:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday, 31 December 2009

Bila Si Putih Yang Ini, Buat Hal

Saat-saat genting macam ni, masa nak berjimat-cermat ni, 'Si Putih' kesayangan saya, buat hal pula. Bukan 'Si Putih' yang ini...

Tapi, 'Si Putih' yang ini...

Pening saya.. Takpe2, En. Tunang datang arini, hantar hanset saya lagi satu lagi. Dah tak larat dah, sebab 'Si Putih' ni dok meragam yang bukan-bukan dari semalam...

Monday, 28 December 2009

Lirik Lagu : Menatap Matamu

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun


Tercipta Untukku : Indahnya Saat Bersamamu

Kami jarang berjumpa atau melakukan aktiviti bersama-sama kerana jarak memisahkan. Namun, bila dapat ketemu, indah sungguh rasanya. Dan alangkah indahnya lagi, jika hubungan itu sudah sah. Wah, bunyi macam tak sabar kan? Hikhik... Siapa duduk kat tempat saya, mesti rasa macam ni juga. Tak lama je lagi. 4 bulan je.. Sabar, sabar...

Dua minggu berturut-turut, bertemu dan bersama-sama menghabiskan hari. Perkara yang jarang dapat dilakukan. Dan selepas ini, mungkin akan bertemu semula pada Februari 2010. Oh, tak sabarnya nak tunggu saat itu lagi. Ha, tengok... Gedik lebih saya ni... Ok2 dah yer...

Sunday, 27 December 2009

Jurnal 2 Hati : 045 - Pencarian Barang Hantaran

Semalam En. Tunang datang ke sini. Pada awalnya merancang mahu mencuba pakaian pengantin di sini pula. Tapi, baju yang saya mahu tu, minggu ini tiada di butik. Maklumlah, musim cuti sekolah ni, baju banyak yang keluar. Berkemungkinan, pada pertengahan bulan Januari nanti, semuanya akan ada di butik. Kami akan datang pada waktu itulah.

Jadi misi telah bertukar. Tidak dirancang pun. Tapi sebab dah alang-alang keluar berdua, jarang pula dapat begini, kami jalankanlah operasi. tidak berjalan di banyak tempat pun. Cuma di Alamanda Putrajaya. Misi kami, masing-masing kena selesaikan satu dulang hantaran.

Disebabkan saya sudah biasa berjalan-jalan di Alamanda, saya sudah tahu kedai mana yang mahu dituju. Misi En. Tunang yang completed dulu. Dapat saya menghabiskan duit beliau untuk kasut & beg tangan. Dalam RM200. Untunglah ada Y-E-S kan?

Selesai misi beliau, misi saya perlulah diselesaikan juga. Agak susah mahu mencari kasut yang sesuai dengan beliau. Beliau bukan bekerja ofis, selalu turun site, jadi dapat bayangkanlah bukan kasut formal lelaki tu, pilihan beliau. Kalau dibelikan juga yang itu, alamatnya tidak pakailah nanti. Setelah berjalan dari satu kedai ke satu kedai, kami menjelajah ke dalam Parkson. Dapat jugalah hasil untuk stoking dan T-Shirt berkolar. T-shirt yang berharga beratus-ratus, dengan discount 70%, berapalah sangat kan? Belasahlah ambil terus. Kang kalau tak ambil, menyesal pula nanti. Keluar semula, kedai yang pertama tadi juga menjadi pilihan. Sebenarnya, sudah ada yang berkenan. Tapi beliau takut nak mengepow duit saya banyak-banyak. Kasut lelaki, memanglah agak mahal sedikit harganya. Tapi, mereka cuma pakai satu kasut tu,sampai barai? Hehe... At last, ambil juga yang itu. Untuk beliau saya habis lebih RM200, untuk satu dulang setengah.

Boleh tengok kat sini, update terbaru untuk barang hantaran kami. Yang penting, memang lega sangat, dapat setelkan sikit-sikit untuk majlis perkahwinan kami nanti. Untuk dulang yang lain, misi kami bulan Mac nanti, insyaAllah...

Friday, 25 December 2009

Jurnal 2 Hati : 044 - Tudung Nikah Pilihan

Untuk tudung nikah, saya seboleh mungkin mahukan sesuatu yang simple untuk dipakai, tetapi cantik. Lagi pun, baju yang akan saya pakai masa malam tu, sangat simple, seperti di bawah ini:

Tiada lace pun, cuma kain biasa, yang akan saya tambah dengan sedikit jahitan manik, berwarna pink+kuning. Sangat simple kan? Kain untuk baju saya & baju bakal suami saya, dari kain yang sama. So, pasti ada dapat agak, kain bagaimana kan...

Seperti entri saya sebelum ini, saya mengambil inspirasi tudung Siti dalam pilihan tudung untuk Majlis Nikah saya nanti. Dan setelah menggodek-godek, di google tudung seperti di bawah ini, benar-benar menarik minat saya:

Cantik, tanpa layah (veil) pun di belakang. Anak tudung & tudung di luar, benar-benar membuat penampilan si pengantin tampak begitu mempesona. Betul kan? Seperti promosi Koleksi Vispera di atas, anda pun lihat koleksi di sini begitu mempesonakan buat bakal-bakal pengantin.

Sebagai seorang yang bakal menjadi Raja & Ratu, pasti anda mahukan yang terbaik, sehingga kadang-kadang menjadi sangat cerewet. Tapi, saya faham kenapa sampai jadi begitu. Untuk sesuatu sekali seumur hidup kan....



Jangan Mempergunakan Mereka

Dua hari lepas, semasa sibuk mahu memberi makan kepada Si Putih kesayangan saya di Esso, saya didatangi seorang anak kecil, lingkungan umur 6-7 tahun, memberitahu yang dia anak yatim yang ingin menjual CD lagu-lagu nasyid. Lepas saya katakan tidak mahu, dia minta pula sedikit sumbangan ikhlas.

Apa yang ingin saya kongsikan ini, pasti anda pun pernah melaluinya juga. Saya bukan tidak mahu memberi sumbangan kepada anak-anak itu, tapi saya tahu ke mana duit itu akhirnya. Kejadian ini pernah berlaku di depan mata saya sendiri. Mereka ini telah berjalan dari satu tempat ke satu tempat, untuk meminta sumbangan. Tapi mereka sendiri kelaparan, kerana tidak dibenarkan pun menggunakan wang itu barang sesen pun, walau hanya untuk memberi makanan. Bukankah itu wang mereka, kalau benar mereka anak yatim.

Sehinggalah ada seorang pakcik ingin memberikan mereka makan, mereka makan seperti sangat-sangat lapar. Sedang mereka menjamu selera, datang ketua mereka marah-marah kerana mereka sepatutnya mencari wang sumbangan. Nampak kan? Wang itu memang bukan untuk mereka. Tapi untuk 'ikan jerung' yang kelaparan. Menggunakan kanak-kanak yang masih putih itu, untuk memberikan makan kepada mereka.

Saya sendiri punya anak buah yang memang anak yatim. Jika benar mereka itu anak-anak yatim, sudah pasti saya akan terkenangkan anak-anak buah saya. Setiap anak yatim, ada rezeki mereka, dan bukan tugas mereka untuk berjalan merata-rata semata untuk mencari wang sesuap nasi. Lembaga zakat sendiri ada menyediakan peruntukan untuk mereka. Lagipun, bukankah HARAM memakan harta anak yatim...

~ Renung-renungkan & Selamat Beramal ~


Wednesday, 23 December 2009

Hutang - Dosa Yang Tidak Diampunkan ALLAH

ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)

Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

Mengapakah anda berhutang?

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

l Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2 Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3 Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4 Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5 Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang.

l Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2 Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3 Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4 Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas.."

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. –

Monday, 21 December 2009

Tercipta Untukku : 6 Bulan Bertunangan


21 JUN 2009

Kami telah selamat ditunangkan dengan restu & iringan doa keluarga.

HARI INI
21 DISEMBER 2009

Genap 6 BULAN usia pertunangan.

InsyaAllah, lagi
4 bulan 1 minggu 4 hari
KAMI AKAN DISATUKAN.


~AMEEN~

Sunday, 20 December 2009

Jurnal 2 Hati : 043 - Pakej untuk Bertandang~SELESAI

Alhamdulillah, misi hari ini, berjalan seperti yang dirancang, dan ianya menjadi sangat mudah bagi saya. Berkat kerjasama semua, kerjasama siapa? Mula-mula sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memberikan info kepada saya mengenai butik andaman di Melaka. Kepada Atiqah, Yanie & Siti Hajar. Juga kepada junior saya di MSU, yang siap anta mail kat FB saya, Norliana. TQ ya!

Pagi tadi, kedatangan saya ke rumah keluarga En. Tunang, disambut meriah dengan paluan kompang. Ahaks! Tipu jer... Ingatkan dalam pukul 10, dah boleh mulakan misi. Tapi, disebabkan kami ingin mengajak sama bakal ibu mertua saya, dan beliau pula sedang memasak, jadi haruslah saya sabar menanti kan. Pencarian bermula setelah makan tengahari, dan selesai solat Zohor.

Ingatkan nak kena berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Rupanya ibu beliau, ada tempat yang memang sudah biasa. Jadi terus ke rumah Mak Andam, yang kebetulan berdekatan dengan rumah Nenek beliau. Di Alai jer...

Sampai-sampai terus tengok-tengok baju. Saya ni tak kisah sangat pun, sebab sebelah keluarga bakal suami punya, just ikut jelah. Mereka pun masih pilih-pilih warna tema. Pada asalnya hari itu ingatkan nak warna maroon. Tapi tengok, warna tu cam tak berapa nak kena je, saya cadangkan warna purple. Mula-mula dah memang berkenan yang warna purple, dah nak setuju dah. En. Tunang tanya warna biru pekat. Atau orang panggil biru turqoise. Cantik la pulak. Baju perempuan pun lagi cantik dari yang warna purple tadi. Apa lagi, teruslah ambil yang warna biru tu.

Nak tahu berapa harga pakej, dan berapa yang En. Tunang bayar untuk deposit? Pakej cuma sepasang baju L+P dan mekap 1x = RM 350. Murah kan? Bila En. Tunang tanya, berapa kena bayar untuk deposit, Mak Andam tu jawab, 'Ikut sukalah nak bayar berapa dulu, nak bayar lepas majlis pun tak apa'. See? Betapa baiknya service Mak Andam ni. Mungkin dia bagi pada orang yang dia betul-betul kenal je kot. Tapi, kami sangat beruntunglah...

Satu part lagi sudah selesai. Minggu depan, giliran En. Tunang pula untuk ke sini, fitting baju. Wah, tak sabar pula mahu kahwin. Eheh..

Saturday, 19 December 2009

Jurnal 2 Hati : 042 - Warna Tema, Mungkin Berubah

Hari tu, sepupu saya pernah cakap, selagi belum tiba majlis, macam-macam perkara yang kita rancangkan pada awalnya, pasti akan berubah. Tidak banyak pun, pasti sedikit. Itulah yang saya rasai kini. Kadang-kadang tu, sampai pening tak tau nak buat apa & bagaimana mahu dibuat.

Begitu dengan cerita mengenai warna tema. Keluarga saya, sebenarnya paling tepat Mama saya, telah sangat mahukan warna hijau menjadi tema majlis resepsi saya. Lagi pula, kain untuk dibuat baju melayu Ayah & adik-adik, sudah pun dibeli. Tinggal lagi mahu menempah sahaja, pada Januari depan. Mama pun sudah punya satu set baju berwarna hijau lumut.

Semasa menjalankan misi mencari baju pengantin untuk sesi persandingan, susah betul mahu mencari warna idaman itu. Kalau boleh mahu digabungkan bersama warna putih atau krim. Tidak warna lain, kerana ia mungkin tidak sesuai untuk bakal suami saya nanti. Baju yang memikat hati saya tu, berwarna krim+gold sedikit sahaja. Kerana ahli keluarga yang lain sudah menjadi hijau, tidak mungkin untuk kami pengantin memakai hijau pokok juga. Hehe...

Hari itu, mengikut perancangan, baju nikah pastinya berwarna putih. Dan saya beria-ia mahu menggabungkan dengan warna gold, since tak dapat nak gunakan warna kegemaran saya itu untuk majlis resepsi. Tapi, bila baju bersanding sudah berwarna krim+gold, takkan mahu baju nikah warna putih+gold pula kan? Jadi sepakat bersama Mama, gabungan warna itu, mungkin akan diubah. Nasib baik, manik belum dijahit. Cuma songket untuk sampin En. Tunang sudah dibeli, berwarna putih+gold. Warna apa ingin digabungkan? Mungkin hijau, mungkin juga warna lain. Belum berbincang bersama En. Tunang lagi.

Betul kan saya cakap? Kadang-kadang perkara yang berkaitan itu, cuma kecil & kadang-kadang rasa macam remeh pula. Tapi sebab melibatkan juga, banyak orang penting, banyak juga hati yang perlu dijaga. Saya harap, saya mampu bersabar dengan segala macam karenah, juga mungkin masalah yang bakal mendatang, sehingga majlis selesai dengan lancar...

Mereka Bercuti-cuti Malaysia

Semalam mereka semua telah berangkat pulang ke kampung, sebelum bergerak ke Ipoh & seterusnya ke Pulau Langkawi, hari ini. Saya? Bekerja dari semalam ke hari ini. Masih lagi di ofis, menyiapkan report yang still lagi tak balance, dah buat hampir seminggu...

Tinggallah saya bersama adik-adik tercinta, Ja'a & Naeem. Yang mana, sepatutnya Naeem perlu turut serta, kerana percutian itu dikhaskan oleh Mama & Ayah buat adik-adik yang masih bersekolah. Walaupun Fuad tidak lagi bersekolah, tapi title pelajar masih lagi dipegang, maka kiranya dia masih lagi mendapat pengiktirafan itu. Lagi pula, tujuan ke Ipoh itu, untuk mengambil barang-barang dia, setelah menamatkan pengajian kan...

Tinggallah kami bertiga beradik semalam, tapi tidaklah bertiga pun, sebab saya ditinggalkan adik-adik di rumah secara bersendirian. Nasib baik rumah sendiri, relax jelah kan. Takpelah, since Kiki & Musang pun ada, tak kisah sangat pun.

Mengikut perancangan akan turun ke Melaka esok untuk misi penting mencari butik andaman & kalau boleh mahu terus booking, sebab saya sudah tidak punya kesempatan lagi selepas ini untuk ke sana, sehingga sebelum majlis. Kecuali keadaan sangat-sangat memaksa. Semuanya ingin diselesaikan, lagi pula saya bakal sangat-sangat sibuk sehingga ke penghujung bulan Februari, mungkin. Jadi, saya sangat berharap, apa yang dirancangkan esok, dapat berjalan dengan lancar...

Friday, 18 December 2009

Jurnal 2 Hati : 041 - Persediaan Selepas Majlis

  1. Bulan madu
  2. Rumah
  3. Kelengkapan rumah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau

Kemaskini : 130110


Jurnal 2 Hati : 040 - Majlis Bertandang ~ SELESAI

  1. Sewa baju bersanding
  2. Mak andam
  3. Set pelamin lengkap
  4. Jurugambar
  5. Juruvideo
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau

Kemaskini : 080210

Azam?? Tahun Baru Kan...

Seperti biasa, sejak dari kecil kita disogokkan, setiap menjelang tahun baru, kita perlu memperbaharui azam kita untuk tahun mendatang. Tapi, fahamkah kita pada konsep azam itu. Sebenarnya, apabila kita cuba untuk memperbaharui azam, baru kita sedar, banyak azam yang telah kita buat, tak tercapai pun lagi. Dan kadang-kadang azam itu diperbaharui saban tahun.

Bukanlah saya memandang rendah untuk kita semua berazam. Azam itu, seumpama matlamat hidup juga. Tapi, kenapa perlu setiap kali tahun baru, untuk memperbaharui azam? Bukankah setiap kali terjaga dari lena, kita perlu berazam. Kadang-kadang kita tak perasan pun yang apa yang kita lakukan itu, merupakan sebahagian daripada azam. Matlamat yang ingin dicapai sepanjang hari tersebut.

Dulu, sewaktu bersekolah, berazam untuk menjejakkan kaki ke universiti. Mahu menjadi insan terpelajar. Alhamdulillah, walau jalan ke situ agak perit, tapi saya berjaya mencapainya. Bila sudah selamat berada di dalam universiti, berazam untuk mencapai keputusan terbaik, agar mudah memperoleh pekerjaan. Yang ini, DIA bagi jalan yang mudah buat saya, 2 minggu tamat pengajian, result akhir pun belum keluar, saya sudah dipanggil memulakan kerjaya. Cuma jalan sewaktu di alam pekerjaan memang penuh ranjau, onak & duri. Namun bersyukur, kerana saya punya pekerjaan, mampu untuk membayar semula pinjaman pengajian.

Selain daripada itu, setiap yang diingini wanita ialah, bertemu jodoh yang baik, dan dikurniakan keluarga yang bahagia kan? Awal tahun lepas, saya berazam untuk mengikat janji pada tahun tersebut, tahun 2008, dan diikuti dengan mengakhiri zaman bujang pada tahun ini. Tapi, ada sebabnya kenapa semuanya lambat sedikit dari perancangan. Kita hanya mampu merancang & berusaha sehabis baik. Segalanya, DIA yang tentukan. Bukankah DIA lebih tahu.

Namun saya bersyukur, dengan perancangan DIA, segalanya berjalan dengan baik. Memang jalannya agak berliku untuk ke sini, tapi saya bersyukur kerana banyak yang saya pelajari sepanjang perjalanan ini.

Saya berharap tahun akan datang akan dilalui dengan kebahagiaan. Jadikan saya seorang yang tabah dalam menghadapai segala rintangan & cabaran. InsyaAllah...

Thursday, 17 December 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas kayakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teringat saya, masa saya menasyidkan lagu di atas bersama rakan-rakan. Pada usia 11 tahun, mewakili sekolah lagi. Pakai baju putih, dengan berkain batik & bertudung hitam. Kalau anda semua lahir sezaman dengan saya, pasti dapat bayangkan macam mana rupa kumpulan nasyid saya itu. Tegak berdiri dengan tangan tergenggam sambil bernasyid. Comel kan?

Tahun ini, sama seperti tahun lepas, kita melalui akhir tahun hijrah hampir sama dengan akhir tahun masihi. Jadi tahun baru disambut hampir serentak. Sebenarnya tahun hijrah lebih singkat berbanding dengan tahun masihi, kerana tahun hijrah dikira berdasarkan kepada putaran bulan mengelilingi bumi, manakala tahun masihi dikira berdasarkan putaran bumi mengelilingi matahari.

Wednesday, 16 December 2009

Jurnal 2 Hati : 039 - Pakej Bertandang di Melaka

Saya minta tolong rakan-rakan blogger, yang memang orang Melaka, untuk berikan saya sedikit info mengenai butik pengantin di sana. Kalau boleh nak yang berkualiti pada harga yang berpatutan la. Saya cuma mahukan, sepasang baju bersanding dengan aksesori & sekali mekap. Tolong saya yer..

Kalau boleh, mahu sebelum saya ke Melaka hujung minggu ini. Saya mahu setelkan semua.

Bantuan kamu semua, amat saya hargai. Terima kasih.

Sunday, 13 December 2009

Jurnal 2 Hati : 038 - Pakej Andaman~SELESAI

Alhamdulillah, hari ini selesai lagi satu perkara penting untuk 'Hari Besar' saya nanti. Pakej andaman telah dipilih & sudah dibayar deposit pun. Lega sangat2! 2 minggu lagi tunggu En. Tunang datang sini untuk buat pemilihan busana. Dah pilih dah tadi. Tapi, apa yang kita tengok cantik di mata, belum tentu cantik bila digayakan.

Ingat tak, entri saya yang ini? Memang pada awalnya, butik pengantin itu jadi pilihan saya. Tapi since tuan kedai adalah transeksual (perkataan terkini kan?), walaupun kelihatan seperti seorang wanita, saya pula tidak mahu diandam oleh lelaki, walaupun saya tahu lelaki mengandam lebih cantik, tapi aurat perlu dijaga. Walaupun orang cakap sekali seumur hidup. Kalau setakat mahu mencantikkan wajah sahaja, mungkin boleh dipertimbangkan lagi. Tapi nanti mereka ini yang akan memakaikan baju pada 'Hari Besar' itu, saya tak mahulah.

Jadi, keputusan dibuat awal minggu ini, pakej lebih kurang sama, cuma tiada set kot & gaun, yang saya fikirkan tidak perlu pun. Sebab, saya akan menikah pada waktu pagi, kemudian bersanding pada tengahari, hari yang sama. Kalau ditambah sepasang lagi pakaian, takut kepenatan mahu bersiap. Lagi pula, esoknya sudah perlu ke tempat keluarga mertua.

Saya memilih pakej dari Pesona Asmara, butik yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Pakej merangkumi :-
  • Baju bersanding lace/songket
  • 3 pasang baju persalinan
  • Make-up 2x
  • Pelamin superior
  • Bilik tidur
Harga, anda boleh ke website mereka. Klik di nama butik di atas yer...

Friday, 11 December 2009

Selamat Bercuti Rakyat Selangor




Hari ini mereka di rumah, semua bercuti. Saya? Saya rakyat Selangor, tapi tak dapat bercuti. Saya nak cuti!!!


Ok, ok... Sedar diri. Saya bekerja di Kuala Lumpur. Bandar yang penuh kesesakan, tetapi meberi rezeki buat saya. Redhalah, kerana tidak dapat bersenang-lenang di rumah. Di ofis, menaip entri baru buat kalian. Boleh?


Selamat Ulangtahun keputeraan buat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Semoga dipanjangkan usia Baginda.



Jurnal 2 Hati : 037 - Kadar Mas Kahwin (Naik la...)

Saya tak tahu nak klasifikasikan sama ada ini berita gembira atau sebaliknya. Kadar mas kahwin di negeri Selangor naik dari RM 80 (untuk anak dara ye..) ke RM 300. Banyak kan naiknyer?

Pagi-pagi dah dapat berita ini. Orang dah tau dari semalam. Tapi since saya sampai rumah pun dekat pukul 10, manalah nak dapat berita ini semalam kan. Kadar baru ini akan berkuatkuasa 1 Januari 2010. Untuk berita selanjutnya, baca di bawah:

Kadar baru mas kahwin di Selangor RM300

SHAH ALAM: Mulai 1 Januari tahun depan, kadar mas kahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 berbanding kadar semasa iaitu antara RM40 dan RM80 yang dilaksanakan sejak 1978.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata kadar baru itu ditetapkan setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Ketua Agama Islam di negeri itu.

Beliau berkata, kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapa perkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpa mengira status mereka seperti sebelum ini.

"Sebelum ini kita tetapkan mas kahwin bagi anak dara ialah RM80 manakala RM40 bagi yang berstatus janda. Saya yakin dengan kadar baru ini ia lebih memuliakan kedudukan wanita tanpa mengira status.

"Saya yakin kadar baru itu tidak membebankan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga kerana ia berpatutan dan bersesuaian mengikut keadaan semasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dipetik daripada sini.

P/S: En. Tunang terima dengan redha selagi tak naik sampai ribu riban.






Thursday, 10 December 2009

Teringat Pula Kepada Seseorang

Saya terbaca soal jawab di bawah...

WANITA MENYESAL SUMPAH ENGGAN KAHWIN

SAYA ada masalah mengenai sumpah yang pernah saya buat lima tahun lalu. Saya pernah bertunang dan terlalu kecewa apabila hubungan kami putus di tengah jalan. Namun hati saya masih sayang padanya dan tidak sanggup kehilangannya hinggakan saya bernekad di dalam hati untuk tidak menerima orang lain dalam hidup saya.

Saya sanggup tidak berkahwin seumur hidup kerana terlalu sayangkannya. Selalu saya berdoa dan merayu pada Allah SWT agar diberi ketenangan dan hidayah. Saya bangun malam dan berdoa kepada Allah SWT supaya ditutup pintu hati saya kepada lelaki lain.

Pernah saya bersumpah atas nama Allah supaya tidak ditemukan saya jodoh lain selain dia. Namun kini saya menyesal kerana mengikut hati dan kesedihan yang lalu.

Soalan saya ialah, adakah saya berdosa kerana bersumpah atas nama Allah? Adakah sumpah saya diterima dan dimakbulkan Allah SWT?

Macam mana saya nak tarik balik sumpah saya itu? Adakah dengan bertaubat iaitu sembahyang taubat itu memadai? Kalau tidak, adakah cara lain yang boleh saya lakukan?

Saya amat takut sekiranya sumpah saya itu benar-benar dimakbulkan Allah SWT. Saya risau kerana sehingga sekarang saya belum bertemu jodoh.

Jawapan:

Satu dari sifat manusia yang dijelaskan dalam al-Quran surah al-Israk ayat 11 ialah manusia itu terburu-buru mahukan perkara jadi segera. Ketika dia ditimpa kesusahan dia mudah gelisah serta tidak dapat mengendalikan diri sehingga menyumpah, mengeluh dan merasakan dugaan itu terlalu berat hinggakan dia akan berdoa sesuatu yang tidak baik untuk dirinya sendiri seperti mana dia berdoa kebaikan untuk dirinya juga.

Ini sifat yang sudah diketahui dan disebut al-Quran. Hanya iman dapat mengendalikan sikap ini. Latihlah diri mengurangi sifat ini.

Pada waktu susah dan ditimpa cubaan, jangan mudah tergesa-gesa atau terburu nafsu dan di waktu senang jangan mudah lupa diri terlalu gembira.

Jika sudah terlanjur menyumpah diri, banyakkanlah bertaubat memohon ampun daripada Allah.

Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Kadangkala sengaja doa kita dilambatkan atau tidak ditunaikan Allah kerana mahukan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita. Mulai sekarang berdoalah untuk kebaikan diri.

Saya pernah punya teman yang berperasaan seperti ini, sehingga sanggup bersumpah untuk tidak berkahwin. Semoga DIA menurunkan hidayah buat beliau...


Monday, 7 December 2009

Ada Yang Tunggu Laporan?

Saya katakan pada 5 Disember telah berlangsung Majlis Perkahwinan 2 orang rakan saya kan? Dan saya beritahu tak tahu lagi mahu pergi ke majlis yang mana.

Ok, pada asalnya, memang saya merancang untuk ke majlis Sue di Batu Pahat. Sebab kalau saya ke sana, 'Sambil menyelam, sambil minum air', sambil pergi ke majlis Sue, sambil pergi berjumpa En. Tunang. Tak gitu? Tapi rancangan memang hanya tinggal rancangan, bila saya dikerah untuk bekerja. Bukankah dari hari Rabu hingga Jumaat saya telah berlumus tungkus demi kampus semua. Dan hari Sabtu ada yang mahu meneruskan misi menyiapkan laporan, jadi saya di Canseleri, perlulah memberikan kerjasama kepada mereka. Kang ada pulak yang tak sedap didengar kan...

Hari ini, saya bercuti, asalnya hanya merancang untuk berehat-rehat. Teringat pula Zakat Pendapatan yang belum dibayar, laju menuju ke kaunter zakat di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Itu baru bayar untuk tahun 2008. Tahun 2009, tunggu gaji hujung bulan ini. Saya terleka mengenai ini, terlepas pandang untuk bayar tahun lepas. Tahun depan, buat potongan gaji terus, mudah kan?

Alhamdulillah, bakal ibu mertua saya selamat sampai ke tanahair pukul 2.49 pagi tadi. Tak sempat lagi mahu menjeguk beliau. Rancangnya, hujung minggu depan. Harap-harap semua repot dapat disiapkan secepatnya. Pagi tadi telefon En. Tunang, wah suara sungguh ceria! Ibu tersayang sudah pulang, maka terjagalah makan minum beliau selepas ini kan. Hehehe.. Ada sesuatu untuk saya dari tanah suci? Alhamdulillah, seronok mendengar. Tak sabar pula mahu ke Melaka. Hahaha!

Ok, ok.. Esok sambung bekerja. Saya tahu banyak yang menanti. Apatah lagi workshop minggu lepas, akan disambung lagi minggu ini. Moga-moga saya diberikan lebih kesabaran. Ameen...

Sunday, 6 December 2009

Tercipta Untukku : Memang Sangat Singkat!

Saya akui bahawa sesungguhnya saya dan beliau tidak berkenalan dan bercinta dengan begitu lama. Bagi saya ia sangat singkat! Saya kenal beliau dalam beberapa hari, mencuba untuk meneruskan hubungan yang lebih serius, dan akhirnya direstui kedua-dua orang tua kami. Dalam banyak perkara yang saya lakukan, ini yang paling penting. Restu kedua orang tua.

Saya terlupa bila tarikh saya mengenali beliau, tapi saya mencuba untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan beliau pada 14 Februari 2009. Kebetulan pula jatuh pada tarikh itu. Kami pun tak perasan pada awalnya. Kemudian saya bertemu dengan ibu beliau pada 21 Februari 2009, dan beliau pula datang bertemu kedua orang tua saya pada 19 April 2009.

Yang bagi saya sangat manis ialah apabila beliau sendiri memberitahu Mama & Ayah saya, untuk melanjutkan hubungan yang lebih rapat. Dengan ayat tersiratlah, 'Nanti saya akan bawa mak ayah saya jumpa makcik & pakcik'. Terkejut saya ok. Sebab beliaulah lelaki pertama yang berkata begitu kepada kedua orang tua saya. Saya akui, beliau bukan yang pertama yang saya bawa bertemu kedua orang tua saya. Tapi beliaulah yang pertama keluarkan ayat sweet itu. Dari situ saya tahu beliau benar-benar serius.

Bermula dari situ, Mama mula bertanya bila beliau mahu datang bersama-sama dengan keluarga beliau. Dan akhirnya kami sepakat memilih tarikh 1 Mei yang lepas. Majlis yang asalnya hanya dirancang untuk sesi perkenalan dua buah keluarga, terus menjadi Majlis Merisik. Kami tak rancang pun. Sebab tu datang tanpa sebarang tanda.

Tapi, kami semua sepakat menjadikan tarikh 21 Jun 2009 sebagai tarik pertunangan kami. Selangkah ke arah hubungan yang lebih erat dalam tempoh beberapa bulan selepas berkenalan, memang mengejutkan semua orang. Bukan sahaja orang di sekeliling saya, tetapi juga orang di sekeliling beliau. Tapi apa pun, sesingkat mana pun tempoh perkenalan kami, saya bersyukur. Bersyukur dengan kurniaan-Nya buat saya. Alhamdulillah...

Saturday, 5 December 2009

Ha, Kan Dah Kantoi!


Semalam I call you, you tak answer.
You kata you keluar pergi dinner.
You kata you keluar dengan kawan you.
But when I called Tommy he said it wasn't true.

So I drove my car pergi Damansara.
Tommy kata maybe you tengok bola.
Tapi bila I sampai you, you tak ada.
Lagilah I jadi gila.

So I called and called sampai you answer.
You kata sorry sayang tadi tak dengar.
My phone was on silent, I was at the gym.
Tapi latar belakang suara perempuan lain.

Sudahlah sayang, I don't believe you.
I've always known your words were never true.
Why am I with you, I pun tak tahu.
No wonderlah my friends pun tak suka you.

So I guess that's the end of our story.
Akhir kata she accepted his apology.
Tapi last last kita dapat tahu she was cheating too.
With her ex boyfriend's best friend - Tommy.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
First time dengar lagu ni, masa tengah tak sabar-sabar nak dengar suara En. Tunang. Wah, lagu siapa ni? Awek mana pulak yang nyanyi kat hanfon tunang i ni? Nasib baik sedap didengar.

Tanya En. Tunang mana dapat lagu tu. Katanya staff di ofis beliau tengah syok layan lagu ni. Pastu beliau pun tergoda. Amboi, amboi...

Tapi, sejujurnya lagu ni memang layan. Tak percaya dengarlah. Dengarnya Zee Avi ni, famous di Youtube. Saya baca di sini. Dah la comel...


