Cerita mengenai seseorang yang sepatutnya mengambil berat mengenai saya. Siapakah dia? Agen takaful saya. Ya! sepatutnya mengambil tahu mengenai diri saya. Tapi sebaliknya yang berlaku. Saya sangat sakit hati dengan kamu. Sangat-sangat marah! Sangat tak suka perkara begini berlaku.
Selama ini, saya tak pernah pun, culas bayar. Setiap bulan pun saya bayar secara auto debit. Cuma menjelang perkahwinan saya ini, saya minta untuk tangguh bayaran, dan bayaran itu semua akan saya bayar semula selepas selesai majlis. Tolonglah faham... Kenapa sekarang kamu melayan saya seperti mahu marah-marah? Sebab saya telah mengurangkan pendapatan bulanan kamukah? Oh, jadi selama ini kamu berbaik-baik dengan saya cuma kerana saya menyumbang kepada pendapatan bulanan kamulah?
Tak bolehkah hubungi saya, cakap secara baik-baik. Tak bolehkah terangkan secara elok-elok apa yang patut saya lakukan. Ini tidak, kamu hanya tahu marah-marah. Kamu ingat dengan marah-marah, saya akan bayarlah semula. Lagi buat saya mahu surrender lagi adalah. Saya menyampah! Kalau begini layanan kamu, baik saya berhenti. Tak adalah sakit hati begini.
Kamu bekerja di bahagia customer service, tolonglah berhemah sedikit. Susah ker? Jangan ingat saya tiada duit yer. Mungkin apa yang berlaku ini, DIA mahu tunjukkan pada saya perangai kamu yang sebenarnya. Ya! Sekarang saya sudah tahu...
1 comment:
salam, boleh tahu takaful mana? akak pun ada problem ngn satu takaful ni..nak2 pulak akak tak de masa nak followup..dulu bukan main lagi..bila ada problem, senyappp terus..tak elok la, kan? dah la auto debit..
Post a Comment