:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday, 27 November 2010

32 Minggu - Masa Untuk Bersiap-siap

Hari ni genap kandungan berusia 32 minggu. Maknanya, dalam 8 minggu je lagi, saya akan dapat berjumpa dengan anak kesayangan saya ini. Itupun, kalau dia nak keluar on time. Kalau dia nak keluar awal? Nak pilih tarikh yang cantik-cantik ke kan... Kalau dia keluar lewat sket pun, mungkin seminggu ke 10 hari je...

Sebab anak sulung, tak tau dia punya rentak macam mana. Maka, sekarang dah nak kena bersiap-siap. Nak kena prepare beg untuk ke hospital, if emergency case la kan. Maknanya, ke mana saja pergi, sekarang dah nak kena bawa la beg tu.

Ini senarai barang-barang yang nak kena bawa ke hospital. Boleh tegok kat sidebar --> juga ye... Ada yang belum beli lagi pun ye juga ni. InsyaAllah, hari ini akan selesaikan semuanya...

IBU
1) Buku merah
2) Kad pengenalan
3) Telefon bimbit + charger
4) Baju/blouse - 5 helai
5) Stokin - 2 pasang - belum beli lagi
6) Kain batik - 3 helai
7) Pakaian dalam - 5 pasang
8) Tudung - 2 helai
9) Peralatan mandian
10) Buku/majalah
11) Tuala mandi
12) Maternity pad - 1 pek
13) Tuala muka
14) Selipar
15) Kamera
16) Air selusuh - Suami belum buat lagi
17) Minyak angin
18) Air zam-zam
19) Makanan & minuman
20) Termos air panas - belum beli lagi
21) Beg plastik
22) Baju sejuk
23) Sikat
24) Breast pad - 4
25) Nursing bra - 4

BAYI
1) Lampin pakai buang - 6 helai
2) Baju - 3 pasang
3) Minyak telon
4) Baby wipes/wet tissue
5) Tuala mandi
6) Sarung tangan & kaki - 4 pasang
7) Peralatan mandian
8) Selimut/bedung
9) Barut - 5 helai
10) Bedung - 1 helai
11) Topi

Ok, mana yang ada, dah boleh masukkan dalam beg dah. Harap sangat, kalau bb nak keluar pun, biarlah lepas 18/12 ni. Lepas check up kat Az-Zahrah, dan lepas kami bayar booking kat sana. Dan kalau boleh juga, biarlah masa tu saya di Bangi. Ameen...

Friday, 26 November 2010

Jangan Selalu Mengeluh...

Masuk hujung tahun je, hujung minggu penuh dengan jemputan perkahwinan. Sejak dah berumahtangga ni, rasa seronok je nak ke majlis perkahwinan. Sambil-sambil mengimbau kenangan beberapa bulan lepas. Seronok, yang rasanya macam nak ulang tayang semula je. Rasa nak je pakai baju pengantin lagi. Boleh? Tak sedar diri, perut dah membulat. Ada hati lagi tu. Hehe...

Yang belum bertemu jodoh, ada yang mengeluh, bila la giliran aku? Siap kadang-kadang tu tertanya-tanya sendiri, kenapa mereka dulu? Kenapa bukan aku, yang rasanya lagi 'cantik' dari mereka. Apakah?!

Dulu saya pernah berbincang dengan Suami, seingat saya, masa balik dari majlis perkahwinan juga. Pasangan pengantin yang sangat comel. Yang lelaki sangat kurus, tinggi melampai. Yang perempuan pula, renek sedikit, dengan badan yang agak comel. Cute je... Tengok, kalau dia nak temukan jodoh kita, tak kira dengan siapa pun. Besar ke, kecil ke, tinggi ke, rendah ke... Yang penting sebenarnya, keserasian.

Mesti anda pun pernah jumpa pasangan, seorang sangat kacak atau cantik. Seorang lagi pula, biasa saja. Sampai kadang-kadang ada mulut jahat cakap, 'tak sesuai'. Tapi pentingkah itu semua? Macam mana dia yang biasa-biasa je, boleh memikat si kacak atau si cantik itu? Macam mana dia yang berbadan 'comel' boleh dapat pasangan yang kurus cantik je? Sampai macam tu sekali kan...

