:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Friday, 27 February 2009

Doa Seorang Kekasih...

Oh Tuhan…

Seandainya telah kau catatkan

Dia milikku tercipta untuk diriku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah…

Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan

Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaan-Mu

Ya Tuhanku…

Yang Maha Pemurah

Beri kekuatan juga harapan

Membela diri yang lesu tak bermaya

Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadamu

Kurniakanlah aku

Pasangan yang beriman bisa menemani aku

Supaya ku dan dia dapat melayar bahtera

Ke muara cinta yang engkau redhai

Oh Tuhan

Seandai dia…

Satukanlah…

Ya Allah…

Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan

Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaan-Mu

Ya Tuhanku…

Yang Maha Pengasih

Engkau sahaja pemiliharaku

Dengarkan rintihan hamba-Mu ini

Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya

Gantikanlah yang hilang

Tumbuhkan yang telah patah

Ku inginkan bahagia di dunia & akhirat

Pada-Mu Tuhan ku mohon segala…

Monday, 23 February 2009

Lirik Lagu, Teman Setia...

Kalau anda semua perasan la kn, aku memang kerap meng'publish'kan lirik-lirik lagu... Sebenarnya, kadang-kadang aku tak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan aku ketika itu... Daripada lirik lagu tu, anda semua sudah boleh tahu perasaan aku tika itu...

Baru-baru ini, aku ditegur oleh seorang sahabat aku, walaupun aku tak pernah menceritakan apa yang terjadi dalam hidup aku kepada dia, tapi dia akan tahu apa yang jadi dalam hidup aku, daripada entri-entri aku itu... Kadang-kadang, aku tidak berniat untuk mempamerkan perasaan kepada para pembaca blog aku ini... Tapi semuanya terjadi secara spontan... Tapi, ia tetap berlaku secara sedar...

Sebenarnya aku sedang cuba untuk menjadi 'blogger' yang berhemah... Maksudnya, kalau sebelum-sebelum ini aku lebih banyak menggunakan bahasa pasar, yang merupakan bahasa percakapan harian aku, aku cuba untuk mengubah itu, kerana usia pun semakin meningkat yang mana sapatutnya cara penulisan aku itu berubah menjadi lebih dewasa dan matang... Namun, jika ada yang perasan, aku ini orangnya sangat lurus... Maksudnya, aku tidak pandai untuk memusingkan sesuatu ayat untuk membuat orang berfikir dengan lebih mendalam... Cuma aku akui bahawa aku ini terkadang sangat sastera... Hahaha! Mungkin bukan puitis, bukan juga romantis...

Jarang sekali aku menyembunyikan perasaan aku, sama ada suka ada duka... Semuanya aku luahkan... Cuma kali ini aku cuba meluahkan dengan cara yang lebih berhemah... Supaya tiada pihak yang akan terasa hati dengan apa yang aku tulis... Aku sendiri tidak mahu membuat dosa percuma...

Aku ini sangat sedikit ilmunya... Masih lagi sedang menuntut ilmu, daripada pengalaman... Terkadang kesilapan berlaku tanpa disengajakan... Dan jika aku ada melukai hati sesiapa, maafkanlah aku... Kerana tiada yang sempurna, melainkan DIA...

Tercipta Untukku : Saat Indah...

Detik itu 21 Februari 2009...
Biarlah ku simpan menjadi kenangan yang abadi...
Semoga segala-galanya dipermudahkan...
Ameen...

Friday, 20 February 2009

Lirik Lagu : Patri


Andai hati ini sang kecapi
Perasaan jadi talinya
Engkau memetik jari jemari
Berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
Nalurinya benang sutera
Engkau dalang mengawalnya
Ke timur ke utara ke mana jua
Aku hanya menuruti
Mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
Sang kirana pula jiwa raganya
Engkau menjaring dengan senyuman
Dan mengurungkannya dari segala

Namun diri ini insani
Pasti ada kemahuannya
Kerna aku terpanah arjuna
Sedikit pun tidakku menyesali
Aku rela di tawanan
Aku rela terpatri cinta suci
Aku rela di tawanan
Aku rela terpatri cinta sucI

Tetapkan Matlamat & Buatlah Pilihan

Dalam hidup ini kita perlulah menetapkan matlamat apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini. Sebagai umat Islam, tentulah matlamatnya untuk mendapat keberkatan hidup sebelum menuju akhirat yang abadi. Jadi, haruslah kita menjadikan kehidupan ini penuh dengan perkara-perkara kebaikan.