Jurnal 2 Hati : 036 - Cerita Tudung Nikah Lagi

Semalam berblogwalking, tengok Koleksi Vispera, mereka keluarkan koleksi terbaru. Cantik la pulek...

Cantik kan? Tergoda I you...

Selamat Pengantin Baru!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


5 DISEMBER 2009

Tahniah buat 2 pasang pengantin. Pertamanya buat, SUHAILAH MOHAMMAD & MOHD SHAHIZUDDIN. Sue ni, kira macam kawan yang baru dikenali. Kat mana & macam mana kenal, susah nak cerita. Ada peristiwa yang menyebabkan kami jadi rapat. Kisah cinta beliau bersama bakal suami, hampir sama dengan saya. Bertemu dalam waktu yang singkat, terus ambil keputusan untuk berumahtangga. Keduanya buat, KHAIRUN NIFA JAMALLUDIN & FAIZAL ARIFF ABU. Nifa ni kawan di ofis lama saya, CIG di Jalan TAR.

Majlis Sue di Batu Pahat. Manakala, Nifa di Keramat. Yang mana satu akan saya pergi, tunggu jelah laporannya esok atau lusa.

Apa-apa pun. TAHNIAH!

Friday, 4 December 2009

Kerana Kesibukan Yang Teramat!!

Kerana kesibukan yang teramat sepanjang minggu ini, hampir terlupa hari lahir beliau. Tapi, teknologi terkini, memang benar-benar berguna. Hanset berbunyi reminder jam 11.45 malam tadi. Kalau tak, tentu saya menyesal tak sudah.

Sudah dua malam saya bermalam di hotel. Bukan jauh pun, cuma di Quality Hotel Kuala Lumpur. 15 minit je dari ofis. Dah tiga hari tak buka PC. Sepanjang tiga hari berada di dalam lab untuk sesi workshop bersama campus. Dan saya adalah trainer.

Ya! menjadi trainer adalah sangat penat. Tapi saya sudah berlumus tungkus selama beberapa minggu untuk ini. Dan hasilnya? Memberangsangkan! Wah, mendapat pujian daripada 'Big Boss'. Syukur sangat-sangat!

Tapi, memang kepenatan yang teramat ini, membuatkan saya berangin dan beremosi dengan perkara-perkara yang remeh! Kenapa tinggal di hotel? Sebab workshop tamat pada jam 10 malam, dan saya tidak larat untuk pulang ke rumah sendirian pada jam begitu. Kang ada pulak yang tak datang esoknya. Lagi bahaya kan.

Nasib baik, Big Boss sangat-sangat baik hati, memberi advance untuk accomodotion saya selama 2 malam ini. Hari ini, baru mahu pulang semula ke rumah. Rasa tak sabar, sebab rindu pada bantal busuk saya. Ahaks!

Yang Teristimewa

4 DISEMBER 2009

UCAPAN ISTIMEWA BUAT YANG TERISTIMEWA

Ku bersyukur dipertemukan denganmu
Dalam keadaan yang penuh direstui
Dan insyaAllah, penuh diredhai

Ku tidak mengharapkan harta berjuta
Untuk kamu berikan padaku
Cukup sekadar kasih sayang penuh keikhlasan

Semoga kasih sayang yang dibina
Semakin kukuh hari demi hari
Walau mungkin ku tidak sempurna buatmu
Ku kan cuba menjadi yang terbaik
Dan kan ku jadikanmu yang terbaik buatku

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, 2 December 2009

Jurnal 2 Hati : 035 - 150 Hari Lagi

Maaf, saya tak sempat tak update, disebabkan sangat-sangat sibuk sekarang ini. Nanti saya dah free sikit, saya akan update ok.

Yang penting hari ini, ada 150 hari lagi menjelang hari bahagia saya. Saya mula rasakan kehangatannya. Apatah lagi ticker dah bertukar dari 5 bulan ke 4 bulan. Kupu-kupu banyak dalam perut. Uhuuu...

Tuesday, 1 December 2009

Jurnal 2 Hati : 034 - 5 Bulan Sebelum Majlis ~ SELESAI

  1. Himpunkan senarai tetamu
  2. Tempah baju majlis pernikahan & resepsi (termasuk aksesori)
  3. Tempah juruandam
  4. Tempah PA system
  5. Tempah katerer
  6. Tempah jurufoto
  7. Tempah juruvideo
  8. Tempah kek pengantin
  9. Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan & majlis bertandang
  10. Beli barang hantaran
  11. Hadiri kursus perkahwinan
  12. Buat pemeriksaan kesihatan
  13. Buat rawatan muka
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau
Tak Buat Lagi - MERAH