:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday, 11 November 2010

Dulu Rasa Je, Sekarang Dah Boleh Nampak...

Dah nak masuk minggu ke-30. Maknanya, tinggal dalam 10 minggu je lagi. Macam tak percaya je... Yelah dulu selalu tengok orang, sekarang diri sendiri yang rasa. Baru tahu, susah senang nak jadi ibu kan...

Bb pun sekarang bukan main aktif lagi. Kalau dulu cuma boleh rasa je, sekarang siap boleh nampak perut bergerak-gerak. Mula-mula perasan tu, terkejut jugak. Sampai saya tanya bb apa dia buat kat dalam ni, sampai turun naik perut saya ni. Comel je kan...

Dari dua minggu lepas, nurse dah suruh saya kira pergerakan bb. Start dari pukul 9 pagi, cukupkan 10 kali pergerakan. Selalunya, sebelum pukul 2 baru cukup 10 kali. Tapi, masa saya kena berpuasa sebab nak minum air gula, pukul 10 pagi dah cukup 10 kali. Lapar sangat dah agaknya.

Sekarang ni, kadang-kadang tu rasa macam tak sabar je nak jumpa bb. Tapi, kadang-kadang tu takut juga. Harap-harap semuanya ok, menjelang saat kelahiran nanti. Oh ya, minggu ni ada sale dekat Pureen. Ada blogger lain yang pegi? Jom kita pegi ramai-ramai!

2 comments:

Queen said...

wow...nik tunggu sales tahun dpan la pulak..heee...

tahniah kak..sikit je lagi kan..kan.. =)

Yan said...

Salam kenal,

menunggu kelahiran memang sesuatu yg indah. Kalau dah tau jantina, dah ada nama, panggilkan aje..

tips dr akak,
1. amalkan minum 1 atau 1/2 sudu minyak zaitun sambil niat agar lancar masa melahirkan.

2. sewaktu hampir melahirkan, waktu di rumah lagi, makan telur separuh masak sebanyak 2 biji. Kuatkan tenaga sewaktu push..

3. kalau ada akar kembang fatimah, rendam dan mandi airnya..

INSYALLAH..