Seperti aku sendiri, aku punya matlamat dalam kehidupan ini, selain untuk mendapat keberkatan-NYA. Jika setiap orang punya azam setiap kali tahun baru. Aku pula lebih suka menetapkan matlamat, yang mana mungkin untuk mencapainya memerlukan masa yang panjang. Tapi aku akan pastikan aku akan mendapatkannya. Cuma cepat atau lambat sahaja.

Jika sewaktu belajar di MSU dulu, aku menetapkan untuk mendapatkan CGPA 3.00 ke atas, kerana sebagai pelajar tajaan MARA, aku boleh mengurangkan kadar pembayaran pinjaman pengajian. Tujuanku pada waktu itu, selain untuk menjadi pelajar terbaik, juga untuk memudahkan aku mendapat pekerjaan selepas tamat belajar nanti. Dan Alhamdulillah, dalam tempoh setahun tamat pengajian, aku memperoleh pekerjaan yang baik dan aku bukan sahaja dapat mengurangkan kadar pembayaran pinjaman, malah aku dapat terus menghapuskan pembayaran pinjaman itu. Aku mencapai lebih daripada yang aku tetapkan. Syukur Alhamdulillah.

Menetapkan matlamat dan membuat pilihan dalam mencapai matlamat itu sangat penting. Namun, jika kita gagal memperolehnya kini, yakinlah bahawa DIA menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Yang penting, kita tetap memperoleh sesuatu daripadanya. PENGALAMAN. Yang mungkin bukan semua orang boleh mendapatkannya.

Aku tahu, aku perlu menetapkan matlamat dalam kehidupan ini. Bila sudah punya matlamat, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Jika mungkin aku tidak berjaya memperolehnya, aku akan berpuashati kerana aku telah berusaha untuk mendapatkannya. Tapi mungkin DIA tidak mengizinkan untuk aku memperolehnya sekarang, mungkin akan datang kita tidak tahu. Sekurang-kurangnya aku memperoleh sesuatu.

Pilihan yang tepat dalam mencapai matlamat juga penting. Namun, jika tersalah perhitungan, janganlah menyesal, kerana apa sahaja yang berlaku, ada hikmah & sebab musababnya. Jadikan ia sebagai satu pengajaran dalam menjalani kehidupan seterusnya.

Jadi, tetapkan matlamat, apa yang ingin kau capai dalam kehidupan ini. Kemudian, buatlah pilihan. Jika sukar untuk itu, mintalah pada DIA... Istikharahlah... DIA lebih tahu apa yang terbaik buat kita hamba-NYA yang naif.

Wednesday, 18 February 2009

Tercipta Untukku : Ayat Syahdu...

"Kalau bukan sekarang,
Bilakah lagi...
Kalau tidak di sini,
Di manakah lagi...
Dan kalau tidak Sayang,
Siapakah lagi..."

Tuesday, 17 February 2009

Tercipta Untukku : Bila Ada Dia Di Sisi

Bila ada dia si sisi…

Menemani sepanjang perjalanan…

Menempuhi segala onak & duri…

Liku-liku kehidupan…


Bila ada dia di sisi…

Menjadi pendengar yang setia…

Menjadi penasihat yang tegar…

Setiap langkah kakiku…


Bila ada dia di sisi…

Aku semakin tabah melalui semua ini…

Aku semakin kuat menghadapi segala cabaran…

Mencapai segala cita-cita…


Bila ada dia di sisi…

Hidup terasa indah…

Dunia terasa bahagia…

Akhirat menjadi jalan tuju…


Aku bersyukur ke hadrat-MU Ya Ilahi…

Kau pertemukan aku dengan seorang insan…

Yang akhirat menjadi tujuan…

Dunia menjadi sandaran…


Buat dirimu, yang ada di dalam hatiku…

Setiap tika & saat…

Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya…

Mencintai diri ini sepenuh hatimu…


“Sungguh…

Hanyalah dirimu yang aku cintai…

Dan sungguh…

Ku kan di sisimu hingga ku mati…”

Tercipta Untukku : You Are My Soulmate

I wade through a life with no meaning,
with no desire or aspiration,
every day redundant of the one past.

One day the sun breaks through the cloud that is my life,
and fills my days with a blinding light.

You and everything becomes precious and sacred,
you become my passion,
my frenzy,
my fantasy,
my ecstasy.

You are my every moment,
my every breath.
You are my soul mate...

Lirik Lagu : Kerinduan


Dulu pernah aku bersumpah
Selalu setia jika ku mencinta
Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku

Semua terwujud, saat kau singgah
Panasi cinta, untuk setia merindu


Kerinduan tak akan menghilang
Kan selalu ku rasa
Tak mampu ku menghindar
Kau berikan, apa yang ku pinta
Kau mengingatku dalam cinta
Temaniku dalam…
Setia (jalani hidup ini)

Aku tak pernah mengharapkan
Cinta lain datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku

Kehadiranmu basuh jiwaku
Engkau suluhkan api cinta diriku

Saturday, 14 February 2009

Andai Sudah Tertulis

Ku pasrahkan segalanya pada-MU, Ya Allah...
Aku redha andai telah kau takdirkan dia milikku...
Andai telah tertulis aku miliknya yang abadi...
Aku rela...

Andai dia yang terbaik untukku...
Aku bersyukur pada-MU...
Andai segala kekecewaan aku selama ini...
Kau gantikan dengan rasa indah ini...
Aku redha...

Aku pasrah segalanya...
Pasrah atas segala yang telah Kau takdir...
Biarlah rasa ini terus harum mewangi dalam hati ini...
Menjadi segudang rindu yang hanya dia yang tahu...

Friday, 13 February 2009

Lirik Lagu : Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Saya Anak Jun!

  • Imaginasi tinggi
  • Ada wawasan & minda futuristik
  • Bersikap baik & lemah-lembut orangnya
  • Sukar difahami kerana sikap, perangai, idea & mood yang mudah berubah
  • Idealistik, kadang2 terlalu banyak pula
  • Mudah terasa
  • Rajin berfikir
  • Selalu buat sesuatu dengan bertangguh
  • Terlalu memilih & sentiasa mahukan yang terbaik
  • Terkadang cepat marah, tetapi cepat pula sejuknya
  • Suka berdebat & bercakap
  • Gemar bergurau & berlawak
  • Mudah didampingi & mendampingi
  • Tertib lagi sopan
  • Orangnya kemas & suka berkemas
  • Sikap bosannya sukar diramal
  • Cerewet
  • Luka hatinya payah sembuh
  • Suka barangan branded
  • Sangat degil (+ve & -ve)

Thursday, 12 February 2009

Jodoh Yang Turun Dari Langit...

Buat seketika, aku ditanya siapakah lelaki yang menjadi pilihanku. Aku tiada jawapan untuk soalan ini. Kerana bagiku pandangan mata tidak menjanjikan apa-apa. Kerana jika hati sudah sayang, semuanya jadi begitu indah sekali...

Persoalan cinta memang sukar untuk dijawab. Apatah lagi persoalan jodoh, yang sudah semestinya kita tiada jawapan untuk itu. Kadang2 apabila kita telah tetapkan apa yang kita inginkan. Belum tentu kita akan memperolehnya. Dan kadang2 bila kita telah menemuinya, rupanya dia bukan jodoh kita...

Aku sudah mengalaminya beberapa kali. Hingga akhirnya aku membuat keputusan, aku tidak perlu menetapkan apa2 pun. Bukanlah bermakna aku akan belasah saja yang ada di depan mata. Kadang2 kita suka pada seseorang pada mulanya. Dan akhirnya kita membencinya pula. Kadang2 pula kita membenci seseorang pada mulanya. Tapi akhirnya kita menyukainya pula. Persoalan hati memang sukar untuk diduga...

Jika aku ditanya sekali lagi soalan begini. Jawapanku, aku mencari keserasian. Jika tidak serasi pun pada awalnya, berusaha bersama-sama untuk mencapai keserasian itu. Jika aku berusaha menerimanya seadanya, seharusnya dia pun mampu menerimaku seadanya. Kekurangan & kelemahan ada pada setiap orang. Apa yang penting berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini...

Jemputan Di Awal Pagi

Pagi2 ari dah dapat jemputan...
Ofismate aku ni ha...
Jemputan kenduri kawin dia pd 1hb Mar 2009...
Eh, betul ke budak kecik ni nak kawen dah?
Hahaha!

Wednesday, 11 February 2009

Tak Perlu Kau Berpura-pura...

Sampai bila kau mahu berpura-pura...
Sedangkan sudah ku katakan yang aku sudah mengetahui semuanya...
Tak perlu lagi kau teruskan lakonanmu itu...
Tiada gunanya lagi, kerana hatiku sudah tegar dengan perbuatanmu itu...

Aku sudah mengetahui tentang kecuranganmu...
Aku sudah mengetahui tentang pendustaanmu...
Aku sudah mengetahui segala-galanya...
Semuanya sudah ku tahu...

Tak perlu lagi kau berpura-pura menyayangiku...
Tak perlu lagi kau berpura-pura menyintaiku...
Tak perlu lagi kau berpura-pura merinduiku...
Sedangkan ku tahu, semuanya tiada padamu...

Ku pinta, hentikanlah semua ini...
Kerana aku tidak lagi ttegar untuk bersabar...
Tidak lagi tegar untuk menahan rasa hati...
Kerana di hatiku, tiada lagi dirimu...

Tuesday, 10 February 2009

Sukarkah untuk Berterus-terang?

Sukarkah berterus-terang?

Sukarkah untuk bercakap benar?

Bukan aku xboleh terima…

Yang penting bercakap benar…

Walaupun kebenaran itu amat menyakitkan…

Ceritakanlah padaku…

Agarku bisa ku mengerti…

Berilah ruang kepadaku untuk lebih memahami…

Dan bukalah hatimu untuk menerima diriku seadanya…

Berhenti Berharap

Sesungguhnyer...
Aku xpernah rasa kecewa begini...
Sampaikan aku rasa aku sudah putus asa...
Aku mahu berhenti untuk memikirkn hal itu lagi...
Cukuplah dengan apa yang aku alami kini...

Buat dia yang pernah hadir seketika di dalam hati ini...
Aku doakan kau berbahagia dengan apa yang kau lakukan...
Bukan kecewa cinta tidak kesampaian...
Tetapi kecewa kerana diri didustai...

Andai dapat ku putarkan semula waktu, aku tak ingin detik perkenalan itu...
Aku tak mahu melalui detik itu sekali lagi...
Aku rasa begitu menyesal, kerana mengenali insan seperti itu...
Biar seketika, tapi cukup memberi kesan dalam hidupku...

Sebuah Pencarian di dalam Penantian...

Bukan aku mahu mencari...
Kerana bagiku segala-galanya pasti akan datang sendiri...
BENAR! memang semuanya berlaku dengan sendriinya...
Aku xpernah merasai kekecewaan sebegini...
Bukan kerana cinta dikhianati...
Bukan kerana cinta didustai...
Tapi kerana diri ini dibohongi...
Tanpa langsung aku menyedarinya...
Cinta tidak bersalah...
Sedikitpun tidak...
Kerna ku tahu cinta itu suci...

