:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday, 30 May 2009

Menghitung Hari : Nota 03

Ok, update persiapan saya menjelang 'Hari Pertunangan' saya nanti. Hantaran semua, Alhamdulillah, sudah siap, menjelan Jun yang sangat sibuk nanti. Cuma sekejap lagi saya mahu cari kedai yang boleh bekalkan saya 'fresh flowers' untuk dibuat sireh junjung nanti. Kalau letak bunga plastik, macam tak sesuai kan?

Sekarang ni, saya tengah fikir-fikir siapa kawan-kawan saya yang akan dijemput nanti...
  1. Kawan-kawan ofis - kl x jemput semua, takut ada yang kecik ati
  2. My best fren - yg ni officially dorg dh tau
  3. My classmate kat MSU - dah bgtau 3 org
  4. My colleague kat MSU - mostly dh tau. cuma belum jemput officially.
  5. My housemate kat MSU - belum lagi
  6. My new chatting fren - dah jemput
Itu je kot. Ramai ke? Saya rasa, memang ramai pun. Camne nak cut off? Kang xjemput, ada lak yang kecik ati. Tapi xpelah. Risau, sebab saya buat majlis kecil-kecil saja.

Bloggers, saya jemput masa 'Majlis Besar' saya nanti ye. Cuma saya pinta doa kalian, mendoakan kelancaran untuk majlis saya nanti. Saya minta maaf sangat-sangat, tak dapat nak ajak anda semua...





glitter-graphics.com

Apa Yang Dicari?

Kalau kita terjumpa dengan kawan-kawan lama, soalan yang biasa akan ditanya, "Kerja kat mana sekarang?". Lepas tu, mulalah tanya pasal gaji kita pulak berapa. Betul x? Padahal soal gaji ni, sangat sensitif dan ianya adalah sulit. Betul x?

Memanglah ramai akan pertikaikan kalau apa yang kita peroleh tu, kurang daripada apa yang kita patut dapat. Sebagai contoh, seseorang itu punya degree, tapi dia hanya bekerja sebagai kerani, yang gajinya mungkin hanya RM 1,000. Kalau bekerja sebagai kerani je, buat apa belajar tinggi-tinggi? Tak perlulah susah-susah, habiskan masa, wang dan tenaga untuk dapatkan 'Ijazah Sarjana Muda'. Lebih baik lepas SPM je trus keje...

Itulah antara pandangan-pandangan stereotaip, yang pasti anda juga pernah lalui. Saya sendiri, selepas tamat pengajian Sarjana Muda, saya bekerja sebagai kerani dengan gaji tak sampai pun RM800. Saya tak kisah, daripada saya menganggur berbulan-bulan tanpa seberang kerja. Sekurang-kurangnya, saya dapat menimba pengalaman. Kemudian, saya bekerja di salah sebuah 'Syarikat Insurans' sebagai pekerja sementara, dengan gaji dikira daripada hari yang saya datang bekerja, dan tidak ada seberang 'benefit' pun. Juga saya tidak kisah, kerana saya inginkan pengalaman itu. Tapi, saya bukan seorang yang hanya akan duduk je di situ. Yelah, sebagai pekerja 'temporary', kita rasa tidak selamat, sebab bila-bila masa saja kita akan dibuang, jika mereka tidak memerlukan kita lagi.

Saya teruskan usaha untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Dalam waktu itu, saya terus menimba pengalaman selama lebih setahun jugalah. Pernah juga saya dipandang serong dengan pekerjaan saya. Selagi kerja itu halal, dan saya dapat membayar semula pinjaman pelajaran saya, saya sangat-sangat bersyukur dengan rezeki yang DIA berikan buat saya. Dan percaya atau tidak, dengan pekerjaan yang kononnya 'tidak sesuai' dengan kelulusan saya itulah, saya memperoleh pekerjaan yang lebih baik dan 'lebih sesuai' dengan kelulusan saya sekarang ini.

Cuba anda fikir, dalam tempoh saya memperoleh pekerjaan yang 'sesuai' sekarang ini, adalah lebih setahun selepas saya tamat belajar. Sekiranya, saya hanya duduk di rumah menganggur, kerana inginkan pekerjaan 'yang sesuai' dengan kelulusan saya, adakah akan saya peroleh pekerjaan kini? Tanpa sebarang pengalaman, adakah majikan saya akan dengan mudah menerima saya sebagai pekerja beliau?

