:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday, 28 November 2009

Aidil Adha Bersama Keluarga

Alhamdulillah, tahun ini dapat sekali lagi kami sekeluarga berkumpul, untuk sama-sama meraikan Aidil Adha dengan penuh kesyukuran. Berhari raya di Bandar Baru Bangi sejak bertahun-tahun, adalah sesuatu yang biasa bagi saya. Siapa yang cakap berhari raya di bandar tidak seronok? Bukankah kita yang tentukan, sama ada seronok atau tidak sesuatu itu?

Seronok, kerana bersama-sama adik-adik, bergurau senda. Membuat saya terfikir, dapatkah saya melaluinya lagi seperti ini, tahun depan? Tahun depan di sinikah saya atau mungkin di sana bersama keluarga mertua? Tak dapat saya gambarkan betapa mungkin sedihnya saya melalui hari-hari menjelang hari raya tanpa Mama di sisi. Siapakah yang akan membantu beliau membuat manisan, yang pastinya menjadi tugas saya. Mahukah adik-adik saya membantu beliau? Dengan siapa akan beliau berborak-borak di dapur?

Itulah, betapa bagaimanapun perangai ibu kita, tetap ibu kan. Betapa mungkin baiknya ibu mertua, tetap ibu kandung di hati. Betapa syurga isteri itu nanti di telapak kaki suami, tetap ibu diingati. Ya! Saya akui hubungan saya dengan Mama memang ada pasang surutnya. Ada sahaja yang tidak kena, dan saya tidak tahu kenapa. Tetapi, semakin hampir detik menjadi milik orang lain, semakin saya cuba untuk menjadi yang terbaik buat Mama, satu-satunya puteri beliau. Tabahkah saya untuk melalui hari-hari tanpa beliau di sisi saya...

Saya bukan anak yang baik, bukan juga anak yang sempurna untuk beliau. Tapi, saya tahu beliau amat menyayangi saya. Seboleh mungkin akan saya menyayangi beliau seumur hayat. Setiap tunjuk ajar beliau, walau kadang dalam bentuk bebelan, saya tahu, banyak gunanya. Tanpa bebelan beliau, akan pandaikah saya memasak, akan bijakkah saya menguruskan rumahtangga?

Maaf, teremosi pula saya. Sedangkan mahu bercerita mengenai Aidil Adha. Hehehe.. InsyaAllah, bersama adik-adik akan kami berBBQ di halaman rumah malam ini. Wah, sangat tidak sabarlah! Ayam telah dimarinated oleh 'Chef' kami, siapa lagi kalau bukan adik saya, Ja'a. Tiba-tiba lapar pula. Hahaha!

Lirik Lagu : Debu-debu Dosa


Debu-debu Dosa - Hijjaz


Artist: Hijjaz
Album: Damai

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Ulasan Saya Tentang 'Nur Kasih'

Saya sudah mula menonton drama ini sejak daripada episod pertama (29 Mei 2009) lagi. Pada saya tarikan utamanya ialah pengarah yang memang saya gemari, Kabir Bhatia. Dan saya rasa, saya tak pernah kesal pun, sanggup menonton perjalanan kisah ini, sehingga ke penghujungnya.

Disebabkan saya telah pun menonton daripada awal, dan yang bestnya, En. Tunang, daripada tidak suka, menjadi penonton juga. Jadi, janganlah pertikaikan apa yang saya sukai itu. Saya akan mengulas sedikit (mungkin juga banyak), mengenai kisah ini. Cuma mengenai jalan cerita & watak-watak di dalamnya sahaja ye. Yang lain-lain seperti lighting ke, pergerakan kamera ke, atau apa-apa yang berkaitan teknikal, saya tidak pandai. Tapi, ini ulasan peribadi saya ye...

Bagi saya, watak yang benar-benar meninggalkan kesan adalah SITI SARAH, lakonan Ummi Nazeera. Sejujurnya, walaupun bukan beliau watak utama, tapi beliau berjaya membuatkan saya sangat membencinya dengan perangai gedik & kebudak-budakan itu. Mulut jahatnya yang memecahbelahkan keluarga sendiri semata-mata mahu memenuhi keinginan & impian cintanya terhadap Aidil. Satu yang saya kagum, walaupun beliau gedik, tapi beliau setia pada cinta pertamanya, & pilihannya terhadap cintanya kerana pegangan agama yang dimiliki Aidil. Cuma, caranya tidak betul la kan.

Selain itu, watak lain yang terkesan terhadap saya ialah watak AIDIL, lakonan Fizz Fairuz. Beliau berjaya menjadi seorang abang & anak yang taat kepada keluarga. Sanggup mengetepikan impian & perasaan sendiri semata-mata buat keluarga terutama buat adiknya, walaupun beliau sangat tahu yang adiknya sangat jahat! Tapi, hikmah yang diperoleh, berjaya menemukan jodoh dengan seseorang yang hampir sama dengan beliau.

Babak yang benar-benar menyentuh hati saya, saat ADAM, lakonan Remy Ishak, mahu meninggalkan NUR AMINA, lakonan Tiz Zaqyah, di KL Sentral, beberapa hari selepas bernikah. Beliau sanggup meninggalkan isteri beliau yang sangat naif di Kuala Lumpur, tanpa sebarang tunjuk ajar. Memang sangat kejam, sebab langsung tiada perasaan belas kasihan sekalipun tidak punya cinta. Saya akui, airmata saya meleleh & saya menangis teresak-esak ye untuk babak ini sahaja, terutamanya saat Nur mahu memulangkan cincin pernikahan mereka. Syahdu woo...

Penamat cerita untuk babak Aidil & Adam yang bertemu dengan Arwah Ustaz Hassan, bagi saya membawa banyak maksud tersirat. Ustaz Hassan menanti kedua-dua anaknya, dan kalau anda perasan, saat kaki Adam tenggelam di dalam pasir, Aidil masih lagi sanggup menunggu adiknya sehingga kakinya berjaya dikeluarkan. Nampak tak, kasih sayang Aidil terhadap Adam sehingga beliau sanggup berkorban apa sahaja. Kenapa Aidil berbaju putih, & Adam berbaju hitam? Adakah kerana Aidil lebih suci berbanding Adam? Yang ini saya tak tahu nak ulas macam mana.

Memang sejak minggu lepas, peminat-peminat siri ini ada menerima emel 'Full Version Drama Nur Kasih'. Tapi ending yang dibaca dengan yang dipaparkan berbeza. Semalam waktu menonton, memang kebanyakan kita sudah tahu yang Adam pasti akan bersatu juga dengan Nur akhirnya. Saya pada awalnya, ingatkan Adam berjaya keluar bersama-sama dengan kawan baru beliau itu. Ingat tak entri saya ni? Tapi, bila yang dipaparkan Adam ditangkap oleh penyerang-penyerang itu, dan kawan beliau itu berjaya keluar secara sendirian, membuatkan saya terfikir, mungkinkah Adam akan terbunuh. Mungkin Adam tidak dibunuh di bangunan hotel itu, sebab kalau beliau dibunuh di situ, mestilah mayatnya telah dijumpai kan.

Tekaan saya mengenai mungkin Adam membaca emel yang dihantar oleh Nur setiap hari, dan kenapa beliau tidak mahu pulang ke tanahair, kerana ingin memberi kebahagiaan buat Aidil, ternyata meleset. Beliau tidak pulang ke tanahair, kerana beliau dijadikan tahanan oleh penyerang-penyerang itu. Selepas dibebaskan, beliau terus pulang ke tanahair, tetapi kecewa sebab dapat tahu yang Nur bakal berkahwin dengan Aidil. Nasib baik bertemu semula di dalam kereta api. Jodoh mereka bersatu kembali. Alhamdulillah...

