:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Sunday 6 December 2009

Tercipta Untukku : Memang Sangat Singkat!

Saya akui bahawa sesungguhnya saya dan beliau tidak berkenalan dan bercinta dengan begitu lama. Bagi saya ia sangat singkat! Saya kenal beliau dalam beberapa hari, mencuba untuk meneruskan hubungan yang lebih serius, dan akhirnya direstui kedua-dua orang tua kami. Dalam banyak perkara yang saya lakukan, ini yang paling penting. Restu kedua orang tua.

Saya terlupa bila tarikh saya mengenali beliau, tapi saya mencuba untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan beliau pada 14 Februari 2009. Kebetulan pula jatuh pada tarikh itu. Kami pun tak perasan pada awalnya. Kemudian saya bertemu dengan ibu beliau pada 21 Februari 2009, dan beliau pula datang bertemu kedua orang tua saya pada 19 April 2009.

Yang bagi saya sangat manis ialah apabila beliau sendiri memberitahu Mama & Ayah saya, untuk melanjutkan hubungan yang lebih rapat. Dengan ayat tersiratlah, 'Nanti saya akan bawa mak ayah saya jumpa makcik & pakcik'. Terkejut saya ok. Sebab beliaulah lelaki pertama yang berkata begitu kepada kedua orang tua saya. Saya akui, beliau bukan yang pertama yang saya bawa bertemu kedua orang tua saya. Tapi beliaulah yang pertama keluarkan ayat sweet itu. Dari situ saya tahu beliau benar-benar serius.

Bermula dari situ, Mama mula bertanya bila beliau mahu datang bersama-sama dengan keluarga beliau. Dan akhirnya kami sepakat memilih tarikh 1 Mei yang lepas. Majlis yang asalnya hanya dirancang untuk sesi perkenalan dua buah keluarga, terus menjadi Majlis Merisik. Kami tak rancang pun. Sebab tu datang tanpa sebarang tanda.

Tapi, kami semua sepakat menjadikan tarikh 21 Jun 2009 sebagai tarik pertunangan kami. Selangkah ke arah hubungan yang lebih erat dalam tempoh beberapa bulan selepas berkenalan, memang mengejutkan semua orang. Bukan sahaja orang di sekeliling saya, tetapi juga orang di sekeliling beliau. Tapi apa pun, sesingkat mana pun tempoh perkenalan kami, saya bersyukur. Bersyukur dengan kurniaan-Nya buat saya. Alhamdulillah...

3 comments:

Cik Belle said...

sangat manis!
=)

Haliza Haron said...

beza 1 hr je kn hari pertunangan kite? hehe..

MaZNi PutERi said...

cik belle : mm, manis & lazat! hehe

haliza : o yeke? awk dulu kan?