tolonglah berhemah sedikit. Susah ker? Jangan ingat saya tiada duit yer. Mungkin apa yang berlaku ini, DIA mahu tunjukkan pada saya perangai kamu yang sebenarnya. Ya! Sekarang saya sudah tahu...

Jurnal 2 Hati : 058 - Kedai Di Nilai 3

Entri ini adalah untuk menjawab soalan seorang pengkomen kat entri saya sebelum ini.

Kalau ikutkan, kat Nilai 3 tu, memang ada banyak kedai barang-barang perkahwinan ni. Orang kata boleh jadi rambang matalah, sebab tak tahu nak masuk kedai mana, tak tahu nak beli kat kedai mana. Bagi yang biasa pegi ke sini, mesti dah biasa. Saya ni nak kata dah biasa sangat tu, taklah. Masuk hari tu, baru kali kedua. Pertama kali masa nak bertunang hari tu. Lepas tu, untuk persiapan nak kahwin pulak.

Apa yang saya nampak, sebenarnya semua kedai pun menawarkan harga yang lebih kurang sama je. Tapi kalau dah samapi sana, takkan nak masuk setiap satu kedai, pastu buat pilihan, baru boleh beli. Memang letih la. Sebab kedai memang banyak.

Kalau perasan, masuk-masuk je ke Nilai 3 tu, kat depan tu lagi kita dah dihidangkan dengan kedai-kedai perkahwinan. So, berenti je dekat situ. Sebab kalau nak pergi dari satu kedai ke satu kedai, taklah jauh sangat. Hari tu saya masuk tiga kedai. Kedai yang mula-mula tak ingat namanya, yang kedua Thank Q, dan yang ketiga VStar. Antara ketiga-tiga tu, saya rekomen VStar, sebab customer service memang bagus. Kalau kita tanya kat staf dia, terus dia tolong kita, siap bagi idea lagi. Kedai Thank Q tu, memang banyak pilihan. Lagi pula kedai tu memang besar. Tapi, bila dah besar tu, ramai pulak pelanggan, memang tak terlayanlah kita ni. Kalau kita nak tanya apa-apa kena pandai-pandai sendiri je. So, bagi kita yang sesekali masuk kedai pengantin ni, susahlah.

So itu jelah. Saya rekomen kedai VStar tu. Tapi kalau nak banyak pilihan, pegilah ke Thank q tu. Masing-masing ada keinginan masing-masing. Kalau rajin nak masuk semua kedai perkahwianan kat situ pun boleh. Takde hal. Janji larat!

Wednesday, 3 February 2010

Lirik Lagu : Kepadamu Kekasih

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Bekerja Tanpa Semangat

Entah kenapa, sejak dua tiga hari ini, saya diserang sakit kepala yang pelik. Nak kata migrain pun bukan. Cuma rasa macam bergoyang-goyang jer. Semalam ke klinik, check darah sumer ok jer. Kena inject sekali, trus dapat MC. Duduk di rumah, hanya tidur sahaja...

Semuanya serba tak kena. Duduk tak kena, baring tak kena. Entah la. Hari ini gagahkan diri ke ofis, tahan je drive ke ofis, dengan harapan sakit ini akan baik dengan sendirinya. Aduh, sungguh sakit bila tak tahu apa sebabnya.

Doakan saya baik yer.. Entah sakit tak sabar nak kahwin agaknya. Hehe..

Nota Hati : Gedik!

Monday, 1 February 2010

Sepatutnya Kena Kerja, Tapi Saya Malas

Hari ini kan KL cuti, tapi kemalasan benar-benar mencengkam diri. Ceh, ayat tak boleh blah kan. Hehe... Sakit kepala macam ala-ala nak demam ni. Apa taknya, 2 hari cuti, tak lekat kat rumah pun. Bila cuti hari ni, apalah salahnya saya berekat-rehat sambil mengemas bilik saya tu.

Susah nak cakap, kenapa saya mula buat perangai macam ni. Mungkin sebab saya sangat-sangat penat bekerja dengan pelbagai tekanan. Ya! Saya sangat tertekan! Ingat suka ke kerja dalam keadaan tertekan? Serius, sampai satu tahap, saya memang tak tahan!

Saya tak boleh cerita dengan terlalu detail mengenai ini, sebab bahaya. Takut ada yang mengenali membaca di sini, tahu pula cerita ini ditujukan kepada siapa. Cukuplah ini je yang mampu saya cerita.

Kalau ada rezeki saya untuk mengikut bakal suami ke sana, insyaAllah. Saya sangat-sangat berharap.. Doakan saya ya!

Nota Hati : Penat!

Jurnal 2 Hati : 057 - Pencarian Barang Hantaran II

Semalam, sekali lagi menjalankan misi mencari barang hantaran, kali kedua yer. Dapatlah sikit lagi, tak abis lagi pun. Mungkin akan ada misi yang ketiga dan mungkin yang terakhir la...

Malas nak tulis panjang-panjang, update kat sini yer...

Hari Ini, Hari Wilayah Persekutuan


Saya bukan orang KL. Saya tidak dilahirkan di sini, tidak pun dibesarkan di sini, dan tidak pernah pun belajar di sini. Tapi, memang rezeki saya sejak daripada tamat belajar hingga kini, saya dapat bekerja di sini. Di kotaraya Kuala Lumpur.

Rasanya ini tahun ketiga saya sapat meraikan Hari Wilayah. Oh, sudah tiga tahun saya mencari rezeki di sini. Sedar tak sedar je... Adakah tahun depan saya masih di sini? Adakah sememangnya sudah ditetapkan rezeki saya di sini? Mmm, tunggu jelah.

Bekerja di Kuala Lumpur, menghadapi keadaan kesesakan jalan raya hampir setiap pagi dan petang, kecuali cuti sekolah la, membuatkan saya rasa muak untuk datang ke sini pada hujung minggu. Walaupun banyak shopping complex yang best-best, terutamanya SOGO, tapi saya memang tak sanggup. Kalau ada yang ajak, tolonglah drive untuk saya, sebab saya memang tak sanggup!

Apa-apa pun, Selamat Hari Wilayah buat warga Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Tak kira sama ada anda memang rakyat Wilayah Persekutuan ataupun anda warga kerja di sini, Selamat Bercuti!

Nota Hati : Semalam nak muntah + nak menangis sebab kena masuk KL bersama En. Tunang.