:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Friday, 30 April 2010

Jurnal 2 Hati : 096 - Kami Jemput Anda Semua!

Anda yang tak pasti mahu datang atau tidak,
atau mungkin terlintas untuk datang pada hari majlis, tapi kad tiada...
Boleh print kad di bawah ya!
Kami berdua sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua, ke Majlis Bersejarah kami.
Terima Kasih.

Majlis Walimah pada 1 Mei 2010
di Bandar Baru Bangi, Selangor

Majlis Walimah pada 2 Mei 2010
di Bukit Katil, Melaka

Peta buat rujukan

Jurnal 2 Hati : 095 - Sehari Sebelum & Pada Hari Majlis

Sehari Sebelum Majlis
  1. Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah, sudah diterima
  2. Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan
  3. Pakai inai di jari
  4. Rehat & tidur awal

Pada Hari Majlis
  1. Bangun awal & mandi sunat
  2. Pastikan ada banyak masa untuk bersiap
  3. Pastikan anda makan & rehat dengan cukup
  4. Lalui majlis dengan penuh gembira!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau
Tak Buat Lagi - MERAH

Tuesday, 27 April 2010

Jurnal 2 Hati : 094 : Dah Mula Bercuti

Hari ini, hari terakhir bekerja dengan status Cik Mazni. Nanti masuk ofis dah naik pangkat dah. Hehehe... Esok mula bercuti, dan saya ada macam hal yang perlu diuruskan.

Tak tahulah kenapa, nak dekat-dekat majlis ni, sakit kepala suka datang. Kawan-kawan ofis cakap saya stress. Tapi, saya rasa, saya relax je... Bila fikir-fikir balik, saya rasa, saya terlalu banyak memikirkan tentang majlis. Kadang-kadang rasa, entah apa-apa pun iye juga...

Saya tak tahu saya sempat atau tidak nak upadate blog, dan status kat FB tu. Tak janji ye, tapi saya cuba. Kalau tak ada update tu, anda semua faham kan...

Oklah, nak bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Daa...

Sunday, 25 April 2010

Jurnal 2 Hati : 093 - Doa & Ucapan

Sampaikan doa & ucapan kalian buat Bakal Mempelai ini.

~klik gambar ya!~

Semuanya didahului dengan ucapan Terima Kasih


~ Alhamdulillah ~

Jurnal 2 Hati : 092 - Dah Habis Minggu Dah... Tinggal Hari Je...

Mula-mula dulu, kalau kira guna bulan... Bila dah kurang sebulan je, kira guna minggu... Dah abis dah minggu, tinggal hari je... Lepas tu, bila orang tanya, "bila majlis?", sedap je jawab, "minggu depan...". Wah, macam tak percaya je... Ni stat arini orang tanya, kena jawab, "hujung minggu ni...".

Macam tak percaya jer, kalau berborak-borak dengan En. Tunang pun, kitorang gelak-gelak je... Kalau tanya perasaan, takut pasti ada. Gembira, tentu sekali. Tak sabar? Mmm, kadang-kadang la... Ke mostly? Hahaha!

Saya akan mula bercuti pada hari Rabu nanti. macam-macam nak kena buat tu. Nak bermanja-manja la, nak gi fitting la. Nasib baik hantaran dah buat. Tak adalah pening lagi dah. Hari ni, nak kemas bilik. Barang-barang yang tak sepatutnya, nak tumpang kat bilik adik-adik. Semalam pun dah start kemas pakaian untuk ke sana. Pening juga nak pikir pakai baju apa. Takut juga ada. Nak dok agak lama juga la kan...

Macam tak percaya je, saya akan menjadi isteri orang akhirnya. Cinta sekejap, tapi itulah jodoh saya kan... Doakan yang baik-baik. Yang penting, semoga saya diberi kesihatan yang baik, menjelang hari majlis. Ameen...

Saturday, 24 April 2010

Petua Mendapatkan Pasangan

  1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
  2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
  3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
  4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
  5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
  6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
  7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
  8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
  9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
  10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
  11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
  12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
  13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
  14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
  15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
  16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
  17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
  18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
  19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
  20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
  21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
  22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
  23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
  24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
  25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
  26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
  27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
  28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
  29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
  30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
  31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
  32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
  33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
  34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
  35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
  36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
  37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
  38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
  39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
  40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
  41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
  42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
  43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
  44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
  45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
  46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
  47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
  48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
  49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
  50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
  51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
  52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
  53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
  54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
  55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
  56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
  57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
  58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
  59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
  60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Disalin dari sini.

Jurnal 2 Hati : 091 - Seminggu Sebelum Majlis ~ SELESAI

  1. Pastikan anda sudah bercuti
  2. Pastikan pakaian pengantin sudah diambil/diterima
  3. Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang sudah ditempah
  4. Sahkan semua perincian dengan katerer
  5. Siapkan hantaran & cenderahati (dalam bentuk makanan)
  6. Mulakan kerja-kerja menghias pelamin & bilik tidur
  7. Buat rawatan muka & badan yang terakhir
  8. Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga
  9. Sediakan & pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis)
  10. Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu
  11. Semak berulang kali senarai semak keperluan & senarai ini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau
Tak Buat Lagi - MERAH

Friday, 23 April 2010

Jurnal 2 Hati : 090 - Jom Deko-deko

Ingat tak, hari tu saya cakap, nak abiskan hujung minggu ni dengan mendeko-deko hantaran. Bila kena serang dengan demam, lepas tu saya bercuti-cuti pula semalam kan... Dah mulalah mendeko-deko hantaran. Tengok tu, cakap je demam kan... Hehehe...

Sebenarnya bukan apa, saya ingat, saya dah kena mula berehat-rehat la. Kang demam balik kang, susah pula kan. Jadi semalam, saya sempat menyiapkan dua dulang hantaran. Yang 100% saya yang buat ye. Lepas tu, malamnya, saya ajak sepupu-sepupu saya, Imah & Yuz, untuk sama-sama bekerjasama dengan saya, mendeko-deko 3 lagi dulang. Dan Alhamdulillah, misi tercapai! Lega sangat-sangat!

Hantaran saya tak banyak pun. 7 berbalas 5. Kalau ada lebih pun, nasib la yer... Yang penting, officially nye itu sahaja. Senarai boleh tengok di sini. Sangat simple, yang penting, cantik di mata kami pereka-pereka neh. Hehehe...

Nak tengok? Macam biasa la, TUNGGUUUUU....

Dekatkan Kami...

