:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday 23 November 2010

Bukan Mudah, Bukan Susah...

Sebenarnya, bukan mudah untuk mencari seseorang yang boleh menerima kita seadanya. Yang boleh menelan segala keburukan kita. Dan yang boleh menukarkan kekurangan diri kita itu, sebagai kebaikan di mata dia.

Tapi, bukan susah sekiranya kita bergantung pada DIA yang mengetahui segala-galanya yang baik dan buruk buat kita. Bukan susah untuk kita belajar menerima apa yang kita peroleh itu dengan seadanya. Bersyukur dan redha. Seandainya, itu yang tersemat di hati kita, itu yang tertanam di minda kita, InsyaAllah, tiada yang mustahil sebenarnya.

Buat gadis-gadis yang masih mencari jodoh yang sesuai untuk mereka, berusaha dan berdoalah. Semoga setiap tindakan kita itu, adalah yang terbaik buat kita, sekarang dan selamanya. Jangan putus asa! Akhir sekali, bertawakallah pada-Nya. Hanya DIA yang Maha Mengetahui.

Saya doakan yang terbaik buat kalian ya!

1 comment:

fazemy said...

Itulah...time muda2 dulu tgk org couple rasa jeles je. Kita takde org nak. Masa berganti masa alih2 kita dah kawin. Kwn2 yg rajin bercinta masa muda2 dulu ramai lg tak kawin. Itulah namanya jodoh di tgn Allah. Jgn rasa rendah diri..insyaAllah stiap org pasti ada jodohnya. cuma cepat dan lambat je.