:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday 20 March 2010

Jurnal 2 Hati : 073 - Boleh Tolong Saya Tak?

Saya nak minta pendapat anda semua nih. Ok, kepada pembaca blog ini, pasti dah tahu yang saya dapat tajaan tudung nikah daripada Koleksi Vispera. Sebab saya masuk online contest ini. Syukur sangat-sangatlah...

Semalam saya dah jumpa dengan Pn. Vispera, berbincang rekaan tudung yang saya mahu, dan paling penting, kombinasi warna yang sesuai dengan baju nikah saya. Memang banyak pilihan, sempena dengan koleksi beliau untuk tahun 2010 ini. Jadi, saya ni yang dah dapat tajaan jadi macam rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana satu. Biasalah... Hehehe... Nasib baik Pn. Vispera pun tak kisah. Yelah, dah dapat tajaan tu, kalau boleh biarlah yang lain dari yang lain kan. Boleh promotekan Koleksi Vispera sekali.

Antara pilihan yang ada :

1 - Vispera Belleza
Ini merupakan pilihan pertama saya. Memang saya jatuh cinta dengan koleksi ini masa mula-mula saya masuk contest yang dianjurkan Koleksi Vispera. Kalau ingat, entri saya yang ini. Masa dapat tau saya merupakan pemenang bulan April pun, tudung ini yang saya minta kepada Pn. Vispera.

2 - Vispera Dulce
Tidak jauh beza dengan koleksi Belleza. Cuma, Dulce menggunakan veil terbuka. Cantik juga kan? Oh ya, koleksi Dulce juga boleh digayakan bersama-sama dengan veil koleksi Velo seperti di bawah ni...
Ataupun kalau ikut Pn. Vispera, saya juga boleh menggayakan dengan veil koleksi Espléndido, seperti yang digayakan Atiqah, di bawah ni...
Kalau nak saya pakai seperti Atiqah, memang tak bolehla. Gaya ini sesuai untuk mereka yang biasa menggayakan tudung Syria. Kalau saya pakai, alamatnya, muka saya akan kelihatan bulat seperti bola. Hahaha!

Ok, ok... Saya cuma nak tanya anda, mana satu pilihan anda untuk saya. Tolong ya! Saya dah rambang mata nih...

7 comments:

Mrs Drac said...

saye pun suke no 1..

Cik Belle said...

no 1 moden sikit. hihi.

AkuBukanLelaki said...

no 1...naik seri..yg lain2 cam serabut je..

Atiqah Adnan said...

hehhe
memang susah kan nak pakai tudung macammane kan..?
cuba cari design macam mane nak pakai.. then bagitahu je pn.vispera dia pasti dapat buat untuk mazni..

no.1 tu cantik..lagipun memang mazni dah jatuh cinta pandang pertama dengan design tu kan..?

btw gud luck!

Zainur said...

hehehe...saya suka dulce....test pakai sume tgk yg mana paling suit dengan bentuk muka :)

MaZNi PutERi said...

TQ sumer yer... pilihan dah dibuat. tgu time nikah yer...

sri seri said...

saya suka yg no 1..rasanya ia nampak simple n menarik...cam ramai yg suka no 1 kan...:)