Sebenarnya, bagi saya yang penting adalah pembawaan diri kita. Cuba kita buangkan sifat hasad dengki dari dalam diri kita. Cantik, bukan sahaja luaran, malah yang penting adalah dalaman. Buangkan sifat terlalu merendah diri. Dulu saya selalu dengar ayat ni, "Aku taulah aku tak cantik, gemuk lak tu. Siapalah nak kat aku ni? Lainlah kau tu, cantik... Mesti ramai yang nak kat kau." Saya paling tak boleh dengar ayat macam tu. Kadang-kadang rasa macam dia nak sindir saya pun, ada juga. Hehe... Kita akan bagi orang nampak diri kita, berdasarkan apa yang kita fikirkan. Kalau kita fikir, kita tak cantik, memanglah orang akan nampak kita tak cantik. Cantik tu kan subjektif. Semua orang punya pendapat yang berbeza tentang cantik.

Jangan kita terlalu membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain. Cukuplah untuk jadi diri kita yang sebenar. Kurangkan mengeluh, atau jangan selalu sangat mengeluh, bila tengok orang lebih dari kita. Apa salahnya kita ambil positif, dengan cara berusaha menjadi yang terbaik. Tak susah kan?

Selamat Berusaha!

Wednesday, 24 November 2010

Tentang Air Selusuh

Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat di dalam al-Quran. Langkah-langkah untuk membuat selusuh:

Cara A

  1. Al Fatihah
  2. Surah al Hasyr ayat 21
  3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
  4. Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak dan perlu diminum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin
  5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)
  6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin
Cara B
  1. Beristighfar (3 kali)
  2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
  3. Al Fatihah (1 kali)
  4. Selawat (11 kali)
  5. Alam Nasyrah (7 kali)
  6. Al-Ikhlas (3 kali)
  7. Al Falaq (3 kali)
  8. An Naas (3 kali)
  9. Al Fatihah (1 kali). Kemudian berdoa apa yang dihajati.
Cara C
  1. Al Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak tiga kali.
  2. Selawat Syifa (7 kali)
  3. Surah al Hasyr, ayat 21 (3 kali)
  4. Surah al-A'raf ayat 54 (3 kali)
  5. Hembus pada air, minyak atau kurma.
# Sebaik-baiknya, Suami kita sendiri yang buatkan untuk kita.

Tuesday, 23 November 2010

Bukan Mudah, Bukan Susah...

Sebenarnya, bukan mudah untuk mencari seseorang yang boleh menerima kita seadanya. Yang boleh menelan segala keburukan kita. Dan yang boleh menukarkan kekurangan diri kita itu, sebagai kebaikan di mata dia.

Tapi, bukan susah sekiranya kita bergantung pada DIA yang mengetahui segala-galanya yang baik dan buruk buat kita. Bukan susah untuk kita belajar menerima apa yang kita peroleh itu dengan seadanya. Bersyukur dan redha. Seandainya, itu yang tersemat di hati kita, itu yang tertanam di minda kita, InsyaAllah, tiada yang mustahil sebenarnya.

Buat gadis-gadis yang masih mencari jodoh yang sesuai untuk mereka, berusaha dan berdoalah. Semoga setiap tindakan kita itu, adalah yang terbaik buat kita, sekarang dan selamanya. Jangan putus asa! Akhir sekali, bertawakallah pada-Nya. Hanya DIA yang Maha Mengetahui.

Saya doakan yang terbaik buat kalian ya!

Monday, 22 November 2010

Lagi 2 bulan Je Lagi...

Kalau ikutkan EDD, saya akan bersalin pada 22 Januari 2011 nanti. Maknanya, tinggal 2 bulan je lagi. Uiihh, berdebar-debar pulak rasanya...

Alhamdulillah, segala keperluan untuk anak, bila dah lahir nanti, dah cukup dah. Semua pakaian dia pun saya dah basuh. Kami suami isteri pulun buat hari Sabtu lepas. Memang penuh depan rumah dengan pakaian bb. Yelah, basuh sekali semua. Sampaikan Suami kena pasang lagi tali untuk buat ampai pakaian bb tu. Alhamdulillah, cuaca memang baik. Lepas Zohor je, semua dah kering. Angkat, terus lipat masuk bakul. InsyaAllah, 2 minggu lagi balik Bangi, akan dibawa semua tu. Kat sana pun dah tinggalkan sikit dah barang-barang.

InsyaAllah, pertengahan bulan depan ada check up kat Az-Zahrah, lepas tu nak terus booking untuk bersalin. Moga-moga dimurahkan rezeki kami sekeluarga. Advance untuk bersalin pun dah buat. Harap-harap, sebelum bersalin dapatlah nanti...

Tungku Batu ke Tungku Moden


Macam saya cakap aritu, insyaAllah minggu ni akan membeli set bersalin bersama bengkung. Pilihan sudah dibuat ya! Tinggal tunggu duitnya saja. Hehe...

Ingatkan kalau boleh nak beli tungku sekali. So, kira complete la barang-barang untuk berpantang nanti. Masih survey pasal tungku ni.
Kalau ikutkan, Mama memang ada tungku batu yang ditempah, untuk diguna masa berpantang kami adik-beradik dulu. So, saya sangat berharap, ianya masih ada dalam simpanan lagi. Tapi sangat sedihlah, bila benda yang dipinjamkan, telah dipinjamkan juga kepada orang lain, dan telah berpindah dari satu tangan ke satu tangan. Dan akhirnya, tuan punya pun tak tahu di mana batu tu sekarang. Oh, sedih ok... Batu tu sangat berjasa, tapi dah hilang pula. Memang tak ada rezeki saya untuk menggunakannya. Teringat-ingat rupa paras batu tu. Huhu! Batu pun boleh jadi cerita kan?

Ok, ok... Tutup cerita sedih. Cerita banyak-banyak pun, bukan boleh dapat balik benda tu. Maka, redha jelah yang sesungguhnya saya kena beli juga tungku ni. Kalau ikutkan sekarang dah ada tungku moden. Alternatif kepada tungku batu yang dolu-dolu tu. Kalau dulu, tungku tu dibuat dari batu sungai. Sekarang tak lagi. Dah tak berat sangat macam yang dolu-dolu punya tu. Pastu, tak payah dah panaskan atas api. Panaskan guna elektrik je ok. Canggih tak?

Nak info lagi, boleh tengok sini ok...

Kalau ikutkan, Mama dah ada benda ni. Digunakan untuk kurangkan lenguh-lenguh kaki. Kalau Mama cakap, tak payah beli dah, so legalah... Tapi kalau kena beli pun, bukan mahal sangat pun. Lagipun banyak kegunaan tungku moden ni. Nama pun tungku moden kan.

Jadi apa lagi? Jom ramai-ramai kita beli. Hehe!



Saturday, 20 November 2010

Perkembangan Bayi Dari Minggu Ketiga Puluh Satu Hingga Ketiga Puluh Lima

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Thursday, 18 November 2010

Keperluan Anak - Hampir Lengkap

Alhamdulillah, barang untuk bb hampir lengkap. Tinggal sikit-sikit je lagi, yang insyaAllah akan disambung minggu depan. Barang yang besar-besar, macam buaian dan baby cot, akan menyusul selepas kelahiran si kecil ni.

Barang-barang yang saya beli, betul-betul ikut senarai yang saya jumpa dalam internet. Boleh tengok kat sidebar sebelah -->. Baju pun cukup-cukup je. Mama saya tak bagi beli melampau-lampau sangat. Jangan sampai terlebih-lebih excited membeli-belah. Nanti bb dah lahir, lagi banyak nak pakai duit, dan masa tu baru tahu, mana perlu, mana tidak. Takut dah beli sebelum bersalin, tak digunakan pula lepas bb lahir. Jadi, mana yang boleh hold, kita hold dulu kan..

Sekarang ni tinggal barang kepeluan berpantang untuk Ibu je tak settle lagi. InsyaAllah, next gaji nak beli set bersalin, bengkung dan tungku. Pilihan dah ada dah. So, tak pening-pening dah.

Sabtu dan Ahad minggu ni, nak cuci semua pakaian bb. Minggu ni nak masuk 31 minggu dah. Kena bersiap sedia je ni. Lepas tu boleh siapkan beg untuk ke hospital, dan dah boleh start angkut barang ke rumah famili saya di Bangi. InsyaAllah, saya akan bersalin dan berpantang di sana.

Kawan-kawan doakan semuanya selamat ye... Saya macam dah start berdebar-debar. Tapi malas nak fikir sangat...

Monday, 15 November 2010

Oh, Saya Tak Nampak Sangatlah...

Saya perasan, sejak kandungan masuk usia 7 bulan, saya punya penglihatan semakin berkurangan. Baik saya pakai cermin mata ke, contact lens ke, tetap sama. Tetap saya kena kecikkan mata, sebab memang dah tak berapa nak nampak sangat dah.

Puaslah saya mengadu kat Suami. Yelah, risau juga sebab saya kan memandu sendiri pergi & balik kerja. Suami suruh check & terus je buat cermin mata baru. Saya pulak terfikirkan saya contact lens yang 2 pasang lagi tu. Kalau dah buat cermin mata baru, yang confirm dah tukar power, mestilah kena tukar contact lens juga kan. Saya kata nanti-nantilah.

Tapi, start minggu lepas, saya berubah fikiran. Nak juga pergi check mata & buat jelah cermin mata yang baru. Sebab rasa dah tak tahan sangat, lagi-lagi kerja menghadap pc hari-hari kan. Ni pun, bukan nampak sangat pun. Pejam celik la mata, nak bagi hilang kabur-kabur tu. Tapi tak hilang la juga.

Kebetulan semalam, kami ke Alamanda Putrajaya, kat centre tu ada jualan cermin mata, dan kempen pasal matalah. Jadi, ambil kesempatan untuk check mata, dan power cermin mata saya tu. Nak tau ada perubahan ke. Bila check, memang pun. Mata sebelah kanan, ok. Mata sebelah kiri, yang naik mendadak. Patutlah, makin tak nampak. Suami dah suruh buat je cermin mata baru. Yelah, tengah ada jualan murah tu kan...

Optometris kat situ tanya saya, mengandung dah berapa bulan. Saya cakaplah dah 7 bulan. Dia cakap, kalau rabun bertambah semasa mengandung, tu perkara biasa. Mungkin disebabkan perubahan hormon mengandung. Mereka pun tak galakkan buat cermin mata baru, sebab takut ini hanya sementara je. Nanti lepas bersalin, baru check semula.

Oh, baru saya tahu, rupanya pertambahan kerabunan saya ni disebabkan hormon mengandung. Ini saya kongsi pasal mata & penglihatan semasa mengandung, yang saya ambil dari sini.

Para pelayar maya sekalian, perubahan tahap hormon dalam tubuh semasa kehamilan memberi kesan terhadap penglihatan. Di bawah aku paparkan 5 perubahan yang akan di alami oleh bakal2 ibu pada mata dan penglihatan mereka. Harus diingat, walaupun kesan2 ini sementara, sentiasa lah berjumpa denga optometrist, oftalmologis ataupun pakar sakit puan untuk mendapat keterangan lanjut kerana dikhuatiri masalah2 yang 'common' di bawah akan menjadi masalah yang berkaitan kepada masalah yang lebih besar kepada ibu2 mengandung....

1. Permasalahan Dalam Pemakaian Kanta Sentuh

Dalam tempoh hamil, aras hormon yang tidak stabil akan menyebabkan kelengkungan kornea akan berubah. Walaupun si bakal ibu adalah pemakai kanta sentuh yang tegar, kerengsaan tetap akan dirasai. Penglihatan dengan kanta sentuh juga akan sedikit kabur kerana mudahnya berlaku edema kornea (sel2 kornea dipenuhi air). Kalau boleh elakkan pemakaian kanta sentuh semasa hamil dan jangan mengambil preskripsi 'power' kanta sentuh yang baru semasa hamil.

2. Penglihatan Sedikit Kabur

Seperti permasalahan kanta setuh di atas, penglihatan dengan kaca mata juga akan dianggap seperti 'tak cukup power'. Penglihatan jauh sedikit kabur dan kadangkala kembali kepada normal. Bagi individu yang tidak mengalami rabun, penglihatan akan terasa sedikit silau apabila malam. Perubahan ini adalah sementara sahaja.

3. Mata Kering


Kualiti dan Kuantiti air mata yang dikeluarkan biasa akan berubah dan mata akan terasa kering. Apabila mata kering, sensasi berpasir, kerengsaan dan gatal akan dialami. Mata juga akan kerap berair (macam menangis..hehe)... Kebiasaannya pengamal perubatan akan memprekripsi 'artificial tears' untuk menampung pengeluaran air mata yang terjejas. Air mata tiruan akan di pakai oleh bakal2 ibu paling kurang 3 kali sehari

4. Peringatan untuk pengidap diebetes!

Pesakit diebetes khususnye pengidap retinopati diebetes perlu mendapatkan pemeriksaan mata yang kerap semasa hamil. Apabila hamil, salur darah dibahagian retina menjadi agak nipis dan kebocoran pada salur darah boleh berlaku. Ini akan menyebabkan penglihatan kabur, berganda serta dalam kes yang lebih teruk adalah kebutaan!.