Bagi saya, selagi pekerjaan itu halal, tiada salahnya kalau kita mencuba. Bukan semua orang akan dapat apa yang kita dapat. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang akan kita cerita kepada 'keturunan' kita nanti. Jangan terlalu memilih, dan jangan pula terlalu tidak memilih.

Kadang-kadang, kita akan memperoleh tawaran yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang ini. Tetapi, sesuatu yang besar, pengorbanannya juga pasti besar, kan? Adakah dengan gaji yang lebih besar itu, kita harus korbankan waktu bersama keluarga? Kalau gaji yang kecil, mampu memberi kepuasan kepada kita, mampu membuatkan rasa selamat kepada kita, dan mampu memberikan persekitaran yang positif, itu lebih baik. Daripada, gaji yang besar, memberikan tekanan kepada kita, tanpa rasa selamat, dan persekitaran yang menyusahkan kita, adakah kita sanggup?

Apa yang saya pandang, bukan pada gaji. Tapi pada tahap rasa selamat kita berada di situ. Juga dengan persekitaran yang menyeronokkan. Walaupun sedikit tertekan dengan kerja, mana ada kerja yang tidak ada rasa tertekan. Tapi kalau kita punya kawan-kawan ofis yang baik-baik belaka, adakah kita mahu mencari lagi yang lebih baik?

Apa yang penting, adalah keberkatan. <"Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun, KEBERKATAN." kata Umi kepada Adif>. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, kerana ada orang yang nasibnya lebih teruk daripada kita. Sayangi dan cintailah pekerjaan anda... ;-p





glitter-graphics.com

Friday, 29 May 2009

Tazkirah Jumaat : Mari Kembali Ke Pangkuan Jalan Yang Lurus


RAMAI menangis ketika menghadapi sakaratul maut. Apakah makna tangisan itu? Sebenarnya, tangisan itu membawa makna manusia tidak mahu berenggang dengan dunia kerana begitu cintakannya mengalahkan cinta kepada Allah dan mengatasi keinginannya untuk kembali bertemu Allah.

Dia benci kepada kematian, padahal itu perjumpaan istimewa antara hamba dengan Allah. Mereka mahu setiap hari adalah hari yang gembira seolah-olah menyambut kelahiran baru. Padahal, kelahiran dan kematian tidak akan membawa sebarang makna kepada seseorang jika mereka lupa diri dan lupa jalan pulang ke akhirat.

Dunia begitu manis dan lazat sehingga mampu mempengaruhi manusia ke tahap mabuk yang teruk dan seterusnya lupa kepada akhirat , walaupun al-Quran sudah mengingatkan manusia dengan ayat yang mendekatkan mereka kepada alam akhirat, namun rangsangan dunia terbukti mampu memutuskan tali ingatan itu perlahan-lahan .

Semakin manusia lalai dan lupa, maka semakin sakitlah jiwa, kerana jiwa itu sebenarnya rindu kepada akhirat tetapi dipaksa juga cinta kepada dunia . Sungguh anehnya manusia kini, mencari ketenangan dengan mengikut hawa nafsunya menerusi harta, hiburan, wanita, perniagaan dan mengikuti ajaran sesat serta menyeleweng daripada al-Quran dan hadis yang menyebabkan jiwa mereka semakin gelisah.

Ia bagaikan dadah yang memberi ketenangan sekejap saja kemudian semakin melaratlah jiwa tanpa bimbingan wahyu . Ada pula yang mencuba pelbagai teknik untuk mendapat ketenangan jiwa, seperti meditasi gaya Hindu Buddha, mengamal tarekat songsang, menokok tambah amalan ibadat yang kononnya memberi kepuasan lebih kepada jiwa.

Kesihatan roh dan jiwa hanya dapat dirasai dengan disiplin dalam menjaga iman . Usaha menilai diri dan mengenal pasti keadaan iman setiap masa adalah amalan Rasulullah SAW dan sahabat. Pelik tetapi benar, keadaan manusia zaman sekarang boleh berdisiplin untuk kebaikan dunianya, tetapi menyerah kalah untuk iman .

Mereka boleh berdisiplin menjaga diet pemakanan, bersungguh mencergaskan badan dengan senaman, susah payah hadir dalam kelas pendidikan, mengikuti kursus keusahawanan, bergiat mencapai cita-cita, tetapi malangnya tidak pandai berdisiplin menjaga keimanan .

Sembahyang dilakukan apabila perlu, majlis ilmu agama dipinggirkan berbanding ilmu dunia, usaha mencari hidayah ditinggalkan kerana terlalu sibuk mencari habuan dunia. Bagaimana mungkin jiwa akan tenang dalam keadaan sebegini? Tiada disiplin dalam mencari akhirat.

Iman dan hidayah boleh bertambah serta berkurang bergantung sejauh mana seseorang berusaha mengekalkan dan mempertingkatkannya. Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang berjihad mencari keredaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang yang berbuat baik" (Surah al-Ankabut, ayat 69)

Akhir kata renung-renungkanlah dan Marilah Kembali ke Pangkuan Jalan Lurus
.







glitter-graphics.com

Wednesday, 27 May 2009

Kenapa Ditanya Pada Yang Tiada?

Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita mahu. Kadang-kadang, yang terbaik itu sudah berada di depan mata. Tapi, mata kita dibutakan oleh keindahan sementara itu. Lantas kita dengan rakusnya meninggalkan sesuatu yang amat bernilai dalam hidup kita, demi mengejar sesuatu yang belum pasti itu.

Dan apabila keindahan sementara itu, hilang dari pandangan mata, baru kita tersedar yang kita sudah tersilap langkah. Lantas kita mengambil keputusan untuk berpatah kembali. Namun, saat itu baru kita tahu, ianya tidak semudah dulu.

Kenapa dikejar kaca itu, sedangkan kamu tahu ia akan melukaimu satu hari nanti. Kenapa ditinggal permata itu, adakah kerana kamu pasti dia akan menerima kamu kembali seandainya kamu kembali padanya satu hari nanti.

Ketahuilah, "Sesungguhnya, tali yang sudah putus, kalau disambungkan kembali pun, tidak seutuh tali yang asal...". Berfikir sebelum bertindak, agar ianya tidak menjadi penyesalan yang sangat besar dalam hidupmu.





glitter-graphics.com

Tuesday, 26 May 2009

Mengenai Jodoh

Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman.

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin
itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

SUMBER : DR. H.M TUAH ISKANDAR AL-HAJ






glitter-graphics.com

Monday, 25 May 2009

Tembak-tembak! Siapa Yang Kena Ye?

Ahaha... Pelik kan dengan tajuk arini? Arini, boss kat dalam tu, bad mood semacam. Dan emel daripada beliau xberenti dari pagi tadi. Sampai pening la. Semua benda, dari sekecik-kecik kuman, sampailah sebesar-besar gajah, semuanya dikorek. Ah, abislah kami semua hari Rabu nanti.

Kami di sini panggil meeting yang bakal berlangsung hari Rabu nanti sebagai 'Meeting Tembak-tembak'. So, bersedialah untuk ditembak. Hahaha! Kepala dah mula sakit. Adoiyai....





glitter-graphics.com

Kesian Si Kecil Ini...


Aduh... Sentap saya mendengar cerita si kecil Irsyad jatuh dan kepalanya berjahit pula. Yang lebih sentap tu, jatuh di tempat penjaga. Bukan di rumah sendiri ok... Saya tahu, anak kecil ini memang agak ligat sejak akhir-akhir ini. Biasa la, budak-budak baru nk mula berjalan tu kan. Tapi xsangka la pula sampi berjahit. 4 jahitan di atas kening. Aduh, xsanggup mendengarnya. Melalak-lalak la budak tu di klinik semasa proses jahit menjahit tu. Apa-apa pun, korang tengok la sendiri, betapa 'bertuah'nya anak sepupu saya ini...

~~ baik sangat Muhammad Irsyad ni ye... ~~





glitter-graphics.com

Saturday, 23 May 2009

Menghitung Hari : Nota 02

Petang tadi saya ke butik tempat saya menyewa pakaian untuk 'my big day' nanti. Hari itu, saya bayar RM 100 je untuk deposit. Ingatkan mahu habiskan bayar. Tapi Lissa xmahu pula. Katanya, masa majlis, sebelum 'make-up', baru bayar. Duit tu buat semangat katanya. Boleh? Saya takut, nanti saya yang terlupa. Camne tu? Meroyan la dia karang. Hahaha!

Baru sekejap tadi, sambil menonton Cerekarama, saya selesaikan membuat reben-reben kecil untuk diselitkan pada cenderahati nanti. Lepas maghrib tadi, tiba-tiba datang lak idea. Bahan-bahan pun dah ada, so trus la buat kan. Bukan susah sangat pun...

Kira-kira hantaran tu ada satu je lagi tak siap.
-->Senarai Semak:
  1. Sireh junjung - 1 hari sblm majlis baru buat
  2. Aksesori wangian - done!
  3. Tuala mandi - done!
  4. Sejadah - done!
  5. Kain baju melayu - esok baru nk buat (hehehe)
  6. Kain pelikat & kain ela (untuk bakal mertua) - done!
  7. Kek - sponsor by Ja'a
  8. Coklat - sponsor by Kak Ain
  9. Buah-buahan - sehari sblm majlis baru buat
Tinggal sket je lagi kan. Tapi saya rasa hantaran tu macam cincai2 je. Segan pulak nak bagi orang tengok. Saya tgk2 dalam internet, orang buat cantik-cantik je. Saya punya, macam entahlah. Hehehe...





glitter-graphics.com

Friday, 22 May 2009

Menghitung Hari : Nota 01

Ok, nota ini saya mulakan sempena menjelang 'Hari Besar' saya dalam masa sebulan je lagi. Dan anda semua tentu tertanya-tanya, 'Hari Besar' apakah? Bukan hari pernikahan saya. Tapi 'Hari Pertunangan' saya, yang akan menjelang pada 21hb June 2009.

Alhamdulillah, setakat ini, sudah banyak yang siap. Saya kira-kira sudah lebih 50%. Lagipun untuk majlis pertunangan ini, saya rasa tiada yang besar-besar. Bajet pun kecil sahaja. Ok, di bawah ni saya senarai apa yang saya untuk majlis saya ini:

  1. Hantaran --> Barangan & dekorasi - done! (by me & mama)
  2. Andaman --> Pakaian & solekan - done! (by lissa glam stylista)
  3. Treatment --> Facial & body spa - checked! (by fatin asmaradana on 14th june)
  4. Jamuan --> Makanan & cenderahati - done! (makanan by ja'a & cenderahati by me)
  5. Jurugambar - done! (sponsored by ali -thanx!)
  6. Pelamin - checked (by mama)
Kalau mengikut rekod, semuanya hampir siap. Saya perlu siapkan awal-awal kerana awal Jun nanti kami sekeluarga amat sibuk, kerana sepupu saya bakal melangsungkan perkahwinan. So, sementara banyak masa free, kami gunakan sebaik-baiknya untuk persiapan majlis itu nanti...





glitter-graphics.com

Jatuh Cinta atau Simpati

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.


SUMBER
: (Pak Kadri ahli SIM)







glitter-graphics.com

Thursday, 21 May 2009

Menghitung Hari : Pembuka Bicara

Daisypath Wedding Ticker



Lihat di atas... Tinggal lagi sebulan je lagi. Ianya sangat menakutkan la. Takut ke, happy ke? Hahaha! Saya sendiri tidak tahu mahu klasifikasikan ianya sebagai apa ya?

Semuanya terjadi tanpa diduga. Dan semua orang di sekeliling saya sangat terkejut & terkesima. Lantas menyebabkan mereka semua sangat teruja. Merekakah, atau sayakah? Hahaha! Ianya terlalu laju, atau kerana saya yang tidak mengheboh-hebohkan tentang percintaan saya ini? Iya! Itu yang saya mahu. Semuanya dilakukan secara senyap-senyap, tiada siapa yang tahu, kecuali saya & mama ayah saya. Begitu mudah begini, kerana tidak akan ada orang yang akan kerap bertanya bila saya mahu mengakhirinya ke acara 'gilang-gemilang'(ya! umpama makna nama saya pula...). Tapi bila mereka semua dijemput secara tiba-tiba untuk ke majlis sebulan akan datang, mereka jadi tidak sabar-sabar mengetahui siapakah yang bertuah dapat bertakhta di hati saya (see? u very bertuah la my dear...).

Soalan paling best yg saya terima saat dirisik tempoh hari, 'Cinta Kilat' kah ini? Bercinta dengan orang lain, tahu-tahu mahu bertunang dengan orang lain. Eh, eh... Jangan anda fikir bukan-bukan ya! Saya bukan playgirl. Tapi memang saya punya ramai kawan. Sewaktu berlakunya 'keputusan' beberapa bulan yang lalu, tidak ramai yang tahu saya menangis. Ya! kenapa harus diberitahu semua orang? Saya yang cari pasal, biarlah saya yang tanggung sendiri! Ok, saya tahu, saya tidak bercerita sedikit pun mengenai itu. Saya tidak mahu menceritakan keburukan orang ye! Saya tahu, cerita saya pasti akan membela diri sendiri, dan akan mengutuk serta menyalahkan 'orang itu'. Past is past! Ok?

Apa yang pasti, saya gembira dan sangat-sangat bersyukur dengan apa yang saya ada kini. Seseorang yang menyayangi saya, dan juga berorang-orang juga yang menyayangi saya dan dia! Keluarga kamilah, tentunya kan?. Syukur atas kurniaan-MU.

Tiba-tiba rasa seperti tidak sabar. Hahaha!






glitter-graphics.com

Tuesday, 19 May 2009

Lirik Lagu : Berdiri Seorang Perindu


Berdiri Seorang Perindu - Ibnor Riza

Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji

Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia

Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan

Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu






glitter-graphics.com

Saturday, 16 May 2009

Selamat Hari Guru ~~ 16 Mei 2009

Lilin Seorang Guru
Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini






glitter-graphics.com

Friday, 15 May 2009

Saya Tidak Sihat

Saya sangat tidak sihat pada hari ini. Bermula dengan demam petang semalam, membawa ke malam dan seterusnya hingga ke pagi ini. Namun, saya gagahkan diri utnuk menjejakkan kaki ke ofis kerana mengenangkan ada tanggungjawab yang perlu dilangsaikan. Kalau bukan saya yang buat, siapakah lagi? Takkan saya menyusah kawan-kawan dengan bebanan kerja saya ini. Saya masuk lewat ke ofis, kerana sebenarnya, saya sangat2 tidak larat! Tapi, saya tak sedap hati kalau saya tidak masuk ke ofis.

Ya! Tepat sekali. Kalau saya bercuti hari ini, pastinya saya akan dibambu minggu hadapan. Hahaha! Kenapa bos saya ini sangat suka membuli saya? Sudah saya katakan yang saya demam & tidak sihat. Tidak fahamkah beliau? Jangan bagi saya kerja yang memerlukan saya berfikir dengan begitu banyak, hingga menyebabkan saya sakit kepala, lantas mengganggu seluruh sistem dalam badan saya ini.

Susah bercakap dengan orang yang hanya tahu, dia sahaja yang betul. Saya sudah banyak bersabar dengan yang 'satu' ini. Dan sudah banyak juga saya melawan dia sebenarnya. Hahaha! Ya, saya memang agak agresif. Lagi-lagi dengan orang yang suka bertanyakan soalan-soalan bodoh yang kadang-kadang saya rasa soalan itu menunjukkan kebebalan beliau. Saya paling tidak suka dengan orang yang berlagak seolah-olah dia pandai & tahu segalanya, hanya kerana dia dulu makan garam & mungkin juga kerana jawatan dia lagi tinggi kot? Perkataan yang sangat simple untuk orang seperti ini adalah, 'BODOH SOMBONG'.

Saya tahu, memang beliau lebih banyak tahu dari saya. Tapi, kalau memang kesalahan itu terang-terangan salah beliau, sukarkah untuk mengakuinya, dan meminta maaf? Susah ye... Saya memang sangat-sangat tertekan dengan beliau, sebab kadang-kadang keputusan yang beliau buat, tiadak memikirkan kesan keputusan itu, dan akhirnya, kami juga yang jadi mangsa untuk memperbetulkan semula apa yang beliau buat, atas arahan orang yang lebih tinggi daripada beliau la kan...

Orang yang hanya pandai bercakap, tapi bila buat keje, hampeh! Membasuhkan orang mengenai hierarki, memang pandai... Tapi mengeluarkan arahan bodoh juga pandai...

Sekian, terima kasih.






glitter-graphics.com

Lirik Lagu : Terima Kasih Cinta

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu






glitter-graphics.com

Wednesday, 13 May 2009

Saya Sudah Kahwin???

Semalam, seorang sahabat saya, menceritakan sesuatu yang menyebabkan saya terkejut. Beliau memberitahu, menjumpai seseorang di dalam FB yang mirip saya, dan namanya juga seperti nama saya. Tapi saya tidak punya FB. Apa yang menyebabkan beliau terkejut, di dalam FB tersebut ada gambar perkahwinan, yang menunjukkan hamba Allah, yang namanya dan mukanya mirip saya itu, sudah berkahwin. Itu yang beliau sangat-sangat terkejut.

Hahaha! Takkanlah saya berkahwin tidak menjemput kawan-kawan. Jadi, buat kawan-kawan yang menjumpai seseorang yang namanya dan mukanya mirip saya itu sudah berkahwin, itu bukan saya ya! Saya masih lagi single dan solo ye! Hehehe... (orang di sana, jangan marah ya!).

Ya! Memang saya belum berkahwin, belum bernikah. Tapi secara rasminya saya bakal 'diikat', dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. So, faham-fahamlah ya. Sesiapa yang rasa mahu mengusha saya itu (ada ke? perasan je...), lupakan hasrat anda ye!





glitter-graphics.com

Wednesday, 6 May 2009

Hanya Skandal??

Baru-baru ini, saya mendapat tahu yang seseorang yang agak popular di sini, telah melangsungkan pertunangan. Alhamdulillah. Kenapa saya katakan beliau 'agak popular'? Kerana orangnya ala-ala artis. Cara beliau berpakaian memang lain daripada yang lain, sehingga semua orang di sini pasti mengenali beliau. Orangnya memang sangat cantik!

Pernah kedengaran beliau bercinta dengan salah seorang staf di sini. Saya sendiri pernah menyaksikan kemesraan mereka. Si lelaki itu sudah punya 'hasil' (maksudnya duda anak seorang). Dan beliau masih anak dara la kan. Ramai staf-staf lelaki di sini yang kecewa apabila mengetahui hal ini. Termasuk yang sudah berumahtangga. Hahaha! Kelakar kan? Kalau mahu, kenapa tidak dicuba daripada awal lagi. Bila sudah dipunyai, baru merasa kecewa. Hehehe...

Ok berbalik kepada kisah tadi. Tidak berapa lama selepas itu, terdengar-dengar cerita si lelaki ini bakal melangsungkan perkahwinan buat kali kedua, dengan seseorang seperti beliau juga. Jadi apa kes dengan si gadis? Kemesraan yang ditonjolkan itu apa? Kami semua jadi keliru, kerana kami ingatkan mereka berdua akan berkahwin. Kami membuat kesimpulan bahawa mungkin si lelaki itu hanya menjadikan si gadis sebagai skandal sahaja.

Baru-baru ini, salah seorang rakan sepejabat saya, sempat menemubual si gadis, kerana kami semua sudah mengetahui berita mengenai pertunangan beliau. Apakah hubungan beliau dengan si duda itu? Beliau dengan tanpa rasa bersalah mengatakan yang si duda itu hanyalah rakan skandal. Hahaha! Apakah ini semua? Si duda menjadikan si gadis sebagai skandal, dan si gadis pun menjadikan si duda sebagai skandal. Bukankah membuang masa sahaja? Kalau keduanya mempunyai alasan yang sama tidak mengapalah. Lagi pula kedua-duanya sudah memilih jalan lain, dan jalan itu pasti lebih membahagiakan mereka.

Semasa hangat berita mengenai si duda telah mengecewakan si gadis tadi, saya sempat duduk-duduk berborak-borak bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Masa itu, si gadis belum lagi bertunang ye. Masa itu kami anggap yang si gadis telah ditipu oleh si duda tadi. Dan sangat kasihalah kepada beliau kan. Terdengar perbualan antara dua orang rakan saya, lelaki-perempuan.
P : Kenapa ye lelaki kalau nak bercinta tu mesti dengan awek yang cantik-cantik, yang daring-daring. Tapi last-last kawen dengan orang lain, yang biasa-biasa je?
L : Sebab yang jadi awek tu hanya boleh buat awek, dan yang jadi bini tu memang boleh buat bini.

Perempuan ini ada banyak jenis kategori ke? Saya pernah menggesa seornag abang angkat saya untuk mengorat awek yang berjalan di depan beliau. Yelah, mata beliau melihat awek tu, sampi hilang daripada pandangan. Buat apa pandang je kan? Kalau nak, try jelah. Manalah tau kot-kot boleh dapat. Beliau menjawab, "Tak bolehlah Alang, maintanance tinggi tu. Tak larat. Buat tengok je, bolehlah...". Tadi sempat saya bertanya kepada rakan sebelah saya ini. Kenapa lelaki takut sangat dengan perempuan maintanance tinggi ni?. Jawapan beliau bagi pada saya, sebab banyak nak kena fikir. Bukan pasal high maintanence tu je. Tapi bila isteri mereka selalu berpakaian begitu, tentulah si suami akan jadi risau. Lagi pula, dosa isteri, suami juga yang perlu jaga. Betul juga kan?

Kesimpulannya, masing-masing punya hak dalam membuat pilihan. Jodoh di tangan-NYA. Tapi kita perlu berusaha untuk mencari yang sesuai dengan diri kita.





glitter-graphics.com

Akhirnya... Selamat Tinggal Papa! Sobsobsob...

Sejak dari awal penubuhan pada 20.08.2002 sehingga akhirnya kami dipisahkan. Memang sedih. Tapi apakan daya. Mungkin ini demi kebaikan bersama. Kami semua redha. Semoga ini yang terbaik. Walau telah dicuba sedaya upaya, untuk mengelakkan perpisahan ini. Namun, ini janji-Nya.

Esok secara rasminya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (MoHE), dan kami akan mengucapkan 'Selamat Tinggal' kepada 'papa' yang banyak berjasa ke atas pembangunan kami selama ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA).



Saya sedih sangat sebab saya ada kontrak dengan MARA selama 2tahun untuk menukarkan pinjaman saya menjadi biasiswa pelajaran. Saya baru habis setahun dan ada setahun lagi sebelum pinjaman itu betul-betul lupus. Lagipun, saya ada perancangan untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana menggunakan biasiswa MARA. Harap-harap perkara ini tidak menyusahkan saya.







glitter-graphics.com

Tuesday, 5 May 2009

Cara Nak Tau Sbb Anda Memilih Pasangan Anda ???

Saya terima emel ini pagi tadi daripada seorang sahabat saya. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apakah soalan tersebut? Baiklah, saya akan kongsikan bersama-sama dengan anda semua.
Soalannya berbunyi begini, jika berlaku 5 perkara serentak, apakah perkara yang ingin anda selesaikan terlebih dahulu?

1) Air mendidh di dapur
2) Air paip melimpah di bilik air
3) Bayi menangis
4) Telefon berbunyi
5) Ada orang ketuk pintu

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1-5 mengikut kepentingan & keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan terlebih dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan & timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda. Fikir-fikirkanlah ye...


OK la, dah habis fikir kan ? Dan dah buat keputusan gak kan ?

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan? Baik, mari kita semak jawapan anda. Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

1) Kalau anda memilih untuk menutup air medidih
--> Menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

2) Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air
--> Menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

3) Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis
--> menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

4) Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi
--> Menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

5) Kalau anda memilih untuk membuka pintu
--> Menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


Dah dapat dah keputusan anda? Mahu tahu jawapan saya? Hehehe...








glitter-graphics.com

Setahun Sudah Berlalu... (05052008)

Alhamdulillah. Saya pun tak sangka hingga saat ini, saya masih di sini, berperang dengan kepenatan. Namun saya gembira. Kerana di sini telah saya peroleh banyak pengalaman. Pengalaman yang bukan semua orang akan dapat.

Ya! Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan-NYA buat saya. Walau terkadang, tekanan datang melanda. Namun, bagi saya itu semua lumrah. Adakah dalam kehidupan ini, kita akan sentiasa dia atas saja? Yelah, saya orang kecil, ibarat ikan bilis.

Masih saya ingat saya pernah ditegur oleh 'bos besar' saya, saya tidak perform seperti seorang degree holder. Dan hari ini, kesan dari tegurannya itu, saya majukan diri saya. Saya buktikan pada beliau bahawa saya adalah pemegang ijazah sarjana muda.

Bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua orang. Kadang-kadang kita akan melakukan kesilapan. Dan dari kesilapan itulah, kita belajar sesuatu. Namun, perlu kita bersedia. Kadang-kadang kesilapan yang kecil itu, akan diingati sampai bila-bila. Susah kan? Namun saya anggap itu semua itu adalah cabaran untuk saya timba lebih banyak pengalaman lagi.

Saya bersyukur! Sangat-sangat bersyukur kerana diberikan rezeki ini. Diberikan pekerjaan yang sesuai dengan saya. Ditemukan saya dengan rakan-rakan sekerja yang baik hati. Alhamdulillah...