:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 22 November 2010

Lagi 2 bulan Je Lagi...

Kalau ikutkan EDD, saya akan bersalin pada 22 Januari 2011 nanti. Maknanya, tinggal 2 bulan je lagi. Uiihh, berdebar-debar pulak rasanya...

Alhamdulillah, segala keperluan untuk anak, bila dah lahir nanti, dah cukup dah. Semua pakaian dia pun saya dah basuh. Kami suami isteri pulun buat hari Sabtu lepas. Memang penuh depan rumah dengan pakaian bb. Yelah, basuh sekali semua. Sampaikan Suami kena pasang lagi tali untuk buat ampai pakaian bb tu. Alhamdulillah, cuaca memang baik. Lepas Zohor je, semua dah kering. Angkat, terus lipat masuk bakul. InsyaAllah, 2 minggu lagi balik Bangi, akan dibawa semua tu. Kat sana pun dah tinggalkan sikit dah barang-barang.

InsyaAllah, pertengahan bulan depan ada check up kat Az-Zahrah, lepas tu nak terus booking untuk bersalin. Moga-moga dimurahkan rezeki kami sekeluarga. Advance untuk bersalin pun dah buat. Harap-harap, sebelum bersalin dapatlah nanti...

3 comments:

fikaryna said...

mazni..dah makin dekat..nampaknya semua dah disiapkan..

bakal mama punya brg dah siap?huhu..

Dayu said...

dah makin dekat
makin teruja dalam masa yg sama mcm2 rasa dtg
tp don't worry lah maz
bila tiba masanya
insya allah, kita mesti boleh tempuh

goblogbyfarah said...

due saya 16 januari. saya dah booking pun kat azzahrah, dengan dr. noraini :)