:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 30 September 2009

Catatan Eid Mubarak 1430

Saya tahu dan saya sedar yang ramai di kalangan rakan-rakan blogger, menceritakan pengalaman berhari raya masing-masing. Tinggal saya je, tiada lagi. Sebenarnya, bukan tiada, tapi mood untuk menulis panjang-panjang itu yang tiada. Masa memang ada. Tapi penyakit M tu kan mengatasi segala-galanya.

Lagipun, tiada gambar. Saya lihat para blogger semua punya gambar hari raya. Saya? Xrasa pun mahu bergambar. Itulah sebabnya kot. Kalau adapun, gambar masa bermain bunga api+mercun malam raya hari itu. Hehehe...

Apa yang pasti, raya tahun ini diraikan sebagai tunangan orang & insyaAllah yang terakhir sebagai 'orang perseorangan'. Hahaha! Single la... Best ke? Best la kot bila makin banyak soalan yang nak kena jawab. Antara soalan yang popular:
" Bila langsung? "
" Tunang orang mana? "
" Tunang keje apa? "
" Tunang keje kat mana? "
" Dah pegi rumah tunang ke? "
" Tunang dah datang rumah? "

Tapi ini yang paling best saya rasa; " Tahun depan raya rumah sini ke rumah tunang? ". Suka hati je kan. Takkan la saya nak tanya kat tunang saya, " Tahun depan kita raya mana? ". Nikah pun belum. Tapi yang saya yakin, mungkin kat tempat saya la kot... Bukankah raya pertama seharusnya bersama keluarga isteri. Itu orang-orang tua cakaplah. Petua rumahtangga bahagia la...

Apa yang paling menyeronokkan, kami sekeluarga (7 orang) semuanya pulang ke kampung mama & ayah di Sungai Sumun dan Hutan Melintang. Ya! Sudah lama kami tidak pulang beramai-ramai begini. Dan semoga ianya berterusan ke tahun-tahun akan datang. Selagi ada orang-orang tua di kampung untuk diziarahi. InsyaAllah.

Okeh, saya malas mahu meng'upload'kan gambar. Tunggu la nanti bila saya rajin. Hehehe...

:: Mencari Yang Maha Satu ::

Mencari Yang Maha Satu
Album : Tika itu
Munsyid : Unic feat Cat Farish
http://liriknasyid.com/


Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya

(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Mmeohon ampun dariMu

Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

U.N.I.C.C.A.T

(rap)

Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)



glitter-graphics.com

Tuesday, 29 September 2009

Puasa Qadha Ramadhan, Puasa Sunat Syawal & Ziarah

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

"kau, dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh hebahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'siapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya', serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya disembunyikan khas untuk Allah SWT.

Ziarah & Puasa Sunat Syawal

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang mengajak makan dan menziarahi rumah terbuka rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggungjawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Puasa Sunat Syawal & Puasa Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungan antara puasa ganti ramadhan dan puasa sunat syawal, yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa qadha dan puasa sunat syawal?

Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadith Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Maksudnya: "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya... " - HR Al-Bukhari, no.6021.

Hadith di atas sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan diyakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawal terlebih dahulu di ketika itu. Ini adalah kerana waktu sunat puasa Syawal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus diingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal lebih dahulu menjemput kita.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadhannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW;

هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Maksudnya "...barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah dituliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, dituliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." - HR Al-Bukhari, no.6010.

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawal, ini kerana puasa Qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah SWT berbanding puasa Syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Menggabungkan Puasa Sunat Syawal & Puasa Qadha

Isu menggabungkan puasa Qadha dan puasa Syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi SAW, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan ‘qadha @ ganti' itu dipersoalkan, iaitu:

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa Qadha (yang wajib) dengan puasa Syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isya' dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain akan timbul dalam hal ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof.Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof.Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat yang lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka.

3. Tindakan Saidatina A'isyah RA yang melewatkan Qadha pula boleh dijadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Saidatina Aisyah RA tidak menggabungkannya) . Aisyah RA menyebut:

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Maksudnya: "Kewajipan ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" - HR Muslim, no.101.

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama' yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah SWT menerimanya.

Bagaimanapun, ulama' yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat Syawal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23).

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga disebutkan oleh Dr.Yusof Al-Qardawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW;

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Maksudnya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari dari Syawal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" - HR Al-Bukhari, no.6502.

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadhan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadhannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.

7. Hujjah ulama' yang mengharuskannya adalah hadith;

"Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." - HR Bukhari, no.1, 1/12.

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang dicadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram disebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-Umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada disiplinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini: Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama' yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama' dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, fanelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Wallahua'alam. .

SUMBER : -ibnumustafa-



glitter-graphics.com

Bagaimana Lagi?

Bila tiada, selalu ditanya bila mahu adanya. Bila sudah ada, disuruh pula berfikir berkali-kali. Bukankah dulu, ini juga yang dimahukan. Kenapa sekarang, begini pula katanya. Memang sukar mahu memuaskan hati semua orang. Apatah lagi, orang itu tersangat penting dalam hidup. Sehinggakan kadang-kadang hati sendiri diketepikan. Kalau disanggah, derhaka pula jadinya.

Jadi harus bagaimana lagi? Apa yang dimahukan sudah dituruti. Makin dituruti, makin banyak pula yang diminta. Mahu dibantu, takut pula disalah tafsir. Tidak ditolong, saudara sendiri. Cuma mampu mengirimkan kata-kata sabar. Semuanya ujian untuk ditabahkan lagi hati.

Mohon pada DIA. Moga dia memberikan petunjuk, jalan yang terbaik. Namun, jika hati sudah suka, berdoalah banyak-banyak. Agar segalanya dipermudahkan.



glitter-graphics.com

Monday, 28 September 2009

Tercipta Untukku : Yang Dicari



Yang dicari
Walau bukan Putera Raja, biarlah Putera Agama
Yang diimpi
Biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata
Yang dinilai
Bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani & sempurna hati
Yang diharap
Bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat
Yang datang
Tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam
Yang dinanti
Bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad & janji setia

Dan yang akan terjadi
Andai tak sama kehendak hati
Ana redha ketetapan ilahi
Itulah ketentuan sejak azali

Alhamdulillah. Syukur atas kurniaan-MU.




glitter-graphics.com

Kembali Bekerja!!!

Kembali bekerja setelah dicutikan selama seminggu. Bila masuk opis je, lupa dah nak wat apa... Tu baru cuti seminggu. Kalau kena bercuti 2 bulan nanti, pikirlah sendiri yer. Nak tulis pun dah lupa agaknya. Nasib baik on PC, password masih di dalam ingatan. Sebenarnya hampir terlupa juga la. Hehehe...

Sebenarnya, bukanlah saya nak sangat bercuti lama-lama, sebab saya pun bukan berlama-lama pulang ke kampung halaman orang tua saya. Tapi, bos di sini, baik sangatlah pulak, bagi kami semua cuti selama seminggu ini. Bukan bagi free ye... Tolak juga cuti tahunan. Baik sikitlah.

Untuk orang yang punya kampung yang jauh, mungkin seronoklah kot. Tapi untuk orang seperti saya, duduk rumah, sampai tak tau nak buat apa.

Takpelah... Hari ini pun dah selamat kembali di depan PC. Alhamdulillah...





glitter-graphics.com

Monday, 21 September 2009

:: Selamat Hari Raya Aidilfitri ::



~ Maaf Zahir & Batin daripada Saya sekeluarga ~


Ingatan Tulus Ikhlas




glitter-graphics.com

Tuesday, 15 September 2009

Tazkirah Ramadhan : Istidraj

Sepanjang bulan Ramadhan ini, kami satu department sepakat untuk membuat Tazkirah Ramadhan pada setiap pagi, yang mana tazkirah kan disampaikan oleh kami sendiri secara bergilir-gilir. Jadi hari ini, turn saya untuk menyampaikan tazkirah. Sukalah saya untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua, mengeni tazkirah yang saya sampaikan tadi. Tajuk saya olah sendiri ye, ambil input daripada internet.

Renung-renungkan dan Selamat Beramal!


" Hari ini giliran saya untuk menyampaikan tazkirah sempena bulan Ramadhan yang berkat ini. Tazkirah saya pada hari ini adalah mengenai Istidraj. Mungkin ada di kalangan kita yang pernah mendengar mengenai Istdiraj ini. Hari ini saya akan huraikan secara ringkas & mendalam mengenai perkara ini. Semoga kita sama-sama akan mendapat manfaat.

Daripada Kamus Al-Muhit, Istidrajahu bermaksud menipu dan merendah-rendahkannya. Manakala, Istidrajahullah al-abda bermaksud Allah mengistidrajkan hamba-Nya, iaitu setiap kali hambanya membuat atau menambah kesalahan yang baru, maka setiap kali itu juga allah akan membuat atau menambah nikmat-Nya ke atas hamba-Nya itu dan setiap kali itu juga Allah membuatkan hamba-Nya itu lupa untuk memohon ampun ke atas dosa yang dilakukan terhadap-Nya, dan Allah akan mengambil sedikit demi sedikit nikmatnya itu, yang mana Allah tidak akan mengambilnya secara mengejut.


Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A’raf (*baca ayat) yang bermaksud: Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur, sedangkan mereka tidak tahu.Daripada ayat tersebut dapatlah disimpulkan bahawa Istidraj suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang berlaku terhadap seseorang insan dengan bertujuan untuk membinasakan insan tersebut dengan cara beransur-ansur dan bukan secara mengejut.


Dalam bahasa yang lebih mudah, Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya. Seperti sabda Rasulullah s.a.w seperti yang diriwayatkan oleh At-Tabrani, ahmad & al-Baihaqi : Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba-Nya, sedangkan hamba-Nya itu selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah s.w.t.


Dalam kes Istidraj ini, hamba yang telah diistidrajkan oleh-Nya, terkeliru dengan pemikiran mereka yang merasakan bahawa nikmat yang diberikan kepada mereka itu adalah kerana Allah sayangkan mereka dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Jadi sebab itu mereka tidak ragu-ragu untuk meneruskan perbuatan maksiat mereka itu, malah yang lebih teruk lagi, mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Mereka ini boleh diibaratkan sebagai manusia yang lupa daratan. Mereka ini juga akan memandang rendah dan menghina orang yang beramal. Sehinggakan mereka boleh mengeluarkan kenyataan : “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli. Sedangkan aku ni ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah nak beribadat pun, rezeki dating mencurah-curah. Kalau dia tu, sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku”. Kata mereka dengan begitu sombong, tanpa mereka sedara yang kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan bertujuan untuk menghancurkannya.


Rasulullah s.a.w naik ke langit bertemu Allah pun tak pernah sombong. Nabi Sulaiman yang sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah pemerintahnnya pun tak pernah nak sombong! Sedangkan secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu-merdu suara Nabi Daud, mereka tak pernah sombong. Sampai waktu dan ketikanya, mereka tetap tunduk dan sujud menyembah Allah.


Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila Allah mengkehendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya”. Nampakkan? Semut yang tak boleh terbang, Allah bagi sayap untuk terbang. Apabila dah dapat nikmat (sayap), mencuba pula untuk melawan api. Begitulah manusia, apabila mendapat nikmat, pula hendak melawan Allah s.w.t.


Saya bagi contoh, sirah masa zaman nabi-nabi terdahulu, manusia yang diistidrajkan oleh Allah s.w.t.


Pertama, Firaun. Allah s.w.t berikan nikmat kepada Firaun memang tidak terkira. Firaun ini, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah, kerana Allah berikan-Nya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tetapi tidak Firaun. Orang lain mati, tapi Firaun tidak mati-mati juga. Sampailah Firaun rasa sangat angkuh dan besar diri lantas sewenang-wenangnya mengaku dirinya tuhan. Tapi tanpa disedari, dengan nikmat yang Allah berikan itu, Firaun dibinasakan.


Kedua, Namrud, yang pernah mencuba membakar Nabi Allah, Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Sehinggakan Namrud begitu angkuh dan sombong dengan Allah, yang memberikan Namrud nikmat. Tapi akhirnya Namrud menemui ajalnya hanya disebabkan oleh seekor Nyamuk yang masuk ke dalam lubang hidungnya. Namrud mati, hanya disebabkan serangga kecil sahaja.


Dan yang ketiga, Qarun, manusia yang paling kaya. Anak kunci gudang hartanya sahaja perlu dibawa oleh 40 ekor unta. Tapi akhirnya Qarun ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur dengan nikmat Allah.


Jadi, sebenarnya bila dikaji dan difikirkan betul-betul, maka terjawablah perkara-perkara yang mengganggu fikiran kita dan menimbulkan keraguan di hati. Mengapa orang kafir kaya, dan mengapa orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang Allah berikan kepada mereka bukanlah diredhai-Nya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup tanpa keredhaan-Nya?


Tetapi, jangan pula selepas ini, kita nampak orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah, kita katakan dia istidraj. Orang naik pangkat pun kita cakap istidraj. Orang-orang besar, semua kita cakap istidraj. Jangan! Orang yang menggunakan nikmatnya untuk kebajikan dan untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukanlah istidraj. Dan janganlah pula kita tidak mahukan kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan, mesti ada iman. Bukan kaya yang kita cari, dan bukan juga miskin yang kita cari. Kalau boleh, besederhanalah dalam apa-apa juga yang kita lakukan.


Tujuan kita hidup adalah untuk mendapat keredhaan-Nya. Bagaimanakah caranya untuk menentukan nikmat yang kita peroleh itu diredhai Allah s.w.t? Kita akan dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang kita terima dengan bersyukur atas nikmat-Nya itu. Cara bersyukur pun mudah sahaja, ucapkanlah ‘Alhamdulillah’. Gunakanlah nikmat pemberian-Nya itu ke jalan kebaikan dan sentiasalah redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Bertaubatlah apabila melakukan kesilapan, kerana kita manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan, dan pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah itu Maha Pengasih dan Pengampun. Apabila tujuan kita hidup untuk mencari keredhaan Allah, insyaAllah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Ameen."






glitter-graphics.com

Friday, 11 September 2009

Blog & Saya

Kalau anda tengok, macam saya baru je berkecimpung dalam dunia blog ini, tahun lepas. Sebenarnya, bukan yer. Saya mula berblog ketika saya masih lagi belajar di MSU (masa tu KUTPM). Masa saya di Sem 6, Bac. in Accounting, bln 12 2005. Saya dah cuba beberapa kali untuk mengimport blog itu ke sini. Tapi, lmbt sesangat!

Blog tu, sebab byk masa saya study + praktikal, so banyak la kenangan terindah. Masa tu plak menyewa bujang, so faham-faham la kan...

Ini link blog lama saya : http://puteri-nur.blog.friendster.com/ Saya guna Friendster je masa tu.

Saya memang suka menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Saya pernah bercita-cita untuk menjadi penulis tau! Tapi tulah, bukan rezeki saya untuk itu. Jadi saya meneruskan minat saya dengan menulis blog la. Saya tau untuk menjadi seorang penulis, kita mesti berinfo terkini. Jadi, kenalah rajin-rajin membaca kan?

Tapi blog saya ini, lebih kepada hal-hal peribadi yang berlaku di sekitar saya...





glitter-graphics.com

Thursday, 10 September 2009

Gembira Tak Gembira Sangatlah. Tapi Alhamdulillah...

Kakitangan sokongan penjawat awam dapat duit raya RM500, yang dibayar sebelum Hari Raya & hujung tahun. Dan biasanya, kami di sini mengikut jejak kerajaan. UniKL bukan kerajaan ye... Selalu orang tersilap... Kami sebuah IPTS...

