Puaslah saya mengadu kat Suami. Yelah, risau juga sebab saya kan memandu sendiri pergi & balik kerja. Suami suruh check & terus je buat cermin mata baru. Saya pulak terfikirkan saya contact lens yang 2 pasang lagi tu. Kalau dah buat cermin mata baru, yang confirm dah tukar power, mestilah kena tukar contact lens juga kan. Saya kata nanti-nantilah.
Tapi, start minggu lepas, saya berubah fikiran. Nak juga pergi check mata & buat jelah cermin mata yang baru. Sebab rasa dah tak tahan sangat, lagi-lagi kerja menghadap pc hari-hari kan. Ni pun, bukan nampak sangat pun. Pejam celik la mata, nak bagi hilang kabur-kabur tu. Tapi tak hilang la juga.
Kebetulan semalam, kami ke Alamanda Putrajaya, kat centre tu ada jualan cermin mata, dan kempen pasal matalah. Jadi, ambil kesempatan untuk check mata, dan power cermin mata saya tu. Nak tau ada perubahan ke. Bila check, memang pun. Mata sebelah kanan, ok. Mata sebelah kiri, yang naik mendadak. Patutlah, makin tak nampak. Suami dah suruh buat je cermin mata baru. Yelah, tengah ada jualan murah tu kan...
Optometris kat situ tanya saya, mengandung dah berapa bulan. Saya cakaplah dah 7 bulan. Dia cakap, kalau rabun bertambah semasa mengandung, tu perkara biasa. Mungkin disebabkan perubahan hormon mengandung. Mereka pun tak galakkan buat cermin mata baru, sebab takut ini hanya sementara je. Nanti lepas bersalin, baru check semula.
Oh, baru saya tahu, rupanya pertambahan kerabunan saya ni disebabkan hormon mengandung. Ini saya kongsi pasal mata & penglihatan semasa mengandung, yang saya ambil dari sini.
Para pelayar maya sekalian, perubahan tahap hormon dalam tubuh semasa kehamilan memberi kesan terhadap penglihatan. Di bawah aku paparkan 5 perubahan yang akan di alami oleh bakal2 ibu pada mata dan penglihatan mereka. Harus diingat, walaupun kesan2 ini sementara, sentiasa lah berjumpa denga optometrist, oftalmologis ataupun pakar sakit puan untuk mendapat keterangan lanjut kerana dikhuatiri masalah2 yang 'common' di bawah akan menjadi masalah yang berkaitan kepada masalah yang lebih besar kepada ibu2 mengandung....
1. Permasalahan Dalam Pemakaian Kanta Sentuh
Dalam tempoh hamil, aras hormon yang tidak stabil akan menyebabkan kelengkungan kornea akan berubah. Walaupun si bakal ibu adalah pemakai kanta sentuh yang tegar, kerengsaan tetap akan dirasai. Penglihatan dengan kanta sentuh juga akan sedikit kabur kerana mudahnya berlaku edema kornea (sel2 kornea dipenuhi air). Kalau boleh elakkan pemakaian kanta sentuh semasa hamil dan jangan mengambil preskripsi 'power' kanta sentuh yang baru semasa hamil.
2. Penglihatan Sedikit Kabur
Seperti permasalahan kanta setuh di atas, penglihatan dengan kaca mata juga akan dianggap seperti 'tak cukup power'. Penglihatan jauh sedikit kabur dan kadangkala kembali kepada normal. Bagi individu yang tidak mengalami rabun, penglihatan akan terasa sedikit silau apabila malam. Perubahan ini adalah sementara sahaja.
3. Mata Kering
Kualiti dan Kuantiti air mata yang dikeluarkan biasa akan berubah dan mata akan terasa kering. Apabila mata kering, sensasi berpasir, kerengsaan dan gatal akan dialami. Mata juga akan kerap berair (macam menangis..hehe)... Kebiasaannya pengamal perubatan akan memprekripsi 'artificial tears' untuk menampung pengeluaran air mata yang terjejas. Air mata tiruan akan di pakai oleh bakal2 ibu paling kurang 3 kali sehari
4. Peringatan untuk pengidap diebetes!
Pesakit diebetes khususnye pengidap retinopati diebetes perlu mendapatkan pemeriksaan mata yang kerap semasa hamil. Apabila hamil, salur darah dibahagian retina menjadi agak nipis dan kebocoran pada salur darah boleh berlaku. Ini akan menyebabkan penglihatan kabur, berganda serta dalam kes yang lebih teruk adalah kebutaan!.
5. Kewujudan 'spot' dan 'floaters'
Floaters adalah objek kecik seperti lalat yang kelihatan melayang2 di medan penglihatan kita. Perkara ini biase berlaku dan selalunya tidak merbahaya samaada pada orang mengandung atau tidak. Walaupun begitu, bagi wanita hamil, dikhuatiri spot akan disalah anggap sebagai floaters. Spot atau bintik hitam pada medan penglihatan adalah amat dikhuatiri sekali. Bintik hitam ini boleh membesar sehingga memberikan perubahan yang besar terhadap medan penglihatan. Bintik hitam ini adalah petanda (simptom) bagi preeclampsia atau eclampsia, iaitu keadaan di mana boleh berlakunya kenaikan tekanan darah terlalu tinggi secara tiba2 semasa hamil. Bintik hitam ini akan hilang sebaik sahaja kadar tekanan darah kembali stabil.
No comments:
Post a Comment