Entri dari Ustaz Hasrizal, beberapa hari yang lepas, mengenai 'Perkahwinan Jarak Jauh', benar-benar memberi saya panduan, tentang sesuatu yang bakal saya hadapi nanti. Saya dan En. Tunang memang berjarak jauh, dari mula kenal, ke alam percintaan, dan seterusnya kini ke fasa pertunangan. Minggu depan, kami akan menghadapi situasi Perkahwinan Jarak Jauh. Mampukah kami melaluinya? Doakanlah yang baik-baik ya!

Benar, seperti kata Ustaz Hasrizal dalam entri tersebut, "Perkahwinan Jarak Jauh adalah lumrah bagi pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa, diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, 'keselesaan' saling berjauhan, menjadi racun yang membinasakan!". Dan topik inilah yang menjadi perbincangan, kami, bakal suami-isteri ini. Memang sukar untuk dicapai kata putus, sedang kami masing-masing punya kerjaya sendiri. Namun, sayalah yang perlu beralah di dalam situasi ini. Bukankah tempat isteri itu di sisi suami?

Saya bersyukur kerana, tempat saya mencari rezeki kini, punya cawangan di tempat bakal suami. Surat sudah dihantar, dan saya tidak kisah untuk ditukarkan ke department lain pun. Asalkan saya bisa dekat dengan suami saya. Itu sahaja... Pada masa yang sama juga, saya mencari peluang lain di sana. Namun jalan terakhir, jika dalam tempoh masa yang kami tetapkan, tiada perubahan juga, saya memilih untuk korbankan kerjaya saya. Tidak mengapalah, kalau itu yang terbaik.

HR baru menghubungi saya tadi. Doa saya, moga punya jawatan kosong di sana, yang sesuai dengan jawatan saya kini. Sangat-sangat berharap, kerana saya tidak pasti, kuatkah saya untuk melalui keadaan begini. Doakan yang terbaik buat kami ya!

Thursday, 22 April 2010

Demam Bakal Pengantin

Tinggal 9 hari je lagi... Dari 3 angka ke 2 angka. Sekarang tinggal 1 angka je. Memanglah bertambah-tambah berdebar...

Semalam, saya diserang cirit-birit di pagi hari. Kemudian disertai dengan demam pula. Haha! Bakal pengantin ni dah mula buat hal. Hari ini, masih belum pulih, dan sedang berehat-rehat di rumah. Inilah antara perkara yang paling saya takut. Demam di saat-saat genting. Saya punya masalah, kalau demam, susah mahu baik. Itulah yang paling saya risaukan...

Semalam, saya pergi juga ke ofis. Tapi, memang dah tak tahan, sebab kepala sangat berat. Tambah-tambah dengan sejuk aircond. Keluar masuk tandas, jangan ceritalah. Rasa nak duduk terus je dalam tandas tu. Pukul 12.30, gerak untuk ke klinik. Sampai klinik pukul 1.15, tunggu 1 jam, baru kena panggil. Memang bertambahlah sakitnya. Sabar, sabar...

Ingatkan biasa-biasa je. Tapi, kalau dah cakap demam, confirm Dr. akan ambil darah. Dan saya paling tak sangka, kena masuk air, sebab memang saya dah dehydrated dah sangat-sangat. Saya pegi klinik sorang-sorang ye... Tiba-tiba kena tahan pula. Memang rasa mahu nangis. Tapi, tabahkan hati.

Beritahu En. Tunang, beliau pastilah sangat risau. Tapi, saya tahu, tak ada apa-apa pun. Biasalah, saya kan relax je lebih. Ala, setakat masukkan air je. Bukan kena tahan ward pun. Ok-ok... Habis masa di klinik saja sampai pukul 3. Balik umah, makan nasi, sebab nak makan ubat, lepas tu terus keboom... Tak ingat apa dah...

Ingatkan hari ni, dah ok... Demam macam baru nak start pula. Cirit-birit pun, xreda-reda lagi. Kalau saya pegi klinik ni, confirm kena masuk air lagi. Oh, saya tak nak. Sakit woo... Kebas-kebas tangan saya ni. Kesan kena cucuk semalam pun, masih bengkak lagi ni. Tak nak lah saya pegi menyerah diri.

Takpelah... Saya harapkan doa readers untuk kesihatan saya yer... Majlis saya tak lama je lagi neh. Banyak benda nak kena buat. Kalau saya tak sihat, susahlah kan... Doakan saya yer... TQ...

Wednesday, 21 April 2010

Genap 10 Bulan & 10 Hari Lagi

Hari ini genap 10 bulan bertunangan. Alahamdulillah, syukur.
Dalam masa 10 hari lagi akan disatukan dengan ikatan pernikahan.

Buat kekasih hati @ tunang tersayang @ bakal suami tercinta, lagu ini ditujukan buatmu...

Kasih Kekasih

Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan

Tuesday, 20 April 2010

Lirik Lagu : 1 2 3 4

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Saya Nak, Tapi...

Saya ada masalah ni...
Saya dapat tawaran, sesuatu yang saya suka dan saya nak...

Tapi...


En. Tunang @ bakal suami saya tu, tak galakkan sangat. Beliau tak ada la cakap tak bagi. Macam tak berapa setuju la...


Macam mana ye? Serba salah ni...

Monday, 19 April 2010

Jurnal 2 Hati : 089 - Kek Tingkat-tingkat

Sebab majlis dah tinggal seminggu lebih je lagi, minggu lepas, saya dah pergi tempah kek kat kedai ke yang biasa saya pegi beli tu. Kek dia memang sedap & murahlah. Saya cuma nak kek 3 tingkat je. Ingat tak entri ini?

Saya cuma tempah kek guna fresh cream je. Bukan kek fondant macam kat atas ni, walaupun kek itu cantik, tapi tak berapa sedap la kan. Kek saya macam kat bawah ni. Lebih kurang la. Taklah sama 100% yer..

Oklah kan? Tauke kedai nak tolong hantar ke rumah. Lega, sebab tak payah nak pegi amik sendiri.

Jurnal 2 Hati : 088 - Untuk Bakal Pengantin

44 Pantang Larang untuk Bakal Pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
  3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
  4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
  6. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
  7. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
  10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
  12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
  15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
  16. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
  17. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  18. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
  20. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
  23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  25. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  26. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  27. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  28. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
  29. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
  30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
  31. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
  32. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
  33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  35. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
  37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
  38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
  39. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  40. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
  41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  42. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
  43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
P/S : Ada yang boleh pakai, ada yang tak boleh. Jadi, pandai-pandailah yer...

Sunday, 18 April 2010

Jurnal 2 Hati : 087 - Pencarian Barang Hantaran III (Episod Akhir)

Hari ini saya dan En. Tunang, menyelesaikan pencarian barang hantaran. Dah nak dekat majlis, tak setel lagi? Hehehe... Tinggal nak beli jam tangan je...

Alhamdulillah, setel juga akhirnya. Semuanya di dalam bajet. Kira dah lega la ni. InsyaAllah, hujung minggu ini, nak mula buat dekorasi hantaran pula. Dengan sepupu-sepupu saya la.

Sekarang ni, tinggal nak beli cincin untuk akad nikah. Ya! Memang beli lambat, sebab saya ni, kalau beli awal, mula la teringat-ingat. Pastu gedik lak nak pakai. Boleh? Hehehe...

Saturday, 17 April 2010

Jurnal 2 Hati : 086 - 2 Minggu Sebelum Majlis ~ SELESAI

  1. Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan
  2. Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai
  3. Serahkan permohonan cuti kepada majikan
  4. Selesaikan semua urusan kerja sebelum cuti
  5. Sahkan jumlah tetamu & maklumkan kepada katerer
  6. Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan
  7. Sediakan pembayaran untuk jurunikah, saksi & perkhidmatan profesional perkahwinan dalam sampul surat
  8. Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penanda Aras :

Sudah - Biru
KIV - Hijau
Tak Buat Lagi - MERAH

Friday, 16 April 2010

Dah Lama Tak Kena Tag. Jom!

Cik Thalha yang bagi tag ni kat saya.

6. Mazni Putri http://ma2niput3.blogspot.com/

PESANAN KEPADA ORANG NOMBOR 6?
Tak lama sangat dah tuh bakal pengantin. Senyum bebanyak tau time sanding nanti. InsyaAllah, ada rezeki saya datang. :) Sabar je lah menghadap karenah ex awak. Dah namanya ex, mestila bengong. that's why he become x. kan? :p

Untuk Thalha - TQ atas nasihat tu. Saya hargai sangat-sangat! Tak sabar mahu jumpa awak nanti. Jmeput datang ya!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, ada soalan dalam tag ni tau! Banyak betul. Saya cuba jawab sebaik mungkin ya! Ececeh...

1) ADAKAH ANDA MERASA HOT?
Memanglah hot. Kan panas neh...

2) UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YANG ANDA GUNAKAN SEKARANG.

3) CERITAKAN PASAL GAMBAR INI.
Ini kan gambar masa Majlis Pertunangan kami pada 21 Jun 2009 hari tu. Saya letak gambar ini, sebab saya ngan En. Tunang kan PJJ. Kiranya macam nak ilangkan rindu la. Hehehe...

4) UPLOAD GAMBAR KEGEMARAN ANDA.
Gambar yang no. 2 tulah.

5) CERITAKAN PASAL GAMBAR INI.
Tengok no. 3 ye...

6) BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN PIZZA.
Minggu lepas hari Sabtu. Mama peli kat pasar malam, saja nak rasa. Tak sedap sangat. Sedap lagi Pizza Pah.

7)LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR.
Sekarang pun tengah dengar lagu gak neh. Lagu Ziana Zain - Anggapanmu.

8)APA ANDA BUAT SAMBIL MELAYAN TAG INI?
Layan lagu la...

9) SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL DENGAN NAMA?
Banyak neh. Saya senaraikan ye...
  1. Kak Yong @ Yong- nama panggilan di rumah oleh ahli keluarga, termasuklah saudara-mara
  2. Ziey - kawan-kawan sekolah menengah
  3. Mazni - kawan-kawan sekolah rendah, kawan-kawan U & kawan-kawan ofis
  4. Alang - Geng saya masa kat MSU dulu
  5. Maz - x-housemate masa study dulu & keluarga bakal mertua saya
  6. Sayang - En. Tunang je. Hehehe

10) TAG 6 ORANG YANG ANDA NAK.
  1. Xora
  2. Yanie
  3. Ena
  4. Zainur
  5. Nanie
  6. Fazemy

11) SIAPAKAH ORANG NOMBOR 1 BAGI ANDA?
Penulis blog yang bagus tentang persiapan perkahwinan. Banyak info-info menarik terutamanya tentang DIY. Sesuai untuk B2B yang nak save budget.

12) KATAKAN SESUATU KEPADA ORANG NOMBOR 5?
Nanie, lama tak dengar citer awak. Selalu ada je borak-borak kat FB. Nanti datang majlis saya ya!

13) NOMBOR 3 ADA HUBUNGAN DENGAN SIAPA?
Alahai, tak taulah. Tak ada pulak citer dalam blog. Cuba citer sket Ena. Biar sume orang tahu. Hehehe...

14) KATA2 CINTA UNTUK ORANG NOMBOR 4.
Alamak! Tak retilah. Zainur ni, lagi terer buat ayat cinta tau! Apa-apa pun, selamat membuat persiapan ya Zainur!

15) PESANAN KEPADA ORANG NOMBOR 6?
Tak ada nak pesan apa pun. Cuma jangan lupa datang rumah saya pada 1 Mei nanti ye. Saya akan hafal muka Emy. Hehehe...

16) APA KELEBIHAN YANG ANDA NAMPAK PADA ORANG NO. 2 INI?
Sangat rajin buat DIY. Persiapan kahwin Yanie banyak sangat guna DIY. Tahniah ya Yanie!

17) BERIKAN 5 YANG ANDA TAHU TENTANG ORANG YANG TAG ANDA.
  1. Orang JB
  2. Baru kena transfer ke Putrajaya
  3. Seorang Lawyer
  4. Tunangnya nama Hazlin
  5. Juga sedang menghitung hari macam saya
Yang kena tag tu, sila tempek di blog anda ya!

Anugerah Lagi ~~ Terima Kasih!


Terima Kasih Yanie sebab sudi bagi saya anugerah ini.

Saya nak bagi anugerah ini pula kepada, 'Pengikut Setia' saya. So, sila ambil dan tempekkan di blog anda ya! Ini sebagai penghargaan saya buat anda semua. Terima Kasih sebab sudi menjadi pembaca blog saya ini.