Keseluruhannya, tak sia-sialah saya menonton dari awal, kerana saya berpuar hati dengan jalan ceritanya. Saya dengar-dengar sekuel ini akan dijadikan filem pula. Tapi kan, drama tu dah habis dengan happy ending, nape nak sambung lagi. Tak nampak pula untuk apa...

Friday, 27 November 2009

Nur Kasih Malam Ini!!

Sangat tak sabarlah... Walaupun ramai dah tahu camne endingnya. Dan walaupun En. Tunang berkata, 3 juta rakyat Malaysia kena tipu (Abang pun dah tersuka kan? Hahaha!). Yang penting citer ni memang superb! I like...

Salam Aidiladha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah, dipanjangkan usia untuk bersama merayakan hari ini. Aidiladha sebagai tunangan orang lagi.

InsyaAllah, minggu hadapan bakal ibu mertua saya, akan pulang ke tanahair. 45 hari di sana, yang saya tahu, En. Tunang memang merindui beliau. Tapi taknak cakap. Hahaha!

Semoga saya juga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana sekali lagi. Ameen...

Thursday, 26 November 2009

Tercipta Untukku : Sukar Dipercayai

Bila kita fikir, sesuatu itu yang terbaik buat kita, belum tentu itu memang yang terbaik buat kita. Kadang-kadang, petunjuk itu sudah pun diberi, tapi kita sebagai hamba-Nya selalu alpa. Rezeki & kurniaan-Nya, kita tidak nampak atau kadang-kadang buat-buat tidak nampak. Tapi, bila dia tarik sesuatu yang kita rasakan sangat indah buat kita, sebenarnya ada sebab yang kita tak nampak. Dia yang menciptakan kita, sudah tentu Dia lebih tahu.

Saya dan beliau, sama-sama meminati dunia blog. Saya bukan menulis sebab kecewa ye. Saya memang suka menulis. Kan dulu saya bercita-cita untuk jadi penulis. Tapi sekarang, jadi 'Penulis Akaun'. Hari-hari pun buat 'recon' je. Hahaha! Bolehlah kan...

Tapi, mungkin sudah tertulis kan, saat beliau 'blogwalking' dan terjumpa pula blog saya, dengan entri-entri sedih & menyayat hati. Bukan untuk menarik simpati ye. Sekadar luahan rasa. Sebab, bukan semua orang yang berada di sekeliling dengan kita, faham apa yang kita rasakan. Lagi pula, tujuan saya cuma untuk beri ketenangan kepada diri sendiri. Kiranya cara untuk bermuhasabah dirilah. Beliau meninggalkan jejak, hingga menyebabkan saya menuju ke blog beliau.

Jatuh cinta dengan falsafah dan cara penulisan yang lain dari yang lain, yang beliau tampilkan dalam blog beliau. Menyebabkan saya ingin tahu, siapakah beliau. Lagi pula, saya macam tertanya-tanya adakah beliau seseorang yang saya kenali. Perbualan di YM, berlanjutan ke perbualan telefon. Itulah canggihnya dunia. Dulu, saya tak percaya pada cinta siber. Saya pernah hampir terkena. Tapi, saya tahu, bila kita ikhlas, keikhlasan juga yang akan kita peroleh semula. Jangan takut dengan janji-Nya.

Dari situ, saya dapat rasakan, beliau ada sesuatu yang saya perlukan sebagai pemimpin keluarga saya nanti. Sesuatu yang sukar untuk dijumpai. Dan rupanya, dalam diam beliau menyelidik tentang saya, dan beliau juga terkejut dengan apa yang diperoleh. Pertemuan pertama, yang sangat mengejutkan. Seperti dalam entri saya sebelum ini. Seterusnya, bertemu dengan ibu beliau, menambahkan keyakinan saya. Saya bukan anak remaja yang punya masa untuk bermain dengan cinta. Saya mahukan sesuatu yang pasti, yang bukan hanya manis kata di bibir sahaja.

Pertemuan kedua-dua buah keluarga, akhirnya benar-benar meyakinkan saya. Saya perlukan restu semua dalam menjalani kehidupan akan datang. Saya tidak mahu hati ibu bapa saya terluka, dan saya juga tidak mahu ibu bapa beliau terluka, dengan penyatuan kami ini. Biar semuanya berlaku dalam restu dan redha Ilahi. Itu yang saya cari, dan akhirnya Dia menemukan jawapan itu.

Redha dan bersyukurlah dengan apa sahaja yang berlaku. Inilah jawapan kepada kekecewaan saya sebelum ini. Saya tahu, Dia lebih tahu...

Istimewa Buat Acik


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hari ini 26 November 2009. Dah tau, lagi mahu tanya. Ucapan istimewa, buat seseorang yang istimewa tempatnya di hati saya (Abang, jangan jeles tau! Tak ada maknanye). Saja bikin suspen. Untuk adik angkat saya, Noorhidayah Abd Ghani. Ucapan selamat untuk ulangtahun yang ke 25. Alhamdulillah. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki selalu. Jaga baby elok2 tau! Tak sabar nak dengar baby panggil Mak Lang. Hehehe.


Saya pernah cerita pasal Acik, masa beliau nak kawin, bulan 6 hari tu. Baca ni ye...

Wednesday, 25 November 2009

Tiba-tiba Rasa Macam Popular Sangat!

Statement tak boleh blah kan? Tapi tulah, baru sikit, perasan je lebih. Kalau popular macam Siti Nurhaliza ke, atau sekurang-kurangnya Siti Sarah (nak jugak!), tak pelah jugak. Ini popular setakat kat alam maya ni. Kalau jumpe kat luar pun, agak-agak ada ke yang nak minta otograp? Ahaha. Melampau betul saya ni...

Kenapa saya tiba-tiba memperasankan yang diri ini macam la popular sangat? Sebab, sejak akhir-akhir ini, ramai betul pengkomen di setiap entri saya. Macamlah ramai sangat pun. Tak sampai sepuluh pun. Tapi yelah, orang yang jakun macam saya ni, manalah pernah rasa macam ni. Of course la jadi sangat perasan!

Lagi pula sejak saya masukkan update blog dekat FB, hit macam makin cepat naik. Dan pastilah makin ramai yang memang mengenali saya, membaca blog saya. Jadi, lepas ini, kena lebih berhati-hati ye. Nak luahkan rasa marah pun, kena tengok kiri kanan. Kang ada lak yang kena perli secara terang-terangan. Tapi, kalau dah memang stress sangat tu, 'Ada aku kisah??'. Ini blog saya, suka hati sayalah kan.

Apa lak motif entri ni? Saje je nak ucap 'Terima Kasih' pada yang sudi menjenguk & membaca di blog saya ini. Saya tau, entri nye tidaklah berapa bagus, tapi saya cuba juga untuk memberi entri berinfo buat kamu semua. Sekurang-kurangnya tidaklah saya asyik cerita perkara-perkara tak berfaedah. Kalau rasa ada apa-apa komen, silalah yer...

Saya Sangat Stress!!!

Hujung tahun adalah waktu yang paling tidak disukai. Sebab? Banyak sangat kerja, dan banyak sangat dateline yang perlu dikejar. Bukan-bukan, dateline yang kejar saya. Banyak sangat sampai tak tahu nak buat yang mana dahulu. Sebab semuanya penting-penting belaka.

Tetapi kerja yang banyak pun, tidak membuatkan saya stress lagi. Tapi kalau dapat bos yang hanya tahu bercakap, tapi tak tahu buat, ini yang memang stress sangat2! Saya tak nak tunjuk yang saya sangat menyampah dengan perangai hipokritnya itu. Tapi, saya tak boleh la. Cuba kamu bayangkan, kerja itu adalah kerja dia, dah la tak buat, tak keluarkan arahan pun. Sebab dia tak faham pun apa yang perlu dia buat. Dan kemudian, anak-anak semut ni la yang kena maki dengan bos besar ok. Dia tu bos kecik je, tapi berangan banyak bos besar sangat. Kalau boleh semua kerja yang perlukan dia yang buat, cuba dia nak elak. Patu dia buat-buat bangang macam tak tahu langsung. Tapi, dia tu kan bos, umur pun dah banyak, takkanlah simple thing about akaun tak tahu langsung?! Tolonglah...

Saya, bukan saya je, tapi kami. Kami memang dah tak tahan dengan perangai dia ni. Kalau setakat tak nak buat, tapi tahu & faham apa bendanya, takpe lagi. Dah lah tak nak buat, tak tahu, pastu tak faham pula. Helo, this is basic je ok! Nampak tak? Bos besar, yang dah tentu-tentu lebih besar la daripada dia, pun boleh buat, apa yang kami buat. Takkanlah dia tak nak buat langsung. Kalau tak buat, macam mana nak tahu, macam mana nak faham?

Pernah tak kamu jumpa, dengan seorang bos yang bertanya kepada orang bawahan dia, apa yang dia perlu dia buat. Saya ulangi, tanya kepada orang bawah ok. Bukankah sepatutnya dia yang fikir apa yang perlu dibuat, dan dia yang bagi arahan tu kat kami. Pelik kan? Inilah seorang yang bersandar pada jawatan bos, tapi tak tahu nak gunakan jawatan tu macam mana.

Kalau kamu jadi saya, kamu marah tak? Saya sangat marah ok. Sampai bila kena jadi macam ni. Dia tu harap mulut je manis, tapi hampeh! Kerja semua kami yang buat. Yang kena marah dengan bos besar pun kami juga. Dia tu cuma boneka bos je. Tolonglah blah dari sini!

Jurnal 2 Hati : 033 - Cenderahati Tetamu

Saya bersama-sama Mama dan Ayah, membuat keputusan, bahawa tiada cenderahati seperti di bawah ni:


sumber: terima kasih en google

Kami cuma akan beri sesuatu yang sedap untuk dimakan. Jadi tidaklah ralit sangat kalau benda tu dibuang-buang akhirnya kan. Mama telah tersuka pada 'sesuatu' ini. Dijumpai di kenduri kahwin beberapa tahun lepas la. Nasib baik, masih simpan kotak cenderahati tu.

Jadi minggu lepas, telah menghubungi orang itu, untuk bertanya, produk yang beliau ada. Beberapa hari lepas, katalog pun sampai. Semalam, hasil carian google, rupanya syarikat ni ada website. Kalau tahu, dah lama dah tengok. Kalau anda berminat, boleh tengok di sini.

Yang kami tempah? Tunggu majlis la. Kang tak surprise pula. Hehehe...

Tuesday, 24 November 2009

Tak Boleh Lepaskan Ini!

9 Nyawa
RAMLEE AWANG MURSHID

Sinopsis:

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.


HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Dipetik dari sini.
Lebih lagi? Di sini dan di sini.


Jurnal 2 Hati : 032 - Kad Jemputan

Kalau ikutkan majlis lagi 5 bulan. Takkan dah nak buat kad jemputan kan? Mungkin saya akan pergi buat tempahan pada Disember atau awak Januari nanti. Tempatnya dah ada pun. Kedai kawan Mama. So, dapatlah less sket kot.

Pada awalnya hari itu, saya plan nak D.I.Y je kad jemputan. Sebab saya memang suka benda-benda yang memerlukan idea yang kreatif ni. Tapi, ditentang pula oleh En. Tunang. Lagipun, bila difikir-fikir semula, bila masa pula saya nak mengerjakan untuk membuat kad yang mahu sampai tahap ribu tu kan. Kerja pun balik malam, cuti pun kerja. So, tempah jelah kan.

Saya ni sangat simple je orangnya. Jadi kad jemputan saya pun nanti, saya cuma mahukan yang simple-simple sahaja. Yang penting, tidak terlalu crowded hingga susah pula nak dibaca. Kang ada lak yang tak sampai majlis kang. Kesian pula kan.


Antara contoh kad-kad yang simple je bagi saya, macam kat bawah ni. Di ambil dari sini.



Lirik Lagu : Syukur Ku Sedar

Mata terpejam
Untuk ku tahan
Tangis ku linang
Berpanjangan
Makin ku lawan
Makin ku ronta
Tangis ku luruh bercucuran

Berkilau cahaya
Di ufuk pandangan
Masih ku nampakkan
Wajahmu
Yang ku rindu - rindukan

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana tuhan mahu menyatakan
Cintanya kepada kita insan

Makin ku lawan
Makin ku sedih
Tangis ku tangis
Berlarutan

Sandaran asmara
Hanyalah harapan
Esokku dambakan
Di sisimu
Tak lagi ku abai...

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana tuhan mahu menyatakan
Cintanya kepada kita insan

Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
Cintanya
Tak pernah ku agungkan


Monday, 23 November 2009

Hadith Yang Menarik

Rasulullah saw bersabda: "Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, akan berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapankan, lelaki yang kacak itu akan berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengembumian, semua orang pulang ke rumah, 2 orang malaikat, Munkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki yang kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri, mengenai ketaatannya kepada Allah. Tetapi, lelaki yang kacak itu berkata, 'Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga'.

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, 'Aku adalah al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring, dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siat dari Munkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih'.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur tempat untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga), tempat tidur daripada sutera yang dipenuhi dengan bauan kasturi.

Rasulullah (saw) bersabda: 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat'."


Tercipta Untukku : Mimpi Itu Sangat Indah

Pernah tak kamu bermimpikan seseorang yang tidak dikenali, dan kemudian kamu bertemunya di alam nyata. Maknanya, pertemuan pertama itu terjadi di alam mimpi.

Itulah yang saya alami. Bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali langsung. Di dalam mimpi itu, orang itu sangat menyayangi saya. Kasih sayangnya terasa di dalam hati, sehingga saya terjaga daripada tidur pun, masih terasakan. Saya rasa macam nak ulang lagi mimpi itu. Sebab seronok sangat.

Kemudian sewaktu pertama kali bertemu dengan beliau, saya sangat terkejut, sebab beliau itu yang saya temui di dalam mimpi. Perasaan waktu itu, bercampur-campur. Saya tertanya-tanya, beliaukah yang saya tunggu selama ini. Beliaukah yang akan mengubati segala kekecewaan saya selama ini.

Jawapannya, TUNGGU...

Nur Kasih - Episod Akhir

Siapa yang memang peminat cerita ni, mesti tau minggu ini adalah minggu terakhir. Agak-agak, apa ending nyer? Boleh tak, saya nak agak-agak ending nyer macam mana.

Kalau kita tengok minggu lepas, Nur hantar emel kepada Adam tiap-tiap hari kan? Kita pun tak pasti sama ada Adam ni hidup lagi ke dah mati ke. Cuma yang kita tahu, hotel tu dah dibom, dan mayat Adam langsung tak dijumpai. Kalau dah mati, kenapa tak jumpa mayatnya kan? Kalau hidup lagi pula, nape Adam tak balik ke pangkuan Nur?

Saya rasa sebenarnya, Adam hidup lagi. Dia ada lagi di Mumbai bersama-sama dengan kawan baru yang dia kenal tu (tak ingat namanya). Dan dia baca emel yang Nur hantar kepada dia hari-hari. Kenapa dia taknak balik? Sebab kan dia nak bagi kebahagiaan kepada Nur & Aidil. Yang dia sangkakan mereka berdua ni saling mencintai, hasil daripada fitnah Sarah, yang disampaikan kepada Aliya. Ingat tak?

Harap-harap, cerita ini akan berakhir dengan gembira la. Sebab, kalau habis dengan sedih, mesti kena ada sambungannya. Kan penonton di Malaysia ni, macam tu. Yang mungkin terjadi, Adam akan pulang ke pangkuan Nur juga. Kata nak berakhir dengan gembira kan...

So, nak tau, betul ke tak ending yang saya reka-reka ni, tunggu 27 November pukul 9 malam di TV3. Tak sabar kan?

Jom Berpuasa!

Kalau ikutkan boleh mula berpuasa sunat pada 1 Zulhijjah lagi, seperti artikel di sini. Hari ini dah 6 Zulhijjah, baru saya nak mula berpuasa sunat. InsyaAllah, panjang umur, nak berpuasa sampai hari Khamis.

Jadi kawan-kawan, marilah kita sama-sama berpuasa. Mana yang belum habis puasa ganti tu, boleh la berpuasa ye. Janganlah tunggu sampai nak Ramadhan semula, baru nak ganti. Mana yang dah habis ganti tu, bolehlah berpuasa sunat...

Sunday, 22 November 2009

Jurnal 2 Hati : 031 - Pakej Andaman & Pakaian Pengantin

Saya memang pening sket part yang ini. Sebab satu Bandar Baru Bangi saya jelajah, semata-mata mahu mencari baju idaman kalbu. Susah juga ya! Saya tak sangka, saya sungguh cerewet dalam hal ini.

Semalam mencari-cari lagi, dan akhirnya tadi keputusan dibuat bersama ibunda tercinta. Rasanya saya mahu mengambil pakej dari butik itu. Pada harga yang ditawarkan, semuanya lengkap. Tapi disebabkan deposit belum lagi dibayar, jadi namanya tidaklah boleh dipaparkan dahulu di sini. Tunggu dah booking ye...

Pekaj yang ditawarkan yang menepati apa yang saya mahu:
  • 1 pelamin lengkap
  • Hiasan bilik tidur
  • 1 pasang baju nikah (tukar dengan 3 persalinan daerah)
  • 1 pasang baju bersanding
  • 2 sesi solekan
  • Gaun & kot
  • Payung & bunga tangan
  • Aksesori pengantin
  • Kasut (perempuan sahaja)
  • Veil & tudung
  • Batang bunga manggar (2)
  • Cucuk bunga pahar (2)
  • Bekas perenjis
  • Pahar & alas (3)
  • Tilam nikah
  • Pintu gerbang
SEMUA PADA HARGA = RM2,500.00


Thursday, 19 November 2009

Jurnal 2 Hati : 030 - Tudung/Selendang/Veil Idaman Saya

Nak cerita pasal tudung nikah. Kalau ikutkan tema saya, white+gold. Baju berwarna putih akan dihiasi dengan manik gold. Tudung pula warna putih & selendang luar berwarna gold. Saya mengidamkan tudung yang ala-ala tudung Siti tu. Cantik kan. Saya tersuka masa Siti mula-mula pakai tudung ni. Nampak sweet je...


Hari tu plan, nak kakak sepupu saya tu tolong buatkan. Tapi, takut pula beliau tak biasa. Jadi, tadi blogwalking, terjumpa dengan blog ni. Maka jatuh hati saya pada tudung untuk pernikahan. Macam kat bawah ni :

~ni dari tepi~

~ni dari depan~

Cantik kan? Serius terpikat... Jadi, saya cuba masuk contest yang kebetulan diadakan. Kalau dapat free, Alhamdulillah. Kalau tak, dapat 50% pun, ok juga. Yelah, harga satu set RM299. Dapat half price tu dah banyak tu. Tapi, harganya pasti berbaloi-baloi dengan kualitinya, betul tak? Kalau ada yang nak tengok Koleksi Vispera ni, klik kat bawah ni ye...