:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Friday, 2 April 2010

Jurnal 2 Hati : 080 - Dah Kena Kuarantin?

Tinggal kurang dari sebulan je. Kalau ikut kata orang tua-tua, time ni memang dah kena start kuarantin dah. Yelah, dah dekat-dekat ni, lagi banyak dugaan. Kata orang la.

Bagi saya dan En. Tunang pula, kalau tak kena kuarantin pun, dah memang kami jarang jumpa. Kuarantin ke, tak ke, sama saja. Hehehe... Lagi nak dekat hari nye nanti, beliau kena ke sini. Ada fitting & setelkan hal yang tak setel lagi. Tinggal sikit je lagi nih...

Saya memang plan, kalau kami kena berjumpa pun masa dah nak dekat-dekat nanti, saya cuba untuk tidak berjumpa dalam tempoh seminggu. Harap-harap, berjayalah. Semoga tidak ada projek mengejut...

Kalau ditanya perasaan saya sekarang ni, memang dah mula rasa debarannya. Dalam hati ni, Tuhan je yang tahu betapa lajunya degupan jantung ni. Perut pula, meamng kupu-kupu dah beranak-pinak dah rasanya. Hehehe... Tapi, kalau time tak sabar tu, memang tak sabar la sangat. Hehehe...

Sekarang ni dalam tempoh bersabar la ni. Sabar, Sabar...

2 comments:

cik puan fara said...

sy dgn suami, xjmpe sebln sblm hari akad..
sbb... beliau xde kt mesia.. klo x, mesti nk g fitting lah itu lah ini lah same2.. sbbkn beliau xde kt sini,xsmpt nk fitting, bj sanding beliau xmuat.. kalut pegi tuka mlm nikah tu.. hahaha

sri seri said...

wahhh....sudah ada butterfly ke dlm hati..he...he..sabo ye...he..he