5. Kewujudan 'spot' dan 'floaters'


Floaters adalah objek kecik seperti lalat yang kelihatan melayang2 di medan penglihatan kita. Perkara ini biase berlaku dan selalunya tidak merbahaya samaada pada orang mengandung atau tidak. Walaupun begitu, bagi wanita hamil, dikhuatiri spot akan disalah anggap sebagai floaters. Spot atau bintik hitam pada medan penglihatan adalah amat dikhuatiri sekali. Bintik hitam ini boleh membesar sehingga memberikan perubahan yang besar terhadap medan penglihatan. Bintik hitam ini adalah petanda (simptom) bagi preeclampsia atau eclampsia, iaitu keadaan di mana boleh berlakunya kenaikan tekanan darah terlalu tinggi secara tiba2 semasa hamil. Bintik hitam ini akan hilang sebaik sahaja kadar tekanan darah kembali stabil.

Harap-harap, lepas bersalin nanti, semuanya kembali ok. Sekarang ni kena sabar sikitlah dengan penglihatan macam ni...

Sunday, 14 November 2010

Malam Yang Menakutkan...

Ini cerita 2 malam lepas. Masa nak masuk tidur, perut terasa menegang, yang menyebabkan kesakitan yang teramat-amat sangat! Berpeluh-peluh la... Memanglah bb menegang. Tapi, tak pernah begitu lama. Memang dah cuak dah time tu. Takkan dah nak bersalin pulak kan? Apa pun tak prepare lagi. Barang-barang bb pun tak abis beli lagi.

Suami yang dah lena dibuai mimpi pun, terjagalah sebab saya dah bising sangat kan. Dah tak tau nak buat apa. Rasanya dekat 15 ke 20 minit jugaklah. Last sekali, Suami gosok-gosok perut, sambil baca-baca sikit. Siap minta bb jangan buat camtu kat ibu dia lagi. Barulah dia start menendang-nendang macam biasa. Barulah lega...

Memang sekarang ni, nak tidur susah sangat! Semua serba tak kena. Bila mengiring, bb tak berenti menendang. Bila menelentang, saya pulak tak selesa, sebab dah biasa tidur mengiring kan. Takkan nak meniarap pulak, yang memang pasti sangat selesa bila tidur macam tu. Dahlah ruang untuk bb bergerak dah makin mengecil. Kalau saya meniarap, lagi kecil la ruang dia. Kesian lak kat bb...

Kat sini saya kongsi tentang Tanda-tanda Awal Bersalin, yang saya dapat dari mana ntah... Tak ingat. Kalau ada blogger yang nak share tentang ini lagi bagus. Bolehlah saya bersedia apa yang patut kan...

Memang sukar untuk meramalkan bilakah anda akan melahirkan kerana ia boleh berlaku pada bila bila masa diantara 38 minggu dan 42 hari anda hamil. Cuma segelintir sahaja yang benar-benar bersalin pada 40 minggu iaitu tarikh yang dijangka iaitu diberikan oleh doktor anda berdasarkan tarikh haid atau scan.
Sekiranya kandungan anda sudah berusia 38 minggu keatas dan anda mengalami keadaan seperti ini:
  • Sakit perut yang sekejap datang sekejap hilang dalam 5-10 min setiap kali
  • Keluar darah bercampur lendir
  • Keluar air yang jernih tidak berwarna dari faraj atau pecah ketuban.
  • Sakit belakang yang berulang-ulang.
Anda mungkin sudah tiba masa untuk bersalin. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan kepastian. Apabila anda sudah pecah ketuban dan air yang keluar berwarna sedkit kehijauan, jangan tunggu, cepatlah berjumpa dengan doktor anda. Warna kehijauan mungkin petanda anak sudah "passed meconium" dan merupakan salah satu tanda bayi lemas.

Friday, 12 November 2010

Pening + Keliru

Sekarang ni, selain tengah survey barang-barang bb, saya dah start survey set bersalin yang akan digunakan nanti. Pening juga rupanya, sebab kat pasaran, ada banyak sangat set bersalin pilihan. Ada yang mahal, dan ada yang murah. Terpulang kat diri masing-masing nak yang mana.

Sekarang ni, yang jadi lebih pening sebab kalau boleh saya nak cari set yang untuk luaran sahaja. Dan kalau boleh ada sekali bengkung & tungku. Tak payahlah nak pegi cari lain lagi. Kenapa saya cuma nak yang ada set luaran sahaja? Sebab, sebenarnya dari masa minggu ke-12 hari tu, saya dah start makan set Salindah. Saya dah beli set lengkap sampai lepas bersalin. Jadi, saya tak naklah kena makan banyak sangat. Lagipun, tak elok campur 2-3 jenama sekali kan.


Jadi, set makanan dalaman saya akan teruskan makan set Salindah tu. Yelah, dah beli kan. Cuma yang peningnya, untuk set luaran. Asalnya tak plan pun semua tu. Tapi kang marahlah Mama saya lepas bersalin tak berpilis, berparam semua kan. Hehe... Ikutkan jelah...

Kalau ikutkan Mama saya, suruh beli set bersalin Mustika Ratu Jamu Selapan tu. Katanya, bagus & murah pulak kan. Saya tengok pun, macam ok je. Bengkung semua dah ada. Cuma nak kena pegi cari tungku la pulak nanti. Kalau saya jadi ambil yang ini, jamu dia memang saya tak makanlah.


Sambil tu, saya ada juga survey set-set yang lain. Terjumpa pulak blog Kak Engku Bidan Bersalin. Lepas tu saya emel Kak Engku untuk tanya pasal set-set yang sesuai untuk saya. Kak Engku syorkan set Ibu Halimah Mak Dara. Oklah... Siap dengan bengkung & tungku herba lagi. Cuma tak ada minyak telon untuk bb la. Tu takpe, boleh cari lain.


Hari ni balik Bangi, nak bincang dengan Mama macam mana. Yang mana akan jadi pilihan hati nanti...

Tak Ada Keje

Biasalah, bila tiba je time tido malam sekarang ni, susah betul nak lelap. Anak saya kat dalam ni, bukan main aktif lagi. Sampaikan berombak-ombaklah perut ibu dia ni.

Malam ni betul2 takde keje kot, bila saya rekod pergerakan bb selama 2 minit. Boleh tunjuk kan Suami nanti, sebab beliau belum boleh tengok secara live lagi. Yelah, bila nak tunjuk je, bb terus diam. Behave depan babah dia ye...

Anda nak tengok? Oh, tak boleh la, sebab begitu seksi. InsyaAllah nanti kalau dapat rakam dalam keadaan bersopan, saya publish ya!

Oklah, nak pujuk my bb suruh tido, sebab ibu dia sudah sangat mengantuk ni. Tata!
Published with Blogger-droid v1.6.3

Thursday, 11 November 2010

Dulu Rasa Je, Sekarang Dah Boleh Nampak...

Dah nak masuk minggu ke-30. Maknanya, tinggal dalam 10 minggu je lagi. Macam tak percaya je... Yelah dulu selalu tengok orang, sekarang diri sendiri yang rasa. Baru tahu, susah senang nak jadi ibu kan...

Bb pun sekarang bukan main aktif lagi. Kalau dulu cuma boleh rasa je, sekarang siap boleh nampak perut bergerak-gerak. Mula-mula perasan tu, terkejut jugak. Sampai saya tanya bb apa dia buat kat dalam ni, sampai turun naik perut saya ni. Comel je kan...

Dari dua minggu lepas, nurse dah suruh saya kira pergerakan bb. Start dari pukul 9 pagi, cukupkan 10 kali pergerakan. Selalunya, sebelum pukul 2 baru cukup 10 kali. Tapi, masa saya kena berpuasa sebab nak minum air gula, pukul 10 pagi dah cukup 10 kali. Lapar sangat dah agaknya.

Sekarang ni, kadang-kadang tu rasa macam tak sabar je nak jumpa bb. Tapi, kadang-kadang tu takut juga. Harap-harap semuanya ok, menjelang saat kelahiran nanti. Oh ya, minggu ni ada sale dekat Pureen. Ada blogger lain yang pegi? Jom kita pegi ramai-ramai!

Wednesday, 10 November 2010

Sakit Perut Di Awal Minggu

Hari Isnin baru ni, saya diserang cirit-birit. Tak adalah teruk sangat pun. Tapi, ia punya sakit perut, tak tertahan rasanya...

Masalahnya tengah sedap tidur, time tu yang kena. Sakit macam mencucuk-cucuk. Tengah tidur, terjerit-jerit. Tak terkejut orang yang tidur kat sebelah saya tu. Suami punya risau, takut sakit lain kan. Beliau tanya-tanya, sakit macam mana. Pulak tu, bila saya bangun ke toilet, nak gi buang apa yang patut, tak mahu pulak. Abis cemana kan?

Rupanya Suami pun kena juga. Entah apa yang kami berdua makan entah. Makan kenduri siang tu ke, atau makan malam yang saya masak malam tu.

Memang tak masuk ofislah hari Isnin tu. Pegi klinik pun sebab nak pegi amik MC. Ingatkan tak ada apa. Tapi rupanya bahaya juga cirit-birit ni kat ibu mengandung. Dr check tekanan darah, nasib baik ok je. Pastu bb pun gerak cam biasa. Nasib baik saya pegi klinik. Kalau tak, mana nak tahu ada yang tak kena ke kan.

Balik umah tidur lagi. Nasib baik dah tak ada dah sakit-sakit perut lagi. Lepas ni, memang kena alert je. Walaupun rasanya sakit-sakit tu biasa je kat kita, tapi yang kat dalam ni kita tak tahu. Bukan boleh nampak pun kan. Untuk bakal-bakal ibu yang lain pun, saya nasihatkan, kalau tak sihat, walaupun macam sikit je, jangan sambil lewa ok. Kena fikirkan pasal anak kat dalam tu juga...

Cerita Minggu Lepas Yang Panjang...

Sebenarnya, saya nak buat entri ni, hari yang sama lepas balik dari KD aritu. Tapi, banyak sangat halangan. Dah seminggu, hari ni baru boleh buat.

Hari Khamis minggu lepas, saya ada appointment di KD Batu Berendam. Kali ni, bukan appointment biasa-biasa je. Tapi appoinment untuk minum air gula. Dah masuk minggu yang ke-29 baru kena minum air gula. Itupun sebab, berat badan saya naik mendadak sangat. Tak ikut yang sepatutnya, 0.5kg setiap minggu. Dan sepatutnya, sepanjang tempoh kehamilan berat hanya perlu bertambah sebanyak 12kg sahaja kan. Baru masuk minggu ke-29 ni, dah naik 11kg. Macam mana?

Saya sampai ke klinik dekat-dekat pukul 8. Ambil nombor, tengok-tengok dapat no 27. Belum pun pukul 8 ok. Sebab setiap hari Khamis ada Dr. Pastu yang appointment minum air gula @ MGTT pun ramai juga. Dalam pukul 8.30 pagi, baru nama saya dipanggil untuk ambil darah sebelum minum air gula. Saya ingatkan ambil sikit macam selalu tu. Sekali ambil sebotol tabung uji tu. Pastu terus pegi minum air gula. Part yang ni paling mendebarkan. Sebab saya dah baca kat macam-macam blog cerita pasal ibu-ibu mengandung yang kena minum air gula ni. Macam scary je. Siap takut-takut lagi masa malam sebelum tu. Masuk-masuk, tak ada pulak air yang dah siap-siap buat. Semua dah habis. Cakap dengan nurse, pastu kenalah tunggu sementara nurse siapkan air glukose tu.

Dah siap, nurse bagi secawan kat saya. Saya bayangkan, cawan tu sangat besar. Rupanya macam mug minum biasa tu je. Masa nak start minum tu, macam-macam saya baca. Takut punya pasal la konon. Sekali minum... Eh, ok jelah... Tak adalah scary pun. Sekali teguk je dah abis dah. Tak adalah likat sangat pun. Cuma terasalah kemanisannya tu. Tapi, oklah... So, settle satu part.

Rupanya part yang agak mencabar tu ialah apabila dalam masa 2jam, sebelum diambil darah sekali lagi tu, tak boleh minum air sikit pun. Masa nilah terasa gula tu kat tekak. Air ada bawak. Tapi dah tak boleh nak minum, tahan jelah kan. Pulak tu, dari pagi memang tak makan apa-apa lagi. Yelah, kan kena start puasa dari pukul 12 tengahmalam tu. Bb kat dalam ni, dah buat macam-macam aksi dah. Dia lapar agaknya. Dari pukul 8.30 sampai pukul 10.30, kena tunggu... Sabar jelah... Saya takut terkeluar balik je. Tak pasal kena minum semula.

Dalam masa nak tunggu 2jam tu, saya kena jugak tunggu turn untuk buat check up. Macam biasa, panggil check berat, tekanan darah dengan HB semua. Alhamdulillah, ok je... Berat tak naik langsung, dari 2 minggu lepas. Tak sia-sia saya tahan sikit nafsu makan tu. Saya pun taknak naik berat badan banyak sangat. Takut kang susah nak turun balik lepas bersalin. Bb berat macam biasa je, Ibu dia lak yang melampau-lampau. Hehehe...

Pukul 10.30, pegi ambil darah lagi sebotol, buat check up... Semua selesai dalam pukul 11pagi la. Kalau ikutkan saya dah amik half day. Tapi Dr bagi MC pulak. Legalah sebab tak payah masuk ofis balik. Suami sampai pukul 11.15pagi. Nasib baik saya tak minta Suami tunggu. Kalau tak, kesian lak. Dalam masa 3 jam tu, macam-macam keje boleh buat. Bukan saya tak nak drive sendiri. Tapi, kalau boleh masa check up ni, dengan Suami. Kalau ada apa-apa hal kan senang.

Itulah pengalaman saya minum air gula. Saya dapat tau, kadar kepekatan ait gula tu, bergantung pada KK @ KD. Rezeki masing-masing la kan. Walaupun saya rasa, minum air gula tu, ok je... Tapi, kalau boleh tak nak minum lagi. Sekarang ni kena control berat badan je. Kurangkan nasi, lebihkan lauk. Tu je...

Tuesday, 9 November 2010

Cuba..

Sebab malam ni lambat sket rasa ngantuk. Pastu pulak, anak kat dalam ni buat macam2 aksi, sampaikan berombak2 peruf ibu dia. Maka terlahirlah entri ini, sambil ditemani 'ngorokan' seseorang kat sebelah ni. Saja cuba buat entri guna hanset Suami (ke hanset saya ni?). Oklah, cuma slow. InsyaAllah, esok pagi saya akan cerita apa yang berlaku minggu lepas, dan awal minggu ni. Kalau saya free yer.. Ok, selamat malam dan assalamualaikum.
Published with Blogger-droid v1.6.3

Monday, 1 November 2010

Sangat Sedap Ok...

Semenjak kandungan dah semakin membesar ni, saya sangat suka minum yang sejuk-sejuk. Memang saya tahu, tak elok. Tapi tak dapat nak tahan keinginan tu. Pulak tu siap gigit-gigit ais lagi. Aduh, payah tu...

Nak tau kegemaran saya akhir-akhir ni? Ini dia...

SIRAP BANDUNG!! Nikmatnya kalau dapat minum ni. Sampai kan kawan-kawan ofis tegur, cakap nanti anak saya kuar kaler pink. Ada ke pulak ek?

Sabtu minggu lepas kami berdua ke Klang, konon-konon nak pegi tengok sale barang-barang baby. Tapi, tak best sangat pun. Lepas nak pegi makan, ajak suami pegi ke Shah Alam, teringin nak makan kat Seksyen 2. Mesti tau apa yang special kat sana kan? Ini dia...

ABC Special!! Suami sampai geleng-geleng kepala tengok saya makan mendalah ni. Nikmat ok. Yang bestnya, masa tengah makan ni, bb tak brenti-renti bergerak. Sampai geli-geli perut ni. Comel je kan?

Sekarang ni terasa-rasa je kat tekak. Nasib baik la Shah Alam tu jauh. Kalau tak, mau balik keje ni jugak kang saya gi serbu. Hehe...


6 bulan...

Pejam celik, pejam celik je rasanya. Dah 6 bulan usia perkahwinan. Baru je lagi... Macam-macam dah dilalui bersama-sama. 3 bulan hidup sebagai weekend husband & wife, dan 3 bulan lagi hidup sebagai suami isteri yang sebenar. Hehe! Bila dapat dok sama, barulah panggil suami isteri sebenar kan...

Usia perkenalan selama setahun lebih, tidak sama dengan usia perkahwinan selama 6 bulan. Bila dah dok bersama, semua benda pun dibuat bersama. Baru tahu perangai comel & comot masing-masing. Kalau tak suka pun, redha jelah. Nak ke, tak nak ke, kenalah telan. Ala, kita pun bukan sempurna sangat, kalau mahukan yang sempurna dari dia kan. Asalkan masing-masing berusaha untuk memperbaiki diri, insyaAllah, bertambah baiklah hubungan itu.

3 bulan je lagi, kami akan bertukar status. Dulu, dari kawan menjadi kekasih. Dari kekasih menjadi tunang. Dari tunang menjadi suami-isteri. InsyaAllah, dari suami-isteri menjadi ibu-babah. Semoga semuanya dipermudahkan-Nya.

Memang pada awal usia perkahwinan, lagi-lagi masa mula-mula tinggal bersama, banyak yang perlu disesuaikan. Banyak juga nak kena ubah. Alhamdulillah, semakin lama, semakin ok, dan DIA beri rezeki buat kami sekeluarga. Rezeki bb agaknya kan.

Saya cuma mengharapkan kebahagiaan dan kesejahteraan buat kami sekeluarga. Semua kami sentiasa berada dalam keimanan. Ameen...