7 perkara tentang saya:
  1. Saya anak sulung dan satu-satunya anak perempuan, sebab itu majlis kahwin saya macam meriah sikit.
  2. Saya pelajar jurusan Akauntansi, sebab itu saya sangat particular hal duit keluar dan masuk.
  3. Saya suka membaca karya-karya genre aksi dan misteri, sebab itu saya meminati Ramlee Awang Murshid.
  4. Saya minat menulis walaupun tak berapa pandai, sebab itu saya buat blog ini.
  5. Saya boleh buat kerja rumah, tapi paling lemah untuk lipat kain, sebab itu saya sangkut semua baju dalam almari.
  6. Saya sekarang bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal di Bandar Baru Bangi, sebab itu saya kena minta tukar ke Melaka untuk ikut bakal suami saya.
  7. Saya sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan. Tak sabar, tapi takut juga. Hehehe...
Ok, itu je...

Wednesday, 14 April 2010

Lirik Lagu : Merah Itu Cinta

Pernah ku bertanya
Warna yang manakah
Meronai cinta dalam kehidupanku

Dulu ku rasakan
Malam kebiruan
Disulami rindu
Hamparan kehijauan

Segalanya kebahagiaan
Nyata sudah kemerahan
Hanya ceritaku melayari
Harapan….

Merah itu cinta
Sukar digambarkan
Tanda pengorbanan yang tidak terhingga

Merah itu rindu
Hanya aku tahu
Tanda kesetiaan
Pada yang dicinta

Pertama kali ku mengenali
Selamanya kan ku rasai

Ohhh
Namun ku tahu keranamu jua
Terus ku hidup nafas yang indah ini

Namun ku tahu
Keranamu jua
Terus ku simpan anugerah tak ternilai….

Merah itu cinta
Sukar digambarkan
Tanda pengorbanan yang tidak terhingga

Merah itu rindu
Hanya aku tahu
Tanda kesetiaan
Pada yang pernah ku damba

Merah itu cinta…
Sukar digambarkan…
Tanda pengorbanan yang tidak terhingga…

Pertama kali ku mengenali
Selamanya kan ku rasai…

Jangan Mengeluh...

Kita selalu bertanya... Tapi, rupa-rupanya Al-Quran sudahpun menjawabnya...

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :
: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!


QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


Tuesday, 13 April 2010

Jurnal 2 Hati : 085 - Cuba Try Test!

Saya terlupa nak cerita sesuatu. Hari Rabu minggu lepas, orang butik call. Minta saya datang, untuk discuss pasal pelamin & lain-lain la. So, saya ni dengan semangat, kebetulan pula saya ambil time off 2 jam, sebab sakit perut, pergilah ke butik. Masa tu dengan plan hanya mahu discuss sahaja.

Habis bincang semua, tak sangka pula diorang ajak buat fitting. Saya ni macam percaya tak percaya jelah. Siap cakap, 'Eh, bukan cakap seminggu sebelum ke?'. Dorang cakap, date saya tu, ramai gak mempelai lain. Takut tak sempat pula. Mula-mula tu, macam tak nak juga. Konon-konon mahu bersama En. Tunang la. Gedik kan? Hehehe...

Tapi, lepas tu fikir semula, saya dah la sayangkan cuti saya. Lepas tu dah dapat kuar awal pun, cukup bagus kan? Jadi, saya pun buatlah fitting, tanpa En. Tunang. Nak jugak tu... Hehehe... Lama juga, sebab bukan sepasang je kena fitting. Tapi, berpasang-pasang. Ha, banyak kan? Saja bikin suspen kamu semua. Hehehe...

En. Tunang kemudianlah, sebab cuma sepasang je. Kalau tiada apa-apa, insyaAllah hujung minggu ini. Sebab beliau mahu datang, setelkan sikit je lagi hal kerja kahwin neh...

Adab Bersahabat


Seorang sahabat mestilah menjaga adab-adab terhadap sahabatnya, iaitu :
  1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
  2. Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum berkehendak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia.
  3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
  4. Menutup keaiban sahabatnya.
  5. Berdiam daripada menyampaikan perkata orang lain yang mencela sahabatnya.
  6. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.
  7. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabat ketika ia bercakap-cakap.
  8. Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.
  9. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.
  10. Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.
  11. Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.
  12. Menegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.
  13. Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.
  14. Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya.
  15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah ia mati.
  16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabat selepas daripada kematian sahabatnya.
  17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendak ia meringankan daripadanya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.
  18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.
  19. Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.
  20. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabatnya.
  21. Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah daripada tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian.
  22. Hendaklah ia bangkit menghantar sahabatnya itu ( sehingga sampai ke pintu rumahnya ) ketika ia keluar dari rumahnya.
  23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai daripada percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang barcakap-cakap.

Ringkas kata, hendaklah seorang sahabat itu bermuamalah atau bergaul dengan sahabatnya seperti cara yang ia sukai orang lain bermuamalah dengannya. Maka sesiapa yang tidak mencintai untuk sahabatnya akan sesuatu yang ia cintai bagi dirinya sendiri, maka persahabatan masih tidak ikhlas dan masih mempunyai anasir-anasir munafik dan persahabatan itu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan di akhirat. Maka inilah adab-adab yang mesti engkau jaga pada hak saudaramu yang engkau jadi sahabat akan dia.

Disalin dari sini.

Monday, 12 April 2010

Jurnal 2 Hati : 084 - Mimpi Macam-macam

Lagi nak dekat ni, lagi macam-macam perasaan yang timbul. Takut & gementar tu, usah cakaplah. Kadang-kadang akan terasa. Sebenarnya perasaan risau lagi banyak kot. Sampai lupa pada ketakutan perubahan title tu nanti. Risaukan keadaan majlis. Entahlah, macam-macam saya fikir. Moga-moga majlis nanti berjalan lancar hendaknya.

Ni nak cerita pasal mimpi pulak. Agaknya sebab terlalu memikirkan pasal majlis, mula-mula mimpi macam-macam. Yang paling best, malam tadi mimpi dah nikah. Boleh? Bangun pagi-pagi, call En. Tunang. Terus la cerita. Betapa rindunya saya pada beliau... Haiii, sabar, sabar...

Itu belum masuk lagi mimpi benda-benda yang saya nak buat. Saya ni tengah sibuk nak buat buku tetamu. Belum buat pun lagi. Tengah develop idea. Tau-tau dalam mimpi, dah siap pun. Alangkah indahnya, kalau bila bangun je, memang betul-betul dah siap. Hehehe...

Mimpi, mimpi... Semoga kenyataannya, indah-indah belaka ya! Ameen...

