:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 10 November 2010

Cerita Minggu Lepas Yang Panjang...

Sebenarnya, saya nak buat entri ni, hari yang sama lepas balik dari KD aritu. Tapi, banyak sangat halangan. Dah seminggu, hari ni baru boleh buat.

Hari Khamis minggu lepas, saya ada appointment di KD Batu Berendam. Kali ni, bukan appointment biasa-biasa je. Tapi appoinment untuk minum air gula. Dah masuk minggu yang ke-29 baru kena minum air gula. Itupun sebab, berat badan saya naik mendadak sangat. Tak ikut yang sepatutnya, 0.5kg setiap minggu. Dan sepatutnya, sepanjang tempoh kehamilan berat hanya perlu bertambah sebanyak 12kg sahaja kan. Baru masuk minggu ke-29 ni, dah naik 11kg. Macam mana?

Saya sampai ke klinik dekat-dekat pukul 8. Ambil nombor, tengok-tengok dapat no 27. Belum pun pukul 8 ok. Sebab setiap hari Khamis ada Dr. Pastu yang appointment minum air gula @ MGTT pun ramai juga. Dalam pukul 8.30 pagi, baru nama saya dipanggil untuk ambil darah sebelum minum air gula. Saya ingatkan ambil sikit macam selalu tu. Sekali ambil sebotol tabung uji tu. Pastu terus pegi minum air gula. Part yang ni paling mendebarkan. Sebab saya dah baca kat macam-macam blog cerita pasal ibu-ibu mengandung yang kena minum air gula ni. Macam scary je. Siap takut-takut lagi masa malam sebelum tu. Masuk-masuk, tak ada pulak air yang dah siap-siap buat. Semua dah habis. Cakap dengan nurse, pastu kenalah tunggu sementara nurse siapkan air glukose tu.

Dah siap, nurse bagi secawan kat saya. Saya bayangkan, cawan tu sangat besar. Rupanya macam mug minum biasa tu je. Masa nak start minum tu, macam-macam saya baca. Takut punya pasal la konon. Sekali minum... Eh, ok jelah... Tak adalah scary pun. Sekali teguk je dah abis dah. Tak adalah likat sangat pun. Cuma terasalah kemanisannya tu. Tapi, oklah... So, settle satu part.

Rupanya part yang agak mencabar tu ialah apabila dalam masa 2jam, sebelum diambil darah sekali lagi tu, tak boleh minum air sikit pun. Masa nilah terasa gula tu kat tekak. Air ada bawak. Tapi dah tak boleh nak minum, tahan jelah kan. Pulak tu, dari pagi memang tak makan apa-apa lagi. Yelah, kan kena start puasa dari pukul 12 tengahmalam tu. Bb kat dalam ni, dah buat macam-macam aksi dah. Dia lapar agaknya. Dari pukul 8.30 sampai pukul 10.30, kena tunggu... Sabar jelah... Saya takut terkeluar balik je. Tak pasal kena minum semula.

Dalam masa nak tunggu 2jam tu, saya kena jugak tunggu turn untuk buat check up. Macam biasa, panggil check berat, tekanan darah dengan HB semua. Alhamdulillah, ok je... Berat tak naik langsung, dari 2 minggu lepas. Tak sia-sia saya tahan sikit nafsu makan tu. Saya pun taknak naik berat badan banyak sangat. Takut kang susah nak turun balik lepas bersalin. Bb berat macam biasa je, Ibu dia lak yang melampau-lampau. Hehehe...

Pukul 10.30, pegi ambil darah lagi sebotol, buat check up... Semua selesai dalam pukul 11pagi la. Kalau ikutkan saya dah amik half day. Tapi Dr bagi MC pulak. Legalah sebab tak payah masuk ofis balik. Suami sampai pukul 11.15pagi. Nasib baik saya tak minta Suami tunggu. Kalau tak, kesian lak. Dalam masa 3 jam tu, macam-macam keje boleh buat. Bukan saya tak nak drive sendiri. Tapi, kalau boleh masa check up ni, dengan Suami. Kalau ada apa-apa hal kan senang.

Itulah pengalaman saya minum air gula. Saya dapat tau, kadar kepekatan ait gula tu, bergantung pada KK @ KD. Rezeki masing-masing la kan. Walaupun saya rasa, minum air gula tu, ok je... Tapi, kalau boleh tak nak minum lagi. Sekarang ni kena control berat badan je. Kurangkan nasi, lebihkan lauk. Tu je...

1 comment:

Ilyani said...

wah...mazni dh merase air gule...sy kne gk nnt...time 27weeks...sbab berat naik mendadak gk...hu3... :)