:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 31 March 2010

Jurnal 2 Hati : 077 - Jemputan Buat Semua


Dengan penuh rasa syukur,
saya dan pasangan ingin menjemput sahabat blogger,

ke Majlis Walimah kami,
pada 1 Mei 2010
di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Buat sahabat blogger yang berada di sebelah selatan,
saya dan pasangan juga ingin menjemput anda semua,

ke Majlis Bertandang kami,
pada 2 Mei 2010
di Bukit Katil, Melaka.

Mahu kad jemputan? Boleh emailkan nama dan alamat anda ke mazzni_puteri@yahoo.com.my

Monday, 29 March 2010

Pengalaman Si Hiperhidrosis

Nape lak citer pasal hiperhidrosis ni kan? Sebab, saya adalah salah seorang penghidap hiperhidrosis. Jangan risau ye, penyakit ini tak berjangkitlah. Cuma kesannya pada saya seorang jelah.

Setahu saya, memang sejak kecil lagi saya sudah melalui pengalaman yang kadan-kadang saya rasa agak mensusahkan jugalah. Yelah, banyak benda yang saya suka, saya tak boleh buat. Contohnya, saya sangat sukakan subjek Pendidikan Seni. Tapi, setiap kali saya melukis atau mewarna, pasti kertas lukisan saya itu akan lenjun. Jadi, bayangkanlah apa yang jadi kan? Warna pada lukisan saya itu sangat tidak cantiklah ataupun totally out! Memanglah sedih...

Sepanjang saya bersekolah rendah tu, saya tak tahu macam mana nak buat dengan masalah saya ini. Lagipun masa tiu, saya tak terfikir pun yang tangan dan kaki berpeluh itu, merupakan satu masalah. Saya ingatkan, semua orang pun macam tu. Tu yang saya tak kisah tu. Selalunya ianya akan menjadi basah bila saya ni gementar atau sedang kepanasan.

Selepas itu, bila masuk sekolah menengah, saya mula rasa susah. Sebab masa itu kita kan banyak nak kena buat nota sendiri. Jadi setiap kali bersemangat nak buat nota, tangan pula basah, mmm memang susah nak menulis sebab kertas tu dah basah dengan peluh. Ada juga kawan-kawan yang macam geli bila saya bersalam dengan mereka dalam keadaan tangan saya yang basah itu. Memang down sangat masa tu...

Paling ketara tangan saya basah, bila setiap kali menghadapi exam, apatah lagi exam yang besar. Mama pasti akan bekalkan saya sehelai tuala 'Good Morning' itu dibawa masa exam. Lepas itu kalau time nak tulis jawapan atas kertas, saya akan lapikkan tangan saya dengan kertas yang saya lipat-lipat, supaya kertas itu tak basah, dan saya dapat menulis jawapan dengan lancar. Sampai ke universiti pun, saya buat macam tu juga. Masa tu saya dapat idea lagi best. Slip exam tu akan saya liminated kan, dan ia akan jadi lapik tangan sayalah. 2 in 1 la. Bagus juga kan idea ni kan.

Sekarang bila dah kerja, saya tiada masalah tentang kertas basah, sebab jarang menulis pun kan.
Tapi saya menghadapi masalah lain pula. Setiap kali nak masuk ofis, mesti susah. Sebab nak masuk ofiskan guna Biometric Access, yang guna jari tu. Jadi bila tangan basah, lama la dok depan tu. Kadang-kadang, kalau geram sangat, saya masuk toilet, keringkan tangan dengan mesin pengering tu. Lepas tu, lari-lari la nak access cepat-cepat. Seksa kan?

Memang saya akui, kadang-kadang masalah ni, menjadi masalah yang besar bergantung pada penghidap tulah. Saya ni kerja tak perlu berjalan-jalan. Cuma duduk kat ofis je. Kalau kena bawah panas, mahu asyik berpeluh-peluh je kan. Saya tau, ada cara untuk memulihkannya. Tapi, saya rasa saya ok lagi. Jadi tak ada apalah kot...

Kepada blogger yang menghidap masalah seperti saya, jom kongsikan pengalaman anda...

Tentang Hiperhidrosis

HELIZA Helmi kelihatan tenang dan yakin setiap kali mengadakan persembahan. Namun, di sebalik riak wajah yang berkeyakinan itu, ramai tidak mengetahui bintang Akademi Fantasia 4 ini sebenarnya menghidapi masalah yang boleh dikatakan serius.

Tapak tangannya sentiasa berpeluh. Ia bukan peluh biasa. Adakala tangannya kelihatan seperti baru dibasuh. Keadaan menjadi lebih serius andai dia gementar dan risau.

“Setiap kali selepas persembahan, saya pasti akan mengelap dahulu mikrofon sebelum memberi kepada orang lain,” kata penyanyi dan pelakon bermata bundar ini.

Heliza disahkan doktor mengalami hiperhidrosis iaitu keadaan di mana individu berpeluh melampau. Terdapat pelbagai jenis hiperhidrosis dan gadis ini tergolong dalam palmar iaitu berpeluh melampau di bahagian tapak tangan.

Penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini mula menyedari dia mengalami masalah tersebut ketika sekolah rendah lagi. Menurutnya, ia bukan penyakit keturunan kerana tidak ada seorang pun ahli keluarganya mengalami masalah tersebut.

“Boleh dikatakan tisu adalah teman karib saya sepanjang masa. Di mana ada saya, di situlah ada tisu,” ujarnya.

Menurut Heliza, dia mengalami perpeluhan sepanjang masa kecuali tidur. Keadaan menjadi lebih serius seandainya dia berdebar untuk melakukan sesuatu, contohnya mengadakan persembahan dan menghadapi peperiksaan.

Heliza masih ingat bagaimana dia terpaksa membawa sapu tangan bagi menangani masalahnya ketika menduduki peperiksaan. Katanya, selain basah dan tidak selesa, tangannya juga sentiasa rasa sejuk.

Pelakon Syurga Cinta ini pernah mendapatkan pandangan daripada doktor dan cuba mencari sebanyak mungkin maklumat melalui pembacaan buku serta Internet.

“Buat masa ini saya memakai driclor. Bolehlah tahan sikit daripada berpeluh. Tapi, kadang-kadang jadi gatal-gatal pula,” katanya.

Heliza ada terbaca mengenai pembedahan Video Assissted Thoracoscopic Symphatectomy (VATS), namun sedang dalam pertimbangan sama ada ingin melakukannya atau tidak.

“Saya pernah terbaca kesan sampingan akibat pembedahan itu. Walaupun hanya peratusan yang kecil, tapi saya agak risau terutama andai ia menyebabkan kulit saya kering melampau,” katanya.

Apa itu hiperhidrosis?

Menurut Pakar Perunding Bedah dan Pensyarah Kanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail, hiperhidrosis adalah keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpathetik terlalu aktif.

“Punca sebenarnya tidak ketahui. Namun ia berlaku kepada satu hingga tiga peratus penduduk dunia tidak kira bangsa,” katanya.

Menurutnya, nisbah antara penghidap lelaki dan wanita adalah sama namun golongan lelaki cenderung mengalami jenis plantar (kaki) manakala wanita pula palmar.

Biasanya, simptom hiperhidrosis mula kelihatan ketika sejak usia antara 10 tahun hingga 20-an. Kemungkinan berlaku di kalangan ahli keluarga adalah tinggi namun ia bukan kemestian.

Walaupun tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan, hiperhidrosis dianggap mengganggu aktiviti sosial individu terbabit.

“Individu terbabit akan rasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai. Apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial,” katanya.

Rawatan

Terdapat beberapa kaedah merawat hiperhidrosis. Antaranya:

Antiperspirant

# Dicadangkan kepada kes hiperhidrosis ringan dan bersifat sementara.

# Pemakaian perlu diulang.

# Pesakit serius, kaedah ini langsung tidak berkesan

Suntikan

# Bagi mengurangkan aktiviti saraf simpathetik.

# Namun kadangkala mengganggu aktiviti simpathetik hingga berlaku masalah lain seperti sembelit, cirit-birit, rasa loya dan pengsan.

# Hanya bertahan antara enam hingga lapan bulan sahaja.

Pembedahan

# Pembedahan invasif minimum melalui VATS paling berkesan dan selamat.

# Mengambil masa sekitar satu jam.

# Kesan serta-merta.

# Kejayaan hampir 100 peratus.

# Luka pembedahan hanya sebesar 5mm - 1sm.

Kesan sampingan

Dr. Muhammad Ishamuddin memberitahu, kemungkinan untuk mengalami kesan sampingan hanya sekitar satu hingga tiga peratus sahaja dan kesakitan yang berlaku biasanya disebabkan pembedahan.

Rasa sakit seperti sengal biasa berlaku di bahagian dada dan belakang.

“Ia berlaku lebih kurang dua minggu dan bersifat sementara,” katanya.

Jelas beliau lagi, pesakit boleh pulang dari wad sehari selepas pembedahan dan proses penyembuhan berlaku dengan pantas.

Kesan sampingan lain pula seperti berpeluh di bahagian lain, sesak nafas dan sebagainya juga bersifat sementara. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan pula kata beliau, boleh diatasi dengan menyapu losen atau krim.

Menurutnya, sehingga kini PPUKM mencatatkan kejayaan 100 peratus dalam VATS dan purata 50 pembedahan dilakukan setiap tahun.

Dipetik dari Utusan Malaysia.

Sunday, 28 March 2010

Jurnal 2 Hati : 076 - Simbolik 1 Mei

Ada sesetengah orang memilih tarikh perkahwinan yang mudah diingati. Tarikh yang paling popular sekarang, ialah tarikh berganda. Contohnya seperti 10.10.10. Cantik kan? Ada juga yang memilih tarikh hari lahir, agar perayaan itu nanti jadi berganda. Seronoknya juga dapat dua hadiah sekaligus.

Kenapa saya memilih 1 Mei? Macam kata saudara-mara saya, mereka tidak boleh bekerja pada hari itu. Saja bergurau dengan saya. Hehehe... Pada awalnya, saya ddan En. Tunang mahukan majlis yang berturut. Maknanya, hari ini majlis di tempat saya, esok majlis di tempat beliau. Ada sebabnya. Mungkin agak susah, kerana kami berdua bukan dari satu kampung. Tapi, sekarang kan, perjalanan pun bukannya jauh.

Mama pula mahukan majlis pada hari Ahad sebenarnya. Jadi untuk saya menggabungkan kedua-dua kehendak ini, macam susah kan? Saya tanya Mama, kenapa Ahad, tidak Sabtu? Ini supaya kawan-kawan Mama dapat hadir. Mama saya bekerja juga pada hari Sabtu ya! Cuma Sabtu minggu pertama sahaja mereka bercuti. Jadi saya faham di situ. Kami semua, keluarga saya dan keluarga En. Tunang, sepakat untuk tidak memilih cuti sekolah sebagai hari majlis. Sebab, kami tidak mahu majlis kami nanti bertembung dengan banyak majlis lain.

Saya memilih Mei, kerana bulan itu saya tidak punya kerja yang menimbun. Pertengahan tahun, adalah masa senggang kami, menjelang Julai yang akan sibuk dengan kemasukan pelajar-pelajar baru. Tidak akhir tahun, atau awal tahun yang masih sibuk dengan Audit. Sebab itu saya memilih Mei. Sesi Audit betul-betul selesai pada Mac. Sekiranya saya memilih April, tidak sempat pula mahu membuat persiapan. Mei adalah bulan yang sangat sesuai.

Kenapa saya memilih 1 Mei? Sebab tarikh itu merupakan minggu pertama bulan Mei. Saya perlukan tarikh yang boleh menggabungkan kehendak kedua-dua buah keluarga. Mama mahukan tarikh majlis yang dapat dihadiri kawan-kawan pejabatnya. En. Tunang mahukan majlis yang tidak punya gap waktu yang panjang. Cuma selang hari sahaja. Itu sebabnya, 1 Mei adalah tarikh yang sangat cantik, yang kebetulan pula jatuhnya Hari Pekerja. Kawan-kawan tidak punya alasan untuk tidak hadir ya!

Sebenarnya, 1 Mei adalah tarikh bersejarah kami berdua. Yang mana pada tahun lepas, keluarga beliau datang untuk berkenal-kenalan dengan keluarga saya, yang akhirnya majlis bertukar kepada majlis merisik dengan menetapkan tarikh pertunangan. Ini memang di luar jangkaan ya! Tahun lepas, 1 Mei jatuh pada hari Jumaat. Hari yang sangat cantik kan? Tahun ini, insyaAllah kami akan disatukan dengan ingatan pernikahan.

01.5.10 - Cantik juga kan? Tak perasan pun sebenarnya. Ini baru tahu. Lagipun, setiap tahun dapat raikan hari ini tanpa perlu mengambil cuti, sebab memang dah cuti kan? Wah, honeymoon tiap-tiap tahun la cenggini. Hehehe...

Friday, 26 March 2010

Jangan Bohong!!


Daripada Ibnu Umar katanya, saya dengar Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di akhirat kelak.” (Hadis riwayat Bukhari)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sifat-sifat orang munafik, antaranya, apabila dia berkata, dia berbohong. Apabila dia berjanji, dia mungkiri dan apabila diberi amanah, dia khianat. Maka wajar jika Rasulullah menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengakui bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini, Rasulullah berkata kepadanya, “Hanya dengan satu perkara, Laa Takzib! (Jangan berbohong!)”

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah SAW lelaki itu berkata di dalam hatinya, “Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu.”

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya?” bisik hati kecil.

Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah SAW dan setiap kali pulalah hatinya berkata, “Bagaimana kalau saya ditanya Rasulullah? Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku wajib dihukum. Oh Tuhan....sesungguhn ya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.” Itu menyebabkan lelaki itu langsung berhenti daripada berzina.

Lelaki itu mengikut nasihat Rasulullah, ternyata dia dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat Rasulullah itu.

Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

Renung-renungkan!

A man is never more truthful than when he acknowledges himself a liar ~ Mark Twain

Syukri Naeem, Belajar Rajin-rajin!

~ sangat poyo! ~

Hari ini merupakan hari jadi budak poyo kat atas ni. Yang ke 16 tahun, tapi poyomacam dah 26 tahun. Hehehe...

Ini adik saya yang no 3, anak ke-4 la. Sekarang tingkatan 4 di SM Teknik Juasseh, Kuala Pilah. Hari ini dia tiada la. Tapi ayah saya cakap nak pegi amik dia ni. Macam dapat balik je. last week baru balik.

Malas nak citer banyak, pesanan saya buat budak poyo ni, "Sila Belajar Rajin-rajin!'. Semoga memang dia sangat rajin, sejak masuk asrama ni...


Thursday, 25 March 2010

Ini Blog Saya!

Saya tau entri-entri saya minggu ini banayk menjurus kepada ketidakpuashatian saya terhadap seseorang itu. Mungkin ada yang cakap saya melampau, buat entri macam itu. Dan saya tahu tuan punya badan pun, pasti baca.

Tidak kisahlah apa anggapan kamu pun. Ini kan blog saya! Saya punya hak untuk menulis apa-apa pun, sebab bagi saya, inilah tempat saya menghilangkan stress. Alhamdulillah, saya lega sangat-sangat! Mungkin tuan punya badan rasa saya memburuk-burukkan dia. Tapi, saya tidak tulis nama kamu di sini ya! Dan blog ini, yang membacanya kebanyakannya saya hanya kenal di sini. Dan mereka pun tidak tahu sangat tentang diri saya.

Saya tahu, setiap yang jadi, ada hikmahnya. Saya redha, dan bersyukur kerana DIA menunjukkan pada saya, perasaan sebenar kamu pada saya, walaupun kamu tidak pernah mengakuinya. Mungkin silap saya, kerana menerima kamu sebagai kawan. Tapi, yang dah berlaku, tak mungkin untuk diputarkan semula. Saya tahu, bukan semua orang boleh dipercayai. Itulah kesilapan saya...

Kalau benar kamu sedang membaca ini, saya minta maaf. Saya cuba buangkan yang keruh itu. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu. Semoga apa yang saya tulis itu, kamu ambil iktibar. Tak perlu berlakon, apatah lagi berpura-pura. Kalau kamu kata, sudah banyak berubah, kamu masih kamu yang dulu. Tidak ada sedikitpun berubah...

Jurnal 2 Hati : 075 - Yeah, Dah Boleh Dah!

Alhamdulillah... Hari ini dah setel pun urusan Prosedur Perkahwinan. Memang lega sangat-sangat! Sebab inilah yang paling penting dalam banyak-banyak perkara. Kang tak menikah pula. Hehehe...

Jadi, hari ini, secara rasminya saya mengumumkan, tarikh nikah saya jatuh pada...

***

***

***

***

***

Ceh! Bajet pengumuman raya ke? Hehehe...

Dah boleh kahwin dah, kalau nak kan? Saya dah ajak dah En. Tunang, menikah esok je. Hahaha! Gedik nyer...

Hasil perbincangan keluarga, dan ayah saya pun dah booking jurunikah yang akan menikahkan kami nanti. Akad Nikah akan berlangsung pada :

1 MEI 2010
Jam 11 pagi
Di Surau Al-Ehsan, Bandar Baru Bangi

Alhamdulillah... Doakan kami semua tabah dan sabar menghitung hari-hari yang bakal menjelang nanti. Uiisshhh... Takut la pulak!

Untuk B2B yang mahu tahu Prosedur Perkahwinan, boleh klik sini ya!

Wednesday, 24 March 2010

Anugerah Terhormat

Saya rasa asyik menerima award je. Tapi, syukurlah... Sekurang-kurangnya, saya tahu kehadiran saya di dalam dunia blog ini, diterima ramai. Eceh!

Ini saya terima dari Xora. Empunya blog yang begitu informative buat B2B macam saya. TQ ya Xora!

Ok, saya kena bagi kepada 20 orang blogger. Saya cuba ya! Mereka yang bertuah itu ialah...

  1. Fazemy
  2. Siti Hajar
  3. Cik Belle
  4. O Ena O
  5. mrs.irwan 2 be
  6. ElyaElmo
  7. Zainur
  8. ^misz zatie8384^
  9. Dayu
  10. Mrs Drac
  11. ViLdA FiDa
  12. Atiqah Adnan
  13. Sri Seri
  14. ~ thalhazlin ~
  15. W.A.N.N.O.R.F.A.D.Z.L.I.N.A
  16. Haliza
  17. azian abdullah
  18. Miss Shareeda
  19. .:Mrs. Engineer:.
  20. princess.dHani

Ok dah! Jenuh fikir nak bagi kat siapa. Agak-agak yang tak dapat tu, kita tunggu next award yer... Hiii....


Kenapa Saya Cakap Dia Pendengki?

Ingat saya saja-saja ke cakap dia tu pendengki? Saya ada sebab yang perlakuan dia tu menjurus kepada arah kedengkian. Ceritanya panjang, dan mungkin akan membuka sejarah silam. Bukan saya saja-saja nak ingat ye... Dah namanya pun sejarah, boleh lupa ke? Tidak semudahnya, tambahan lagi dengan apa yang dia buat kini.

******************************

Saya tahu kamu baca blog saya. Dan saya tak kisah pun, kalau kamu rasa cerita ini memang cerita kamu. Bacalah, biar kamu sedar apa yang kamu dah buat tu. Tak payah nak berlagak baik & seolah-olah kamu yang paling baik. Tak payah nak cover line, sebab sudah terang lagi bersuluh apa yang kamu buat.

******************************

Sebenarnya kisah ini bermula dari sejak saya putus cinta pada hujung tahun 2008. Dia dapat tahu saya sedang kecewa, mencuba nasib untuk bersama saya semula. Siapa dia ni? Dia adalah bekas kekasih saya sewaktu di universiti dulu. Dah lama dah putus, tahun 2006 kot. Entah, saya pun tak ingat sangat.

Ketika dia mencuba itu, saya tahu dia benar-benar mahukan. Tapi, saya lebih tahu dia, dan saya tak mahu kisah lama berulang kembali. Walaupun dia cakap dia dah banyak berubah, tapi hati saya tetap tidak mahu menerima, walaupun saya tahu ibu bapa saya pasti dapat menerima dia. Banyak perkara yang dia lakukan yang saya tahu dia memang mahukan saya. Tapi saya tak tahu kalau dia sebenarnya hanya mahu test market. Kadang-kadang dia sengaja mencari alasan untuk bertemu dengan saya. Tapi, cukup-cukuplah kisah lalu. Saya cuma mahu berkawan biasa-biasa sahaja. Dengan harapan, semoga saya tidak ada lagi perasaan negatif padanya. Saya tak suka!

Apabila saya bertemu dengan En. Tunang (waktu itu BF saya), memang saya tak pernah ceritakan sedikit pun pada dia. Untuk apa saya cerita padanya kan? Dalam waktu itu, dia masih meneruskan usaha untuk menawan hati saya. Dan pada awal bulan Jun tahun lepas, saya dan beberapa orang rakan, termasuk dia, pergi ke kenduri rakan kami di Melaka. Pada masa itu, saya ajak En. Tunang datang, sebab ada benda yang saya mahu bagi pada En. Tunang, kerana kami bakal bertunang dalam tempoh 2 minggu je lagi.

Saya memang tidak mahu bawa En. Tunang bertemu dengan dia, tapi memang ditakdirkan pertemuan itu. Saya memperkenalkan kepada dia dan semua rakan-rakan saya, bakal tunang saya pada waktu itu. Dan selepas itu, saya nampak perubahan pada riak wajahnya. Rakan-rakan yang lain juga perasan pada perubahan itu. Terkejut dengan keputusan saya mahu bertunang?

Kejadian yang paling saya tidak boleh lupa. Selepas majlis pada siang itu, sedang kami berehat-rehat sebelum memulakan perjalanan pulang, dia mula bertanya macam-macam mengenai bakal tunang saya. Di depan rakan-rakan saya juga ya! Dia katakan pada saya, bakal tunang saya kelihatan lebih tua dari usia. Dan ada lagi beberapa soalan, yang tak boleh saya taipkan di sini, demi menjaga hati En. Tunang. Apa tujuan dia memperkatakan sesuatu yang seolah-olah memburuk-burukkan bakal tunang saya? Mungkin kerana dia rasa dia lebih baik dari bakal tunang saya, dan tak dapat menerima kenyataan saya memilih En. Tunang sebagai teman hidup saya. Mungkin...

