Nak cerita pasal tudung nikah. Kalau ikutkan tema saya, white+gold. Baju berwarna putih akan dihiasi dengan manik gold. Tudung pula warna putih & selendang luar berwarna gold. Saya mengidamkan tudung yang ala-ala tudung Siti tu. Cantik kan. Saya tersuka masa Siti mula-mula pakai tudung ni. Nampak sweet je...
Hari tu plan, nak kakak sepupu saya tu tolong buatkan. Tapi, takut pula beliau tak biasa. Jadi, tadi blogwalking, terjumpa dengan blog ni. Maka jatuh hati saya pada tudung untuk pernikahan. Macam kat bawah ni :
Cantik kan? Serius terpikat... Jadi, saya cuba masuk contest yang kebetulan diadakan. Kalau dapat free, Alhamdulillah. Kalau tak, dapat 50% pun, ok juga. Yelah, harga satu set RM299. Dapat half price tu dah banyak tu. Tapi, harganya pasti berbaloi-baloi dengan kualitinya, betul tak? Kalau ada yang nak tengok Koleksi Vispera ni, klik kat bawah ni ye...
4 comments:
Mahalnya. Tp ok cantik. Saya pernah jmpa ada 2 blog jual jgk. Tp tak ingtla link nya. tak save. diorg jual arund 80 camtu je. tak smpai saratus. yg lagi satu tu blh custom made..kita order nak bunga2 camne nnti baru dia jahitkan. ala tak ingtla linknya. klw saya jmpa balik nnti saya bgtau k.
nanti bagitau ye...
Hi Mazni,
kami ada 1001 fabulous wedding gifts at very affordable price!!!
rugi tak jenguk our fotopage..
just click;
http://gardenofgalleria.fotopages.com/
hi fazemy..
tudung vispera memang mahal sebab dia satu set..anak dan selendang..
anak tudung kami diperbuat dari brocade dan lycra berkualiti ditambah dengan kristal swarovski asli.. selendang pula diperbuat dari kain sutera chiffon dengan kemasan lace dan juga manik jepun.
mungkin diblog yang anda kunjungi mereka menjual selendang sahaja dan diperbuat dari kain chiffon biasa..selain dari itu bunga dan manik juga berbeza.. ada ramai jual dengan menggunakan lace keras yang biasa digunakan untuk kemasan bakul hantaran tapi kami berbeza.
di Koleksi Vispera kami menekan kan pada mutu dan kualiti..bukan sahaja cantik dimata tetapi selesa dipakai dan lagi penggunaan sutera itu membuatkan selendang cantik terletak dan jatuh kain yang sempurna. maklumlah untuk raja sehari pastinya kita pilih yang lebih istimewa.
Post a Comment