:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday, 16 December 2010

Check Up Bulan Ke-8

Perasan tak, dah lama saya tak cerita pasal antenatal check up kan? Mula-mula kena pegi sebulan sekali je. Sekarang dah start kena pegi 2 minggu sekali.

Tadi ada check up untuk bulan ke-8 atau lebih spesifik lagi untuk minggu yang ke-35. Kalau ikutkan ini check up kali yang ke-11 dah. Macam biasa, check up di KD Batu Berendam la...

Memang target nak dapat no awal, dapatlah yang ke-3. Dalam pukul 9, dah selesai semua. Tak kena jumpa doktor, tu yang sekejap je pun. Alhamdulillah, semua ok. BP ok, HB pun ok berbanding 2 minggu lepas. Dan yang bestnya, berat cuma naik 0.1 kg je. Takut gak kalau naik banyak sangat. Sebab last check up sudah naik 1.8kg la. Mula-mula nurse macam nak marah juga. Tapi sebab tengok last 2 weeks naik lebih 0.8kg, maka dia kata ok.

Hari ni banyak tanya kat nurse tentang masalah yang berlaku kat saya sepanjang 2 minggu ni. Mula dari masa bb gerak sikit2 je sampai kul 2 petang, sampailah citer yang dia mengeras selama lebih kurang setengah jam tu. Oh, saya tak cerita dekat sini pasal bb kurang gerak satu hari tu kan...

Kalau tak salah saya, berlaku hari Jumaat 2 minggu lepas. Biasanya bb akan gerak cukup 10 kali dalam lebih kurang pukul 1 ke pukul 3 petang. Tapi hari tu, dah pukul 2 dia baru gerak dalam 2 kali je. Mana saya tak risau. Lagi pulak malam sebelum tu, punyalah dia aktif. Tak berhenti-henti bergerak. Jadi saya risaulah, ntah apalah jadi kat dia dalam ni. Malam sebelum bukan main aktif lagi.

Saya telefon Suami, terus beliau suruh saya balik, ajak pegi hospital. Sampai rumah, teruslah siap-siap. Takut kena tahan wad, saya ajak Suami pegi makan dulu. Nanti dah kat hospital, tak lalu nak makan pulak. Lagipun prepare takutlah kena bersalin awal kan. Biarlah bagi bertenaga sikit. Boleh kan? Sebenarnya takut, tapi nak cuba relax.

Elok je saya start makan, bb pun gerak. Tengah makan, lagilah dia aktif. Eh, bb ni main-mainkan ibu dia pulak. Bila saya borak-borak dengan dia, elok pulak. Saya cakap dengan Suami, tunggu sampai pukul 8 malam, kita tengok macam mana. Alhamdulillah, dia ok pulak lepas tu.

Bila saya citer dengan kawan saya, dia kata ada kemungkinan bb tidur kot. Pasal dia penat kot. Haha! Boleh terima ke alasan tu? Tak apalah, janji bb ok je...

Dah sambung pasal check up pulak. Tadi nurse bagitau tanda-tanda nak bersalin yang memerlukan saya pegi ke hospital dengan kadar segera. Bb pun dah berada di kedudukan yang betul, dan memang dia kat bawah je sekarang ni. Nak kata dah engaged ke belum, tak tahu lagi. InsyaAllah, nak scan ari Sabtu ni, tengok macam mana keadaannya.

Oklah, banyak lak cerita hari ni. Sambung lagi nanti ye...

1 comment:

Anah said...

hai mazni..
anah pn pernah alami bnda yg sama, baby xgerak satu hari dan yg peliknya sehari sblum tu bukan main aktif lg..pegi hospital mmg kn tahan wad la..tp bila kt hospital bby aktif la plak, smpaikn nurse buat ctg baby asyik tndang je..

harap2 semuanya selamat smpai ke akhirnya..anah pn duk menunggu hari je ni..