Tapi entahlah...
Saat hati diberi untuk mengenali dengan sesungguhnya...
Dugaan pula yang datang...
Ujian pula yang menimpa...
Aku redha. aku pasrah, andai ini takdir-NYA buatku...
Namun, sesungguhnya...
Ujian ini terlalu berat...
Maaf andai kukatakan...
Sukarnya untukku meletakkan kepercayaan kepada insan bernama lelaki...
Sukarnya untukku memulakannya semua setelah sega-galanya yang terjadi ini...

CINTA...
Hadir saat tak terduga...
Pergi saat aku memerlu...
Tabahkanlah hatiku...

Monday, 9 February 2009

Lirik Lagu : Bicara Manis Menghiris Kalbu

satu persatu teman ada disekeliling mu
satu persatulah jua tinggalkan diri mu
cumalah aku saja yang masih lagi bertahan
memendam rasa...

bulan madu yang indah
sudah sampai penghujungnya
engkau pun mula berubah
dan beralih arah
kata-kata manis tiada lagi ku dengar
hidup ku pula makin tawar...

tiap bicara manis
bagaikan selumbar bisa
kau tanam di jiwa
tak terlihat oleh pandangan mata mu

tiap bicara manis
memujuk dan merayu ku
tak usah berlalu
dan merajuk bawa hati pilu...

andai sudah tiba masa
dan tiada jodoh kita
biar kita berpisah
dari merana

Aku Ok, tp cam tension sket...

Aku dh xtau nk watpe dah skrg ni...
Pening sgt!
Aku pun xtau r cmne leh terjebak gn mslh cmni...
Aku xleh nk pk jln kuar...
Xtau nk setelkn mana dulu...
Pening r...

Saturday, 7 February 2009

Kuatkan Aku...

Ada satu benda yg mampu memberikan kekuatan padaku saat ini...

SUMAYYAH...
Doakan aku sekuat & setabah Sumayyah...

Aku Happy!!

nk tau naper?
sbb aku single...
dan aku rasa sgt2 tenang & gembira...

kl berdoa kl jmpe pun lepas ni, jmpe la yg baik2...
yg elok2...
jgn la mcm yg lepas2 ni...

aku ada smtg nk citer...
yg hangat & panas!!
hahaha!
t yer...

Thursday, 5 February 2009

Tiada, Tapi Sama Macam Ada...

Ha, pelik kn bunyi tajuk tu?
Xde, tp sama cm ada...
Nk tau pe mksudnya...

Tu la bos aku, GM Finance...
Kl dia xde kat opis pun, amanat yg ditinggalkan begitu byk skali...
Emel pun xbrenti2 masuk...
Wlaupun dia bercuti...

Aku plg takut kl dpt emel time dia xde...
Drpd dpt emel time dia ada...

PROMOSI : www.trymasak.my

ni gmbr masa presentation proposal tuk 'Jalan-jalan Cari Makan' Club


Salam sume...
Ok, jgn terkejut ek...
Mmg aku dah lama xupdate...
Nnt aku citer nape aku dah lama xupdate...

Tp, arini aku nk promote dulu website ni...
website ni actually aku baru je tau semalam...
Mesti korang pelik, apsal aku ni tetiba promote website...
Actually, website kwn aku yg buat...
Kwan masu aku study kt MSU dulu...
Namanye Ali...
Aku ada citer dlm artikel sblm ni psl2 clasmate aku sume...
So, smlm ktrg YM...
Aku baru tau yg dia dh brenti keje n setup new company gn abg dia...
company buat website r...
eh, betul ke Ali?
Kl salah, betulkn ey...
Aku luper r...

So, disebabkn dia kwn aku, mesti r aku nk tlg dia kn...
So, daftar2kanlah diri anda sume di website ni...
Ko ni cam tau2 je aku suka masak...
Hahaha!
Eh, lupe lak aku...
Ko kn pengacara 'Jalan-jalan Cari Makan...'
Hehehe...
Jgn mrah yer...

Tuesday, 3 February 2009

Lirik Lagu : Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku
Bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini
Bahagia untuk sekejap saja