:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Sunday 28 March 2010

Jurnal 2 Hati : 076 - Simbolik 1 Mei

Ada sesetengah orang memilih tarikh perkahwinan yang mudah diingati. Tarikh yang paling popular sekarang, ialah tarikh berganda. Contohnya seperti 10.10.10. Cantik kan? Ada juga yang memilih tarikh hari lahir, agar perayaan itu nanti jadi berganda. Seronoknya juga dapat dua hadiah sekaligus.

Kenapa saya memilih 1 Mei? Macam kata saudara-mara saya, mereka tidak boleh bekerja pada hari itu. Saja bergurau dengan saya. Hehehe... Pada awalnya, saya ddan En. Tunang mahukan majlis yang berturut. Maknanya, hari ini majlis di tempat saya, esok majlis di tempat beliau. Ada sebabnya. Mungkin agak susah, kerana kami berdua bukan dari satu kampung. Tapi, sekarang kan, perjalanan pun bukannya jauh.

Mama pula mahukan majlis pada hari Ahad sebenarnya. Jadi untuk saya menggabungkan kedua-dua kehendak ini, macam susah kan? Saya tanya Mama, kenapa Ahad, tidak Sabtu? Ini supaya kawan-kawan Mama dapat hadir. Mama saya bekerja juga pada hari Sabtu ya! Cuma Sabtu minggu pertama sahaja mereka bercuti. Jadi saya faham di situ. Kami semua, keluarga saya dan keluarga En. Tunang, sepakat untuk tidak memilih cuti sekolah sebagai hari majlis. Sebab, kami tidak mahu majlis kami nanti bertembung dengan banyak majlis lain.

Saya memilih Mei, kerana bulan itu saya tidak punya kerja yang menimbun. Pertengahan tahun, adalah masa senggang kami, menjelang Julai yang akan sibuk dengan kemasukan pelajar-pelajar baru. Tidak akhir tahun, atau awal tahun yang masih sibuk dengan Audit. Sebab itu saya memilih Mei. Sesi Audit betul-betul selesai pada Mac. Sekiranya saya memilih April, tidak sempat pula mahu membuat persiapan. Mei adalah bulan yang sangat sesuai.

Kenapa saya memilih 1 Mei? Sebab tarikh itu merupakan minggu pertama bulan Mei. Saya perlukan tarikh yang boleh menggabungkan kehendak kedua-dua buah keluarga. Mama mahukan tarikh majlis yang dapat dihadiri kawan-kawan pejabatnya. En. Tunang mahukan majlis yang tidak punya gap waktu yang panjang. Cuma selang hari sahaja. Itu sebabnya, 1 Mei adalah tarikh yang sangat cantik, yang kebetulan pula jatuhnya Hari Pekerja. Kawan-kawan tidak punya alasan untuk tidak hadir ya!

Sebenarnya, 1 Mei adalah tarikh bersejarah kami berdua. Yang mana pada tahun lepas, keluarga beliau datang untuk berkenal-kenalan dengan keluarga saya, yang akhirnya majlis bertukar kepada majlis merisik dengan menetapkan tarikh pertunangan. Ini memang di luar jangkaan ya! Tahun lepas, 1 Mei jatuh pada hari Jumaat. Hari yang sangat cantik kan? Tahun ini, insyaAllah kami akan disatukan dengan ingatan pernikahan.

01.5.10 - Cantik juga kan? Tak perasan pun sebenarnya. Ini baru tahu. Lagipun, setiap tahun dapat raikan hari ini tanpa perlu mengambil cuti, sebab memang dah cuti kan? Wah, honeymoon tiap-tiap tahun la cenggini. Hehehe...

No comments: