:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday 5 May 2009

Setahun Sudah Berlalu... (05052008)

Alhamdulillah. Saya pun tak sangka hingga saat ini, saya masih di sini, berperang dengan kepenatan. Namun saya gembira. Kerana di sini telah saya peroleh banyak pengalaman. Pengalaman yang bukan semua orang akan dapat.

Ya! Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan-NYA buat saya. Walau terkadang, tekanan datang melanda. Namun, bagi saya itu semua lumrah. Adakah dalam kehidupan ini, kita akan sentiasa dia atas saja? Yelah, saya orang kecil, ibarat ikan bilis.

Masih saya ingat saya pernah ditegur oleh 'bos besar' saya, saya tidak perform seperti seorang degree holder. Dan hari ini, kesan dari tegurannya itu, saya majukan diri saya. Saya buktikan pada beliau bahawa saya adalah pemegang ijazah sarjana muda.

Bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua orang. Kadang-kadang kita akan melakukan kesilapan. Dan dari kesilapan itulah, kita belajar sesuatu. Namun, perlu kita bersedia. Kadang-kadang kesilapan yang kecil itu, akan diingati sampai bila-bila. Susah kan? Namun saya anggap itu semua itu adalah cabaran untuk saya timba lebih banyak pengalaman lagi.

Saya bersyukur! Sangat-sangat bersyukur kerana diberikan rezeki ini. Diberikan pekerjaan yang sesuai dengan saya. Ditemukan saya dengan rakan-rakan sekerja yang baik hati. Alhamdulillah...



No comments: