:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 23 November 2009

Nur Kasih - Episod Akhir

Siapa yang memang peminat cerita ni, mesti tau minggu ini adalah minggu terakhir. Agak-agak, apa ending nyer? Boleh tak, saya nak agak-agak ending nyer macam mana.

Kalau kita tengok minggu lepas, Nur hantar emel kepada Adam tiap-tiap hari kan? Kita pun tak pasti sama ada Adam ni hidup lagi ke dah mati ke. Cuma yang kita tahu, hotel tu dah dibom, dan mayat Adam langsung tak dijumpai. Kalau dah mati, kenapa tak jumpa mayatnya kan? Kalau hidup lagi pula, nape Adam tak balik ke pangkuan Nur?

Saya rasa sebenarnya, Adam hidup lagi. Dia ada lagi di Mumbai bersama-sama dengan kawan baru yang dia kenal tu (tak ingat namanya). Dan dia baca emel yang Nur hantar kepada dia hari-hari. Kenapa dia taknak balik? Sebab kan dia nak bagi kebahagiaan kepada Nur & Aidil. Yang dia sangkakan mereka berdua ni saling mencintai, hasil daripada fitnah Sarah, yang disampaikan kepada Aliya. Ingat tak?

Harap-harap, cerita ini akan berakhir dengan gembira la. Sebab, kalau habis dengan sedih, mesti kena ada sambungannya. Kan penonton di Malaysia ni, macam tu. Yang mungkin terjadi, Adam akan pulang ke pangkuan Nur juga. Kata nak berakhir dengan gembira kan...

So, nak tau, betul ke tak ending yang saya reka-reka ni, tunggu 27 November pukul 9 malam di TV3. Tak sabar kan?

4 comments:

ixa ixora said...

saya dah tau ending pasal content cite tu dah circulate dalam emel kat opis lama dah :P sumber amat boleh dipercayai pasal so far, mmg apa yg saya dah baca, itu yg jadi kat cite. ending nnt, nur tolak nk kawin dgn aidil then dia gi mana ntah, naik train rasanya. then nnt dia jmp adam dalam train tu :) happy ending :)

Yanie said...

same gk...saye pn dh tau ending die...tp nk tgk gk cite ni...he3...

k|ree said...

hehehe...camne sume orang boleh dah tau...pelik2...kita tak sampai hati nak tengok..sebab sangat emosi...

_Gnie_ said...

ahaha! semua dah tau kan. sy pun baru dpt td. tp nk tau betul ke tak, kena la tgk jugak kn...