Sunday, 11 April 2010

Jurnal 2 Hati : 083 - Banyak Nak Cerita

Saya sebenarnya memang ada banyak nak kongsi dengan pembaca semua tentang persiapan majlis saya. Tapi tak tau nak mula dari mana. Nak kata banyak sangat, macam tak. Tapi lately, memang sangat sibuk. Lagi-lagi time hujung minggu.

Hari ini sahaja saya menghabiskan satu hari mengemaskan bilik pengantin tu. Bukan kemas-kemas je, siap dengan mengecat sekali. Hahaha! Memang tak plan pun. Ikutkan, saya tak perlu pun nak cat bilik tu, sebab bilik tu, memang baru buat untuk saya. Tentulah sudah siap dicat semua semasa proses renovation tu. Tapi, memang ada sikit masalah yang mencacatkan dinding bilik tu. Ada banyak retak. Jadi, Ayah dah tampal dengan plaster, awal minggu aritu. Siap cat semua yang dah tampal plaster tu. Tapi, entah mana silapnya, warna baru tu tak kena dengan warna lama. Hari ini, saya memang plan nak alihkan katil tu dan meja mekap tu. Jadi, ambil keputusan untuk cat je satu bilik. Nasib baik cat cukup, tak payahlah pegi beli lagi. Lega sangat!

Kesannya, saya sangat penat sekarang ni. Saya dah alih-alihkan barang-barang juga. Dan tak lupa, pasang langsr baru. Wah, semangat kan? Hehehe... Takut sebenarnya. Sebab tak lama dah sangat. Dalam kepala saya ni, ada macam-macam yang nak dibuat. Harap-harap sempatlah.

Oh, ya! Minggu lepas, Mama dan Ayah ke Klang untuk berjumpa dengan vendor cenderahati. Rupa-rupanya ada banyak sangat pilihan berbanding yang dalam katalog tu. Lepas bincang-bincang, tukar cenderahati lain. Sebenarnya, sebelum ini plan untuk bagi kek bahulu gulung. Tapi sebab kek itu tak tahan lama, kami tukar pilihan la. Apa dia? Tunggu...

Itu jelah dulu. Tak larat sebenarnya. tapi bilik tu tak habis hias lagi. Nanti-nanti saya sambung lagi ya!

Saturday, 10 April 2010

Jurnal 2 Hati : 082 - Debaran 3 Minggu Lagi

Dulu kalau kira, berapa lama lagi, cakap ada __ bulan lagi. Sekarang, bulan pun dah tak nampak dah. Kena sebut tinggal __ minggu je lagi. Lepas tu cakap dengan rasa cuak ok. Tipulah kalau tak cuak. Walaupun bukan saya pun yang akan lafazkan akad tu nanti. Hehehe...

Persiapan, Alhamdulillah berjalan lancar. Tapi, itulah, selagi belum selesai, ada je benda yang nak buat. Betul tak? Saya rasa, dalam masa 3 minggu lagi ini, blog saya ini akan dipenuhi dengan cerita persiapan majlis saya. Jadi, sila jangan bosan ok. Saya dah ingatkan awal-awal neh...

Sekarang ini pun, setiap hujung minggu, ada sahaja perkara yang hendak dilakukan. Yelah, itu jelah masa yang betul-betul saya ada. Hari lain, belum pukul 7 dah kuar rumah. Pukul 7 lebih baru sampai rumah. Sudah tentulah, penat yang amat!

Sekarang ini, tunggu butik call untuk fitting baju je. Sebab saya sewa baju yang dah siap, seminggu sebelum majlis baru nak pergi fitting. Fitting sekali je pun. Tak payah banyak-banyak kali. Bagus juga tu, takdelah saya pening-pening nak kena ambil cuti. Yelah, saya guna banyak cuti masa majlis nanti...

Itu jelah dulu, update untuk setakat hari ini. Biasalah, saya tak boleh nak tulis banyak-banyak sangat, nanti tak surprise pula majlis saya kan. Jadi, sabar jelah tunggu hari majlis ya!

Friday, 9 April 2010

Kawan Ke Nih?

Entahlah... Susah nak cerita. Saya ni selalu je tersilap pilih kawan. Saya ni selalu je cepat sangat percaya kawan. Saya ni selalu je dikenakan oleh kawan. Ke saya yang tak reti berkawan?

Seingat saya dari kecil, sampai la sekarang ini, ada je perkara-perkara yang saya tak sangka seorang bernama kawan, lakukan pada saya. Pertama kali saya dikhianati kawan sendiri, sewaktu berada di Tingkatan 6 Atas. Biasalah ketika sedang meningkat remaja tu, kita ni ada perasaan disukai ataupun menyukai. Kalau ada yang kata tak ada tu, tipulah...

Masa itu saya sedang berkawan dengan seseorang. Saya kenal 'F' dah lama dah. Sebelum masuk form 6 lagi. Bila dah lama-lama berkawan tu, timbul pula perasaan sayang. Saya ceritakan perasaan saya itu kepada kawan saya bernama 'N'. Kiranya 'N' taulah segala-galanya dalam hati saya. Tanpa saya sedari, dalam diam dia bercinta dengan 'F' di luar pengetahuan saya. Dalam waktu yang sama tetap melayan cerita-cerita saya. Sakit hati saya, dikhianati kawan sendiri.

Sewaktu di U pun pernah juga dikhianati kawan. Kawan ni, saya anggap dia sebagai kakak sebab dia ni macam ketua rumah la. Masa tu duduk menyewa beramai-ramai. Tak sangka, sebab bengang saya tak ikut cakap dia, dia kunci rumah tak bagi saya masuk. Yang paling saya tak boleh lupa, dia ajak kawan-kawan serumah yang lain pindah rumah, tinggalkan saya dan seorang lagi kawan. Mereka beritahu kami, seminggu sebelum nak pindah. Macam mana nak cari penyewa ganti dalam waktu yang singkat. Bila saya cakap, diorang tak boleh dapat deposit balik sebab bagi notis kurang sebulan. Diorang tak kisah. Rupa-rupanya, dalam diam pegi jumpa tuan rumah, minta balik semua deposit, dan bahagi-bahagikan sesama diorang je. Tak bagi pun kat saya dan kawan saya yang masih tinggal di rumah itu. Tiba-tiba pakcik tuan rumah minta kami bayar deposit semula.

Bila saya minta kakak tu pulangkan balik deposit kami berdua tu untuk saya bayar semula kepada tuan rumah. Dia cakap, duit tu untuk orang yang dah keluar je. Memang saya bengang! Ingat saya bodoh ke? Saya call Ayah, untuk setelkan hal tu, sebab duit deposit tu saya guna duit Ayah la. Bila Ayah masuk campur, baru nak pulangkan balik. Sampai sekarang saya terasa lagi kesakitan dikhinati kawan sendiri.

Mungkin juga sebab itu, saya sangat takut untuk berkawan rapat dengan sesiapa. Takut dikhianati. Tapi, saya tahu bukan semua orang macam tu. Saya pun punya kawan yang saya percayai.

Dalam berkawan ni, kita kena jaga adab berkawan kan? Jangan menyakiti hati kawan kita. Belajarlah bercakap secara berhemah. Bila dah masuk dalam dunia pekerjaan ni, lagi macam-macam jenis orang saya jumpa. Saya akui, saya jenis memendam rasa. Apatah lagi jika disakiti kawan sendiri. Jalan saya ambil, diam. Silence is Golden kan?

Kalau kita layan orang secara baik, insyaAllah, orang akan layan kita baik. Kalau kita hormat orang, insyaAllah, orang pasti akan hormat kita juga. Tapi, kalau kita sendiri bercakap kasar dengan orang, tak menghormati orang, tapi kita mahu orang layan kita dengan baik, hormati kita. Kalau tidak, kita akan rasa sakit hati. Rupanya dalam tak sedar, kita dah lukai hati orang.

Semua orang pun ada perasaan. Bukan kita sahaja punya perasaan. Kalaupun mungkin orang tak balas balik apa yang kita buat, lama-lama jadi karang juga di hati kan? Menjejaskan hubungan pula akhirnya...

Susah kita nak faham orang. Tapi saya tahu, cara membalas balik orang yang berbuat jahat kepada kita ialah dengan berbuat baik kepadanya. Ya, saya akan cuba!

Thursday, 8 April 2010

Akibat Cinta Bersandarkan Nafsu

Sekadar perkongsian Ilmu. Semoga diambil iktibar.

Assalamualaikum warahmatullah,


Baru-baru ini, saya membaca berita yang amat menyedihkan, statistik anak tak sah taraf di kalangan bangsa Melayu adalah yang kedua paling tinggi untuk tahun 2009, iaitu seramai 17,303 orang, di belakang kaum-kaum lain. Ini juga bermakna, ± 47 bayi berketurunan Melayu dilahirkan setiap hari sepanjang tahun 2009!

Statistik ini tidak termasuk bayi yang dilahirkan hidup, kemudian mati akibat ditinggalkan di tempat pembuangan sampah, surau, tandas dan sebagainya. Statistik ini juga tidak termasuk bayi-bayi yang digugurkan dan dirahsiakan kematiannya (dibuang dan tidak dijumpai). Jika disebut Melayu, kebiasaannya beragama Islamlah. Amat menyedihkan kerana saban tahun kita disogokkan dengan berita yang menyedihkan ini, namun MALANGNYA, statistik ini terus meningkat.


Saya percaya, kelahiran bayi-bayi tidak sah taraf ini akibat kurangnya perisian agama di kalangan kaum Melayu yang beragama Islam dan terlalu mudah percaya dan TERPEDAYA dengan pujuk-rayu lelaki yang suka MEMPERDAYA bertunjangkan nafsu.

Bercakap tentang terpedaya dan memperdaya, mari kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh LPPKN. Menurut laporan LPPKN yang disiarkan di HMetro 19/03/2010 yang saya baca, matlamat cinta remaja lelaki tidak sama dengan remaja perempuan kerana ia bersandar keinginan seksual dan mahu menyahut cabaran rakan sebaya tetapi tidak sanggup bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Antara maklum balas yang diberikan remaja lelaki dalam kajian dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ke atas pelajar di lima sekolah menengah di negara ini, sekiranya teman wanita hamil, mereka akan menuduh kehamilan disebabkan perempuan itu mengadakan hubungan dengan lelaki lain, melarikan diri malah sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti.
Sedangkan remaja perempuan beranggapan teman lelaki akan menjadi suami dan ini menyebabkan mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga tanpa mengetahui matlamat cinta remaja lelaki.

Akibat kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam perhubungan antara wanita dan lelaki menyebabkan kes kehamilan turut membabitkan remaja perempuan yang mempunyai tahap akademik yang baik. Kes kehamilan di kalangan remaja turut membabitkan mereka yang mempunyai kelayakan akademik tinggi kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam soal berkenaan menyebabkan mereka gagal mengawal emosi dan tekanan terhadap perasaan dan akhirnya terperangkap.
Oleh itu, adalah tanggungjawab ibu bapa menerangkan dan memantau kegiatan anak-anak remaja tanpa memberi kelonggaran kepada anak lelaki mahupun perempuan.

[NB : Wahai perempuan, janganlah terlalu mudah terpedaya dengan janji palsu... Wahai lelaki, usahlah memperdaya dan pandai merayu jika hanya kerana setitis madu..]

Izinkan saya titipkan hadis berkaitan yang dikirimkan oleh saudara Hizamri, seorang sahabat al-Falaah egrup. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah.” (Hadis riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Dalam hadis lain, dengan isnad yang sahih, ditambah; amalan riba. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Di ambang kiamat nanti, akan zahir zina, riba dan juga arak.”

Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah.” (Hadis riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi.” (Hadis riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadis sahih)

Daripada Maimunah r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Hadis riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya hasan)

Statitstik terus meningkat dari tahun ke tahun

Mari kita lihat statistik pembuangan bayi antara tahun 2000 sehingga 2006 pula. Menurut laporan PDRM, sebanyak 580 orang bayi telah dibuang, majoriti 92% (532 kes) adalah bayi baru lahir, sementara 8% (48) adalah janin. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, terdapat peningkatan ketara dalam kes pembuangan bayi yang dilaporkan seperti jadual di bawah :



Perlu diingatkan, statistik yang dikumpulkan di atas bukanlah bertujuan untuk 'berbangga' dengan pencapaian anak-anak Melayu, sebaliknya untuk kita sama-sama selami, apakah peranan kita dalam mengurangkan statistik sedia ada. Saya mencadangkan, jika kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa sumbangan, elok juga risalah ini disebarkan kepada setiap kenalan kita, mudah-mudahan ada yang mengambil perhatian dan berfikir banyak kali untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai peradaban manusia dan bertentangan pula dengan hukum syarak.

