Buat Bakal Pengantin ~~ Acik & Khusyairy
Sekejap lagi, saya akan bergerak menuju ke Melaka, untuk ke majlis pernikahan & persandingan adik angkat saya (yang memang macam adik saya sendiri), ACIK. Saya akan berada di sana sehingga hari Sabtu. Lama kan? Sebab keluarga beliau dah macam keluarga saya sendiri. Majlis pernikahan beliau esok, 5 Jun dan persandingan pada 6 Jun. Beliau la antara kawan yang paling lama, dan yang paling memahami saya. Pernah cuba untuk menemukan jodoh saya, namun percubaan itu gagal. Tapi saya tak pernah salahkan beliau pun. Sehingga kini, kalau saya ada masalah, saya akan menghubungi beliau, begitu juga beliau. Kami jarang berjumpa, tapi selalu berhubung. Saya dah lama sangat tak jumpa dia, kali terakhir awal tahun lepas. Tapi kami tak pernah terputus hubungan. Kalau bukan saya yang menghubungi beliau, beliau sendiri yang akan menghubungi saya.Buat ACIK & KHUSYAIRY, Selamat Pengantin Baru ye! Alang doakan yang baik-baik buat kalian. Ooppss... Sebelum terlupa, saya bakal menjadi pengapit bidan terjun beliau. Doakan saya berjaya yer... Hehehe...
glitter-graphics.com
No comments:
Post a Comment