Dan pagi-pagi PNE & LY dipanggil menghadap Deputy President. Dan jawapannya, kakitangan Non-Executive ke bawah juga akan dapat duit raya. Walaupun tak banyak cam tahun lepas (sebulan gaji). Syukurlah, daripada tiada langsung kan...

Tapi, dalam hati, DIA saja yang tahulah. Duit nak beli kapal selam ada, duit nak bagi rakyat, seciput je... Oh, saya lupa. Rakyatkan didahulukan...

P/S: Pangkahlah 'mereka' lagi ye...





glitter-graphics.com

Tuesday, 8 September 2009

Saya Tunangan Oranglah!

Saya geram betul bercakp dengan orang yang sengaja buat-buat tidak faham. Dan sengaja tidak mahu faham. Padahal sudah tahu, dan statement yang sama sudah diulang berkali-kali. Bukankah sudah saya katakan, saya ini tunangan orang. Tak faham ke?

Bukan semua orang akan faham keadaan diri kita, dan kadang-kadang tuduhan dilemparkan sesukanya. Bagi saya pula, senang je. Biarkanlah... Kalau itu mampu membuatkan mereka itu bahagia, teruskanlah. Tak kuasa saya nak menutup mulut orang. Lagi diberitahu, lagi galak pula dia mengganggu. Sudahlah malam tadi cakap lain, tiba-tiba hari ini, tukar statement. Boleh? Cakap pusing-pusing, nak cover diri sendiri ke?

Sudah saya katakan, saya kini tunangan orang. Banyak yang perlu dijaga. Banyak sangat hati & mata yang melihat. Bukankah tidak manis untuk gadis tunangan orang seperti saya, keluar dengan lelaki pada waktu malam? Tidak faham-fahamkah lagi? Tunang saya tidak pernah melarang, tetapi, saya kan masih punya orang tua. Pastilah mereka mahu menjaga nama baik saya pada keluarga tunang.

Memang, orang tak duduk kat sini, takkan faham. Semoga satu hari nanti, apabila awak sudah bertunang, awak akan tahu kenapa saya buat begini. Awak sendiri sebagai lelaki, sanggupkah membiarkan sahaja tunang awak bersuka ria dengan lelaki lain pada malam hari? Sudah tentu tidak kan? Fikirlah sendiri...





glitter-graphics.com

Monday, 7 September 2009

17 Ramadhan : Wahyu Pertama - Bacalah Al-Quran


Wahyu Pertama - Fareast


Terbuka luas kubah langit
Tujuh belas Ramadhan Al-Mubarak
Terpancar sinar cahaya putih
Menggetarkan abid yang beruzlah

Bagaikan petir menyambar Gua Hira?
Jibril menghulurkan watikah dari Yang Haq
Lembar Al-Quran pun bermula yang pertama

Dan bermulalah kehidupan
Rasulullah menyampaikan amanah
Dari tuhan yang memerintah cakerawala
Ditaat dan disembah

Dan bersaksilah pada dua kalimah
Dan tergantung di kemuncak Arasy

Bacalah dengan nama Tuhanmu
Yang Pemurah
Bacalah dengan nama Tuhanmu
Yang Penyayang
Bacalah dengan nama Tuhanmu
Yang menciptakan
Yang menciptakan manusia dari segumpal darah
Yang mengajar insan dengan kalam

Terbuka luas kubah langit
Detik gemilang wahyu pertama

~~~~~~~~~~

Sudah masuk hari yang ke 17 kita berpuasa. Dan hari ini adalah hari al-Quran diturunkan. Hari yang Rasulullah bertemu Jibrail. Kalau nak diceritakan mengenai Nuzul Al-Quran ni, memanglah banyak. Kalau ingat, masa kita sekolah dulu,ustaz @ ustazah pun selalu cerita kan. Tapi bila dah menginjak dewasa ni, nk dengar sirah-sirah nabi tu, entah bila entah...

Kalau ikutkan, saya tak bercuti pun hari ini. Walaupun saya orang Selangor, tapi saya kan bekerja di Kuala Lumpur. Maka redha jelah, kalau petang ni nak balik, jalan jammed. Hahaha!

Baru-baru ini, semasa di dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Wan Akashah (suami Ustazah Siti Nor Bahyah), beliau berpesan, agar kita sebagai umat Islam, jangan sesekali meninggalkan Al-Quran. sekurang-kurangnya, dalam sehari, cuba juga untuk membaca, tak banyak, sikit pun takpe. Al-Quran ini ibarat jiwa. Kalau kita tak baca, ibarat kita ni manusia yang kosong. Takde jiwa...

Memang lepas je dengar tu, saya teruslah pesan kat adik-adik saya. Yelah, kita ini, kalau buat benda jahat, selagi ada iman, kita takkan buat perkara yang melampaui batas. Ingatlah, bacalah Al-Quran...






glitter-graphics.com

Friday, 4 September 2009

Jurnal 2 Hati : 007 - Senarai Jemputan

Sebenarnya Mama dah lama mintak saya buat senarai jemputan daripada saya. Untuk kawan-kawan saya la... Tapi, saya ini sangat malas la. Jadi, semalam baru berkesempatan untuk membuatnya. Dan senarai jemputan saya itu sangat panjang! Saya pun tak tau kenapa boleh jadi sangat panjang. Hehe... Konon-konon nak bagitau la yang saya ini ramai kawan. Hahaha! Xboleh blah kan?

Tapi ini baru tapisan pertama. Belum sampai tapisan terakhir sebelum kad jemputan diedar nanti. Tak taulah nanti, makin bertambah atau makin berkurang. Kot-kot nanti ada peminat saya yang datang minta diberikan juga kad jemputan, bagaimana? Hahaha! Perasan lagi.

Untuk jemputan ahli keluarga, semuanya ada pada Mama & Ayah la... Disebabkan ini adalah kenduri pertama untuk keluarga saya, jadi macam sukar untuk dianggarkan berapa jumlah jemputan. Mungkin tak sampai pun seribu, atau mungkin juga lebih seribu. Masih sedang dilihat-lihatkan lagi...





glitter-graphics.com

Sedar Tak Sedar

Sedar tak sedar je, tiba-tiba dah 14 hari puasa. Yelah tu tak sedar. Bunyinya macam tak puasa la pulak. Hehehe...

Kalau kita rajin pergi ke majlis-majlis ilmu, sekarang ini kita dah masuk ke fasa kedua bulan Ramadhan. Fasa maghfirah. Jika fasa pertama, iaitu 10 hari pertama, dikenali sebagai fasa rahmat. Pada 10 hari pertama kita berusaha untuk mendapat rahmat. Sekarang 10 hari kedua kita berusaha pula untuk mendapat maghfirah, iaitu keampunan-Nya. Semoga kita masih lagi kuat untuk beramal ibadat, dan semoga segala amalan kita itu diterima oleh-Nya.

Teruskan beramal, selagi ada peluang. Kumpul pahala banyak-banyak. Sebab kita ni, buat dosa memang senang, kadang-kadang tak perasan pun. So, pahala yang boleh nampak ni, buatlah. Semoga kita tergolong di dalam kalangan orang-orang yang diberkati-Nya. InsyaALLAH, Ameen...





glitter-graphics.com

Thursday, 3 September 2009

Mikael (MJ Conspiracy)

Salam. Ini info yang saya terima dua hari lepas. Ustaz Wan Akashah (suami Ustazah Siti Nor Bahyah) yang bagitau. Lepas tu, saya terima email ni daripada officemate. So, saya just copy paste jelah, untuk info kawan-kawan semua.

Setelah baca, sedeqahkan lah Al Fatihah buat Allahyarham Miqael….Al Fatihah!

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati.. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki.. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Pada 1989, MJ telah mengejutkan dunia dengan membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu sidang akhbar.

"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu".

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, dibebani hutang membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan. Ini berhasrat untuk mengurangkan pengaruh peminat MJ.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England , MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, bacaAl-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun...

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri untuk membuat kemunculan terakhir.. "Ini adalah konsert saya yang terakhir, Jumpa anda semua Julai nanti..." katanya memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada akhir konsertnya tersebut bersama Yusof Islam dan rakan2 muslim lainnya. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA ..

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata " Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini".. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada.. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik. "Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya". Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulanuntuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Dia dikebumikan sehari sebelum itu sebab itulah apa yang anda semua tengok di Tv adalah satu sandiwara dan sebab itu jugalah keranda MJ ditutup dan tak dibukak kerana dalam itu adalah kosong. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

Ini berlaku kerana USA takut akan kebangkitan Islam didunia kerana semakin ramai orang menganut agama Islam. Cuba banyakan berapa ramai peminat MJ di dunia ini.

MJ meninggalkan kita dengan lagu ketuhanan (nasyid) yang belum siap rakaman di studio bertajuk GIVE THANKS TO ALLAH (Ucaplah Alhamdulillah). Anda boleh download lagu tersebut dia sini : http://www.filefactory.com/file/ahb80ff/n/Micheal_Jackson_-_Give_Thanks_To_Allah_mp3. (Dengarkan sebutan arabic dia yg jelas membuktikan beliau telah mempelajari Quran).


WALLAHUALAM. Yang baik itu datang dari-NYA, yang buruk itu dari saya...





glitter-graphics.com

Tuesday, 1 September 2009

Aktiviti Saya Pada Bulan Puasa

Sepanjang bulan puasa ini, saya bekerja dari jam 8 pagi hingga ke 4 petang. So, korang bayangkanlah berapa awal saya boleh sampai rumah? Sebelum pukul 5 saya sudah pun berada di rumah. Berehat-rehat selama setengah jam, sebelum memulakan aktiviti biasa saya. Menyediakan menu untuk berbuka. Ingat saya tak pandai masak ke? Ekeke...

Ala, biasanya saya cuma menyediakan kuih untuk berbuka. Masakan berat-berat, ayah sayalah yang masak. Sebab beliau dah ambik kontrak yang itu, takkan saya nak berebut-rebut pulak. Lagipun masa pukul 5.30 tu biasanya dah siap dah masak yang tu. So, turn saya la pula lepas itu kan. Mama memang balik lambat, yelah keje kaunter kan. Memang la lambat. Tapi, lambat macam mana pun, kalau beliau nak masak, masak gak, walau camana penat pun.

Ok, kontrak membuat kuih saya tu, memang tiap-tiap hari la. Tak kira hari keje atau cuti. tu yang biasanya time-time camni, dah pening pala pikir nak masak apa. Kalau kuih sama je ari-ari bosan gak kan? Tadi, blogwalking, ternampak plak roti jala. Cam best je... Ok gak kan? Tapi cam teringin nak buat Cara berlauk. Puasa-puasa ni dok citer pasal makan tak abis-abis kan. Sabar jelah ye...

Nak masak apa petang ni? Kita tengok jelah time berbuka nanti, kuih apa yang jadi...






glitter-graphics.com

Eh, Naik Lagi?

Ha. semalam baru saya cakap, jangan naikkan harga barangan. Pagi ni, dorang buat dah. Memang hampeh kan? Dah la bulan puasa, nak dekat raya. Dorang ni tak sedar ke impact kenaikan harga minyak?

Kalau tak sebab saya teringat yang saya berpuasa hari ini, mesti dah kena maki kaw-kaw kat blog ni. Tapi, sabar-sabar... Dalam pada bersabar ni pun, saya dah maki abis dah pagi tadi. Niat saya nak isi minyak pagi tadi pun terbantut. Saya nak abiskan minyak yang saya guna sekarang ni, pastu kena la tukar ke minyak RON 95. Harap-harap Si Puteh saya tu, ok je nanti...

Sapa yang suruh pegi pangkah dorang tu? Buatlah lagi ye, sapa yang tak pernah serik-serik lagi tu...

p/s: entri pagi ini berbaur politik, sebab saya sangat marah pada 'mereka' itu & mereka yang memilih 'mereka'. (ada faham? tak faham sudah...)





glitter-graphics.com