Isu buang bayi perlu pendekatan holistik

Secara umumnya, masyarakat Malaysia seolah-olah hanya mampu menyatakan rasa kesal, mengecam tindakan zalim berkenaan yang dikatakan tidak bertanggungjawab, menuding jari menyalahkan remaja yang dikatakan semakin sumbang perlakuan mereka. Adakah kerana bayi malang itu dianggap hasil perzinaan, dikandung tanpa dirancang dan tidak dikehendaki oleh ibu mereka, tanpa bapa yang sanggup melindungi lalu kemudian dibiarkan atau dibuang untuk menutup aib dan malu, maka kematian mereka tidak harus dibela?

Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, mengutuk keras perbuatan berkenaan, menegaskan bahawa setiap bayi berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan yang terlatih di premis kesihatan yang serba lengkap untuk mengendalikan sebarang kecemasan.

Setiap bayi berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan yang terlatih di premis kesihatan yang serba lengkap untuk mengendalikan sebarang kecemasan. Setiap ibu yang hamil, berhak mendapatkan jagaan kehamilan yang sempurna untuk mempastikan kesihatan ibu dan anak terjaga sepanjang kehamilan. Setiap bayi yang baru lahir yang ditemui mati terdampar, dikira satu kematian neonatal (bayi berusia tidak lebih empat minggu).

Awal Julai 2009, dilaporkan penemuan mayat reput seorang wanita muda di bilik asrama salah sebuah IPT di selatan tanahair, bersama bayi yang dilahirkannya sendirian. Kematian ibu muda yang melahirkan bayi tanpa bantuan perubatan ini perlu dilihat sebagai satu kematian ibu (maternal mortality) yang sepatutnya boleh dielakkan (avoidable) sekiranya jagaan kesihatan dan perubatan dapat diberikan sebagaimana lazimnya. Kejadian begini sangat memilukan dan sepatutnya dijadikan teladan kepada kita semua.

Katanya, sama ada suka atau tidak, mahu atau sebaliknya ibu dan bayi perlu diberikan perhatian tanpa mengambil kira bayi itu dihasilkan menerusi cara halal atau haram.

Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj berpandangan, pendekatan yang lebih pragmatik dan SERIUS perlu segera diambil dalam menangani isu pembuangan bayi. Ia tidak boleh dilihat dari sudut pandangan gejala sosial dan seksual semata-mata, sebaliknya pendekatan tersebut mestilah holistik dan menjurus kepada penyelesaian akar umbi masalah, dengan menekan kedua-dua aspek pencegahan (preventive) dan rawatan (prescriptive) secara serentak.

Beliau yang mewakili JIM menuntut semua pihak memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab dalam usaha mencegah gejala sosial ini.

1. Ia mesti bermula pada tahap individu yang harus diperkayakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran membuat keputusan yang bijak, bertanggungjawab berkaitan aspek seksualitinya. Setiap individu MESTI mempunyai daya tahan, disiplin serta integriti yang tinggi dalam mengendalikan emosi dan keinginan nafsu syahwatnya.

2. Usaha mesti dipertingkatkan agar institusi keluarga dan masyarakat kembali membangunkan sistem nilai dan disiplin hidup yang mampu mengawal tingkah-laku ahli-ahlinya.

3. Pihak berwajib MESTI mengekang sebarang aktiviti dan kegiatan yang membuka peluang luas yang membawa kepada berlakunya perzinaan seperti pergaulan bebas, hiburan tanpa batas dan gaya hidup hedonistik yang menggalakkan penagihan dadah, alkohol dan seks.

4. Strategi mendidik dan menyeru masyarakat untuk kembali mengamalkan ajaran agama yang menekankan gaya hidup yang murni mesti dilipatgandakan dan menjadi keutamaan di setiap peringkat, dari yang paling atas iaitu pucuk pimpinan negara sehinggalah kepada rakyat jelata.

Mekanisme pastikan 'bapa' bertanggungjawab

Sekalipun langkah pencegahan dijalankan, akan tetap ada ahli masyarakat yang akan terjerumus mengamalkan gaya hidup seksual berisiko tinggi. Pergaulan bebas yang berakhir dengan perzinaan sering kali mengakibatkan kehamilan yang tidak dikehendaki, di samping komplikasi lain seperti pembuangan dan pembunuhan bayi, pengguguran janin, penyakit jangkitan kelamin, HIV/Aids dan keganasan seksual.

Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat lebih ramai bayi dibuang di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita?

Dalam konteks ini, JIM mencadangkan pendekatan rawatan (prescriptive) mestilah diambil bagi menangani isu di atas :

1. Setiap janin dan bayi, sekalipun yang terhasil dari perzinaan mesti diberi peluang dan hak untuk hidup. ini berpandukan kepada sirah Rasulullah SAW di mana seorang wanita al-Ghamidiyah mengaku hamil selepas berzina dan meminta dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Namun Rasulullah SAW menangguhkan hukuman tersebut untuk memberi peluang bayi itu dilahirkan dengan selamat dan selesai tempoh penyusuannya.

Jelas betapa Islam mengambil pendekatan melindungi dan membela bayi yang tidak berdosa, selari dengan intipati ajarannya sebagai 'rahmatalil 'alamin' (rahmat untuk sekalian alam). Langkah praktikal mesti segera diambil untuk mengelakkan ibu yang hamil akibat perzinaan dalam masyarakat hari ini tidak berfikiran panjang lalu mengambil keputusan melulu membuang dan membunuh bayi yang baru dilahirkan.

2. Setiap wanita yang hamil, sama ada yang sudah sah berkahwin ataupun belum, MESTI mendapatkan jagaan antenatal di pusat kesihatan berhampiran secara berkala untuk memastikan kesejahteraannya dan janin dalam kandungan terpelihara. Wanita yang menyembunyikan kehamilannya (concealed pregnancy ) sering kali berhadapan dengan risiko komplikasi seperti cubaan menggugurkan kehamilan, kepucatan, pre-eklampsia, kelahiran pramatang atau kematian ketika melahirkan. Mereka mesti bertanggungjawab terhadap kesihatan diri mereka sendiri dan tidak seharusnya mempertaruhkan nyawa mereka melalui kehamilan dan kelahiran sendirian.

Sementara itu, meletakkan kesalahan pada bahu wanita semata-mata tidak seharusnya berlaku kerana mungkin dalam keadaan tertentu wanita berkenaan menjadi mangsa. Pasangan lelaki yang terbabit dalam perzinaan sehingga menyebabkan kehamilan MESTI dipertanggungjawabk an. Perkembangan kajian saintifik yang membabitkan DNA dan genetik hari ini membolehkan pembuktian terhadap asal-usul keturunan manusia dibuat. Satu mekanisme perundangan perlu diusahakan agar pasangan lelaki yang terlibat dalam perzinaan TIDAK boleh SEWENANG-WENANGNYA lepas tangan dari memikul tanggungjawab yang sepatutnya.


Melihat kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat kita, lelaki tersebut dibiarkan bebas dan nescaya, dia boleh mengulangi perbuatan zina dengan teman wanita yang baru pula. [NB : Mentang-mentanglah bukan perut dia yang buncit!] Melihat senario hari ini, sudah tiba masanya agar tindakan keras di bawah undang-undang sivil dikenakan ke atas lelaki terbabit. Adalah tidak adil jika hanya pihak perempuan sahaja yang menanggung sengsara. Tanpa benih daripada lelaki, maka anak tidak sah itu tidak akan lahir. Jadi, kedua-dua pihak perlu dikenakan tindakan. Ibu bapa kepada remaja lelaki dan perempuan terbabit juga wajar dikenakan tindakan. Setidak-tidaknya, kaunseling diberi kepada mereka agar mereka turut berasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas anak masing-masing.

3. Pimpinan negara dan agensi kerajaan yang berkenaan MESTI mengambil langkah menyediakan tempat perlindungan yang mampu membimbing wanita yang hamil di luar nikah menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Jagaan antenatal boleh dijalankan dengan baik, kelahiran bayi dikendalikan oleh mereka yang terlatih dan proses pengangkatan bayi melalui saluran yang formal dapat dibuat sekiranya si ibu mahu menyerahkan bayinya kepada orang lain.

Bagaimanapun, pusat perlindungan ini tidak boleh berfungsi sebagai pusat transit atau ‘one-stop centre’ yang menjadi tempat persinggahan sementara bagi wanita yang hamil di luar nikah semata-mata untuk melahirkan bayi saja. Cadangan pendekatan rawatan diharap dapat memberi ruang dan peluang kedua kepada mereka yang terlanjur untuk bertaubat, tidak mengulangi perbuatan sama dan kembali ke pangkal jalan menjalani kehidupan menurut kehendak syariah dengan kerahmatan Islam.

INFO: Lokasi buang bayi

• Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

• Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

• Pelaku membuang bayinya di tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran, malah lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran berkenaan.

• Dalam kes pembuangan bayi, negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seksual di sekolah. Jerman antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan “Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran utama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di Baby’s Craddle akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.

• Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta atau agensi anak angkat. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi berkenaan tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak berkenaan boleh diberi kepada keluarga angkat.

• Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang Safe Haven yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meninggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang Safe Haven ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja terbabit.

Apa perlu dilakukan jika pelajar dikesan hamil?

CIKGU Jasmin (bukan nama sebenar) terpanggil menceritakan pengalaman pelajar sekolah menengah tempatnya mengajar melahirkan anak di rumah tanpa pengetahuan ibu bapa membuktikan mana-mana remaja yang terdesak tidak tahu ke mana arah dan tuju mendapat bantuan. Takut, bimbang, malu bercampur baur menjadikan tindakan diambil selalunya tidak terjangkau oleh fikiran waras.

Kisah berlaku di sebuah sekolah di luar bandar. Menceritakan kepada penulis, katanya, pelajar berkenaan dikenali sebagai Z, tidak nampak tanda-tanda pelajar nakal. Pelajar berkenaan bersekolah di sekolah menengah A sejak tingkatan 1. Keputusan PMR tidak begitu membanggakan, tetapi tetap meneruskan persekolahan ke tingkatan empat sekolah sama. Bagaimanapun ketika awal tingkatan 4 beliau memohon mengikuti pelajaran ke sekolah swasta di sebelah Pantai Timur dengan alasan lebih privasi, atas sokongan keluarga. Di situlah beliau mengandung.

“Tidak lama di situ beliau berhenti, mungkin kerana sudah mengetahui dirinya hamil. Z menyambung pengajian di sekolah menengah A semula. Memang pelajar ini bertubuh besar. Bukan saja pihak sekolah tidak tahu beliau hamil, sebaliknya ibunya yang juga berkhidmat di sebuah hospital, langsung tidak mengetahui dia hamil,” katanya. Dalam temuramah dengan ibu pelajar berkenaan, Cikgu Jasmin berkata, ibu Z tidak tahupun anaknya melahirkan bayi berkenaan di dalam bilik di rumahnya.

“Z melahirkan anak berkenaan dalam bilik. Ketika melahirkan anak berkenaan A hanya memutuskan tali pusat bayi itu dengan hanya memutuskannya merentap menggunakan tangannya, hinggakan bayi berkenaan mengalami masalah di bahagian tali pusat. Ketika bayi menangis A akan memberikan susu formula orang dewasa kerana tidak tahu menguruskannya. A juga mempunyai tabiat memasang radio kuat hingga ‘kegiatannya’ sukar dikesan ibu sendiri yang bekerja sebagai jururawat desa. Bagaimanapun cerita itu akhirnya terbongkar apabila A didapati semakin lemah dan ibunya membawanya ke hospital. Di hospital semua perlakuannya itu terbongkar,” katanya ringkas.

Pendedahan Cikgu Jasmin boleh menimbulkan pelbagai persoalan, seperti bagaimana pihak sekolah dan ibu bapa menangani isu sebegini. Adakah pelajar dibenarkan bersekolah walaupun hamil, dan bagaimana pula cuti bersalin? Beliau berharap pihak berkaitan boleh bersama-sama memikirkan isu ini dan mencari jalan terbaik menanganinya.

Mungkin agak sukar untuk kita mengaplikasikan ke semua cadangan JIM di atas, tetapi kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak remaja tidak kira lelaki dan perempuan patut memberikan pendedahan kepada anak-anak tentang perbezaan lelaki dan perempuan dalam pertanggungjawapan mereka dalam perhubungan intim tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Saya yakin, jika setiap ibu bapa 'membersihkan isi rumah dan halaman masing-masing', tentu seluruh negara akan bersih, insya Allah!

Renung-renungkan!

NB : Sekiranya anda ingin menyumbang kepada usaha Wanita JIM, hubungi Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah di Lot 300.2, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur. Boleh juga hubungi talian 03-41073379 atau kunjungi laman web www.raudhatussakina hpusat.blogspot. com dan www.jim.org. my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : HMetro 19/03/2010 dan BHarian 09/03/2010

Dipetik dari sini.