Selesai majlis pertunangan saya, hubungan saya dengan dia, kurang sedikit dari sebelumnya. Tapi pada saya, dia tetap kawan saya. Beberapa kali saya bertanya, bila dia mahu menamatkan zaman bujang, kerana usia pun makin meningkat. Dan jawapan biasa dia, tak mahu fikir kerana mahu menumpukan pada kerjaya.

Tup-tup, selepas Aidilfitri saya dapt tahu dia sudah bertunang. Bukan dari mulut dia, tapi dari orang lain. Biasalah, takkan mahu beritahu saya kan? Tunang dia adalah ibu tunggal, yang lebih tua dari dia hampir sepuluh tahun kot (yang ini saya tak pasti). Bagi saya, ini sudah bagus sebab saya tak perlu risau tentang gangguan dari dia lagi. Saya bertanya tentang majlis dia yang bakal dilangsungkan...

Ini fakta pertama ya... Pada waktu itu, dia memberitahu saya akan melangsungkan pernikahan pada hujung Disember 2009. Dan majlis resepsi akan dilangsungkan pada Mac 2010. Saya tanya, kenapa tak jalan sekali je, pada Mac 2010 kan. Alasannya, mahu menjalankan yang wajib dulu. Ok, boleh terima. Saya dengan nada bergurau katakan padanya, agaknya dia sudah tidak sabar kot. Saya ulangi, saya bergurau saja ya! Dan dia menjawab dengan jawapan yang bagi saya merendahkan bakal isterinya ketika itu. Walaupun dia cakap dalam nada perlahan, tapi saya dengar. Bila saya minta ulangi semula, dia cakap tiada apa-apa. Apa yang dia katakan pada waktu itu, lebih kurang maksudnya begini, tak sabar untuk apa? Sah-sah bakal isteri dia ibu tunggal kan... Faham tak?

Sedih dan kecewa sangat dengan apa yang dia cakap. Sedangkan bakal isterinya itu dia sendiri yang pilih. Sehingga sanggup melukakan hati bapanya sendiri. Tiba-tiba dia boleh cakap macam tu... Kenapa nak diungkit benda-benda itu semua, sedangkan dia bukan terpaksa pilih bakal isterinya itu pun.

Hujung bulan Disember 2009, saya tunggu khabar gembira dari dia. Namun tiada. Rupa-rupanya tarikh nikah telah ditukar pada awal Januari 2010. Saya tanya bila pula majlis resepsi bakal dilangsungkan? Sebelah perempuan, pada Februari dan sebelah dia pada Jun.

Dan semalam saya dapat tahu, dia mahu melangsungkan majlis resepsi di sebelah dia, sama dengan tarikh saya. Bila saya SMS, minta penjelasan, boleh tak dia cakap, dah plan awal-awal. Kalau saya cakap dia penipu, macam mana? Dah baca cerita saya dari awal kan? Kalau dia cakap dah plan awal-awal, saya lagi awal. Saya dah tahu majlis saya akan diadakan pada 1 Mei sejak dari sebelum bertunang lagi. Dan selepas bertunang, terus saya publish di blog, tarikh majlis saya itu. Saya tahu, dia tahu, sebab dia memang baca blog saya. Lagipun, masa saya tanya mula-mula, dia cakap majlis bulan Mac, lepas tu, selepas bernikah, dia cakap majlis bulan Jun. tak pernah keluar pun cakap bulan Mei.

Saya tahu, ini decision keluarga, tapi bagi saya dia boleh bincang kan. Kalau mahu bulan Mei, kenapa tarikh yang sama juga. Saya tak kisah kalau beza satu hari pun tak apa. Cuti ada Sabtu dan Ahad, tapi kenapa mesti sama dengan saya. Dan boleh dia cakap, masa saya bagitau majlis saya 1 Mei, dia terkejut. Eh, ini memang tipu sangat. Dah dia baca blog saya. Takkan terkejut pula bila saya cakap majlis saya 1 Mei? Saya dah bagitau awal-awal ya...

Saya sangat geram bila dia bagi alasan yang nak cover line diri sendiri. Lepas tu, kantoi pula menipu. Cakap dah plan awal-awal, memang tipu! Cakap lagi terkejut bila dapat tau majlis saya sama tarikh dengan dia, tipu lagi?

Saya tanya, apa perasaan dia dekat saya. Kenapa dia buat saya macam ni? Tak puas hati sangat ke dengan saya? Sebab saya tolak dia, dan saya sound dia, jangan bawa famili dia datang masuk meminang saya... Bengang dengan saya ke?

Kenapa saya sangat sedih. Saya tak mahu hidup saya ada kaitan lagi dengan dia. Saya tak suka ada persamaan antara saya dan dia. Dan saya tak suka, bila masa majlis saya nanti, ada orang datang dekat saya, cakap lepas ni nak pegi ke majlis dia. Atau orang tu cakap, baru balik dari majlis dia. Faham tak? Saya tak mahu ada orang sebut nama dia, pada hari bahagia saya nanti. Saya tak suka!

Sebenarnya, ada banyak lagi. Tapi cukuplah saya bagitau itu je, untuk menjelaskan perkara sebenar. Memang bagi orang lain, ini perkara biasa je. Nak kahwin, kahwin jelah. Apa ada hal? Tapi, saya punya alasan kenapa saya tidak suka... Sedih la...

Tuesday, 23 March 2010

Hikayat Si Pendengki

Tersebutlah kisah di dalam sebuah negeri, sepasang kekasih yang begitu hangat berkasihan. Sangat indah dirasakan dunia saat itu. Namun sayangnya jodoh mereka tidak kesampaian, kerana cinta terputus di tengah jalan, kerana si jejaka menemui gadis yang lebih baik lagi. Lagi pula katanya, dia pasti tidak akan bahagia seandainya bersama dengan si gadis.

Masa berlalu, mereka berdua melalui perjalanan hidup yang berbeza, dan menemui cinta yang lain, namun hubungan itu juga tiada pengakhiran. Mungkin sudah tersurat, mereka dipertemukan semula dalam keadaan yang berbeza. Dalam keadaan masing-masing saling memerlukan cinta.

Lantas si jejaka mengambil kesempatan, untuk melamar si gadis, sedang dia tahu si gadis tersangatlah kecewa tika itu. Dia seolah-olah lupa, bahawa dia pernah melukai hati si gadis itu, dengan kata-kata yang begitu memedihkan. Dia tetap berusaha untuk mendapatkan si gadis, dengan keyakinan itulah jodohnya.

Namun sudah takdirnya, si gadis dipertemukan dengan jejaka yang tersangat mulia hatinya. Keputusan diambil untuk mengikat tali pertunangan, dan takdir Tuhan mereka bertiga dipertemukan dalam keadaan yang tidak terduga. Si jejaka yang begitu mengharapkan kepulangan si gadis ke pangkuan hatinya, begitu kecewa dengan tindakan si gadis memilih jejaka, yang baginya dia lebih baik dari jejaka pilihan si gadis. Dia tidak dapat menerima kenyataan, bahawa dia kalah pada seorang yang pada anggapannya lebih lemah darinya.

Bagi si gadis pula, tiada gunanya punya rupa paras yang menawan andai tidak punya hati budi. Kerana itu, dia rasa tiada gunanya dia menerima lamaran jejaka itu buat kali kedua, walaupun si jejaka beria-ia meyakinkannya yang dia sudah benar-benar berubah.

Si gadis sudahpun mahu mendirikan rumahtangga, dan tarikh sudahpun ditetapkan. Berita itu sudahpun dikhabarkan kepada seluruh rakan taulan, dengan mengalu-alukan kedatangan mereka semua ke majlisnya nanti.

Ada khabar sampai ke telinganya, mengatakan si jejaka yang beria-ia mahukannya dulu, juga mahu menamatkan zaman bujang. Si gadis sangat lega dengan khabar itu. Sekurang-kurangnya, tiada lagi gangguan dari si jejaka. Namun, khabar yang tidak sedap didengar, si jejaka memilih tarikh yang sama dengan si gadis.......

***



***



***



***



***



***



***



***



***



***


WTH? Banyak lagi tarikh lain, tarikh yang sama dia pilih? Saja nak sabotaj majlis aku? Memang tak boleh blah. Pastu menipu lagi tu... Nyesal aku kawan dengan kau!


Monday, 22 March 2010

Jurnal 2 Hati : 074 - Hari Bermanja-manja

Hari ini saya bercuti. Untuk apa? Saya pergi membuat aktiviti memanjakan diri. Pergi spa la. Saya buat Pakej Pengantin. Memang best sangat! Rasa macam tuan puteri pulak. Hehehe...

Saya buat di Seputeh Kapas Spa, yang terletak di Sg. Merab, dekat je dengan rumah saya. Lebih kurang 15 minit perjalanan. Saya dah booking dari minggu lepas lagi. Ok, mari saya kongsikan apa yang ada di dalam Pakej Pengantin ni...

1 - Sauna Herba (RM 20.00)
Yang ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. Memang berpeluh-peluh la. Kalau tak tahan panas, memang tak boleh buat lama. Saya pun mula-mula tak tahan juga, sampai rasa nak surrender. Tapi bila, budak spa tu cakap tinggal 8 minit je lagi. Saya pun tahankan jelah...

2 - Urut Tradisional (RM 60.00)
Memang best, lama jugalah dia urut. Sampai tertidur-tidur. Saatu badan dia urut. Dalam kepala saya fikir, kalau dah lepas kahwin pun, saya nak datang buat urut jugalah. Sebab, memang rasa relax sangat!

3 - Skrub Badan (RM 45.00)
Ini bertujuan menanggalkan sel-sel kulit mati satu badan kita. Kalau ayik sibuk nak buang sel mati di muka, badan pun kena juga sebenarnya.

4 - Mask Badan (RM 45.00)
Sudah skrub, mesti ada mask juga. Ni kira macam adik-beradik la.

Habis buat mask, saya pegi mandi, untuk buang sumer masker tulah...

5 - Crystal Peeling (RM 60.00)
Yang ini wat facial pula. Macam facial biasa. Tapi ada yang istimewa. Nanti saya bagitau yer...

6 - Manicure & Padicure (RM 80.00)
Yang ini dibuat masa tengah buat facial. Maknanya ada dua orang yang sedang memanja-manjakan kita. Itulah sebabnya saya rasa macam tuan puteri. Memang best, sampai tertidur saya. Hehehe

7 - Teh Herba
Setelah selesai semua tu, diorang sajikan teh herba ni untuk melancarkan peredaran darah.

Saya habis masa di situ lebih kurang 5 jam. Dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang. Lama kan. Total servis tu = RM 310.00. Tapi sebab datang dalam pakej, harga jadi = RM 240.00. Siap dapat baucar RM 10.00 untuk next appointment.

Apa yang bestnya, kalau biasa, lepas buat facial, muka mesti merah-merah & kita mesti terus balik rumah, sebab segan dah nak kuar dengan muka cam bengkak-bengkak kan? Tapi, facial kat sini, tak merah-merah pun muka. Saya siap boleh setelkan satu lagi hal kahwin ni. Yang tu, nanti saya cerita. Kiranya, tempat ni baguslah untuk saya recommend kan...

InsyaAllah, sebulan lagi saya akan datang untuk wat lagi sekali. Ini memang dah dekat-dekat dengan majlis sangat kan...

Nak more info, boleh tengok kat website diorang - www.seputehkapas.com.


Sunday, 21 March 2010

9 Bulan Bertunangan

Hari ini genap 9 bulan bertunangan.
Tidak berapa lama je lagi kami akan disatukan dengan ikatan pernikahan.



Tinggal 1 bulan 1 minggu 4 hari menjelang detik itu.

Saturday, 20 March 2010

Jurnal 2 Hati : 073 - Boleh Tolong Saya Tak?

Saya nak minta pendapat anda semua nih. Ok, kepada pembaca blog ini, pasti dah tahu yang saya dapat tajaan tudung nikah daripada Koleksi Vispera. Sebab saya masuk online contest ini. Syukur sangat-sangatlah...

Semalam saya dah jumpa dengan Pn. Vispera, berbincang rekaan tudung yang saya mahu, dan paling penting, kombinasi warna yang sesuai dengan baju nikah saya. Memang banyak pilihan, sempena dengan koleksi beliau untuk tahun 2010 ini. Jadi, saya ni yang dah dapat tajaan jadi macam rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana satu. Biasalah... Hehehe... Nasib baik Pn. Vispera pun tak kisah. Yelah, dah dapat tajaan tu, kalau boleh biarlah yang lain dari yang lain kan. Boleh promotekan Koleksi Vispera sekali.

Antara pilihan yang ada :

1 - Vispera Belleza
Ini merupakan pilihan pertama saya. Memang saya jatuh cinta dengan koleksi ini masa mula-mula saya masuk contest yang dianjurkan Koleksi Vispera. Kalau ingat, entri saya yang ini. Masa dapat tau saya merupakan pemenang bulan April pun, tudung ini yang saya minta kepada Pn. Vispera.

2 - Vispera Dulce
Tidak jauh beza dengan koleksi Belleza. Cuma, Dulce menggunakan veil terbuka. Cantik juga kan? Oh ya, koleksi Dulce juga boleh digayakan bersama-sama dengan veil koleksi Velo seperti di bawah ni...
Ataupun kalau ikut Pn. Vispera, saya juga boleh menggayakan dengan veil koleksi Espléndido, seperti yang digayakan Atiqah, di bawah ni...
Kalau nak saya pakai seperti Atiqah, memang tak bolehla. Gaya ini sesuai untuk mereka yang biasa menggayakan tudung Syria. Kalau saya pakai, alamatnya, muka saya akan kelihatan bulat seperti bola. Hahaha!

Ok, ok... Saya cuma nak tanya anda, mana satu pilihan anda untuk saya. Tolong ya! Saya dah rambang mata nih...

Wednesday, 17 March 2010

Kenapa 80% Sahaja?

Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu dengan anda semua. Catatan pengalaman ini, datangnya dari peti emel saya, yang saya rasa wajar untuk saya kongsikan bersama anda. Jadikan pengajaran, buat yang sudah berumahtangga, akan berumahtangga (macam saya) dan yang merancang mahu berumahtangga. Terlalu banyak iktibar yang boleh diperoleh.

Di kesempatan kali ini saya ingin bercerita tentang kisah sepasang suami isteri yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pernikahan mereka yang telah mencecah 35 tahun. Mereka mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang kaunselor untuk menceritakan masalah yang dihadapi.

Kaunselor yang bernama Dr H mula-mula memanggil si isteri untuk memulakan sessi kaunseling. Selepas beberapa soalan pengenalan, Dr H bertanya kepada isteri ini, "Agak-agaknya berapa peratus kasih sayang puan kepada suami puan?." Wanita berusia 50an itu termenung seketika sebelum menjawab, "sejujurnya Dr, cuma 80 peratus." Dr H yang berpengalaman itu bertanya lagi dengan tenang, "ke mana perginya 20 peratus lagi puan?" Sekali lagi wanita itu menjawab, "20 peratus itu hanya hormat kepada dia (suaminya)." Kali ini Dr H agak tersentak tapi dia meneruskan perbualan dengan kliennya. "Kenapa ada perbezaan di antara kasih sayang dan hormat Puan?"

Wanita itu menarik kerusinya lebih dekat ke arah Dr H dan menerangkan, "Saya memang kasihkan suami saya, dia ayah kepada anak-anak saya. Tapi saya tak mampu mengasihi dia 100 peratus. Kerana ada masanya, dia masih menyakiti hati saya dengan kata-katanya. Bagi dia, itu mungkin gurauan, tetapi sebagai isteri saya tetap terasa hati." Dr H, menganggukkan kepalanya sebagai tanda dia mendengar dan memahami kata-kata wanita tersebut. "Boleh saya tahu apa kata-katanya yang menyakiti hati Puan?", soal Dr H. Wanita itu diam seketika sebelum menjawab, "Suami saya suka membanding-bandingkan saya dengan ibunya, dengan kakaknya, dengan adiknya, dengan teman-teman sekerjanya. Kalau saya boleh menerima kekurangan suami saya seadanya, kenapa suami saya tidak boleh menerima kekurangan saya sedanya?Kenapa perlu dibandingkan dengan orang lain. Saya isterinya, dia boleh menegur kekurangan dan kelemahan saya, tetapi bukan membandingkan saya dengan orang lain."

Dr H agak tersentak kali ini kerana wanita yang kelihatan amat lembut dan pemalu ini akhirnya mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Dr H kemudian bertanya lagi, "apa maksud puan 20 peratus lagi itu cuma hormat kepada suami puan?". Wanita itu menarik nafas dan kelihatan ada airmata yang bergenang di matanya, tetapi dia tetap mahu menjawab soalan tersebut. "Saya menghormati suami saya kerana dialah yang mengajar saya membaca Quran dengan betul, dan dialah yang menjadi imam solat saya. Itu di antara kebaikannya yang membuatkan saya hormat pada dia." Dr H merasakan waktu itu ada rasa sayu yang menyelinap masuk ke hatinya.Tapi dia terus mengawal perasaannya. Selepas beberapa soalan lain, Dr H memanggil suami wanita tersebut masuk ke biliknya untuk memulakan sessi kaunseling manakala isterinya menunggu di luar.

"Dr, apa yang isteri saya cakap kepada Dr tadi?. Adakah dia masih sayangkan saya?" soal si suami yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui apa yang telah diluahkan oleh isterinya. Dr H kemudiannya menceritakan apa yang disebutkan oleh wanita tadi, "Isteri Encik memang sayangkan Encik, tetapi cuma 80 peratus sahaja." Lelaki itu terkejut dan dengan suara yang agak lantang, dia berkata kepada Dr H, "sampainya hati isteri saya, saya mengasihi dia 100 peratus Dr. Kenapa dia buat saya macam ni." Lelaki itu mula mengeluh penuh hampa. "Encik M, sepatutnya Encik bersyukur, kerana isteri Encik mengasihi Encik 80 peratus." Lelaki itu berkata, "saya tak puas hati Dr..". Dr H menyambung lagi, "Encik M, kalaulah isteri Encik cuma mengasihi Encik 18 peratus saja macamana? Apa perasaan Encik?". Kali ini lelaki ini terdiam dan dia kemudiannya menjawab, "Mungkin saya akan terlompat dari kerusi ni atau mungkin sakit jantung di sini."

Dr H tersenyum dan kemudian meneruskan sessi perbincangan dengan lelaki tersebut. Di akhir perbincangan itu, lelaki itu berkata kepada Dr H, "Saya tersilap kerana menyangkakan isteri saya tidak ambil hati dengan apa yang saya lakukan. (membanding- bandingkan isterinya dengan orang lain). Tetapi saya akan memberitahu isteri saya, bahawa saya sayangkan dia 100 peratus Dr..,cuma saya tidak dapat memahami hati isteri saya sepenuhnya. Dan saya bersyukur, kerana walaupun dia cuma sayangkan saya 80 persen, tetapi dia masih tetap berada di samping saya. Ketika senang dan susah".

Cerita ini saya dengar daripada seorang pensyarah yang mengajar psikologi di sebuah universiti di Malaysia. Bagi saya moral of the story, kadang kala kita tersilap memahami cara suami atau isteri mengasihi kita. Kita juga seringkali mengambil mudah tentang perasaan orang yang paling dekat dengan kita. Orang yang tidur sebilik dan sebantal dengan kita, yang berkongsi makan dan minum dengan kita. Kenangilah segala kebaikan pasangan kita dan terimalah kekurangan pasangan kita seadanya. Kepada para suami, jadilah imam kepada isteri sekurang-kurangnya pada waktu solat Subuh atau Maghrib. Ajarlah Quran kepada isteri dan anak-anak kita.

Ketiganya, bersyukurlah dengan kasih sayang suami atau isteri kita, terimalah kekurangan pasangan kita seadanya. Maafkanlah kesilapan pasangan kita jika kesilapannya bukan disengajakan atau tidak disedarinya. Ada orang yang lebih malang daripada kita, yang lebih merana daripada kita. Bersabarlah selagi boleh bersabar, kerana sabar itu memang pahit dilalui, tetapi indah di hujungnya. Yang penting, bersabarlah kerana Allah, bukan kerana bimbang tak dapat merasa duit pencennya, duit kwspnya. Harta dunia tak akan kekal, tapi amalan kita yang jadi penentu perhitungan nanti.

Wassalam
Dr Fauziah Mohd Noor (UIA)

Tuesday, 16 March 2010

** Aku Punya Kamu **

Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahgia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu ku rasa
Selama hidupku bahagia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin akukan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisaku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu

SMS Yang Mengelirukan

Hari ini saya nak kongsikan sesuatu dengan anda semua. Saya telah menerima SMS seperti di bawah, petang semalam. Bagi saya ianya sangat mengelirukan, jika tidak difahami betul-betul.

"Slm.dlm surah as-saff ayt 10 mengatakan.WAHAI ORG2 YG BERIMAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN SESUATU PERNIAGAAN YG BOLEH MENYELAMATKAN KAMU DR AZAB SEKSA YG TIDAK TERPERI SAKITNYA..sy ada satu tawaran program,modal rm150,dlm ms semiggu "CONFIRM" dpt rm1500.jika anda ajak kwn2 join program ni,minimum seorang dpt rm2190.kita jumpa utk penerangan lebih lanjut.fhm dan dgr shj,tak rugi apa2 pun.sharing bnda yg baik,insyaallah berjaya..aminnnn..."

Saya bukan tak pernah dapat SMS begini, yang bertujuan mengajak saya meyertai perniagaan bersama-sama mereka. Tapi, ini pertama kali, saya mendapat SMS yang menggunakan ayat al-Quran untuk mengukuhkan lagi SMS mereka. Kalau setakat SMS tentang perniagaan yang saya sendiri tak tahu apa, dan tentu saya pun tak nak tahu, saya tak kisah pun. Tapi kalau sampai menggunakan ayat al-Quran, memang membuat saya rasa, saya perlu tahu, apa sebenarnya.

