:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday 6 May 2009

Hanya Skandal??

Baru-baru ini, saya mendapat tahu yang seseorang yang agak popular di sini, telah melangsungkan pertunangan. Alhamdulillah. Kenapa saya katakan beliau 'agak popular'? Kerana orangnya ala-ala artis. Cara beliau berpakaian memang lain daripada yang lain, sehingga semua orang di sini pasti mengenali beliau. Orangnya memang sangat cantik!

Pernah kedengaran beliau bercinta dengan salah seorang staf di sini. Saya sendiri pernah menyaksikan kemesraan mereka. Si lelaki itu sudah punya 'hasil' (maksudnya duda anak seorang). Dan beliau masih anak dara la kan. Ramai staf-staf lelaki di sini yang kecewa apabila mengetahui hal ini. Termasuk yang sudah berumahtangga. Hahaha! Kelakar kan? Kalau mahu, kenapa tidak dicuba daripada awal lagi. Bila sudah dipunyai, baru merasa kecewa. Hehehe...

Ok berbalik kepada kisah tadi. Tidak berapa lama selepas itu, terdengar-dengar cerita si lelaki ini bakal melangsungkan perkahwinan buat kali kedua, dengan seseorang seperti beliau juga. Jadi apa kes dengan si gadis? Kemesraan yang ditonjolkan itu apa? Kami semua jadi keliru, kerana kami ingatkan mereka berdua akan berkahwin. Kami membuat kesimpulan bahawa mungkin si lelaki itu hanya menjadikan si gadis sebagai skandal sahaja.

Baru-baru ini, salah seorang rakan sepejabat saya, sempat menemubual si gadis, kerana kami semua sudah mengetahui berita mengenai pertunangan beliau. Apakah hubungan beliau dengan si duda itu? Beliau dengan tanpa rasa bersalah mengatakan yang si duda itu hanyalah rakan skandal. Hahaha! Apakah ini semua? Si duda menjadikan si gadis sebagai skandal, dan si gadis pun menjadikan si duda sebagai skandal. Bukankah membuang masa sahaja? Kalau keduanya mempunyai alasan yang sama tidak mengapalah. Lagi pula kedua-duanya sudah memilih jalan lain, dan jalan itu pasti lebih membahagiakan mereka.

Semasa hangat berita mengenai si duda telah mengecewakan si gadis tadi, saya sempat duduk-duduk berborak-borak bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Masa itu, si gadis belum lagi bertunang ye. Masa itu kami anggap yang si gadis telah ditipu oleh si duda tadi. Dan sangat kasihalah kepada beliau kan. Terdengar perbualan antara dua orang rakan saya, lelaki-perempuan.
P : Kenapa ye lelaki kalau nak bercinta tu mesti dengan awek yang cantik-cantik, yang daring-daring. Tapi last-last kawen dengan orang lain, yang biasa-biasa je?
L : Sebab yang jadi awek tu hanya boleh buat awek, dan yang jadi bini tu memang boleh buat bini.

Perempuan ini ada banyak jenis kategori ke? Saya pernah menggesa seornag abang angkat saya untuk mengorat awek yang berjalan di depan beliau. Yelah, mata beliau melihat awek tu, sampi hilang daripada pandangan. Buat apa pandang je kan? Kalau nak, try jelah. Manalah tau kot-kot boleh dapat. Beliau menjawab, "Tak bolehlah Alang, maintanance tinggi tu. Tak larat. Buat tengok je, bolehlah...". Tadi sempat saya bertanya kepada rakan sebelah saya ini. Kenapa lelaki takut sangat dengan perempuan maintanance tinggi ni?. Jawapan beliau bagi pada saya, sebab banyak nak kena fikir. Bukan pasal high maintanence tu je. Tapi bila isteri mereka selalu berpakaian begitu, tentulah si suami akan jadi risau. Lagi pula, dosa isteri, suami juga yang perlu jaga. Betul juga kan?

Kesimpulannya, masing-masing punya hak dalam membuat pilihan. Jodoh di tangan-NYA. Tapi kita perlu berusaha untuk mencari yang sesuai dengan diri kita.





glitter-graphics.com

No comments: