:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Friday, 19 February 2010

Pinjaman Untuk Perkahwinan

Ingat tak pada entri mengenai 'Susah Mahu Kahwin?'? Kalau tak ingat, klik sini. Ada seorang kawan saya bertanyakan soalan di bawah :

" maz nk tannye skit soklan peribadi..
mz wat loan tak utk kawen nti? sbb skang nie byk org..n sy ade tanye kt member2 yg laki..deme buat personal loan utk kawen...tp x la byk...hmmm.. "

Hari ini baru saya berkesempatan untuk bagi sedikit komen mengenai hal ini. Ingat ye, ini adalah pandangan peribadi saya, yang menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi kalau ada antara anda rasa tak setuju dengan pendapat saya, jangan hentam saya, tapi boleh ulas komen saya ni. Saya mengalu-alukan.

Memang saya akui, untuk berkahwin memrlukan belanja yang besar, macam saya dah tulis kat entri inilah kan. Dan ada antara kita yang tidak mampu untuk mengeluarkan belanja yang sebanyak itu. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, dan supaya perkara yang baik dapat disegerakan, jalan singkatnya adalah dengan membuat pinjaman peribadi. Saya rasa sekarang, banyak bank yang menawarkan kemudahan ini. Terpulanglah kepada diri masing-masing.

Persoalan ini terlalu subjektif. Tapi, jika saya ditanya soalan ini, saya rasa tidak perlu. Sebab, apabila pinjaman dibuat, tempoh pembayaran mengambil masa bertahun-tahun, kadang-kadang sehingga 15 tahun. Kalau 15 tahun, anak pun dah 5 agaknya. Tapi hutang belanja perkahwinan, masih belum habis bayar lagi. Lagipun, itu juga akan menambahkan lagi perbelanjaan bulanan kita, yang mana perbelanjaan selepas berkahwin adalah lagi besar daripada sebelumnya. Takut-takut sampai satu masa, kita tak mampu untuk menanggungnya lagi.

Seperti saya nyatakan sebelum ini, yang paling banyak menanggung kesannya adalah lelaki. Sebab itu sebagai lelaki saya rasa, perlu ada inisiatid untuk membuat simpanan, walaupun mungkin masa itu belum punya calon. Sebab semua orang pasti ingin berumahtangga kan? Tapi, wanita pun tidak terkecuali ye. Perlu juga untuk membuat simpanan. Takkan nak bergantung sepenuhnya kepada bakal suami. Tak banyak pun, sikitlah. Kecualilah kalau bakal suami tu, memang jutawan atau anak jutawan, yang kita hanya perlu goyang kaki.

Tapi, saya akui bukan semua orang punya jalan yang sama. Jika memang tiada pilihan, dan pinjaman perlu juga dibuat, ada sedikit nasihat buat anda. Kalau boleh buatlah pinjaman untuk amaun yang tidak cukup sahaja. Jangan meminta berlebih-lebih, kerana anda rasa anda layak untuk membuat pinjaman sebanyak itu. Sebab, bila anda dapat pinjaman itu, dan anda rasa pinjaman itu sudah lebih dari cukup, takut anda menggunakan pinjaman itu bukan untuk belanja perkahwinan semata-mata, malah mungkin juga untuk belanja peribadi. Itu yang bahaya.

Kalau boleh pinjaman itu jika dikhaskan untuk belanja perkahwinan, maka gunakanlah hanya untuk belanja perkahwinan. Dan jika ada lebih, gunakan wang itu untuk membayar balik pinjaman tersebut. Ingat ye, wang itu bukan wang anda, tetapi wang yang dipinjamkan oleh bank untuk anda. Jika ada lebih, bayar balik. Jadi ianya dapat mengurangkan hutang pinjaman anda.

Walau apapun, sama ada membuat pinjaman atau tidak, majlis walimah perlulah dibuat dengan sederhana. Takut lari pula dari tujuan asalnya. Kalau masih ingat, Walimatul-Urus ialah kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan, yang mana hukumnya adalah Sunat Muakkad. Adab mengadakan walimatul urus :
  • diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai.
  • tidak menimbulkan sifat ri'ak dan bangga diri.
  • tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara menepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas.

Jadi, semuanya terpulang kepada individu masing-masing, sama ada mahu membuat pinjaman atau tidak. Cuma perlu difikirkan baik dan buruknya. Sekadar pendapat daripada saya.

4 comments:

Queen said...

ye..kalau boleh pinjam la dengan ayah atau ibu...mereka ini lebih memahami.tak ada bunga. Dan kita akan lebih berhemah menggunakan wang yang dipinjam kerana ianya bagaikan amanah....sangat setuju dgn tuan blog!

~♥ iella ♥~ said...

Bagi sya masalah kewangan nie mesti ada sblm @ slps kawen.Klu wt lone mmg lg la bermasalah.Tp klu kita suami isteri membantu kita tak kan susah.insyaAllah....

p/s: klu kita da mslh utk byr balik lone tue selepas berkahwin cmna yer...??mna tau klu2 jodoh tak la. Bercerai!!!tak mau ckp la...

Siti Hajar said...

setuju..klu x cukup duit, pinjam la sikit2 je..nak wat majlis pun, jgn la grand sgt..berpada2..

O Ena O said...

time kasih byk maz sbbb menjawab persoalan sy ari tu...=)