Saya tak tahu nak klasifikasikan sama ada ini berita gembira atau sebaliknya. Kadar mas kahwin di negeri Selangor naik dari RM 80 (untuk anak dara ye..) ke RM 300. Banyak kan naiknyer?
Pagi-pagi dah dapat berita ini. Orang dah tau dari semalam. Tapi since saya sampai rumah pun dekat pukul 10, manalah nak dapat berita ini semalam kan. Kadar baru ini akan berkuatkuasa 1 Januari 2010. Untuk berita selanjutnya, baca di bawah:
Kadar baru mas kahwin di Selangor RM300
SHAH ALAM: Mulai 1 Januari tahun depan, kadar mas kahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 berbanding kadar semasa iaitu antara RM40 dan RM80 yang dilaksanakan sejak 1978.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata kadar baru itu ditetapkan setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Ketua Agama Islam di negeri itu.
Beliau berkata, kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapa perkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpa mengira status mereka seperti sebelum ini.
"Sebelum ini kita tetapkan mas kahwin bagi anak dara ialah RM80 manakala RM40 bagi yang berstatus janda. Saya yakin dengan kadar baru ini ia lebih memuliakan kedudukan wanita tanpa mengira status.
"Saya yakin kadar baru itu tidak membebankan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga kerana ia berpatutan dan bersesuaian mengikut keadaan semasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dipetik daripada sini.
P/S: En. Tunang terima dengan redha selagi tak naik sampai ribu riban.
3 comments:
dah naik ek... byk kan naik..:)
hehe baru nak update pasal ni kat belog hee~ tulaa terkejut juga semalam tengok beritaa..
cikin : tulah. tapi masih dalam kemampuan, insyaAllah...
atiqah : sapa nak kawin gan org selangor lagi terkejut la. hehe!
Post a Comment