Saya katakan pada 5 Disember telah berlangsung Majlis Perkahwinan 2 orang rakan saya kan? Dan saya beritahu tak tahu lagi mahu pergi ke majlis yang mana.
Ok, pada asalnya, memang saya merancang untuk ke majlis Sue di Batu Pahat. Sebab kalau saya ke sana, 'Sambil menyelam, sambil minum air', sambil pergi ke majlis Sue, sambil pergi berjumpa En. Tunang. Tak gitu? Tapi rancangan memang hanya tinggal rancangan, bila saya dikerah untuk bekerja. Bukankah dari hari Rabu hingga Jumaat saya telah berlumus tungkus demi kampus semua. Dan hari Sabtu ada yang mahu meneruskan misi menyiapkan laporan, jadi saya di Canseleri, perlulah memberikan kerjasama kepada mereka. Kang ada pulak yang tak sedap didengar kan...
Hari ini, saya bercuti, asalnya hanya merancang untuk berehat-rehat. Teringat pula Zakat Pendapatan yang belum dibayar, laju menuju ke kaunter zakat di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Itu baru bayar untuk tahun 2008. Tahun 2009, tunggu gaji hujung bulan ini. Saya terleka mengenai ini, terlepas pandang untuk bayar tahun lepas. Tahun depan, buat potongan gaji terus, mudah kan?
Alhamdulillah, bakal ibu mertua saya selamat sampai ke tanahair pukul 2.49 pagi tadi. Tak sempat lagi mahu menjeguk beliau. Rancangnya, hujung minggu depan. Harap-harap semua repot dapat disiapkan secepatnya. Pagi tadi telefon En. Tunang, wah suara sungguh ceria! Ibu tersayang sudah pulang, maka terjagalah makan minum beliau selepas ini kan. Hehehe.. Ada sesuatu untuk saya dari tanah suci? Alhamdulillah, seronok mendengar. Tak sabar pula mahu ke Melaka. Hahaha!
Ok, ok.. Esok sambung bekerja. Saya tahu banyak yang menanti. Apatah lagi workshop minggu lepas, akan disambung lagi minggu ini. Moga-moga saya diberikan lebih kesabaran. Ameen...
No comments:
Post a Comment