Hari ini, saya buka tafsir al-Quran, untuk memastikan tafsir ayat yang diberi itu, benar atau tidak. Dan memang benar, tafsir ayat itu, yang diberikan kepada saya, memang tepat. Tapi, jika dikaji daripada keseluruhan ayat, orang yang menghantar SMS ini boleh mengelirukan ramai orang. Surah as-Saff perlu difahami secara keseluruhan, bukan hanya menggunakan satu ayat, untuk konon-kononnya mengukuhkan perniagaan entah apa-apa yang mereka buat itu.

Sambungan daripada tafsir ayat 10 - "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
Tafsir ayat 11 - "Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

Saya tak pandai sangat tentang perkara-perkara ini, dan tak berani nak sentuh banyak-banyak, sebab takut tersalah tafsir. Kalau saya tersalah, tolong tegur ye. Tafsir sepenuhnya, boleh dilihat di sini.

Sebagai umat Islam, mana yang saya tahu salah, saya wajar tegur kan... Kepada pengirim SMS itu, telah pun saya reply semula SMS dia, minta dia untuk mengkaji Surah as-Saff sepenuhnya. Sesunggahnya yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari saya. Wallahualam.

Monday, 15 March 2010

Jurnal 2 Hati : 072 - Oh, Perkara Biasa!

Kali ini lari sedikit dari kisah persiapan Hari Bahagia saya. Ini cerita mengenai pengalaman saya dan En. Tunang melalui hari-hari tak berapa lama je lagi untuk bersama. Yang saya tahu, pengalaman ini bukan dialami oleh saya seorang. Tapi mungkin juga B2B yang lain kan...

Kurang 2 bulan je lagi mahu sampai ke tujuan. Makin dekat, memang makin banyak dugaan. Kadang-kadang, kami berdua biasa-biasa sahaja. Tapi, perkara sekeliling yang menyebabkan kami berantakan tak pasal-pasal. Pasal line Maxis yang bengong pun boleh jadi gaduh. Sebab tengoh syok-syok borak, asyik-asyik putus je. Sapa tak bengang? Dahlah susah nak jumpe. Bila tengah syok berborak, ada je yang saja cari pasal.

Kalau cerita pasal famili masing-masing, lagi la. Baru-baru ini saya bergaduh dengan Mama, hanya sebab kad jemputan. Lama gak tak bertegur sapa. Tapi saya ni jenis wat tak tau je. Cam tak ada apa-apa. Tapi dapat rasa la bezanya layanan Mama pada saya. Ada saya kuarkan dekat entri sebelum ini. Carilah, kalau pandai. Tapi, sekarang dah ok dah. Harap-harap ok jelah sampai saya kahwin kang. Yelah, tak lama je lagi ni.

Ini baru cerita dekat sebelah saya. Sebelah En. Tunang, lebih kurang je. Sampai saya kadang-kadang rasa nak merajuk dengan diorang. Boleh tak diorang pertikaikan barang-barang hantaran yang En. Tunang beli untuk saya. Agaknya nak suruh saya kikis anak diorang kot. Saya ini sederhana sahaja orangnya. Saya tak perlukan barang-barang yang mahal, kalau akhirnya menyusahkan orang yang saya cinta. Benda ini semua bukan untuk menunjuk-nunjuk. Yang penting, adalah kehidupan selepas berkahwin. Takkan tak faham...

Kalau tanya, saya ada bergaduh tak dengan En. Tunang? Tipulah kalau tak ada. Cuma mungkin En. Tunang ini, orangnya seperti air. Jadi, kemarahan saya tak akan sampai ke mana-mana. Nampak sangat saya yang suka marah kan? Memang pun. Lagi-lagi time PMS. Hahaha! Kesian dia...

Tapi kalau saya cerita pengalaman saya dekat akak-akak yang dah kahwin kat ofis ni, diorang cakap, itu perkara biasa. Lagi-lagi nak dekat harinya kan. Kena bersabar banyak-banyak. Darah manis ni, syaitan suka. Lagipun memang syaitan tak nak anak Adam membina masjid kan... Itulah sebabnya saya rasa tak sabar mahu kahwin. Selesaikan cepat-cepat, supaya tak pening-pening lagi. Barulah lega...

Sunday, 14 March 2010

Anugerah Tercantik


Award ni, atau orang Melayu panggil Anugerah, saya dapat dari 2 orang, Yanie dan Nanie. Ini yang saya perasan la. Mana yang saya tak perasan tu, tolong bagitau ye. ** (update 160310 - TQ Azian / update 190310 - TQ Cik Belle). Macam selalu, orang memberi kita merasa kan, nak kena balas sesuatu la ni. Saya kena beritahu 7 perkara tentang diri saya:
  1. Sudah bertunang dengan En. Ahin selama hampir 9 bulan.
  2. Bakal berkahwin kurang lagi 2 bulan.
  3. Sangat sayangkan anak-anak saya, tak kira la, anak buah ke, anak sepupu ke, anak kucing ke... Anak sendiri je belum lagi.
  4. Kalau time PMS suka mengamuk tak pasal-pasal. Tanyalah tunang saya.
  5. Saya anak sulung, dan satu-satunya anak perempuan yang comel.
  6. Sangat suka berblogging, dan saya sangat sayangkan blog saya ini.
  7. Tak sabar nak kahwin! Kawan-kawan jemput datang tau!
Kalau ikutkan saya kena tagged kawan-kawan blog seramai 15 orang. Ramai tu. Tapi saya tak tau nak bagi siapa, sebab saya tengok banyak blog dah dapt dah award ni. Saya je ketinggalan kereta api. Kepada sesiapa yang belum dapat lagi award ni, saya bagi pada kamu ya! Saya nak kamu tau, kamu pun cantik juga...

Saya Rindu Budak Ini!

Siapa pula yang saya rindui ini? Baru sekali jumpa, dan baru sehari tidak jumpa, sudah begitu rindu? Mmm, bahaya ni. Hehehe...

Ini anak buah saya la. Anak buah saya yang betul tau! Selalunya saya pinjam anak sepupu saya, jadikan mereka anak buah saya. Tapi ini memang anak buah saya!

Macam mana boleh ada anak buah ni, sedangkan adik-beradik saya langsung belum ada yang berkahwin ni... Ala, senang je... Saya pinjam jelah anak buah En. Tunang, yang memang confirm jadi anak buah saya pun. Hehehe...

Ini anak kepada bakal adik ipar saya. Namanya Muhammad Al-Fateh. Comel kan nama tu? Secomel anak itulah. Sangat bijak. Semalam baru 1st time jumpa, lepas dah 5bulan pun umurnya. Dan hari ini, saya sangat merinduinya... Payah ni...

Asyik nak berborak je kerjanya, dan sangat suka gelak. Nak lawan gelak dengan Mak Yong ye. Ok, nanti kita gelak banyak-banyak ye Muhammad. Harap dapat jumpa budak ini lagi. Bila ye? Masa saya kahwin la kot...


Saturday, 13 March 2010

Tahniah Atiqah Adnan!

Hari ini sangat letih. Banyak juga misi yang dirancang. Banyak juga yang berjalan lancar. Selain misi bertemu En. Tunang yang pasti berjalan lancar (hehehe...), misi mahu bertemu Atiqah di Majlis Kahwin beliau. Sangat berdebar-debar ok.

Bergerak ke Alai, bersama En. Tunang. Senang je, tak payah tengok kad pun. Hehehe, berlagak pulak... Sampai dengan selamat. Dari jauh nampak cam best je. Color sangat nice! Perkara pertama yang dituju tentulah, ke bilik pengantin. Berdebar-debar nak jumpe Atiqah. Masuk bilik pengantin, terus saya bagi salam, panggil Atiqah. Atiqah tanya, "Sapa ey?". Takpelah, kata pun first time jumpe kan. Bila saya sebut nama je, Atiqah macam terkejut. Sangat seronok jumpa dengan beliau. Beliau sangat cantik! Sampai sekarang terbayang-bayang je, betapa cantiknya Atiqah. Tak sempat jumpa Rafiqy beliau tu, sempat kitorang terus balik, lepas makan, sebab ada hal lain. Sorry ye Atiqah... Yang penting, saya tau awak sangat happy. Nanti jumpe lagi ye. Mungkin di majlis saya pula nanti.

~ gambar saya curi dari sini ~

Tak sabar tunggu Atiqah upload gambar dalam blog & FB. Tahniah ya Atiqah! Sangat gembira bertemu awak...

Friday, 12 March 2010

Jurnal 2 Hati : 071 - Senarai Jemputan

Hari ini saya mahu sentuh sedikit mengenai senarai jemputan. Yang mana, bagi saya ini adalah salah satu tugas terpenting untuk B2B semua. Dari mula kita merancang untuk mengadakan majlis 'Hari Besar' kita tu, perkara ini adalah antara yang dititik beratkan.

Mengikut pengalaman saya, senarai secara kasar telah mula saya buat selepas tarikh majlis sudah ditetapkan. Masa bertunang lagi, tarikh majlis sudah ditetapkan. Jadi, sebenarnya, selepas dari bertunang lagi. Kemudian, senarai tersebut mula ditapis, menjelang proses penempahan kad mahu dibuat. Ini penting, supaya kad yang ditempah itu tak berlaku masalah kekurangan. Kalau terlebih tu, tak mengapa lagi. Tapi janganlah terlebih terlalu banyak pula.

Kalau mengikut anggaran saya dari awal lagi, bagi diri saya sendiri, saya hanya memerlukan 150 keping kad sahaja. Yang lebih, tentulah untuk kedua orang tua saya. Oh ya, tak lupa juga untuk adik-adik saya, sdikit sahaja ya! Dan setakat ke hari ini, kad yang telah ditulis nama (belum lagi diedarkan ya!) masih lagi di dalam kuota yang saya sendiri tetapkan.

Sebenarnya, agak pening juga mahu membuat senarai jemputan ini. Iyalah, kalau nak dikirakan kawan-kawan, memanglah ramai. Berada di sini pun sudah lebih 25 tahun kan. Lagi pun, perlu juga difikirkan, kalau ada yang tak dijemput nanti, ada pula yang berkecil hati. Perkara ini yang paling saya cuba elakkan.

Jadi saya memutuskan begini. Kad hanya akan diberikan kepada kawan-kawan saya yang terkini, contohnya kawan-kawan pejabat sekaranglah. Kalau nak dikira kawan-kawan satu bangunan pun sudah cukup banyak, saya hanya memberikan kepada kawan-kawan satu level yang berjumlah 25 orang. Ramai kan? Kawan-kawan di tingkat lain pula, saya jemput yang paling kerap berurusan. Begitu juga kawan-kawan dari kampus lain. Saya mementingkan lokasi kawan-kawan yang dijemput, untuk memastikan mereka dapat menghadirkan diri ke majlis saya nanti. Tidaklah nanti jadi kes, dari 150 keping kad diedar, hanya 50 orang penerima kad sahaja yang datang. Kecewa juga saya nanti. Sedangkan majlis ini saya adakan untuk sama-sama meraikan hari bersejarah saya nanti.

Untuk kawan-kawan lama pula, saya mengambil kira kawan-kawan yang paling rapat dengan saya.Dari sekolah rendah, ke sekolah menengah, hinggalah kepada kawan-kawan universiti. Tak lupa, kawan-kawan di alam pekerjaan. Yang paling utama, kad jemputan akan dihantar kepada kawan-kawan yang menghantar kad jemputan mereka kepada saya dulu-dulu. Kira macam award la. Dulu dia bagi, sekarang saya pula bagi.

Sekarang ini, saya mencari alamat cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dulu. Terutama cikgu-cikgu yang dah pencen atau pun yang dah pindah. Yang mana masih lagi di sekolah lama, mudah sikit menjalankan operasi. Harap-harap cikgu-cikgu saya dapat meraikan 'Hari Besar' saya nanti.

Sebelum terlupa, saya pun dengan sangat sukacita mengalu-alukan kedatangan, pembaca-pembaca blog saya. Tak kira la, yang aktif ke yang silent ke. Harap sangat, majlis nanti dapat menjadi tempat pertemuan pertama kita semua. Wah, gitew...

Itu jelah, sedikit tips saya. Makcu saya baru-baru ini berpesan, "Jangan lupa jemput ex-boyfriend semua". Haha! Boleh ke? Ayat beliau tu, macam ramai giler boyfriend saya dulu. Hehehe. Nak jemput ke tak ey? Mmm...

Jurnal 2 Hati : 070 - 50 Hari Lagi

Sedar tak sedar je, ada lagi 50 hari je. Perasaan? Biasa jer... Tapi macam banyak berangan je. Tak sabar la konon. Hehehe...

Persiapan? Alhamdulillah, berjalan lancar. Boleh tengok kat sini yer. Antara yang masih berjalan ialah:

1- Penghantaran Kad Jemputan
Sekarang kad sedang mula untuk diedarkan. Nak tulis alamat pun jenuh jugak. Nak cari alamat kawan-kawan pun satu hal gak. Nasib la, saya ni memang simpan alamat kawan-kawan sejak dari sekolah. Cuma, nak kena minta juga alamat terkini kan? Alhamdulillah, teknologi memang membantu. Apa lagi FB la kan?

2- Hiasan Rumah
Yang ini sebenarnya dah stat sikit demi sikit. Mula lepas bertunang tu, dah stat renovate rumah. Lepas raya lak, buat bilik pengantin yang sekarang tengah duduk ni. Hari tu baru tempah langsir rumah. Tapi tak adalah satu rumah. Tempah untuk sliding door je. Yang lain-lain masih boleh digunakan lagi.

3- Hiasan Bilik
Yang ini, sejak bilik siap, saya adalah beli sikit-sikit juga. Since untuk hiasa sepenuhnya dalam bilik pengantin, ada dalam pakej hari tu, so tinggal tambah sikit-sikit jelah. Langsit tingkap, sekali buat dengan langsir sliding door hari tu.

4- Prosedur Perkahwinan
Sekarang ni tengah tunggu En. Tunang tersayang siapkan semua borang-borang beliau, sebelum saya pula nak kena buat macam-macam. Agak lambat sikit, sebab En. Tunang kerja sendiri, jadi kena isi borang pengesahan status bujang tu. Minta sign dengan tok ketua kampung. Sepatutnya 2bulan sebelum majlis, beliau dah kena bagi kat saya. Ni dah lewat dah ni.

Setakat ni, itu je yang saya ingat. Yang lain-lain saya update lain kali la ye...

Wednesday, 10 March 2010

Lirik Lagu : Cinta Pertama

Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

Lirik/lagu : Amar Sabda

Monday, 8 March 2010

Wanita Itu Cantik



Allah s.w.t berfirman :
  • Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.
  • Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakkan yang sering kali datang dari anak-anak.
  • Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan, dan kelelahan tanpa mengeluh.
  • Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
  • Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
  • Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.
  • Dan akhirnya Aku memberinya airmata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.


" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat pada matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada. "


~ SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ~